Friday, March 14, 2014

.stroller, carrier dan carseat pilihan yeeeeehaaaa~

.

Salam.

Time kite pregnant dulu, kite tersangatlah rajin dok survey itu ini. Kira budget ikut kemampuan untuk beli barang baby.

..........

Baru taip 2 ayat, anak dah bangun merengek. Huehue. Inilah kehidupan seorang mak. MAK MAK SANGAT! Kehkeh. :-P

Ok sambung cerita sebab anak dah tidur. ^_^

Hari hari kite survey barang baby, isi masa lapang. So, time nak beli nanti, takde lah nak kelam kabut sangat. Bila dah survey, dah tau mana yang elok. Masa dalam seminggu pantang hari tuh, husband pun dah start kerja semula. Dia kan kerja dekat Melaka, so dia lajakkan diri ke Bandar Melaka lepas dia setel kerja dan maka dengan itu, dia terlajak sampai ke Jusco. (-.-) Pergi Jusco sorang sorang tanpa bini yang suke shopping ittew. Zzzzzz.

Niat dia ke sana adalah untuk belikan anak kesayangan STROLLER. Kebetulan, masa tu ada sale. Sebelum ni, memang kiteorang ada bincang nak beli stroller yang ikut kemampuan kiteorang dan yang paling penting sekali, dapat sumbat dalam kereta kebal kami. (Myvi) 

Menerut cerita dia (dia cerita semula bila dia dah balik rumah), stroller jenama Sweet Cherry memang sangat murah dekat Jusco. Bila dah nampak stroller yang dia berkenan, dia call kite untuk confirmation sebelum beli tapi malangnya call kite, kite tak angkat pulak. Sejak sejak ada anak ni, handphone memang agak bersepah sikit (-_-) So, bila call kite tak angkat, dia main beli aje pastu warna stroller pun ikut dia punya suka. Huhuu.

Ok. Stroller pilihan adalah... *drum roll*

Sweet Cherry SCR 8

Harga sebenar RM549. Dan alhamdulillah, selepas less, dapat RM379. Jimat berganda ganda. Stroller ni boleh guna dari newborn sampai ke umur 4 tahun. Ada 2 warna, grey dan hijau. Husband pilih hijau. Stroller ni boleh pandang depan jer, tak boleh pandang ke belakang. Tu je lah yang tak bestnya. Yang lelain semua ok. Yang paling best, boleh muat masuk MYVI! Hureyyy~ Takde terjulur julur. Nak letak beg lain dalam bonet pun boleh muat lagik. Tak macam sesetengah stroller tuh. Bila dah letak dalam bonet Myvi, barang lain dah tak boleh sumbat. (-.-)

Macam kecik sangat aje Aleesya dalam stroller ni. 
Hihihi.

Masa dekat Jusco tuh (sambung balik cerita), husband kite ada beli baby carrier sekali. Alaaa carrier yang gantung dekat badan tuh. Beli jenama Sweet Cherry jugak. Harga dalam RM70 kalau tak silap. Lupa pulak. Tapi husband kite lah yang pakai carrier tuh time jenjalan. Kite tak kuat. Nak bawak diri sendirik pun tak larat Huhuu.

 
Sempat selfie dalam kereta walaupun carrier 
masih tergantung kat badan husband.
Hihihi.


Ada 4 cara pemakaian carrier ni.

Ok. Nak cerita pasal carseat pulak. Since baby kite still kecik lagik, memang lah dia tak pandai nak duduk lagik. Kebetulan, Mama kite ada belikan infant carseat jenama Anakku time birthday kite bulan Disember lepas. Memang sangat sangat berguna carseat ni. Kite letak carseat ni dekat seat belakang kereta. Dan kite duduk sebelah dia. Seat sebelah driver boleh letak beg baby, etc.

Harga RM200 lebih jer kalau tak silap.

Bila letak baby dalam infant carseat ni, dia memang selesa jer. Terus tidur. Kite pun tak letih nak dukung dia sepanjang masa. Kite pakaikan blanket pastu nyenyak jer dia tidur. Plus agak merbahaya kalau dukung dia time kereta tengah bergerak. Letak dalam carseat lebih selamat. ;-) 

Sweet dream sayang.

Ok. Tu jer kite nak share tentang stroller, carrier dan carseat untuk baby kami memandangkan kami adalah ibubapa-budget-kecik-tapi nak yang thorrrrbaekkk untuk anak. :') 

Sehingga berjumpa lagik. Tataaaaaaaaaa~~

13 comments

Wan Afzan said...

seronok aleesya dapat gajet baru utk dia. Biasakn ajar baby duk dalam stroller, sampai ke besar sure ok. :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak intan. hehe sweet cherry memang murah. lawalah stroller warna hijau. fav sheila tu. hihiii. thanks kongsi entri ni. boleh jadi rujukan sheila. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

cik mah said...

aaa...cik mah pun beli stroller kat jusco...weet cherry juga..tp jenis lain lah...car seat pun beli juga..tp kat kedai luar...sngt berguna kan car seat tu..xdelah kita nk dukung je spnjng masa...lenguh juga kan...lagipun..bby lagi selesa...

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

Intan..nanti join group Malaysian babywearers..situ ada panduan memilih baby carrier yang bagus untuk backbone baby :)

Untuk pemilihan stroller n carseat tu bagus. Xyah mahal2. Sama jee..lagipun nanti baby setahun teringin yang lain pulak kakakkaa :p

Rina suka beli time mydear wholesale. Murah giler tapi tula intan jauh..kalau x boleh kita borong sama2 :)

Cik Jelita said...

nice info boleh rujuk bila nak membeli stroller juga nanti...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak intan..selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

AIN said...

as salam intan..stroller tu lipat payung ke petak?boleh x review skit..mcm besh je tgk stroller tu..sy tgh survey stroller baby sy..tenkiu =)

intanurulfateha said...

@AIN

die lipat petak tp ok je. mmg muat dlm bonet myvi. pastu bonet still bole letak beg :D betul, x tipu. berbaloi2~ tak yh beli memahal sbb kdg2 budak x suke dok dlm stroller :D

.. i Nurqa_Maria .. said...

intan , car seat tu boleh pakai sampai umur baby berapa ? nanti da besar sikit nak kena beli car seat lain ke ? sebab kakak kite cakap . tayah beli car seat . sebab sekejap je baby leh duduk dalam tu . ngah pening ni . huhuhu

intanurulfateha said...

@.. i Nurqa_Maria ..

yg kite nye ni infant carseat. mmg mase infant je bole pakai. kalau dah pandai duduk, nanti kaki tejulur. kene beli carseat yg jenis budak beso sket :D

.. i Nurqa_Maria .. said...

Pendapat intan caner ? Beli carseat besar sikit @ beli je infant carseat ? Sebab kite ngan asben duk jejauh .

intanurulfateha said...

pada kite beli yg bole gna dua2. yg adjustable. hehe infant tp boleh adjust ke toddler. but mebi a bit pricy kot. huhu

.. i Nurqa_Maria .. said...

Okey intan . maceh intan . :)

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13