Monday, January 13, 2014

.less than 10 days - tanda tanda nak bersalin !

.

Salam. 

Phew. Macam kejap jer dah tinggal tak sampai 10 hari. Huhiii. Hari ni, alhamdulillah genap 38 minggu 6 hari pregnant. Maknanya ada lagik 8 hari untuk ke EDD -- 21 January 2014!!! Phew~ *lap peluh lagik sekali* 

Nevesnya. Gila ker tak neves. (-.-) Tapi, harap semua berjalan lancar. Rabu lepas (8 January 2014), kite ada appointment dekat Klinik O&G again. Macam biasa lah, lepas consultation semua, ingat boleh balik, sekali kena tahan wad daaaa. Sebab kite ada leaking sikit. So, doktor nak check betul betul takut air ketuban kurang ke apa ke, nanti lemas pulak baby dekat dalam.

Kite cakap dengan doktor, boleh tak nak pergi makan dulu? Doktor cakap boleh, nanti datang balik hospital sebab surat kemasukkan wad dah buat. Yey! Terus pergi Mekdi. Makan puas puas. Pastu cakap dengan hasben, macam nak balik rumah kejap je. Nak mandi. Hospital ke rumah ada lah dalam setengah jam. Arghh tak kira. Nak balik jugak! 

Lepas mandi mandi, kemas beg untuk "check in" hospital, terus gerak ke sana. Sampai je hospital dalam pukul 4 petang, terus ke Labour Room untuk registration. Masa kat LR tuh, macam macam dia check. Seluk lah, ape la. For me, masa proses seluk (nak tengok jalan ada ke tak) tuh tak sakit sangat. Cuma perit sikit lah. Lepas setel dekat LR, baru lah nurse hantar ke wad. Siap kena naik wheel chair. Padahal boleh jalan lagik. Maybe tu dah memang prosedur dia kot. 

Bila sampai wad, dapat baju warna pink! Hee. Tak amek pulak gambar. Kang orang cakap ape plak. Hihi. Hasben masih setia menunggu. :') Nurse dengan doktor jap jap datang, nak check itu ini. Pastu petang sikit, Mama, Abah & Chacha pulak datang tengok kite. Heee. Padahal nak check up je pun. Bukannya nak beranak. :-P Hasben balik tinggalkan kite sorang sorang dalam pukul 8+ malam. Tuh pun lepas dia belikan kite nasik goreng. Makanan dekat hospital tuh memang lah tak sedap kan. (-.-) Makan jugak tapi separuh jer. 

Sakit
(>_<)

Sangat tak strategik tempat dia cucuk ni. Memula doktor cucuk kat sini sebab nak amek darah pastu dia cakap, nanti kalau nak masukkan air ke, ubat ke dah senang. Tak payah cucuk lagik. Tapi sesungguhnya ianya adalah sakit sebab dia pergi tebuk dekat situ. Susah kite nak pegang barang atau genggam tangan.

Kite duduk hospital sehari jer. Esoknya tuh, bila doktor dah setel check, dia cakap, jalan cuma baru bukak 1cm. Dan dia suggest-kan kite untuk vaginal delivery sebab kite baru nak deliver anak first dan dia cakap, baby kite tak besar pun. InsyaAllah senang keluar. Ada chinese depan katil kite, kena czer sebab ada problem ape ntah. Lepas tuh, bleeding pulak. Macam menakutkan je. (-.-) Doktor ada tanya kite, nak stay lagik sehari atau nak balik? Kite cakap, NAK BALIK! (Nak makan sedap sedap dulu dekat rumah)

Hasben kite pepagi lagi dah datang hospital tengok kite. :') Dalam pukul 1 petang, baru dapat check out. Hasben bayar bil which is cuma RM26 sahaja. Alhamdulillah. Tak banyak pun. Terima kasih hospital kerajaan. :') Lepas tuh, terus ajak hasben pergi Pizza Hut. Take away je. Cakap kat dia, baby yang request. :-P

