Monday, October 13, 2014

Tips untuk anak tidur nyenyak

.

Salam.

Bila anak dah semakin besar, dah semakin banyak akal, dah semakin banyak peel, memang kemain susah nak tidurkan beliau. Blerghhhhh. I iz stress bila kite sendiri dah mengantuk tapi dia boleh segar siap senyum sengih sengih lagik. Nak marah pun tak jadik. (T___T)

Ok. Biasanya, budak ni kalau dah penat main, dah kenyang minum susu, mata dia akan layu aje. Tapi dia gagahkan jugak mata tuh untuk bukak. Macam letak lidi transparent rasanya at mata tu. (!_!) Kat bawah ni ada beberapa tips  Mami Intang nak share dan korang boleh ikut. (Kalau nak) Kihkih.

1) Layankan aje kalau dia ajak main. Kalau dah kemaruk nak berdiri, nak merangkak, nak panjat, layan aje. Nanti dah penat, dia akan merengek nak susu.

Layankan aje peel nko dikkk.
Zassssssss!

Penat nak kejar.
Kalau dah pandai jalan ni, lagik keding Mami dia.

2) Bagi susu sampai kenyang. Konsep nak susu banyak adalah demand & supply. Selagi anak tanak lepas susu (untuk breastfeeding), bagi aje lah susu. Dah kenyang nanti, dia lepas sendirik. Siap tertidur. Tapi Aleesya Eryna punya peel, dia tanak lepas. Nak ngempeng aje. So, mami dia akan lepaskan secara senyap. Kalau sampai sejam pun tak lepas, memang lah gggrrr! Tapi bila mami nak lepaskan, pandai pulak dia hisap lelaju. (>_<) 

Eh, baru baru ni ada viral kat FB cakap mana ada baby minum susu sampai 40 minit. Why so stupid huh? My baby minum sampai sejam lebih okey. Mengandung, beranak dulu, baru boleh komen ok. Blerghhhhhhhhhhhhh!

3) Ok, sambung. Bila dah tidur tu, basahkan kepala dia, bagi segar sikit. Macam Aleesya, dia ni pesen tidur kena ada aircond. Kalau pergi mana mana takde aircond, kena bukak kipas kuat kuat. Pastu basahkan kepala dia guna spray air yang memang kite dah standby. So bila angin kena kepala, rasa sejukkkkk je sebab ada air.

Bukannya basahkan sampai basah kuyup. Kite akan spray air kat tapak tangan pastu usap kepala anak sambil selawat. InsyaAllah, lena dia tidur. Ada orang cakap, baby akan flu tapi alhamdulillah, setakat ni, baby kite okey aje. Tak flu sebab tuh. :-D

4) Make sure pampers dia kering. Tapi kalau dia dah tertidur sebelum tukar pampers, kite akan tukar pampers slow slow, jangan sampai dia terbangun. Kalau dah memang ngantuk, dia memang takkan bangun bila kite tukar pampers dia. So, bila pampers kering, dia akan tidur lama sikit. Takde lah dia nya tidur terganggu.

4) Mami tidur sebelah dia dan peluk dia. Bukan dia je nyenyak, mami pun nyenyak tidur sekali. Kihkih. Bila tidur sebelah dia, dia akan rasa bau dan kehangatan mami. Cewah. :-P Kalau letak baju Mami jer, takkan jalan punya sebab dia dah besar, dah pandai. Bagi bau je tak cukup. Dia kena ada Mami dia kat sebelah. Kalau Mami takde, mau dia melalak macam lah Mami dia hilang. Haha.

Okbai. 
Nak join anak tidur. Heheheee,

8 comments

Ziera Ieyah said...

tips pun da tips emak skg ye..hikhikhik bile la turn kite nak ikut tips intang ni. hehe

intanurulfateha said...

@Ziera Ieyah

muahahahaha alaa nanti smpai gak mase ziera. slowly but surely :)

cik mah said...

Setuju ngan tips...azwa pun kena berangkn n xberpeluh..nr.nyenyak tdonya...pling nyenyak bila.kena.peluk..hehe

zarulfarhana said...

Tips bagus ni klu Ada ank

mysha said...

Slalunya mak klo anak tdo dia pun mesti tumpang sekaki sbb masa tu jerla pun nak rest kan hehehe

Tula sape yang xde anak mn nak taw bebudak nyusu berapa lama.. Mmg vongokkk tol viral tu

cik nur said...

salam sis dah lama tak singgah hihihi..haih cpat nya masa berlalu sis dah baby comellll...doakan slaloo bahagia hendaknya hihi :)

LYAfrina said...

salam intan..
long time..no see...
lamanya x kesini..
dah kawen n ade anak pon..cute sgt..

ni pom baca balik entri blog thn 2009 dulu jumpa semua komen2 intan.. terus teringat...

Maznifaeza Md Mustaffa said...

Sangat setuju... tapi emaknya pon sakan tertidur sekali....

Tapi seronok breastfeeding ni. rasa anak sgt rapat dgn kita.

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13