Wednesday, August 27, 2014

Berderau darah mami !!!

.
4 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Sejak jadi mak mak ni, tidur dah tak lagi lena, mandi pun tak basah sangat hihi. Ok tipu. Basah memang basah tapi kena mandi lelaju. Phew. 

Macam tadi kite mandikan dia dalam pukul 11 pagi. Memula dia dah bangun awal, tapi lepas minum susu, dia tidur balik. Bila dia tidur, haruslah mami pun sambung tidur jugak hihii.

So, lepas mandikan dia, time nak pakaikan dia baju tu, mata dia kuyu aje. Macam ngantuk lagi sebab before mandi tuh, dia main main dengan kite. So, lepas settle pakai baju, tepuk-tepuk sikit then dia terus tidur. So, masa ni la super mommy berperang! Kelam kabut pergi mandi sebab takut dia bangun pulak.

Masa sebelum mandi tu, otak dok fikir, nak mandi sekarang or tunggu Mama kite balik kerja. Kalau Mama dah balik kerja, dia boleh tengokkan Aleesya. Tapi terus decide nak mandi memandangkan mungkin Aleesya akan tidur lama sebab masa pakai baju pun, mata dia macam tak larat nak bukak.

Masuk jer bilik mandi, terus gosok gigi & cuci muka. Lepas tuh, lari pergi sekodeng Aleesya jap, takut dia bangun, tapi dia tengah tidur lagi. Lega. Lepas tuh, lari masuk bilik mandi balik, sabun sabun badan, tak syampu rambut sebab malam tadi dah syampu. Kalau syampu rambut, mesti ambil masa yang lama.

Settle bilas badan, masuk bilik jer, Aleesya dah dekat tepi katil!!!!!!!!!!!!! Sikit lagi nak jatuh. Kusssss semangat. Berderau darah kiteeeeeee......

Padahal sebelum tuh, punya lah nyenyak dia tidur. Ggggrrr! Masa dia dah dekat tepi katil tuh, dia siap senyum lagik. Haishhh.. Aleesya.. Aleesya...

Baby cot Aleesya dah bawak keluar dari bilik kite sebab dia tak suka tidur dalam tu. Mujur lah kite tak beli, baby cot turun temurun. Hihi. Aleesya ni jenis suka tidur ngempeng dengan Mami.

Nasib baik lah kite mandi laju laju, kalau siap syampu rambut segala, mau anak haku dah jatuh ke lantai. Sejak dia dah pandai merangkak nii, memang pagar bantal dah tak berkesan lagi. Buat lah kubu tinggi mana pun, dia tetap boleh panjat sebab dia tengah kemaruk nak berdiri.

7 bulan 4 hari.

Sebelum ni, kalau Aleesya tidur petang dan kite nak pergi ke dapur atau toilet, kite akan baringkan dia dekat tilam, dekat lantai. I is tak berani nak letak dia atas katil. Kalau jatuh......... T________T Rasa macam nak request dekat husband, nak beli pagar yang letak kat tepi katil tuh. Ntah apa nama.

Masa untuk main!!


Ok. 
Nanti update lagik. :)


Tuesday, August 19, 2014

beli kereta perodua murah disini!

.
0 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Hai korang. Hari ni kite nak share satu website best yang menjual kereta perodua dengan harga yang terbaik. Harga terbaik? Mestilah harga yang murah dan berbaloi. Huhiii.


Kite pun beli kereta kebal kite (Myvi SE 1.5) dekat website Www.OnePerodua.Com ni. Doang ni bertempat dekat MidValley. Walaupun kite duduk Muar, tapi doang ni siap buat servis penghantaran ke rumah. Masa kite beli kereta Myvi ni, kite still student, so, dapat zero down payment sebab guna Graduate Scheme. Takde duit pun boleh beli kereta. :-P


Lepas tuh dapat macam macam free gift. Antaranya Smart Tag, Kad Touch N' Go, Baucer Tinted dan banyakkkkkkkkkkk lagik. Sales person dia pun nice orangnya. Cepat dan senang pulak dapat kelulusan bank.





Bulan 9 nanti akan keluar satu model kereta perodua baru yang diberi nama PERODUA AXIA. Cantik design dia. Harga pulak antara RM25k hingga RM45k. 



