Friday, April 8, 2016

Backpacker with Baby - Hari KEDUA di Krabi, Thailand 2016

.
4 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Selamat pagi Krabi! :) Breakfast apa pagi ni? Kite cuma breakfast Megi Ruski. Huehue. Tu je la makanan yang paling cepat sebab hotel kite sebelah 7e aje. Huhuu. Aleesya Eryna pulak makan biskut coklat.

Hari ni kiteorang nak pergi ke Hot Stream Waterfall dan juga Emerald Pool. Jauh perjalanan. Hampir sejam. Agen suruh kami tunggu depan hotel. Nanti ada driver datang pick up. Tunggu pukul 8 pagi waktu Thailand (pukul 9 waktu Malaysia).

Van mewah datang pick up kiteorang.
Tinted gelap, seat leather.

Van penuh dengan Omputih dan Singaporean. Singaporean tuh laki bini. Ramah sangat. Seronok borak dengan dieorang. Friendly sangat, 

Ok, First destination adalah Hot Stream Waterfall. Jeng jeng jeng~~

Hot Stream Waterfall.

Hot stream waterfall ni adalah air terjun air panas. Takde lah panas sangat. Suam suam aje. Tapi syok lah berendam. But still tak boleh challenge air terjun yang sejukkk. Wehueeee.  Tengok Minah Saleh berendam, selamber badak aje. Kiteroang pun rendam kaki kejap kejap sebab dekat situ ada tulis, tak boleh lebih 20 minit berendam, tak silap. 





Jap jap selfie.
Haha.

Dari tempat parking van ke waterfall ni ada lah dalam 500 meter. Penat weh menapak. Haha. Tak ambil pulak gambar tengah berendam. Takde lah berendam sangat, celup celup kaki aje. Sebab takut baju basah. Hihi..

Destinasi kedua adalah Emerald Pool dan Bluepool. Dari Hot Stream Waterfall ke Emerald Pool ada lah dalam 10 minit naik van. Kejap jer. Tapi bapakkkkkkkkkkkkkkk jauhhhh nak menapak dari tempat parking van ke Emerald Pool tuh. *nanges*

Yang pakai cap dekat belakang tu
kiteorang punya tourist guide.

Ada dua jalan nak ke Emerald Pool tuh. Satu 1400 meter, satu lagi 800 meter. Kiteorang ambil jalan yang 800 meter. Yang kononnya lebih dekat. Tapi bapakkkkkkkkkkkkk jauhhhh wehhhhhhhhh.  Dah lah husband dukung Aleesya. Tak bawak pulak SSC dia. Sebab tak expect pun akan jalan sejauh ni. Kejap kejap berhenti. Rasanya dekat setengah jam kiteorang jalan kaki. (T____T) Laki bini merungut. Huahuahua.

Sampai jugak akhirnya.
Senyum je laa.. walaupun kaki lenguhhhhh gileeee.

Gambar ni Singaporean tuh yang volunteer nak ambikkan.
Thank you guyss. :-)

Subhanallah. Cantikkkkkkk sangattt.
Biru, jernihhh. 

Aleesya konon-konon jer ni takut.
Lepas dah lama lama, dia yang tak nak keluar dari pool.

Tengok ni.
Kemain lagi dia swim huhuu

Nasib baik lah Icin ada bawak pelampung.
Boleh kite pinjam. Hahaha.

Emerald Pool ni dalam jugak tau. Lagi lah untuk kite yang ketot ni. Dah lah tak pandai berenang, Bila kaki tak cecah dasar je, dah kelam kabut. (T__T) Nasib baik ada pelampung yang menyelamatkan kuhhh. Koh koh kohhh.  

Ulat bulu dah naik daunnnnnnnnn....
HAHA.

Kasi can lah si bujang ni selfie dengan awek thailand.

