Tuesday, December 24, 2013

.36 weeks and still counting, i just can't wait !

.
8 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Weehueeeee. Pejam celik pejam celik, ai dah 36 weeks pregnant uols. Macam tak percayeeeeeee. HAHA. 36 weeks ni boleh consider sebagai 9 bulan sebab 1 bulan kan ada 4 minggu. 9 darab 4minggu, jadinya 36. Kalau ikut kan, orang pregnant dalam 40 weeks camtu. Tapi ada jer orang bersalin 36 weeks even Mama kite pun lahirkan kakak kite 36 weeks. 36 weeks tu paru paru dah matang. Tapi kalau dapat tunggu sampai 40 weeks, lagi matang. InsyaAllah.  

Tapi tengok jugak. Kalau baby dah tak menyabar nak negok mamidedi dia, mesti dia nak kuar awal. :-P Tapi hasben kite cakap, tunggu lah tahun depan. Muahaha. Eleh, takut lettew. Tapi kite lagik takut sebenarnya... (-.-)

24 December = 36 weeks (Today)
31 December = 37 weeks
7 January = 38 weeks
14 January = 39 weeks
21 January = 40 weeks (My EDD!)


Masa photoshoot dekat atas ni, tak tau lagik gender. Tu yang belasah letak dedua warna baju. Tapi bila dah banyak kali scan, doktor pun dah confirm-kan. GIRL! Yeayy! Tapi ramai jugak yang cakap dengan kite, ada jer kes yang scan girl, keluar boy. Huehue. Dah lah kite dah beli banyak barang warna pink. (-.-) Tapi hasben kite cakap, tak ape lah kalau keluar boy. Sebab baby boy pakai warna pink, kiut hape. :-P

Satu beg mommy, satu beg baby!

Ok. Ada orang cakap, bila usia kandungan dah 36 weeks ni, dah boleh get ready. Barang barang semua dah boleh standby dalam kereta. Untuk barang baby, semua dah complete. Untuk mommy jer belum. (-.-) Kain batik, tshirt, pakaian dalam, nursing bra, breast pad, sweater, tuala mandi, stokin, peralatan mandi, maternity pad, sliper, makanan, handphone with charge, magazine (takut boring), airr zamzam, air selusuh, termos dan beg plastik baju kotor. Hihi.

Macam kain batik tuh, kite pinjam Mama kite aje kot. HAHA. Kite memang takde kain batik sebenarnya. (-.-) Hari tuh makcik kite ada bagi hadiah sebagai hadiah kawen tapi kain batik tu belum jahit lagik. Heee. Tshirt pulak kite punya banyak size kecit. Huehue. Sepanjang kite pregnant ni, kite banyak pinjam tshirt hasben kite jer. :-P 

Untuk baby kena bawak Baby Diapers Newborn, Baju (0-3 bulan), Stokin/sarung tangan, Topi, Selimut, Peralatan Mandi, Tuala Mandi, Wet Tissue/Baby Wipes, Napkin, Bedung, Barut, Baby Oil, Minyak Telon.  Yang untuk baby ni memang dah complete! Yey!

Untuk list penuh boleh refer SINI.

Phew. Kadang kadang rasa tak sabar pun ada nak nengok baby sendirik. Nak nengok kaki comel dia yang selalu tendang perut mommy. Gggr. Khamis ni ada check up dekat KK. Hari Jumaat pulak appointment dekat Klinik O&G,  Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Harap harap dah dapat tarikh nak bersalin. Oh ye. Bagi yang tak faham, boleh refer kes kite dekat SINI. Penat nak explain banyak kali. :-D

Ok. Doakan semuanya dipermudahkan ek. Tenkiu semuaaaaaaaaaaaaaaaa. Ok bai. Nanti kite update lagiiiii. 


