Tuesday, May 20, 2014

.hari hari aleesya eryna weeeeeehuuuuuuuuu~

.

Salam.

Hari hari cerita pasal anak dekat pesbuk. Huhuu. Mesti lah cerita pasal anak sendiri. Ye dak? Biasalah anak 1st memang ke-eksaited-an nya terserlah. Huehue. 

Sebenarnya, update gambar dan status dekat pesbuk lagik cepat dari update ini belog. Lagi malas ini olang mau menaip entry. Haish. Ok. Dah, benti membebel. Mukadimah aje dah 2 perenggan. Haha.

Amboi kaki tuh kemain suka nak angkat angkat.

Ok. Nak cerita. Aleesya Eryna sekarang ni kemain lagik mengada ngada sejak sejak dah kenal orang ni. Lagi lagi mengada dengan Abah dia. (-.-) Yang peliknya, kalau Abah pergi kerja, elok aje duduk rumah dengan Mami. Kalau Abah dia ada, pandang Mami pun tak sudi. KECUALI time nak susu. HAHA. Ye lah, Abah mane ada susu. :-P



Hah, lagik satu. Time malam nak tidur. Dulu masa dia kecit kecit (skang pun kecit lagik hihi), Aleesya tidur dekat baby cot dia sendirik. Tapi lama lama, kite rasa baik dia tidur sama katil dengan kite sebab senang kite nak susukan dia tengah malam. Kalau awal awal dulu, setiap 2 jam, dia nak susu. Tapi bila dah besar sikit ni, dia akan bangun malam sekali aje minum susu, dalam pukul 3-4pagi. Lepas tuh dia tidur balik. Kul7 baru bangun.

So, kalau dia tidur dalam baby cot, kite takut kite tak perasan dia merengek nak apa-apa. Baik dia tidur dengan kite. Kite pulak jenis cepat sedar. Kalau tidur dengan kite, dia akan tidur tepi sekali, kite kat tengah then husband kite kat tepi. Aleesya Eryna tak boleh tidur tengah tengah sebab nanti kena siku Abah dia. Siku Abah dia tajam. Biarlah Mami yang berkorban. (T___T)

Lagi 2 hari Aleesya Eryna cukup 4 bulan. Masa check up 3 bulan hari tuh, berat dia dah 5.79kg. Skang ni mungkin dah 6kg lebih. Kite dah tak kuat dah nak angkat dia lama lama. Lenguh woo. 

Oh yer. Kite dah kurus. Yey! (Walaupun sedikit buncit) Ingat senang ke nak kurus dengan perut yang tak buncit SELEPAS bersalin. ;-) Yang nak perli perli tuh, sila mengandung dulu ye. Tapi kurus kurus kite pun, still tak dapat nak pakai seluar jeans faveret. Cuma 2 helai aje boleh pakai. Yang lain lain masih dalam kotak. WUaaaaaaaaaaa.

Senyuman yang mahal.
(-.-)

Alhamdulillah, dah cukur.
Walaupun rambut asal memang nipisssssssss.
(-______-)

Kemain hepi padahal nak pergi kedai makan aje.
:-P

Aleesya Eryna dan kawan kawan. :-P 

Nekma balik kerja mesti main main dengan Alees dulu. 
Hihihi.

Dah belajar meniarap!
Walaupun tangan dia selalu sangkut. (-,-)

Tadi Mama tegur kite, Makan banyak tapi tak gemuk jugak. Kering aje Mama nengok. HAHA. Tips untuk kurus selepas bersalin adalah BREASTFEED. Hureyy! Alhamdulillah, dah berjaya BF Aleesya Eryna setakat ni. Susu pun alhamdulillah cukup. InsyaAllah, ada rezeki nak BF sampai dia umur 2 tahun. 

Budak bulat.

Ok bye bye kawan kawan Mami.
Nanti ada masa, Mami kite tulis lagiiiiiii....

4 comments

zarulfarhana said...

eee badan dia... comei betul...

sYiRa LoKMaN said...

JOM BLOGWALKING,SINGGAH BLOG SYIRAA :D
..HARI HARI ADA ENTRY BARU ^_^

aIEn said...

alololo tomei nye hb dgn bunga besau tu =)

husna zahidi said...

dgr ckp2 org tua jgak hari tu..sepupu kuat mkn sebab BF anak dya..dan dya still maintain kurus..-.-

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13