Kiteorang mandi dalam setengah jam je sebab takut lambat pulak. Dah lah jalan keluar/masuk jauh. So, kite, husband dan Aleesya gerak awal. Yang lain lain stay mandi sebab dieorang jalan laju. Kiteorang banyak singgah R&R, Haha. Tourist guide tuh bagi kiteorang masa 2 jam dalam tempat ni. Patut lah bagi masa lama, sebab perjalanan jauhhhhhhh, (>___<)

Tapi bila jalan nak balik, cepat pulak sampai ke tempat parking van tuh. Blerghhhhhhhhhh. Korang bayangkan ek, kite tak bawak baju untuk salin. So, mandi jer pakai baju yang tengah pakai tu. Baju yang basah kuyup tuh siap boleh kering semula sebab perjalanan jauh. Haha.

Oh yer. Kite tak pergi ke Blue Pool. Sebab jarak dari Emerald Pool ke Blue Pool lebih kurang macam tempat parking van ke Emerald Pool. Penat lah. Nak dukung anak lagik. Kenapa lah dieorang tak sediakan trem macam dekat zoo tu. Kan senang. (T__T) 

Lagi satu, kalau pergi Blue Pool pon, tak boleh mandi sebab bahaya. Dia macam ada pasir jerlus. Tapi sumpahhh cantik sangattttttt weyyy. Rasa rugi pulak tak pergi. 

Credit to
http://i1.trekearth.com/photos/95706/pool_klein.jpg 

Settle pergi semua tempat, kiteorang pun balik ke sarang (hotel). Letih sangat berjalan. Tapi puas hati lah dapat tengok sendiri alam ciptaan Tuhan. Subhanallah.. Cantik sangat. Kalau korang yang datang bawak anak, better carry guna SSC lah. Penat jalan sebab memang jauh. Dan kalau bawak parent, tempat ni not recommended. Yang muda muda pun semput. Huhiii.

Icin muke kepenatan.
Aleesya cam biasa la. dah penat, tidurrrrrrr.
Macam lah dia yang dukung Immy & Abah.
Huhuuu.

Sampai hotel dalam pukul 3 lebih. Mandi-mandi, rehat terus zzzzzzzzzzzzz. Haha.

Then malam pergi dinner dekat restoran berdekatan hotel. Ntah macam mana boleh terpergi Namaste Restaurant. Nama dah terang terang India. But restoran ni halal. Murah sebab ade promotion. Tapi tetap tak boleh beat tomyam orang Thailand. Zzzzzzzzzzz. Perut dah lapar, makan aje lah.

Kedai je cantik, makanan out. Haha.

Lepas makan, kite dengan Aleesya masuk bilik. Rehat. Kaki lenguh. Tak larat nak jalan. Sebelum balik bilik tuh, beli pancake dekat sebelah kedai makan tadik. 

Budak tak pernah jumpe peti ais kecik hihii.

Ingatkan dia tak makan, sekali pelawa, 
Immy yang tak dapat makan.
Huwaaaaaa. (T___T)

Husband dan yang lain lepak tengok show reggae. Kite tidur awal sebab letih seharian jalan kaki. Ingat nak pergi massage tapi mata dah berat. Tidur lebih penting. HAHA.

Oh lupa nak cakap. Dalam pakej Emerald Pool+Blue Pool/Hot Stream Waterfall ni tak termasuk makan tau. Bawak bekal mineral water & biskut dalam beg aje. Tapi kat situ ada gerai. Boleh beli air dan makanan. Pakej 7 island sunset esok (hari ketiga) ada makan which is dinner yang sumpah sedap! (akan dicerita dalam entry seterusnya) Sesiapa belum baca entry pertama, boleh klik link dekat bawah ni. 