Monday, December 23, 2013

.Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0)

.
4 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Cewah. Tak kira lah anda pembangkang atau penyokong kerajaan, mari lah kita sama sama isi borang permohonan BR1M ni hari ini! Dah boleh start mendaftar hari ini, 23 Disember 2013. Online saje yerr... . ;)

Macam tahun lepas, kite tak dapat isi sebab still dalam golongan student. Dapat baucer buku saje. (-.-") Habiskan baucer buku dekat Popular pastu beli cekelet cekelet yang ada dekat kaunter bayar kedai buku Popular tuh aje. HAHA

Alhamdulillah, tahun ni dapat RM650 sebab dah kahwin! Hureyyyy~ Kalau dulu, yang dah kahwin dpaat RM500 je. Ada pertambahan RM150. Ok lah tuh kan? Yang bujang dulu dapat RM250 sekarang dapat RM300. Hihihi. 

Bujang = RM300
Berkahwin dan pendapatan keluarga RM 3000 kebawah = RM650 + caruman i-BR1M RM50 = RM700
Berkahwin dan pendapatan keluarga antara RM3000 - RM4000 = RM450 + caruman i-BR1M RM50 = RM500

Ok! Caruman i-BR1M tu adalah Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia. Sumber SINI.

Ni syarat2 memohon...

• Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah 
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
• Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

• Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
• Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Bagi sesiapa yang belum mendaftar,
boleh daftar dekat link bawah ni/




Selamat memohon ! ^_^

Sunday, December 22, 2013

Ok

.
2 Sweet and Lovely Comments!

Assalamualaikum......

Saya Dak Ipan


Ok bye.............

Thursday, December 19, 2013

.water spray oksigen dah ada stok ! yeay !

.
3 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Ramai gila orang view dan baca blog kite semalam. Semuanya pasal entry ni. Huehue. Terima kasih atas doa, nasihat dan komen dekat blog dan facebook. Really appreciated. :')

Ok. Back to the topic. Kite nak inform korang yang stok spray oksigen Beauty Aura (botol biru) dan stok spray oksigen Remedy (botol merah) dah ada! Tapi tak banyak sangat. Stok terhad. Ramai sangat dok sms/whatsapp kite untuk dapatkan spray ni.

Oh ye. Kegunaan SPRAY OKSIGEN tu boleh refer SINI.

Kami mengalami masalah untuk dapatkan botol saiz 30 ml. So, spray yang sekarang ni, bersaiz 40 ml. Extra 10 ml! Berbaloi baloi keuntungan. Promosi tetap sama, beli 3 botol, free postage. 

Harga sebotol RM9.90.
Harga sebotol dengan postage RM15.

Beli 3 botol RM 30 free postage.

^__^

Spray Oksigen
Air oksigen

Pelbagai baju baby dan juga barangan baby


Dan juga HOT ITEM!

Al Quran Pelangi. Semua warna ada ^__^
Boleh klik SINI untuk tengok.

Ok. Kalau berminat, boleh whatsapp/sms kite di 012-7186471.
Jangan call sebab kadang kadang kite tak free untuk jawap call. 

Tak pun add kite kat FB.

Boleh view gambar gambar barang baby dekat sana.
Banyakkkkkkkkkkkk sangat yang comel comel dan MURAH!

Okbaiiiii.

Wednesday, December 18, 2013

.doakan yang baik baik saja ye :')

.
14 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Fikir banyak kali nak share cerita ni. Hmm share jer lah. Mana tau, ada yang sama kes dengan kite. :') Dan of cos cerita ni pasal my pregnancy.... Before tuh, nak cakap yang kite dah 35 weeks pregnant dan ada lebih kurang 5 weeks to go. InsyaAllah...

Isnin lepas, kite ada appointment dengan Jabatan Orthopedic, regarding kes kite yang kite cerita dekat ENTRY NI harituh. 

