Wednesday, December 31, 2014

pejam celik, pejam celik, eh? dah nak masuk new year!

.
6 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Ya Allah SWT. Dah lama sangat tak update belog. Tetiba esok dah nak masuk tahun baru. How time flies so fast.. :')

Tahun 2014 tahun yang penuhhhh suka dan duka. Dua tak payah cerita, ite cerita suka je ye! ^__^ My sweety pumpkin pie lahir pada 22 January 2014, secara normal dengan berat 2.95kg. Syukur syukur syukur ya Allah atas kurniaan rezeki ni. :')

Fresh from oven. 
Budak cerdik dah bukak mata. :')

Umur 4 hari masa ni. :'D

Ya Allah SWT...
Tak sangka budak kecik itu dah sebesar ini! :'D

Dah pandai selfie!

Dan juga memandu kereta
Hihihii...  :'P

I love u so much sayang.

Celebrate birthday in advance 
dekat Penang dengan cousin, Kakak Qehah.

Mami sayang keluarga kecil kite.

Mami, Abah, Adik selamanya.
:')

Untuk sementara waktu ni, 
kami selesa bertiga hihii.

Semoga tahun 2015 membawa sinar kebahagiaan dan kesenangan untuk kite sekeluarga, keluarga, mertua, sanak saudara dan jugak untuk kawan kawan.

Happy New Year kawan kawan.
Berjumpa lagi di entry tahun depan! :'D

Monday, December 1, 2014

Headband dan baju baby murah.

.
1 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Hai korang. Dah lama tak post entry. Iols busy sket. Kat entry ni, kite nak share satu online shop dengan korang. Kite punye. Teheee~ Sebelum tu, meh like FB Page kite tu dulu. --- SPARKLE WARDROBE ^__^

Antara produk yang kite jual adalah.....

KNOTTED HEADBAND



CUTE HEADBAND

RUFFLES HEADBAND 


SPARKLING HEADBAND
(Bunga sparkles ^^)



ROMPERS PUN ADAAAAAAAAAAA!!!!!!





Stok barang boleh tengok dekat page SPARKLE WARDROBE oke. Untuk order boleh PM kite atau team kite dekat FB pge atau whatsapp kite di +6012-7186471 :-)

Ok babaiiiiiiiiiii~~

Tuesday, November 11, 2014

Customer yang menjengkelkan.

.
15 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Nak share cerita sikit. Sebenarnya dah lama pendam. Nak cerita ke tak. Hmm..cerita jer lah. Huhuuu. Kite dah lama start bisnes online ni. Mula mula dulu, jual Al-Quran pelangi. Asalnya, cuma beli untuk hantaran kahwin. Tapi tetiba rasa tergerak hati nak jual pulak. :)

Pastu jual barang barang baby. Al-Quran Pelangi pun masih kite jual. Dan kite pun ada jual Tabita Skincare. Dah ramai sangat beli tabita skincare ni dengan kite. Mungkin, kite jual dengan harga yang agak murah dari seller lain.

Murah salah, mahal pun salah. Kalau mahal, sibuk mintak diskaun. Bila jual murah, asyik lah tanya. Ori tak ni? Kenapa murah? Ori tak ni? Blerghhhhhhhhhhh. Tensen ai tau tak nak jawap soalan yang berulang banyak kali. Annoying sungguh. Kadang kadang, soalan soalan customer ni memang mintak maki. Nak jer kite reply whatsapp dia orang, NAK BELI, BELI, TAK NAK SUDAH!!!!!!!!!

Huh. Ai is menyampah. Bukan ai nak layan sms/whatsapp dia seorang jer. Ramai lagik customer lain yang nak beli. Dalam 2 minggu lepas, ada seorang pompuan nak beli Tabita Skincare ni. Asyik repeat soalan jer. Dia cakap, dia takut kena tipu sebab dia pernah kena tipu, so maybe dia berhati hati lah. 