Ok goodnight. Nanti esok esok kalau free, kite sambung cerita hari ketiga di Krabi pulak. Lagi best sebab kiteorang pergi 7 islands sambil tengok sunset! Hihi. :-)

Summary
Pakej Hot Stream Waterfall/Emerald Pool+ Bluepool (hari kedua) 
& 7 Islands Sunset (hari ketiga)
= 1400 baht seorang 

Megi/Mineral water/Biskut
= 50 baht

Dinner at Namaste Restaurant (not recommended)
(makan tomyam 3 set, nasi putih 4, bihun 1, nasi goreng ayam 1 dan air)
= 600 baht for 6 person


Xoxo,
IntanIrfanAleesya 

Thursday, April 7, 2016

Happy 3rd Anniversary Sayang - 30/3/13 - 30/3/16

.
0 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Memang dah plan lama nak celebrate anniversary dengan husband yang ke 3 tahun ni. Memula ingat nak celebrate dekat Melaka, nak booking table, buat surprise bagai, tapi last minute, macam tak jadi pulak balik Melaka. Banyak masa dekat Muar. So, survey punya survey, dapat satu tempat best dekat Muar! 

Terus PM owner dia dekat FB, booking tarikh and meja. Booking sekali menu dan kek. Air jer tak booking. Huuu~

Sampai kedai dalam 5 lebih. Order air, then tak lama lepas tuh, makanan pun sampai.

Lamb Shank for husband
RM30 jer untuk set yang ni.

Budak dah tak sabar nak makan huhuu 

Combo Set for me.
Ada lamb, beef and chicken.
Banyak gini cuma RM35 jer

Gila besar portion dia. 
Tak habis.
Siap tapau haha

Close Up

Tak lama lepas tuh, tetiba pelayan restoran datang sambil bawak kek brownies. Muka husband berubah. Surpriseeeeeeeeee!!! 

Like alwayssss.
Budak kicit ni yang overrrr...

Menu untuk Aleesya cuma fries aje huhu.

Hadiah dari Aleesya untuk Abah dia..
Gitar pink Haha.

Ok, nak review pasal makan pulak. Ayam dia juicy sangat, lamb pun. Beef pun sama. Sedapppp., Brownies dia laaaaaaaaagiii lah sedap. Siap ada caramel sauce lagik . *kecur air liur*

Nama kedai tuh Steak & Cake House. Boleh klik link ni untuk keterangan lanjut. Oh yer, owner dia sangat friendly. Siap bagi kiteorang discount lagik. Heheheee. Selalu selalu lah jenguk page dieorang sebab dieorang selalu buat promotion dan diskaun.


Alhamdulillah, genap 3 tahun perkahwina kami. Tercapai impian nak celebrate anniversary bertiga dekat Krabi, Thailand :') 

May Allah SWT bless us and our marriage last forever , insyaAllah. I love my little family since forever. :-* 

Xoxo, 
IntanIrfanAleesya

Backpacker with Baby - Hari PERTAMA di Krabi, Thailand 2016

Salam.

Bertemu kembali dalam rancangan, jalan jalan bersama Intang. Kihkih. Ok. Excited nak cerita. Beberapa hari yang lepas, kite pergi Krabi, Thailand, lagi sekali!! Last pergi time honeymoon dulu. Kali ni, honeymoon bawak anak pulak! 

Dulu bawak Aleesya Eryna jugak tapi time tuh Aleesya dalam perut mommy. Mana tak nya, kahwin bulan 3, honeymoon bulan 5. Kahkah.

Kali ni, umur Aleesya Eryna dah 2 tahun 3 bulan. First time bawak dia travel jauh, first time bawa dia naik aeroplane (mommy second time naik kihkih), first time naik van, naik boat, naik tuktuk dan naik motor jauh2.. Alhamdulillah, everything going smoothly seperti yang dirancangkan.

Ok, intro yang agak panjang. Kite mula dengan bismillah....

31 Mac 2016 - Khamis

Kite gerak dari Muar ke Melaka, pick up kawan kawan kite dekat Merlimau, Melaka sebab kiteorang akan pergi Krabi sama sama. Kawan kite yang kat Melaka ni nama dia Sue & Icin (laki bini). Lepas ambil dieorang, kiteorang pergi Money Changer dekat area Melaka jugak. Kite tukar duit RM 2000 jer, dapat dalam 17000 baht. Tapi orang MC tu pulangkan kita balance dalam RM30+. Tak sure berapa rate sekarang. Sebab hari hari mesti turun naik punya.