So dalam pukul 9 pagi tuh, kite dengan Ipang dah pergi Jabatan Orthopedic, Hospital Pakar Sultanah Fatimah atau Hospital Muar. Sampai sampai jer, pergi register dulu, tunjuk surat yang Klinik O & G bagi, then dapat no giliran dan mari lah start menunggu dalam kebosanan. Adalah dekat sejam lebih tunggu sebab ramaiiiiii sangat kat tempat ortho tuh. Dengan yang patah kaki, patah tangan, eksiden. Haish, macam macam kes la yang berkaitan dengan ortho.

Tunggu punya tunggu, giliran kite pong sampai. Macam biasa, Mama mesti ikut masuk bilik doktor untuk memudahkan kite nak explain masalah kite dekat doktor ittewwww. Huehue. Lepas explain masalah problem yang melanda, dan doktor himself suggest kite go for czer. Hmm~~ And I personally pon kalau disuruh buat keputusan tanpa nasihat doktor, will go for CZER.

Ramai tanya. 
TAK NAK CUBA UNTUK NORMAL DELIVERY KER? Nanti susah nak jaga masa pantang. Bla bla bla. Dan banyak lagik masalah yang mungkin akan timbul selepas Czer. :'(

Ok. Let me explain this. 

Kalau kite takde apape masalah, memang I'll go for normal delivery. Tapi kite memang tak boleh untuk bersalin normal. Kite kan ada masalah kaki yang tak kuat. Sejak lahir lagik. Dah pernah cerita dekat entry INI. Tapi tak pe lah. Cerita lagik. Masalah ni berpunca dari sistem saraf. Dari otak. Kaki kiri tak kuat. Anggota badan sebelah kiri kecik dan tak kuat sangat. Even kalau suruh kite genggam tangan korang kalau guna tangan kiri kite ni pun, korang takkan rasa sakit. Sebab memang lemah. :'( Kite bukannya eksiden ke apa. Memang problem ni dari kecik lagik, sejak lahir. Ada masalah dengan sistem sarah yang menyebabkan anggota badan kite lemah. BEnda ni melibatkan sistem saraf. Bukan dekat kaki je. Tapi seluruh badan. 

It's hard to explain.. Susah kalau tak de orang depan mata untuk menunjukkan kesakitan yang melanda. (T__T) Sebab benda ni, kite yang rasa. Nak jalan pun tak kuat. Hukhuk. Dan doktor dekat ortho tuh sendirik cakap, dia kata, ada risiko. Dan dia sendiri cakap, kalau dia, dia akan go for czer. Hospital yang kite refer ni adalah hospital kerajaan. Bukannya swasta. Kalau swasta, memang dia akan senang senang cakap suruh czer sebab nak kaut keuntungan. Kalau kerajaan, berapa sangat lah kena bayar... 

Orang boleh cakap, tapi mereka tak rasa. Memang boleh cuba untuk normal. Memang boleh cuba. TAPI RISIKO TINGGI dan siapa nak tanggung kalau cubaan itu gagal? And this is my very first pregnancy. Penat mengandung 9 bulan, kalau jadik apa-apa dekat baby kite macamaneeeeeeeeeeeeeeee???????? :'(

Even orang normal yang takde apa-apa sakit pun boleh gagal untuk bersalin normal, lagik lah orang yang ada masalah macam kite. Ada jugak 2-3 orang kawan yang try untuk normal delivery but end up with emergency czer. Kite tak nak lah macam tuh. Doktor Ortho cakap, zaman sekarang ni, kite diberi pilihan. Bukan doktor yang tentukan. So, kite pilih untuk ELECTIVE CZER dan bukannya emergency czer.