Sampai hari ni, Isnin, 13 January 2014 kite macam belum ada tanda tanda nak bersalin. Semalam masa check up dekat KK, nurse cakap perut kite kecik tapi padat. Baby pun dah statik jer kedudukan. Nak gerak gerak pun macam dah susah. Kesian dekat baby, perut mami sempit. (>_<)

Ok. Dah penat membebel. Jom kite nak share tanda tanda nak bersalin. ^^
  1. Enggage
  2. Kerap membuang air kecil
  3. Sakit belakang bahagian bawah
  4. Kontraksi Braxton Hicks 
  5. Cirit Birit
  6. Keputihan
  7. Lendir dan pendarahan (Bloody Show)
  8. Air ketuban pecah
Alaa malas pulak nak explain sesatu. Huehue. Korang boleh baca details pasal tanda tanda nak bersalin dekat SINI. So far, tanda tanda ni semua macam pernah kite rasa KECUALI pendarahan dan air ketuban pecah. Kalau time malam, kite selalu terjaga sebab nak terkucil. (>_<) Gila penat nak pergi toilet jer. Kalau nak tahan sampai pagi, memang tak lah. Nanti perut mengeras.  Urghh. 

Baby, bila nak keluar ek? Baby kawan kawan mommy ramai dah keluar. Semua keluar awal. Baby nak kuar on EDD ekkk? :-P 

Kite nak mintak maaf kalau ada salah silap dekat korang sepanjang korang kenal kite. Doakan kite dipermudahkan semasa nak melahirkan nanti ek. Maceh ^^

8 days to go !
^__^

======================

Nota :

Sebelum itu... dah siap ke barang-barang baby? Kalau belum siap sepenuhnya apa kata cuci-cuci mata di kedai Bayi Online yang The Baby Store Malaysia (www.thebabystore.com.my)

Ada macam-macam barang bayi dekat sini.. seronok nak cuci mata dan beli barang baby... kedai online dia pun comel...Hihii.. :-P

15 comments

Mama Safiy Arfan said...

awk operate kan? Xpe, jgn pk sgt...xde pape tu.hehe.. operate xpyh risau nk teran2 bagai..ahaks

mardhiah fuad said...

Insyaallah. ..selamat bersalin intang!! Klu normal lg sng nk jga n sakit skjp je..kuatkan smgt..mkn dates byk2 k!!

intanurulfateha said...

@Mama Safiy Arfan

x tau kompem operate ke x sbb doc suruh try jugak normal delivery sbb baby kecik die kate ;)

intanurulfateha said...

@mardhiah fuad

tq mar ;)

Miss M. said...

In sha Allah Intang! Semoga dipermudahkan segalanya :)

intanurulfateha said...

@Miss M.

terima kasih! ;)

adrinaqamarina said...

aaa tak kira, nk komen jugak, selalunye baca je.
hehe. semoga dipermudahkan sis intan! amin.
:)

wazwansuki said...

semoga selamat semuanya..amin..cekalkn hati ok ;)

Nurul Anis said...

kak intan... semoga dipermudahkan segalanya.. :)

yana lyana said...

Good luck awak! :)

syafiqakarim said...

moga semua dipermudahkan buat sis.
tak sabar nak tengok intan jr.
banyakkan berdoa.

Izz Hazwani said...

ramai jadi mommy sekarang. Alhamdulillah, rezeki. selamat menjadi ibu dan ayah!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. siannya kena cucuk. saya paling takut dengan jarum Y____Y

faezah jalil said...

iye..cucuk di situ amatlah sakitnye..dah tu bile nak cabut kalau tak ditekan kuat2 darah memang mengair macam air terjun..anak 1st saya pecah ketuban, yang 2nd smpi 4th sume turun darah..amat sakit..tapi syukur sebab semua selamat..

Nor Rasidah Sidek said...

alhamdulillah info berguna..tq atas perkongsian...walupun ni baby kedua, saya still rse nervous..hihihi..

jemput lawat n follow blog saya juga..

http://cheentaku2.blogspot.com/2014/09/set-ibu-hamilbersalin-menyusu-shaklee.html

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13