Dari Melaka, kiteorang terus gerak ke Shah Alam, lepak rumah cousin husband kite dekat Ken Rimba (Azim). Kiteorang mintak tolong cousin ni hantarkan ke Airport (KLIA2) sebab flight kiteorang pukul 7 pagi - 1 April 2016. Ada sorang lagi cousin husband (Taqim) yang akan follow ke Krabi, dia dari JB naik bus ke KL. So, total 6 orang yang pergi Krabi nanti,

Intan
Irfan
Aleesya
Sue (isteri icin)
Icin (suami sue)
Taqim (single)

Sebenarnya plan nak pergi dalam 14 orang, tapi atas sebab sebab tertentu. cuma 6 orang saja yang dapat pergi. Tak pe lah, next trip, boleh plan lagik. ;)

Tidur dan rehat sekejap dekat rumah Azim, pukul 4 pagi bangun mandi siap siap gerak ke KLIA2. Thank you so much Azim sebab sudi tumpangkan kiteorang tidur kat rumah kau dan tolong hantarkan ke airport.

Tiket flight Krabi return
RM 195 each without luggage

Murah kan? beli time promotion Air Asia. Huuu~

v
v
v
v
v
v
v
v

1 April 2016 - Jumaat

Flight ke Krabi pukul 7 pagi. Start fly dalam pukul 7 suku camtu. Sebelum tu kiteorang breakfast dekat McD. Kite dah siap siap buat web-check in kat rumah. Lepas web check in, terus print out tiket flight kat rumah. So, tak payah nak beratur pepanjang untuk check-in. Luggage pun takde sebab kiteorang backpacker. Bag semua bawak naik atas.

First time jejak kaki di KLIA2.
Dulu naik dari LCCT.

Nampak tak dia punya happy naik flight. 

The three of us :')

Touch down Krabi dalam pukul 7 lebih. Aik, kenapa kejap sangat? Sebab waktu Krabi ni awal sejam dari waktu Malaysia. So sebenarnya sampai Krabi pukul 8.30 pagi waktu Malaysia. Perjalanan dari Malaysia to Krabi dalam sejam lebih sikit jer. Bila sampai jer airport Krabi, kiteorang terus ke kaunter Shuttle Bus. Kaunter ni dalam airport jugak. Dah tak toleh kiri kanan. Sebab naik bus berganda ganda murah. Kiteorang pun takde nak kejar apa-apa sebab hotel ke ape semua kiteorang lum booking. Semuanya walk in. :-D

Sue & Icin depan bus Krabi. 
Masa ni kite dah selamat masuk bus haha.

The 6 of us. 
Tak nampak Aleesya sebab 
dia tengah tidur dekat pangku kite.

Masa beli tiket bus kat kaunter bus tuh, cakap dengan dia, nak ke Aonang. Harga tiket 150 baht. Lebih kurang RM15 - RM16 sekepala. Still murah nak dibandingkan dengan naik teksi. Kalau naik teksi, memang cepat sampai. Dalam setengah jam je dari airport ke Aonang. Tapi sebab kiteorang nak enjoy every moment, kiteorang decide nak naik bus. Dalam 45minit camtu dah sampai tepi pantai.

 
Dah sampai Aonang Beach.
Subhanallah..cantik sangatttttt!

Posing jap tepi pantai.

Kiteorang jalan kaki dekat tepi tepi pantai tu. Ada banyak kedai kedai yang jual pakej trip ke pulau. Tapi kiteorang decide nak carik hotel dulu. Jalan jalan cari hotel lama yang kiteorang duduk dulu, tapi hotel tuh dah tak buat service room for rent. Sekarang buat tempat urut. Haha. So, kiteorang tanya lah orang kat sana, hotel mana yang murah. Budget dalam 1000 baht ke bawah. Then dieorang cakap, area Sabai Mansion. (nama hotel)

So, kiteorang naik Tuktuk untuk ke area sana sebab nak jalan dengan beg, anak, boleh tahan penat. Dalam 1 KM jugak. Kalau lenggang kanggung, baik jalan kaki je sebab tak jauh mana. Lagipun memang berderet kedai best best dekat tepi tepi jalan tu.