Harga Perodua Axia. :)

So, kalau korang nak beli kereta dengan cepat dan harga berpatutan, boleh contact ENCIK RIDZWAN dengan nombor yang kite bagi ni. Bagitau je nama kite, nanti leh dapat diskaun, insyaAllah. ;-) Cewah. Tak kira lah nak beli Viva ker, Myvi ker, Alza ker atapun Axia. Jangan nak beli Kancil atau Rusa pulak. Dah takde dah skang ni. (>__<)


Yang bestnya, korang tak payah susah susah nak pick up kereta tuh dekat Mid Valley ker ape ke, nanti doang sendiri hantar kereta depan rumah korang. Jimat masa, tenaga semua. 


Ok korang. 
Selamat membuat keputusan yang bijak. 
Sokonglah barangan buatan Malaysia. :-P


Monday, August 18, 2014

.4 hari lagi Aleesya Eryna genap 7 bulan !

.
3 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Empat hari lagik genap 7 bulan umur intang payung kite. Alhamdulillah, dapat tengok anak membesar depan mata. Dari dia 2.95kg sampai lah dah 7.4kg (Masa 6 bulan). Mungkin sekarang dah hampir ke 8kg. 

Dan sekarang Aleesya Eryna dah pandai duduk! Yeyyy! Alhamdulillah. Dan dia dalam proses nak merangkak. Mungkin dia jenis budak yang tak pandai mengengsot kedepan. Dia pusing 360 darjah lepas tuh dia angkat badan, angkat punggung, alih alih dah duduk. Sekarang ni, dah pandai merangkak sikit sikit. Alhamdulillah.

Seronok tengok dia membesar. Walaupun macam kesian bila tengok dia bersusah payah nak merangkak. Slowly.. Tapi steady. Sampai lah dia berjaya pegang mainan dia tuh. Hihii. Mami sayang Aleesya Eryna sesangat. Abah pun sayang Aleesya Eryna. Semua orang sayang. :')

Kesayanganku.

<3 <3 <3

6months 3 weeks 6days.

Semoga Aleesya Eryna membesar dengan sihat.
Aminnn.

Till the next entry.
TATA~~~

Wednesday, August 13, 2014

.hari raya seorang anak polis

.
7 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Its me again! Muehehe. Macam best pulak update belog ni. Kemaruk pulak mami si aleesya ni kan. HAHA. Ok. Kali ni nak cerita pasal hari raya kite. Best ker hari raya seorang anak polis ni? 

Bila time musim perayaan jer, polis polis lah susah nak dapat cuti. Time tuh lah cuti dibekukan. Sadis betul. Since arwah nenek + atuk sebelah abah dah takde, memang dah takde lah kiteorang nak balik beraya dekat kampung Abah dekat Klang dan Perak. Masa kecik kecik dulu, masa arwah nenek dan atuk still ada, ada jugak balik. Tapi dah tak ingat sebab dah lama sangat.

Arwah atuk belah Mama memang dah lama tak ade. Tak pernah jumpa pun sebab arwah atuk meninggal masa zaman Mama sekolah lagi. Arwah nenek pulak memang duduk dengan kiteorang dekat Muar ni. So, bila both side nenek dan atuk dah takde, memang kiteorang tak kemana-mana. Beraya di Muar sahaja. :')

Acara wajib hari raya.

Raya 2010.
Along & Angah masih single.

Raya 2012.
Along dah kahwin!

Raya 2013.
Angah pulak kahwin. 
Along dah ada anak. 

Raya 2014.
Angah pulak ada anak.
Along beraya di kampung mertua.

Space kosong sebelah husband kite tu untuk 
super impose gambar family along.
Tapi, projek terbengkalai. 
Kuikuikui.

Raya seorang anak polis Baharom adalah time raya pertama aje. Sebab? Sebab biasanya lepas sembahyang raya, salam salam, mintak maaf, mintak dulit raya, makan makan, rehat then Abah pergi kerja semulaaaaaaaaaaaa. (T__________T) Mama pulak raya ketiga dah start kerja. Macam tuh lah raya kami setiap tahun. Abah ada tugas untuk negara. Nak jaga keamanan negara. Dan penyangak kat luar sana tuh takde lah nak kacau kacau korang semua beraya. Sobs sobsss.

So, tak payah lah nak perli perli cakap, Eh, Ifan tuh takut bini ker? Tiap tiap tahun raya pertama dekat rumah family bini. Huh, ada pulak yang busy body yer? HAHA. Kami suami isteri dah berpakat, raya pertama je, memang beraya di Muar. Sebab family kite memang sangat jarang nak beraya rumah sedara mara sebab Abah kerja. Mama pulak, kalau Abah takde, lagi lah mood beraya takde. So, tunggu jer lah sedara mara datang rumah. Dulu, masa arwah nenek sebelah Mama still ada, adik beradik Mama akan datang beraya rumah kiteorang, nak jumpa nenek. Bila nenek dah takde, doang still datang jugak.