Malam tadik dah nanges, sampai mengigau-ngigau hasben kite cakap. Kite dok sebut sebut.. "Kite takot..kite takot.." time kite tidur tuh. Sebab sebelum tidur, dah bincang dengan hasben pasal hal ni. Dia cakap, pedulikan cakap orang lain. Kite takut nak bersalin. :'( Rasa macam diri ni dah tak kuat. Tangan dah start bengkak. Kaki pun sama. Mungkin sebab kaki nak tahan beban badan yang semakin membesar. Bayangkan dulu berat kite tak cecah pon 40 kg. Sekarang dah 50.2 kg. Could you imagine? Dah la kaki kite memang tak kuat, bila pregnant, memang lah bertambah tambah lemau. Nasib baik hasben kite setiap malam tolong urut kaki kite. Terima kasih hasben. Tak pernah nak merungut. I love you so much. Lillahi Taala. :')

Ok. InsyaAllah 27 Dec ni ada appointment dengan Klinik O&G. Nak bagi doang surat yang doc ortho tuh bagi untuk sokong pilihan kite untuk czer. InsyaAllah. Doc Ortho cakap, dia cuma boleh bagi advice, keputusan kite yang pilih. So, I'll choose for elective czer. Mama pun sokong. Husband pun sama. Thanks sebab faham keadaan kesihatan kite. :')

Kite tak tau bile kite akan bersalin sebab biasanya kalau czer, hospital akan bagi tarikh. Kalau dekat private, mungkin boleh pilih tarikh. Kalau government, dia tengok kekosongan. Kata doc ortho, biasanya 38weeks atau 39weeks which are 7 January or 14 January. (EDD 21 January)

Korang, doakan yang baik baik sahaja yer.. :')

35weeks.
And 5 weeks to go. 
InsyaAllah.

Sunday, December 15, 2013

.moses basket VS baby carrier

.
3 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Yuhuuuuuuuu. Nak cerita ni. Hihiii. Hari tuh kan kite beria-ia nak beli MOSES BASKET kan kan? Err..sesiapa yang tak tau moses basket tuh apa, boleh refer ENTRY INI.

Kite nakkkkkkkkkkk sangat bakul tuh. Dah lah comel, kiut miut pulak tuh. Harga dia pun kiut. (-.-) Lagi lagi yang rotan betul. Bakul saje dah 2-3 ratus. Tu belum perkakas kat dalam. Phew.

Ok. Baru baru ni kan birthday kite yang ke sweet-7-teen tuh kan. Hihii. Mama kite dah janji nak belikan moses basket tuh. Tapi masalahnya tak tau nak beli kat mana. Mama cakap nak bagi duit, pastu kite boleh beli online. Tapi macam risau pulak beli online barang mahal mahal. Takut tak elok. 

Sebelum tuh, dah bincang dengan Ipang, nak beli moses basket ke atau baby carrier? Dia harus lah vote for baby bouncer. Dia cakap, takkan lah rockers macam dia nak bawak bakul baby. Cam comel jer. Cam cantik je. Kuang asam betul. !@#$%^&* Dia cakap, takkan kite nak bawak pulak. Bakul kosong nak angkat pun tak larat, lagik lah bakul isi baby. Huhuu.

Lepas tuh, moses basket ni bukannya boleh pakai lama! Time newborn je boleh pakai. Nanti baby dah tembam, bulat dan sihat bagaikan juara, kompem dah tak muat! Pastu akhirnya bakul ini ke stor juga. Huhuu. Ok. Tak jadik beli. *sob sob sob*

Last last, masa hari kejadian birthday kite, Mama ajak pergi butik Anakku. Mama memang ade card dekat butik ni sebab masa Chacha kecik kecik dulu, selalu shopping kat sini. Pastu pilih pilih, kiteorang pun decide beli yang ini.....

Baby Carrier/Infant CarSeat

THANK YOU MAMA.
Alhamdulillah, rezeki baby. 
Birthday mommy, baby yang dapat hadiah. 
(-.-")

Harga dia RM299. Dapat diskaun RM269. Ok lah kan. Nak compared with moses basket, yang ni lebih berbaloi. Boleh buat car seat sekali. Boleh buat bouncer. Dah tak payah nak beli bouncer lain. Lepas tuh, boleh tenggekkan dekat atas stroller. Actually, baby carrier ni memang didatangkan khas dengan stroller sekali. Tapi masa beli ni, stroller dia out of stock. Stroller sahaja dalam RM400 lebih. Affordable. InsyaAllah, ada stok nanti dan ada duit lebih, memang nak beli set dia sekali ^^

Cantik kan?