Naik TukTuk ni 30baht satu kepala.
Kepala Aleesya tak termasuk.
Hihihi.

Posing sikit depan Tuktuk.
:'D

Ni kat kaunter hotel Sabai Mansion.
Dia ada bilik kipas, ada bilik aircond. 

Tapi macam tak boleh nego. Harga bilik with aircond 1200 baht which is more than our budget. Sebab kiteorang memang nak carik hotel murah. Sebab datang sini bukan nak duduk bilik je. Nak jalan jalan. Bilik just untuk tidur malam, mandi dan rehat.

Then kiteorang keluar dari Sabai Mansion dan ternampak KL House Aonang. Lepas discuss dekat kaunter, kiteorang decide nak sewa bilik dekat situ. 

Harga cuma 410 baht untuk satu kepala. Kiteorang ambil 2 bilik. Satu bilik kecil untuk Sue & Icin, satu lagik bilik besar sikit (queen bed for us) and with extra bed untuk Taqim. Kiteorang terus bayar 6150baht untuk 4 hari 3 malam.. Murah gile wehhh. Dah lah masa tuh baru pukul 9 pagi. Boleh terus check in!

Ada TV LCD, Peti Ais

Aleesya dah rasmikan dulu.

Orang bujang tidur bawah yer. Hehe.
Cc : Taqim

Lupa nak snap gambar toilet. Toilet dia besar, ada hot shower. Best laa. Bersih.. Harga pun murah. Sooo recommended! So kalau korang decide nak sewa bilik ni, cakap je dengan dengan driver bus, nak pergi hotel "KL House Aonag". Nanti dia turunkan korang betul betul depan hotel. 

Boleh klik SINI untuk tengok gambar hotel dan dalaman hotel. 

Dalam flight dari Msia-Krabi, stewardess akan bagi slip untuk korang tulis. Dekat slip tuh ada ruang kosong untuk korang isi nama hotel. Walaupun korang tak tau hotel mana korang nak duduk, boleh je belasah hotel mana mana je. Jangan tinggalkan ruangan kosong pulak.

Lepas letak barang dalam hotel, kiteorang keluar balik untuk sewa motor. Tempat sewa motor bebetul depan hotel kiteorang ni. Harga sewa motor cuma 200baht untuk sehari. Kiteorang sewa Scooby. Scooby ni motor yang jenis scooter tu. Ada jugak jenis motor lain. Ada jugak kereta. Tapi kiteorang nak feeling feeling naik motor dekat tepi pantai. Kahkah. Lagipun kos naik motor lebih murah.

Ni lah Taqim with his scooby.
Masih single :-P

Lepas sewa motor, kiteorang pergi isi minyak dulu. Isi dalam 50baht jer. Terus penuh. Lepas isi minyak, terus carik kedai nak lunch. Last makan kat KLIA2 kat McD tuh. Jalan jalan naik motor, jumpa satu kedai Muslim. Lauk sedap, tapi harga agak mahal. Haha. Makan nasi campur dua orang dah 230baht. Padahal ambil lauk simple simple.

Lauk sedap, walaupun agak pricey.

Lepas kenyang, balik bilik semula., Rehat jap. Petang petang sikit baru start motor ke Krabi Town. Jarak perjalanan dalam 45minit. So, kena recharge tenaga. Masa kite dengan Aleesya tidur, Husband & Taqim round round Aonang, nak carik pakej pulau yang murah dan berbaloi.

