Monday, January 25, 2016

Check up Aleesya Eryna 2 tahun

.
5 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Petang tadi ada check up Aleesya Eryna dekat Klinik Kesihatan Air Hitam, Muar. Tapi tak kena cucuk pun kali ni. Just nak timbang berat dan ukur tinggi jer kot. 


Hmm..agak agak berapa berat dan tinggi si comel ni ek?

Xoxo, IntanIrfan

Happy Birthday Sayang!

Salam.

Tiga hari lepas merupakan hari kelahiran Aleesya Eryna binti Mohammad Noor Irfan yang ke dua tahun. Alhamdulillah,  membesar dengan sihat dan cerdik. 

Sebenarnya, birthday Aleesya dah celebrate awal, beberapa minggu lepas. Saja celebrate awal. Buat majlis kecil je di rumah Mama Abah dekat Muar ni. Majlis berjalan lancar. Family je yang ada. Majlis start pukul 9 malam, habis dalam pukul 11 malam camtu...

Kek ni kite tempah khas dengan BFF kite, Ina Raiyan.
Kalau nak tempah kek sedap dan murah area Muar/Batu Pahat, 
boleh contact dia ---> https://www.facebook.com/ina.raiyan

Sebelum acara potong kek, baca doa selamat dulu..

Bacaan doa selamat diketuai oleh Abang Ipar kite, Abg Is.

Birthday girl dah jeling kek huhiiii.

Nekma Aleesya ^_^

Lepas selesai bacaan doa, acara tiup lilin dan potong kek. Huuu. Ni acara kegemaran Aleesya. Tak de niat apa-apa, cuma nak happy-kan si kecik kesayangan saya ni je. :-)

Fuhhh. Beriyaaaa tiup.

 
Dah tiup, jom potong kekkkk!!

Tengok lah muka gembira dia tuh.
Mommy pun gembira... :')

Choc cheese cake..

Aleesya ni beriya je potong, makan nye takk.

Dia tetap nak makan nasikkkk... 

Menu malam tu selain daripada kek adalah nasi putih, ikan bakar, ayam bakar, air asam, sup sayur, kuih kuih. Tu jer. :'D Tapi alhamdulillah, seronok makan reramai..

Majlis tak lengkap sebab family kakak kite tak dapat balik sebab ada kematian ayah mertua dia di Kelantan. Takziah kepada keluarga Abg Ipar kite, Abg Apis... Al-fatihah.....

Settle makan, masa untuk ambil gambar!! 
Yeyyyy~

Kejap la mommy Abah.. 
Adik tak ready lagiiii nii..

Ok ready..
Qu Puteh.. Qu Puteh..
Baru lah putehhhh
Muahahha... :-P

Peaceeeeeeeee!

Dengan family tersayang.
Tqvm kepada Yeop & Syu yang tolong Angah deco.
Deco lah sangat.
HAHAHA.

Dengan in law. 
Thank you sebab sudi datang. :'D

Dengan Nekma tersayang..

Tengok lah muka dia tu.
Ya Allah geramnyeeeeeeeeee!

Alhamdulillah, tercapai jugak impian mommy dengan abah nak celebrate birthday adik dengan sederhana tapi meriah. Nanti adik dah besar, boleh baca blog mommy. Mesti adik rindu kenangan ni semua bila adik dah besar nanti. Mommy & Abah nak adik tau yang mommy & abah sayang sangat adik. Jadi budak yang baik, cerdik dan cantik selalu yer. Jangan nakal nakal. Love you so much.

Pagi birthday sebenar, Aleesya macam tak sihat. Terus bawak dia keluar jalan jalan. Belikan kek satu slice dan celebrate dekat McD. Terus ceria macam selalu. Cehhhh...nak tiup kek lagik rupanya. Mengada betul. :-P

P/S: 
Hadiah birthday dah beli yer. 
Beskal pink kesayangan adik tuh. Happy cycling! ^_^

Nanti ada masa kite tulis lagik. 
Time to sleep. Bye~~

Xoxo, IntanIrfan

Tuesday, January 19, 2016

Teaser Filem - Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

.
0 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Sejak ada anak, kite dah tak pernah tengok wayang. Tapi masa keluar filem Polis Evo, terus rasa macam nak tengok wayang. Anak pun dah besar sikit. Try test bawak. Alhamdulillah, dia okey. Seronok dapat tengok "TV besar".

Cerita kedua kiteorang tengok adalah Dilwale. Dua kali uols tengok. Kihkih. Kali pertama tengok dekat GSC Aeon Bandaraya Melaka. Kali kedua dekat MBO Square one Batu Pahat, bawak Mama, die hard fan Shah Rukh Khan.