Ni carrier jenama Mamalove. Under Anakku jugak. Masa kite beli carrier Anakku tuh, consider yang ni jugak sebab yang ni lebih murah. After less dalam RM199 camtuh. Tapi bila pegang, yang ni lebih berat. Walaupun pada kite, warna dia lebih menawan dan attractive! Huhii. Tapi berat! Kang dah letak baby, nak angkut dah tak kuat. Zzzzzzz.

Alaaa tak jumpa lah pulak stroller + baby carrier anakku yang set dekat google. Puas carik. Tapi lebih kurang macam gini lah stroller yang siap carrier tuh...

Yang Anakku punya tuh lagik menawan hihihi

Ok. Tu jer nak share. Tunggu baby keluar dulu baru fikir pasal stroller. Hihihi. Kbai! Ehhh lupa nak cakap. Esok kite ada appointment dengan doktor orthopedic pasal kes kite yang kite cerita kat entry INI hari tuh. Wish me luck. Normal ker Czer? Wallahualam. Esok baru tau. :')



Friday, December 13, 2013

.happy birthday intan !

.
2 Sweet and Lovely Comments!

Salam. 


Hehe. Entry basi. Yek. Busuk. :-P Yeyyy! Hari ni dah genap 27 tahun 3 hari umur kite. Tapi terasa macam masih sweet 7teen gituh. Kihkih. Perasan betul. (-.-")

Macam biasa, family kite mesti akan celebrate punya birthday setiap orang yang ada dalam rumah ni. Tak kira lah dah tua ker, kecik lagik ke, kek wajib ada. Walaupun kecit. Dan walaupun tak makan sangat pon kek tuh sebenarnya. (-_-) Membazir sungguh. Bak kata Mama, buat syarat jek. 

Happy Birthday to Me!

Tahun ni, hadiah birthday pun berasaskan baby. Cuma ada handbag cekelet tu je bukan berasaskan baby. Hihii. Tapi tak kisah pon. Sekarang ni, kalau nak beli barang barang sendirik pun fikir banyak kali. Baik beli barang baby. Lagi ada pekdah. Huhiii. Thanks to Mama sebab belikan baby carrier dekat Anakku. Warna pink uolss.. Nanti nak beli stroller yang set dengan carrier tuh sekali. Mari menabung! Harap harap sebelum baby kuar, tabung dah boleh pecahkan. (-.-)

Ok! Sekarang dah cukup 34 minggu kite pregnant. Phew. Ada lagik 6 minggu sebelum due date. Tapi ada orang cakap, 36 minggu dah boleh bersalin. Baby dah matang, paru paru semua dah ok. Dah kuat. Kalau 36 minggu, maknanya hujung bulan ni. 24 Disember. Kalau ikut due date sebenar, 21 Januari. Huhuu. Kite tengok #babyAE nak keluar time bila ek. Hihii. 

Tak sabar sebenarnya WALAUPUN TAKUT GILE. (T___T) Ok. Semua barang baby dah sedia. Tinggal tunggu baby kuar. Doakan selamat yer. Tak sangka, umur 27, baru nak dapat seorang cahayamata. Ewah. Orang lain umur 27 dah 2-3 orang anak. Huhu. Tak pe lah. Rezeki masing masing.

Pssst. Nextyear punya birthday, nak request holiday lah dekat husband. Dah ada baby. Syok sikit nak jenjalan. Hihihii. Ok babaiiiiiiiiiii !

** Makin rajin pulak husband update belog skang walaupun cuma chord gitar lagu rock (-.-)
** Stok Al-Quran Pelangi dan barang barang baby dah update. Boleh tengok kat FB kite

Saturday, December 7, 2013

.segmen bersilat di dapur | roti pizza senang dan sedap

.
4 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Yuhuuuuuuuuu. Sejak sejak kawen neh, rasanya tak pernah share resepi dekat belog. Cewah. Macam lah dah pandai masak. (-.-") Padahal duduk dengan Mama, nisbah masak 1:5 kot. Yang satu tuh kite lettew. HAHA. 