Last last dieorang dapat pakej ke Emerald Pool + Hot Stream Waterfall (untuk hari kedua kami di Krabi) dan pakej 7 Island Sunset (hari ketiga di Krabi) dengan harga 1400baht seorang. Gila murah. Kite dah survey awal awal, untuk pergi 7 island sunset tuh jer, dapat harga dekat 2000baht. Tapi tuh naik speed boad lah. Kiteorang naik long tail boat. Huhu. Lagik syok. Walaupun orang cakap naik speed boat lebih cepat sampai. (Pada kite sama je, sebab dulu kite dah pernah naik speed boat. Kali ni naik long tail boat. Sama je cepat sampai. So, better amek pakej yang naik long tail boat. Murah banyak compare dari naik speed boat)

Bila badan dah penat sangat, tidur pun tak sedar. Alih alih dah pukul 5 petang. Kelam kabut bangun, ketuk bilik sebelah (bilik Sue & Icin), ajak pergi night market kat Krabi Town. Siap siap mandi semua, gerak dekat pukul 6. Huhu. Kiteorang pergi Krabi Town ni tak ikut GPS pun. Ikut gerak hati dan ikut signboard. Agak agak pening, tanya dekat orang tepi jalan. Lagi satu, masa naik bus awal awal pagi tadi, kiteorang hafal jalan. 

Weee~
Aleesya terselit dekat tengah.
Kebas weh kaki naik motor lelame.
Tapi enjoyyyyy sangat.
Aleesya pun tak buat hal, behave sangat.

Ni dekat Night Market Krabi Town.

Dekat dalam kawasan night market ni tak boleh smoke tau. Nak smoke kena luar kawasan. Dan dalam kawasan ni jugak, ada toilet! Haha. Benda penting. Masuk toilet kena charge 5baht.

Posing sikit sementara tunggu yang lain shopping souvenir.

Turn Immy dengan adik pulak!

Happy girl ^_^

3 of us at walking street Krabi ^__^

Sue & Icin busy pilih souvenir haha

Harga souvenir, baju baju dekat night market ni jauh lebih murah dari kedai kedai area Aonang Beach. Baju sehelai boleh dapat 130-150baht. Yang harga 100 baht pun ada. Memang kiteorang borong habis lah. Haha. Dekat sini kite habis dekat 1000 baht. Dapat banyakkk gile barang. Kite beli fridge magnet, keychain, baju, seluar, makanan dan jugak serbuk green tea haha.

Lepas penat shopping, kiteorang beli makanan dekat night market tuh dan makan dekat situ jugak. Kite cam tak lapar sangat.  Lebih kepada haus. Beli mineral water dan orange juice. Husband makan nasi goreng kerabu. Sedap jugak, Kite just beli sate ikan (lokching). Memula beli satu set je, Aleesya makan banyakkk gile. Pastu husband pergi beli lagi 2 set, bawak balik hotel. Huhu.

Perut kenyang suka hati.

Ramai gilaaaaaaa orang dekat night market ni,

Kiteorang gerak dari night market balik ke hotel dalam pukul 10 malam. Bawak motor slow slow je. Tak boleh bawak laju sebab ada orang Thailand situ pesan, jalan sana licin, banyak kes accident. Alhamdulillah, kiteorang selamat sampai hotel dekat pukul 11 malam. 

Aleesya siap tertidur atas motor.. Tapi sampai hotel, mata segarrrrrrrrrrrrrrr pulakkk. Gggrr. Nasib baik wifi laju. Dia layan youtube aje la sampai tertidur. Immy? Krohh krohhh. Ngantukkk. Kena tidur awal sebab esok nak pergi jalan jalan lagik!

Summary
Flight ticket 
= RM 195 seorang return

Bus dari airport ke hotel area Aonang 
= 150 baht

Sewa Motor 
= 200 baht sehari

KL Hotel Aonang 
= 410 baht seorang sehari (kongsi bilik)
= total 6150 baht untuk 4 hari 3 malam
(5 orang, 2 bilik, 1 extra bed)

Makan (lunch)
= 150 baht seorang

Minyak motor
= 50 baht 

Souvenir @ Night Market Krabi Town
= 1000 baht

Tips : Senang kira, 1000 baht tu RM100. Buang satu zero dekat belakang jer. Plus minus lah rate dia. Gittewwwww... Huhuu

Nanti sambung part 2 pulak yer. 
Hari kedua di Krabi 
^__^

Goodnight kawan kawan Mommy
^____________^


Xoxo, 
IntanIrfanAleesya

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13