Anak behave tak? Tak lari lari ke dalam panggung wayang? TAK. She is very good girl. Huuu. Sebab dia kan jenis anak mak. Melekat aje dekat kite. Dan kite ambil couple seat. Selesa sikit. Bila dah sejam cerita jalan, dia pon dah penat agaknya, terus bagi susu dan Zzzzz. Dapat lah mommy abah dating feeling masa zaman bujang. Kihkih.

Sebelum ni pernah bawak dia pergi studio jamming, tengok husband kite jamming. Seronok dia tengok Abah dia juget juget time main gitar. Pernah jugak bawak pergi karaoke. Huhuuu. Semuanya okey. Memang anak mommy abah betul. Perangai sameeeeee sangat dengan weolsss. Hihihihi.

Next movie maybe nak tengok cerita Upin Ipin. Dah la ada pelakon faveret mommy, Puteri Balkis. Suka tengok dia berlakon. Menjiwai betul. Betul betul betul. :-P


Tak sabar nak tunggu filem ni keluar. Nanti kite tengok sesama yer Adik Mommy Sayang. :-* Ok bye. Nanti kite taip lagik. Sejak dua menjak ni, rajin pulak update belog. Hihiii. Till then. Byeeeee~

Xoxo, IntanIrfan

Lagu : Superman is dead - Sunset di Tanah Anarki

Salam.

Currently addicted with this song. Shuben ittew yang suka dengar. Katanya kazen dia yang share lagu ni dekat dia. Lagu ni lagu lama. Tahun 2013 tak silap. Kite jer lambat seminit. (-__-") Enjoiceeeeeeeeeeeee uols. :)

Lirik : Sunset Di Tanah Anarki
Andaiku malaikat, kupotong sayapku dan rasakan perih di dunia bersamamu
Perang kan berakhir, cinta kan abadi, di tanah anarki romansa terjadi
Desing peluru tak bertuan, hari-hari yang tak benderang
Setiap detik nyawa ini kupertahankan untukmu
Alasanku ada di sini, dan parasmu yang kurindukan
Di neraka kan kumenangkan, hariku bersamamu
Dalam gelisahku menunggu, berita tentang gerilyamu
Semerbak rindu kuasai udara panas ini
Sepucuk surat telah tiba, dan senja pun ikut berdebar
Kalimat indah dan kisahmu tentang perang dan cinta
Kubasuh luka dengan air mata
Oh hatimu beku, serta jiwamu yang lelah
Tak henti lawan dunia dengan mimpi besar untuk cinta
Dan jalanmu tuk pulang, di ujung waktu kan ada cahaya
Itulah aku, raihlah mimpimu

Xoxo, IntanIrfan

Monday, January 18, 2016

Empat hari lagi....

.
2 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Oleh kerana Aleesya Eryna sangat sangat sangat suka kan karektor Upin & Ipin, so mommy decide untuk buat sambutan birthday dia dengan tema upin ipin.

Maka gigih lah mommy edit gambar untuk print sebagai edible image dan letak dekat kek, google lah segala tok nenek yang berdasarkan upin ipin. 

Memang Aleesya Eryna tak bagitau. nak celebrate birthday macam mana. Tapi masa mommy edit gambar dekat atas ni pon dia dah excited. 

Mommy beli set birthday party Upin Ipin dekat satu page dekat FB. Harga affordable. Semua yang dekat gambar atas ni termasuk lah piring kek, cawan, topi happy birthday, pam belon, total harga RM70 sahaja.

Mommy jadi excited sebab birthday kali ni Aleesya Eryna dah besar, dah pandai, dah cerdik. Kalau macam tahun lepas, mommy beli kek simple jer dekat kedai kek. 

Masa ni muka pun blur jer. Tak faham agaknya kenapa mommy dengan Abah excited bebenor. HAHA. Padahal mommy jer excited. :-P

Macam tak percaya jer lagik 4 hari birthday Aleesya Eryna. Dah nak masuk 2 tahun dah anak mommy sayang ni. To me, she will always be my baby. Sayanggggggggggg sangat. "Gaduh" macamana pun dengan mommy, tetap malam malam tidur peluk mommy. Tetap bangun pagi senyum pandang mommy. Priceless. 

I love you honey bunny sugar plum. :-*


Saturday, January 16, 2016

6 days until my princess's second birthday!

.
0 Sweet and Lovely Comments!



ADIK HAPPY, 
MOMMY LAAAAAAAAAAGIII HAPPY.

Can't wait to celebrate your birthday!
6 days to go. :-)

Wednesday, January 13, 2016

Mandi mandi di Kolam Air Panas, Gersik, Muar

.
2 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Awal tahun ni, kite satu family pergi mandi mandi dekat Kolam Air Panas Gersik, Muar. Tak jauh dari rumah kite. Dalam 10-15minit jer.

