Friday, January 17, 2014

.hospital rakan suami - kursus rakan suami ^_^

.

Salam.

Semalam kite pergi hospital lagik uols. Hari hari check-in hospital. Adoiyaii. Nak beranaknya ntah bile. Huehue. Baby nak tunggu due date dia bebetul agaknye. ^_^ Maknanya ada lagik 4 hari ke 21 January! Phew~

Actually, memang dari awal lagik ingat nak register program kursus rakan suami nih. Sebab banyak benefit yang boleh dapat. Antaranya suami boleh teman isteri masa proses melahirkan baby tuh. Kecuali masa proses kelahiran czer. Yang tuh memang tak boleh lah. 

Credit gambar pakcik gugel :-D

Kelmarin, kite ada check up dekat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Tempat untuk kite bersalin nanti. InsyaAllah. Masa check up tu, doktor tanya, ada sakit sakit tak? Ada contraction tak? Ada keluar darah tak? Errr..jawapannya semua takde. Zzzzz. So, doktor cakap, in case sampai tarikh due date kite tak jugak keluar tanda nak bersalin, maka kite akan di-induce (masuk ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran) pada 27 January iaitu seminggu selepas EDD kite. Masuk ubat 27hb, 28 hb insyaAllah bersalin. Phew. Makin lama nak tunggu. 

Ok. Nak sambung cerita pasal rakan suami. Kite tak sure hospital swasta macamana tapi untuk hospital kerajaan macam Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar ni, tak de sebarang bayaran dikenakan untuk menghadiri kursus ni. Alaa..kursus sekejap je. Tak sampai 2 jam pun. Tapi memang fun lah kursus neh sebab macam macam kite boleh tau. So, takde lah kelam kabut bila sampai masa nak bersalin. 

Kite dah nak bersalin, baru terhegeh hegeh nak pergi kursus. Kursus ni suami isteri kena datang dan dengar. Start pukul 10. Pukul 11 lebih dah habis. Slot pertama, ustaz yang bagi ceramah. Dia cerita lah pasal macamana nak azankan dan iqamatkan baby. Azan dekat telinga kanan dan iqamat dekat telinga kiri. Lepas tu die ajar cara cara nak tanam uri dan bersihkan uri. Banyak lagik lah dia ajar. Seronok. Sebab ustaz ni macam lawak lawak sikit. Banyak dia ajar sebenarnya. Dia banyak bercerita, tu yang seronok. Ngee.

Slot kedua pulak, dengan nurse. So, dengan nurse ni dia bagitau proses nak bersalin macamana. Lepas tuh, kalau emergency nak bersalin, tak payah ke bahagian emergency, terus ke dewan bersalin. Nanti terus nurse akan uruskan. Tapi suami kena siap siap dokumen yang patut bawak. Antaranya Buku Merah isteri, salinan sijil atau kad nikah, IC isteri, baju isteri dan ape ntah lagi. Haha. Lupa. Tapi tu lah antara yang penting. Barang lain boleh fikir sendirik kot.

Untuk baby pulak, kena bawak sehelai baju, 2 helai lampin dan sehelai tuala. Ni je yang nurse perlukan untuk pakaikan dekat baby yang baru lahir. Nurse cakap pampers tak payah lagi sebab pampers serap air kencing. So nanti tak nampak pulak baby dah kencing/berak. Tapi bawak lah jugak baju baju lain dan barang lain untuk standby. Yang nurse mintak tuh untuk pakaikan sejurus lepas dilahirkan. Ada paham? :-P

Lepas setel ceramah dengan ustaz & nurse tu, kiteorang semua dibawa melawat dewan bersalin. Dia tunjukkan lah bilik bilik untuk bersalin, kat mana nanti suami kena tunggu, kat mana suami boleh duduk. Best sangat lah kursus ni kite rasa. ^_^ So, korang yang agak agak nak bersalin kat hospital kerajaan boleh lah pergi kursus ni. Free aje. 

Kalau tak pergi, suami kompem kompem tak boleh masuk temankan isteri masa bersalin. Masa tuh suami jangan nak ngamok ngamok pulak kalau nurse atau doktor tak bagi masuk. :-P Tak boleh tipu tau cakap dah pergi kursus sebab ada rekod dekat nurse dan dekat buku merah isteri tuh pun ada tulis tarikh dan cop kursus rakan suami ni. Tapi macam kawan kite, dia bersalin dekat HUKM. Tak payah pergi kursus pun boleh masuk jugak. Huish. Best lah macam tuh. ;)

Ok! 4 days to go. Doakan kite dipermudahkan yek kawan kawan. ^__^ I iz nervous yet tak sabar ! *wink Ok babaiiiiiii........


7 comments

Munira Mustafa Kamal said...

Ooo..sistem baru ya rakan suami ni, saya 2 kali bersalin suami memang tak masuk. 1st time dia outstation, 2nd time dia parking kereta, sampai wad bersalin, saya bersalin dah. Hehe..

tenku butang said...

hemm.. best kan kalau suami dapat masuk n tengok kita bersalin.. masa tu lea depa tau camne sakitnya ibu melahirkan diorang kan.. dan depa dapat tau akhirnya bagaimanan pengorbanan isteri melahirkan zuriat untuk depa..

EcHaHrOcK said...

Tumpang tanya.. kursus rakan suami ni diadakan pada hari apa?

intanurulfateha said...

@EcHaHrOcK

tak ingat plak. kene tanye nurse kat sane..

Namie said...

gud one. nk pegi la kursus ni.

-Hacksterz

:P'

nadiaazira said...

Baca entry awak, semangat pulak nak pergi! haritu balik muar dah book slot walaupun date kitorang book tu dekat sangat dh dgn due date. Harap2 sempat la attend. Hihi

Janne Ahmad said...

Mcm mane nk book tarikh?😁😁

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13