Ok. Hari ni kite nak share pasal satu menu yang sangat senang nak buat iaitu ROTI PIZZA. Ni menu orang-malas-pastu-jap-jap-lapar. Hihihi. Tapi seriously, makan 2 keping roti pizza, dah kenyangggggg gila ! Bahan bahannya senang gila. Arghhhhh tapi nanti makan tak jadik gila pon. Jangan risau. :-P Sekali beli bahan, boleh repeat buat banyak kali. Tuh yang best tuh. Heeee.

Bahan-bahan.
  1. Sebungkus roti gardenia
  2. Majerin
  3. Sos cili (Kite guna kimball ala-thai)
  4. Keju (Kite gune keju cheesdale yang slice tuh)
  5. Sosej (Apa-apa brand, tak kisah. Hiris nipis nipis sosej ni)
  6. Mayonis
  7. Bawang besar (potong dadu)
  8. Sardin (Option)
  9. Campuran kacang pis, jagung dan karet (Ala..yang letak dalam nasik goreng tu. Ada jual kat mini market. Tatau nama apa nak sebut. Hihihi)


Cara-cara
  1. Mula-mula, sapu dulu roti dengan majerin. 
  2. Lepas tu, kite letak sos cili atas roti tu. Boleh sapu macam majerin atau buat la corak-corak. Ikut suka korang lah. :-P
  3. Letak pulak mayonis.
  4. Pastu taburkan sardin yang dah di cincang. Tapi kalau takde sardin, tak payah letak pun tak pe. 
  5. Taburkan hirisan bawang dan campuran kacang pis, jagung & karet.
  6. Last sekali, letak keju. Keju ni korang boleh potong lawa lawa baru letak atas roti. Kalau malas (macam kite), korang just carik carik kan keju then susun atas roti tuh. Endingnya nanti keju tuh cair jugak hihihi.
  7. Hah, dah siap! Heee. Tapi tak leh makan. Kena bakar dulu. Letak dalam oven. Suhu 180 darjah. Pastu bakar dalam 10 minit jer. Sampai roti tu macam garing dan keju tu betul betul cair.
  8. *Ting* Bunyi oven habis timing. Hihihi. Sedia untuk di makan!!!!!!


Ok. Dah 3-4 kali kite buat roti pizza ni dalam beberapa hari ni. (-.-") Senang, sedap dan mengenyangkan. Selagi bahan tak habis, selagi tuh buat. Hihihi. Ok. Selamat mencuba! :-D

Buat roti pizza untuk besday chacha tadik. 

Walaupun buruk, tapi sedap.
HAHA.

Dont judge my roti pizza by its cover. 
:-P

** Oh yer. Stok Al-Quran Pelangi dah sampai.
Semua warna cover depan AVAILABLE.. 
Sesiapa nak order, boleh contact kite ! 012-7186471

** Dan sesiapa nak edit blog, boleh contact kite jugak. Heee.
Murah saja kite charge. 
Blog paling latest kite edit ---> http://diarysusy.blogspot.com/

Tuesday, December 3, 2013

.waktu sesuai untuk cash out duit nuffnang

.
1 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Yuhuuuuuuuu. Hari ni kite dapat cheque dari Nuffnang lagik. Alhamdulillah, rezeki anak mommy. (Emm..kite nak shopping ape ye shayang? *jeling abah dia kat sebelah* hihihi). Cheque yang ke-13 sepanjang 4 tahun ber-blogging. Ok lah tuh kan. Dapat jugak dari menganga aje depan PC, tak dapat apa. Hihihi. Sebenarnya, ramai lagik blogger hebat yang dah dapat berpuluh puluh atau beratus ratus cheque Nuffnang dengan jumlah yang banyak. Kite punya tak de lah banyak mana. Boleh lah labuuuuuuuuuu.... :-P

Cheque paling latest kite dapat.
Jumlah? Heeee..ada lah. :-P

Ok. Hari ni kite nak share, bilakah waktu yang sesuai untuk cash-out duit nuffnang korang tuh? Ok. Meh sini kite ajar apa yang kite tau ek. 

