Tuesday, November 24, 2015

Sweet Escaped - Genting Highland

.

Salam.

Hai korang.. Nak cerita ni.. Beberapa bulan yang lepas, kiteorang pergi Genting Highland Kota Keriangan. Huu. Keriangan lah sangat.. First time pergi sejak ada anak. Heee.

Sebenarnya, husband ada kerja dekat area PWTC. So kalau kerja dia tak berapa banyak, dia memang akan bawak anak bini. Maka, anak bini melompat keriangan lah! Hureyyyyyy~~ Kahkah.

Lepas husband settle kerja, kiteorang terus ke Genting. Takde booking hotel apape. Main redah aje. Bila check online, memang murah lah harga First World Hotel tuh. Ada promotion tapi nak booking untuk hari ni dah tak sempat. So memang kena walk-in jer. 

Bila sampai sana, cari parking dan terus ke lobi hotel. Nasib baik ada bilik. Dalam RM18*.**. Tak sampai RM200. Tapi takpe lah, still under budget. Kuikui. Lepas dapat kunci, check in hotel dulu. Rehat. Petang sikit baru kiteorang jalan jalan dalam Indoor Theme Park.

Perut lapar. Makanan semua mahal. Harga jadik double. Phew. Lupa pulak nak beli megi cup. Kahkah. Tapi takpe. Sesekali kan... Bila perut lapar, kiteorang pergi makan dekat Kenny Rogers. Lepas makan, jalan jalan lagik. Main la beberapa permainan dalam Indoor tuh. Naik rusa terbang. Gile menakutkan. Gayat. T___T Menyesal naik. 

Oh yer. Outdoor Theme Park belum siap lagik. Maybe tahun depan. Nanti insyaAllah, ada rezeki nak pergi lagik. Tapi nak main permainan yang mengerikan tuh, memang TAKKKK lah. Nak naik cabel car pon aku takot. Kahkah...

Jap je dah tinggi budak kecit ni.

Lepas dah layan beberapa games, perut balik. Adussssss. So, kali ni kiteorang makan dekat Marrybrown pulak. Take away jer. Makan dalam bilik. Lepas makan, balik hotel, tidoooooooooo.

The next day, kiteorang check out awal sebab nak bawak Aleesya pergi petik strawberry dekat Genting Strawberry Park. Ceyyyyyyyyywahhh. Padahal Mommy dia yang nak sangat. HAHA. Alaaa..tak ingat berapa tiket masuk dalam tuh, tapi murah lah. Tak samapi RM 10 seorang. Kanak-kanak bawah 2 tahun, FOC. Best lah dalam ni. Macam macam ada. Bukan setakat strawberry tapi Lavender Valley pun ada.





Settle jalan dalam ni, beli lah beberapa barang then balik Melakaaaaaaaa. Bye bye. Nanti ada masa, sambil minum air, kiteorang menyelam lagik. Kihkihh.

Next entry will be Jalan jalan Pantai Timur pulakkkkk. Memula macam tak jadik pergi sebab sakit pinggang, tetiba last minute rasa macam nak pergi pulak. Kaki jalan betul. Haha. Besok besok ekk kite taip. Byeeeeeeee~~ ^__^

7 comments

Mommy Cici said...

comelnya menantu I yanggg oi. Maira takmau pakai ribbon -.- maybe sebab I lambat ajar kot. si Lihin laju je pakai topi. kalau letak kat Maira semua dia buang. hadoi.

Shila Azizi said...

Besar dah si comel ni...

admin said...

sangat bagus sekali postingannya saya suka, mampir ke chord gitar

zarul farhana said...

xpernah sampai lagi sini...

cimi said...

Sakan jalan ! :D

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

Dicky Ahmad said...

mampir juga ke Belajar gitar

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13