So, kalau jual harga mahal, barang tu original ker? Hihiii. Let say kite jual Set Exclusive Tabita RM 230 termasuk pos. Dia macam tak percaya. Dah tuh, kalau aku jual RM 300, kau nak beli ker? Berganda ganda aku untung. Haha. Kite rasa, harga yang kite letak, berpatutan lah. Tak membebankan customer dan kite pun ada sedikit untung. Tak nak lah ketuk duit customer.

Lagi satu, kalau customer asyik tanya barang original atau tak, kalau lah seller tuh jual barang fake pun, tetap dia akan cakap original. Bodoh lah kan kalau dia nak cakap barang dia jual fake. So, kalau nak yang betul betul original, pergi kedai, beli sendiri. Jangan beli online. DAH AKU RASA GERAM, MENYAMPAH RASA NAK CEKIK PUN ADA. Punya lah marah sampai caps lock. Haha.

Kite dah ada beberapa orang regular customer, yang kalau stok dia habis, mesti dia akan carik kite. Ada seorang stewardess siap repeat order dan beli 2 set tabita skincare terus, sebab dia cakap, dia tak nak terputus bekalan. See? 

Ok. Sekian sahaja cerita customer yang menjengkilkan. Nanti kite cerita lagik. Aleesya baru bangun. Hihiii. Ok baiiiiiii~~~

Tuesday, November 4, 2014

Biskut Chocolate Chip Murah Dan Sedap

.
8 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Ini bukan entry berbayar yer. Dan juga bukan iklan. Kite memang dengan rela hati nak update sebab dah tak ada modal nak tulis entry. Kihkih.

Kite ni pesen pantang ada benda sedap jual dekat FB, kemain laju PM orang tuh dan transfer duit lelaju. Sampai husband memang dah boleh agak, siapa punya parcel bila sampai rumah. Kihkih.


Baru kejap ni, kite repeat order beli Biskut Coklat Chip dekat seorang kawan blogger. Dia ni sebenarnya part time baker since belum dapat kerja lepas graduate hari tu. 

Nutella Pods.
Tengah2 tu diisi dengan Nutella.

Memula dulu kite order nutella pods dengan dia. Masa tuh, dia baru start bisnes ni. Biskut yang sampai pun ada yang pecah. Sebab dia tak guna bubble wrap.

Atas - Nutella Pods
Bawah - Choc Nutella Pods

Tapi, still rasa sedap, Muahahhaa. Lepas tuh kite order lagik, choc nutella pods. Pods dia pulak yang rasa coklat. Sebelum ni, pods rasa vanilla. Still, rasa sedap. Huaaaaaaaaaaa....

Lepas tuh kite order pulak choc chip cookies dengan choc nutella pods. See? Asek repeat order jer. Yang ni, first time order choc chip cookies. Baru makan half balang, dah kena pow dengan chacha. (T___T) Yang choc nutella pod pun same. Isk.

Kiri - Choc Chip Cookies
Kanan - Red Velvet Cookies

So, baru kejap ni, kite order choc chip cookies sebalang dan tambahan, red velvet cookies. Yang RV ni first time nak try. Heheee. Kite suka order kukis dengan dia sebab sedap dan murah. Sekarang, dia punya kukis, dia balut dengan bubble wrap dulu. So, kukis yang sampai memang takde pecah pecah.

Tempting. Nyumsss!

Lepas tuh, harga dia pun murah. Berbaloi dengan rasa biskut tu. Kalau mahal dan tak sedap, memang sekali tuh jer lah kite beli. Hihihii.





Kalau korang suka makan sebikut shedap macam kite, boleh lah order dengan dia yer :) Whatsapp - +60136429871 atau tengok kat IG dia @cookiesbyfarah atau PM dia dekat FB, https://www.facebook.com/MisshyInnz  Boleh pos, boleh jugak COD.

Ok baiiiiiii!

Thursday, October 23, 2014

Baju kelawar moden - Raisya Batwing

.
3 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Hai korang. Hari ni kite nak share pasal baju pulak. Heheee. Kite ade jual baju kelawar moden. Sebelum ni, baju kelawar cuma untuk pakai tidur malam aje kan? Sekarang dah boleh bawak jenjalan uols. Hihiii.

