Wednesday, August 13, 2014

.hari raya seorang anak polis

.

Salam.

Its me again! Muehehe. Macam best pulak update belog ni. Kemaruk pulak mami si aleesya ni kan. HAHA. Ok. Kali ni nak cerita pasal hari raya kite. Best ker hari raya seorang anak polis ni? 

Bila time musim perayaan jer, polis polis lah susah nak dapat cuti. Time tuh lah cuti dibekukan. Sadis betul. Since arwah nenek + atuk sebelah abah dah takde, memang dah takde lah kiteorang nak balik beraya dekat kampung Abah dekat Klang dan Perak. Masa kecik kecik dulu, masa arwah nenek dan atuk still ada, ada jugak balik. Tapi dah tak ingat sebab dah lama sangat.

Arwah atuk belah Mama memang dah lama tak ade. Tak pernah jumpa pun sebab arwah atuk meninggal masa zaman Mama sekolah lagi. Arwah nenek pulak memang duduk dengan kiteorang dekat Muar ni. So, bila both side nenek dan atuk dah takde, memang kiteorang tak kemana-mana. Beraya di Muar sahaja. :')

Acara wajib hari raya.

Raya 2010.
Along & Angah masih single.

Raya 2012.
Along dah kahwin!

Raya 2013.
Angah pulak kahwin. 
Along dah ada anak. 

Raya 2014.
Angah pulak ada anak.
Along beraya di kampung mertua.

Space kosong sebelah husband kite tu untuk 
super impose gambar family along.
Tapi, projek terbengkalai. 
Kuikuikui.

Raya seorang anak polis Baharom adalah time raya pertama aje. Sebab? Sebab biasanya lepas sembahyang raya, salam salam, mintak maaf, mintak dulit raya, makan makan, rehat then Abah pergi kerja semulaaaaaaaaaaaa. (T__________T) Mama pulak raya ketiga dah start kerja. Macam tuh lah raya kami setiap tahun. Abah ada tugas untuk negara. Nak jaga keamanan negara. Dan penyangak kat luar sana tuh takde lah nak kacau kacau korang semua beraya. Sobs sobsss.

So, tak payah lah nak perli perli cakap, Eh, Ifan tuh takut bini ker? Tiap tiap tahun raya pertama dekat rumah family bini. Huh, ada pulak yang busy body yer? HAHA. Kami suami isteri dah berpakat, raya pertama je, memang beraya di Muar. Sebab family kite memang sangat jarang nak beraya rumah sedara mara sebab Abah kerja. Mama pulak, kalau Abah takde, lagi lah mood beraya takde. So, tunggu jer lah sedara mara datang rumah. Dulu, masa arwah nenek sebelah Mama still ada, adik beradik Mama akan datang beraya rumah kiteorang, nak jumpa nenek. Bila nenek dah takde, doang still datang jugak.

Kalau kite beraya rumah Mertua kite dulu dan balik ke sini selepas 3-4 hari, rumah kite dah sunyi sepi dah sebab kemeriahan raya cuma time raya pertama saja. So, better kite beraya di Muar dulu then petang raya, malam raya atau pagi raya kedua baru balik ke JB sebab family husband kite pulak, kalau beraya, seminggu tuh jer dah pack dengan aktiviti. Ada jer rumah yang nak pergi. Konvoi reramai. Seronok! ;-)

Begitu lah raya seorang anak polis. Pasrah sajorkkkkkkk. Nasib baik laki ai bukan polis. Kihkih. Tunggu Abah pencen lah jawapnya kalau nak beraya sakan. Maybe next 2 year. Hihihi. Sekarang ni lagi lah susah Abah nak cuti sebab Abah dah jadik Ketua Polis Balai Bakri. Hari hari balik lewat malam lepas tuh pepagi lagik dah keluar pergi kerja.. Tak kisah lah dapat raya ke tidak. Apa-apa pun, Angah Sayang Abah. :')

Dedua muka sepesen. 
Senyum tara. :-P

7 comments

muis ismail said...

Jgn dilayan mana yang menyibuk tu.hehe...tak kisahla raya mana dlu pun asal suami isteri sepakat :)

hajar hazizi said...

AYAH KITA PUN POLIS GAK...DULU KITA SELALU RASA BENDANI, SEKARANG ABAH KITA DAH JADI PENYELIA MUZIUM POLIS BUKIT KEPONG...SO, ADE LA MS SIKIT..ABAH KITA MESTI KNL ABAH AWAK...MAYBE ABAH AWAK PUN KENAL ABAH KITA..CER TANYA, KENAL TAK SARJAN HAZIZI..HEHEEH

SELAMAT HARI RAYA

intanurulfateha said...

@muis ismail

ye betul! :D

intanurulfateha said...

@hajar hazizi

okey awak. annti kite tanye LD

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak intan, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. siannya.. takpelah, abah kak intan berbakti pada negara. besar pahala ~~~

Tieha Nur Fatiha said...

amboiiiiiiii takde senyum wooo. garang cucu polis nih. hahaa

cik nur said...

sis bila tgk pic semua ni kan rasa alahai cepat nya masa berlalu mcm dah tua plak rasa dri ku ni hahah :)

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13