Kalau kite beraya rumah Mertua kite dulu dan balik ke sini selepas 3-4 hari, rumah kite dah sunyi sepi dah sebab kemeriahan raya cuma time raya pertama saja. So, better kite beraya di Muar dulu then petang raya, malam raya atau pagi raya kedua baru balik ke JB sebab family husband kite pulak, kalau beraya, seminggu tuh jer dah pack dengan aktiviti. Ada jer rumah yang nak pergi. Konvoi reramai. Seronok! ;-)

Begitu lah raya seorang anak polis. Pasrah sajorkkkkkkk. Nasib baik laki ai bukan polis. Kihkih. Tunggu Abah pencen lah jawapnya kalau nak beraya sakan. Maybe next 2 year. Hihihi. Sekarang ni lagi lah susah Abah nak cuti sebab Abah dah jadik Ketua Polis Balai Bakri. Hari hari balik lewat malam lepas tuh pepagi lagik dah keluar pergi kerja.. Tak kisah lah dapat raya ke tidak. Apa-apa pun, Angah Sayang Abah. :')

Dedua muka sepesen. 
Senyum tara. :-P

.bagaimana nak luka bersalin cepat kering?

Salam.

Yuhuuu. Hari ni kite nak share macam mana cara nak luka selepas bersalin tu cepat kering. Yang ni untuk cara bersalin normal yer. Untuk bersalin secara czer, iols belum tau lagik bagaimana caranya. Belum ada pengalaman. Hihi. 

Caranya mudah sahaja. First kena jaga kebersihan. Kena tukar pad selalu. Macam kite, setiap kali pergi toilet untuk kencing atau bery, kite akan tukar pad. So, luka tuh akan cepat kering. Memang akan guna banyak pad sikit, tapi yang penting, cepat kering. Huhii.

Lepas tuh, rajin rajin sapu ubat kuning tuh pada luka. Lepas cuci bersih, sapu ubat kuning tuh pastu baru tukar pad baru. Make sure kena sentiasa kering tau. Jangan tunggu pad penuh baru nak tukar.

Macam kite, kite tak guna maternity pad sebab kite rasa macam tak selesa dan tebal sangat. Bila nak duduk, rasa sakit. So, kite guna pad yang jenis herba tuh. Lagi best. Nipis lepas tuh dia bagus. Berangin jer. Huhuuu.

Jalan pun kepit kepit. Jangan lah jalan lelaju. Kang kalau jahitan tu koyak, tak pasal pasal kena jahit semula. Sakit woo. Bila time duduk pulak, better duduk senget sikit. jangan tekan dekat bahagian luka tuh. Adoiii tetiba teringat pulak macamana ngilunya luka ittewww. Hihihi. 

Minggu kedua lepas bersalin, kite dah boleh pakai seluar. Hihi. (Sebenarnya kite tak pandai pakai kain batik !@#$%^&) Tapi pakai seluar yang jenis stretchable tuh lah. Huhuu.

So, good luck untuk korang. Pemakanan kena jaga jugak ! Heeeee. Okbaiiiii~ Sekian sahaja entry mak mak untuk anda semua. Ngeeeeeeeeeee.

Dah pandai duduk sendiri!
6 bulan 2 minggu 6 hari
:)

Monday, August 11, 2014

.kosong kosong :)

.
1 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Alamak. Macam dah lambat aje nak buat entry hari raya. Hihihi. Tahun ni korang raya dekat mana? Kite macam biasa, raya pertama kat Muar dan raya kedua di JB, kampung husband. :-)

Tahun ni seronok sikit raya sebab Aleesya Eryna dah besar. Err..tak de lah besar sangat tapi dah tak duduk dalam perut lagik lah macam tahun lepas. :-P Yang best nya, dapat kutip duit raya sekali untuk anak. Mami dia pun dapat jugak sebab mungkin sedara tuh ingat kite budak lagik kot. (-.-")

Tahun depan mesti lagik best sebab Aleesya Eryna dah boleh jalan. Dah boleh tocang rambut dia. Eiii bestnya. Hihi. Raya tahun ni tak habis lagik dah fikir raya tahun depan pulak. :-P

Ok. Dekat sini kite nak mintak maaf dekat korang semua sepanjang kite ber-blog ni, mungkin kite ade buat korang rasa tak senang dengan entry annoying kite. (T__T) Kosong kosong yer. :-)


Selfie skettt. ;)

Gambar wajib satu family tapi family Along takde pulak.
Dis year doang raya dekat Kelantan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami ;)

KOSONG KOSONG
0-0

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13