Nama baju ni, Raisya Batwing. Satu set RM110 jer. Nak beli  baju dan skirt asing asing pun boleh. ;-) Baju RM55. skirt RM65. Postage RM6 sahaja. Beli set lagik jimat. :-P

Ada banyak pilihan warna.
Cantik kan? 
;)

Boleh pilih ikut kod yang kite bagi ni..


Ok.
Ni pulak pilihan skirt.
Nak pilih warna contra dengan baju pun boleh.
Baru lah urban skettttt :-P


So, kalau korang berminat nak beli, boleh whatsapp kite 012-7186471. Kedai dibuka 24jam. Hihiiii. Kalau nak beli untuk bridesmaid pakai pun cantik.  Heeee. Beli banyak, lagik banyak diskaun kite boleh bagi. Ok korang. Baiiiiii~~





Monday, October 13, 2014

Tips untuk anak tidur nyenyak

.
8 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Bila anak dah semakin besar, dah semakin banyak akal, dah semakin banyak peel, memang kemain susah nak tidurkan beliau. Blerghhhhh. I iz stress bila kite sendiri dah mengantuk tapi dia boleh segar siap senyum sengih sengih lagik. Nak marah pun tak jadik. (T___T)

Ok. Biasanya, budak ni kalau dah penat main, dah kenyang minum susu, mata dia akan layu aje. Tapi dia gagahkan jugak mata tuh untuk bukak. Macam letak lidi transparent rasanya at mata tu. (!_!) Kat bawah ni ada beberapa tips  Mami Intang nak share dan korang boleh ikut. (Kalau nak) Kihkih.

1) Layankan aje kalau dia ajak main. Kalau dah kemaruk nak berdiri, nak merangkak, nak panjat, layan aje. Nanti dah penat, dia akan merengek nak susu.

Layankan aje peel nko dikkk.
Zassssssss!

Penat nak kejar.
Kalau dah pandai jalan ni, lagik keding Mami dia.

2) Bagi susu sampai kenyang. Konsep nak susu banyak adalah demand & supply. Selagi anak tanak lepas susu (untuk breastfeeding), bagi aje lah susu. Dah kenyang nanti, dia lepas sendirik. Siap tertidur. Tapi Aleesya Eryna punya peel, dia tanak lepas. Nak ngempeng aje. So, mami dia akan lepaskan secara senyap. Kalau sampai sejam pun tak lepas, memang lah gggrrr! Tapi bila mami nak lepaskan, pandai pulak dia hisap lelaju. (>_<) 

Eh, baru baru ni ada viral kat FB cakap mana ada baby minum susu sampai 40 minit. Why so stupid huh? My baby minum sampai sejam lebih okey. Mengandung, beranak dulu, baru boleh komen ok. Blerghhhhhhhhhhhhh!

3) Ok, sambung. Bila dah tidur tu, basahkan kepala dia, bagi segar sikit. Macam Aleesya, dia ni pesen tidur kena ada aircond. Kalau pergi mana mana takde aircond, kena bukak kipas kuat kuat. Pastu basahkan kepala dia guna spray air yang memang kite dah standby. So bila angin kena kepala, rasa sejukkkkk je sebab ada air.

Bukannya basahkan sampai basah kuyup. Kite akan spray air kat tapak tangan pastu usap kepala anak sambil selawat. InsyaAllah, lena dia tidur. Ada orang cakap, baby akan flu tapi alhamdulillah, setakat ni, baby kite okey aje. Tak flu sebab tuh. :-D

4) Make sure pampers dia kering. Tapi kalau dia dah tertidur sebelum tukar pampers, kite akan tukar pampers slow slow, jangan sampai dia terbangun. Kalau dah memang ngantuk, dia memang takkan bangun bila kite tukar pampers dia. So, bila pampers kering, dia akan tidur lama sikit. Takde lah dia nya tidur terganggu.

4) Mami tidur sebelah dia dan peluk dia. Bukan dia je nyenyak, mami pun nyenyak tidur sekali. Kihkih. Bila tidur sebelah dia, dia akan rasa bau dan kehangatan mami. Cewah. :-P Kalau letak baju Mami jer, takkan jalan punya sebab dia dah besar, dah pandai. Bagi bau je tak cukup. Dia kena ada Mami dia kat sebelah. Kalau Mami takde, mau dia melalak macam lah Mami dia hilang. Haha.