Memula plan nak mandi mandi dekat Kolam Air Panas Bembam Melaka, tapi bila baca review, ramai komplen, cakap tak memuaskan, kotor dan tak terjaga. So, daripada buang masa pergi sana, baik pergi mandi dekat tempat yang dekat sikit. Free pulak tuh. Kihkih.

Kiteorang pergi ramai sebenarnya. Sebab kebetulan adik kite yang Yeop tuh balik. Kite, Mama, Yeop & Wife, Adik, Chacha & Aleesya. Abah & Hasben kite kerja, tak dapat join.

Sebenarnya malas nak pergi tapi sebab adik kesayangan ni busan tak pergi mana mana time cuti sekolah, so bawak lah dia jalan dekat dekat.

Kiteorang siap bawak bekal, makan dekat sana. Pergi dalam pukul 8.30 pagi, kul10 lebih, balik. Seronok gak gather reramai. Next time boleh pergi lagik. Huhiiii.

Ok. Nanti taip cerita lain pulak. Byeeeeee~~

Thursday, January 7, 2016

Fesyen Terkini

.
1 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Fesyen Terkini Ala Selebriti

Kalau bercakap mengenai trend fesyen terkini, para selebriti lah yang sering menjadi role model kepada para penggemar fesyen. Nama-nama seperti Scha Al Yahya, Fazura dan Lisa Surihani merupakan selebriti-selebriti tanah air yang sering menjadi ikutan dan mendapat perhatian media tempatan. Bukan sahaja kerana rupa paras yang menawan dan pencapaian yang memberangsangkan dalam industri hiburan, mereka juga sering tampil dengan gaya fesyen yang terkini. 

Pakai lah style fesyen macam mana pun, mesti jadi ikutan anak muda. Termasuk lah kite yang tak berapa nak muda ni. Kihkih.

Ibu kepada bayi comel ini mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman social Instagram dan sering memuat naik gaya #ootd yang cukup ringkas tetapi trendi. Beliau sering kelihatan menggayakan koleksi sneakers dan dipadankan bersama midi skirts dan leggings. Scha juga kelihatan lebih selesa bergaya dengan pemakaian t-shirt yang ringkas. 

Memang up to date betul pakaian mommy Lara Alana ni. 
No onder lah Lara Alana pun gojes macam mommy dia.

Begitu juga dengan selebriti cantik Fazura yang sering mendapat pujian di karpet merah. Beliau sememangnya bijak bergaya dan merupakan salah seorang ikon fesyen tempatan. Jarang sekali kita melihat Fazura kelihatan janggal ketika berfesyen. Beliau juga mempunyai sebuah butik di Bangsar atas minat yang mendalam kepada dunia fesyen. 

Dan selebriti cantik yang ketiga adalah Lisa Surihani yang kini sedang sarat mengandung anak yang pertama. Sejak dari awal pembabitan sehinggalah hari ini, Lisa bersih daripada segala kontroversi dan bijak dalam berfesyen. Beliau sering tampil dengan image yang ‘sweet’ dan tidak kelihatan seksi. 

Bila dah bersalin pun, still kebabom. Suka betul tengok hot mommy ni. So, apa fesyen terkini yang korang minat? :)

Wednesday, January 6, 2016

Tudung Murah

.
2 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Tudung adalah antara fashion item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan. 

Bila tak pakai tudung, rasa macam tak lengkap seseorang perempuan muslimah tu. Rasa macam ada yang kurang.

Namun begitu, bagi Muslimah di Malaysia pemakaian tudung terkini tidak membataskan ruang untuk mereka kelihatan bergaya. Sekarang ini terdapat banyak seleksi tudung murah dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang menarik bersama harga yang cukup berpatutan.

Siapa kata nak cantik kena pakai tudung mahal je. Ye tak? Ada je tudung murah serendah RM15. Hihi.

Cantik kan Dato Siti bertudung :) 

Oleh kerana golongan wanita yang bertudung semakin gemar bergaya dan mengikut arus trend fesyen Muslimah terkini semakin banyak koleksi tudung murah dengan rekaan moden dihasilkan. Pereka-pereka fesyen Malaysia juga telah muncul dengan koleksi tudung terbaru bersama rekaan yang unik dan eksklusif.
Banyak website online shopping Malaysia di luar sana yang menawarkan pelbagai pilihan tudung moden Muslimah. Pilih butik fesyen Muslimah yang menawarkan koleksi tudung murah terbaik online agar apa yang anda belanjakan berbaloi!

Klik klik, buat payment, terus barang sampai rumah. Mudah kan? Tak payah buang masa ke shopping mall. Berbelanjalah dengan bijak :)

Ok selamat membeli belah
^__^

Xoxo.
-Intanurulfateha-


 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13