History
^__^

Dekat atas ni semua history cheque yang kite pernah dapat dari tahun 2009 sampai lah tahun 2013. Dah 13 cheque kite dapat dari Nuffnang. Kite tak tipuuuuuuu. Ni buktinya. Dulu awal-awal blogging, banyak lah jugak kite dapat. Ada sekali tuh, dekat RM1000 kite dapat dalam satu cheque. Tapi dulu lah. Sekarang ni, ciput aje. Apa-apa pun, syukur alhamdulillah. :')

Ni keterangan dari Nuffnang.

Meh kite explain dalam bahasa simple ek. 
Semoga korang faham.

First sekali, kalau nak cash-out, korang kena pastikan, duit  terkumpul korang adalah RM50. Kurang tak boleh. Lebih tak ape. Ok. Faham ye anak anak? :-P

Ok. Syarat kedua pulak. Mesti cash out pada hujung bulan. Ye. HUJUNG BULAN. Cuba korang perhatikan gambar di atas. Kite ada cash-out pada 7 September. Masa tu tengah noob. Eksaited nak cash out sebab first time duit jejak RM50. (-.-")

Masa tuh, lamaaaaaaaaaaaa gile ok kite nak tunggu cheque sampai dekat rumah. Dah ingat kena tipu dah. Wuwuwuuuu. (T__T) Sebab Nuffnang akan proses cheque selama sebulan pada bulan berikutnya. Bukan bulan yang korang cash out tu. Kan dah rugi SIKIT. Kalau tunggu hujung bulan, banyak lah sikit dapat kumpul. Apa? Tak paham? Meh kite terangkan.

7 September 2009 - tekan cash out
1 October - 31 October 2009 - waktu proses
1 November - 14 November 2009 - cheque di hantar ke rumah ! 

Hureyyy! Tunggu lah dekat 2 bulan. Kalau cash out hujung bulan, tunggu sebulan, duit dah dapat. Faham? Kalau tak faham, pura pura faham je lah. Tak tau nak explain achane lagik. Huehue.

Macam cheque yang paling latest kite dapat hari ni... Kite cash out...

31 October 2013 - tekan cash out
1 November 2013 - 30 November - waktu proses
3 December 2013 - cheque sampai rumah !

Ok. Semoga ilmu ini member manfaat kepada korang. Hihii. JANGAN TANYA KITE TIPS NAK NAIKKAN DUIT NUFFNANG. Sebab duit kite ciput jer. Style entry kite, syok sendiri jer. Ada orang baca, alhamdulillah. Tak de, sudah. Hihihi.

Babaiiiiiiiiiiii! ^__^

Monday, December 2, 2013

.alquran pelangi terjemahan BAHASA MELAYU untuk hantaran!

.
0 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Yeyy! Kite nak update al-quran cover depan versi baruuuuu. Al-quran pelangi versi terjemahan BAHASA MELAYU. Bukan terjemahan dari Indonesia ekkk. Yang ni dah ada approval dari KDN. Alhamdulillah. Bukan jenis tajwid bewarna. Tapi still, mukasurat dalam pelangi. ^_^



Ada pelbagai jenis warna.
Cover depan KULIT + LACE.
Saiz besar sikit, 17x24 cm

Harga?
Still sama dengan al-quran yang kite jual sebelum ni.

RM 100 termasuk kos postage.

BERMINAT?
Boleh PM kite di Facebook
https://www.facebook.com/intanurulfateha

atau 
text/whatsapp
0127186471

^___________^

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13