Okbai. 
Nak join anak tidur. Heheheee,

Headband baby murah dan cantik untuk dijual

Salam.

Hai korang.. Kite ada headband yang comel comel untuk baby korang ataupun untuk anak buah korang ataupun anak kepada gelpren korang punya kakak untuk di jual. Jangan risau, headband baby ni di jamin murah, cantik dan berkualiti. Kihkih. Jom jenguk..

A1-Available
A2-Available

B1-Available
B2-Available

C1-Available
C2-Available

D1-Available
D2-Available

E1-Available
E2-Available

F1-Sold Out
F2-Available

G1-Available
G2-Sold Out

H1-Available
H2-Available

I1-Sold Out
I2-Available

J1-Sold Out
J2-Available
J3-Available

K1-Available
K2-Sold Out
K3-Available

L1-Available
L2-Available

kalau korang berminat,  whatsapp kite dan bagi code headband ek :) 0127186471 Nak beli borong pun boleh. Nanti kite bagi special price. Nak habiskan stok aje ni.. ;-)

Saturday, October 4, 2014

Besen mandi atau bath tub, mana lebih sesuai?

.
9 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Antara barang terawal yang kite beli masa kelahiran Aleesya Eryna ialah besen mandi. Hihi

hiii. Kite beli besen mandi dia masa kite pergi expo baby kat Danga City Mall JB. Kemain ko, nak beli besen pun sampai kat JB. Maca lah dekat Muo takde jual besen. Kuikuikui.

Bila Aleesya dah besar macam skang ni, kemain banyak barang nak bawak setiap kali nak travel. Memang penuh bonet kereta kebal kite. Tak cukup bonet, siap letak dekat seat belakang lagi. (-.-") Siap kena perli, nak balik kampung sebulan hape. Heeeeeee.


Ni lah ghupe besen mandi anak kite.
Brand BabyLove
Harga set RM70+

Pernah cerita kat ENTRY NI dulu

Memang makan ruang sesangat besen ni bila nak bawak travel. Kite pulak jenis tak reti nak mandikan Aleesya kat sinki. Dia dah lah tak bole duduk diam. Zzzz. Kang terpeleot, bukan dia je jatuh, dengan kite sekali jatuh. Huaaaaaaa........

Ada satu hari tu, masa kite kat JB, husband ajak pergi jenjalan kat Pusat Bandar Pasir Gudang, pergi makan kat tempat faveret dia, kedai sup kat foodcourt tu. Lepas makan, jenjalan kat satu kedai kat Pusat Bandar tuh, nama kedai tuh Mr. DIY. Husband kite tu suka belek belek barang. Pastu tetiba terjumpa baby bath tub ni..
Comel kan?
Harga dia RM30+ jer.

Terus beli!

Tapi takde pam, kena pam sendiri guna mulut. Mulut dia lah tapi. Kihkih. Tapi tiup sekejap jer, dah jadik. So, bila Aleesya dah besar sikit cam sekarang ni, memang kite bawak bath tub ni jer bila nak travel. Bagus bath tub ni sebab Aleesya takkan terjatuh punya. Ada sekat kat bahagian tengah. Kite siap belikan dia bikini kat Mr.DIY tu. Dalam RM8 aje. Murah gileeeeeeeeeee. HAHA. Dari beli dekat Jusco, harga dah puluh puluh ringgit. Phew~ 

Heeeeeeeee.
Masa ni dia tak pandai duduk lagi.
Kemain Mami dengan Abah dia nak test.
Siap pakaikan bikini.
T__________T

Pada kite, memang bagus bath tub ni. Dah lah menjimatkan ruang kat kereta. Boleh bawak travel. Anak pun suka mandi dalam ni sebab lembut. Kalau besen kan licin dan keras. 

Ok. Nanti kite review pasal benda lain yang best pulak ek! Tata! ;-)



 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13