Friday, November 29, 2013

.bersalin normal atau caesarean?

.
7 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Phew. Seriau rasanya bila fikir pasal ni. HAHA. Aci tak? Ye lah. Rajin sangat dok google pengalaman orang lain bersalin. Dah jadik rasa takut. Maklum lah, first time. Hadoiii. Rasa nak pengsan. Asal fikir je nak pengsan. Asal fikir je rasa nak terberanak. HAHA. Ok tipu. (-,-)

Kite nanti insyaAllah bersalin dekat hospital kerajaan jer. Kite kan orang kerajaan. (ada unsur unsur politik tak? ehems :-P) Da ada kemudahan, guna aje la. Kewangan pon tak berapa nak mengizinkan nak bersalin kat swasta. *Sob sob sob*

Ok nak cerita ni! Kalau dekat Hospital Muar ni (Sekarang di kenali sebagai Hospital Pakar Sultanah Fatimah), kalau nak bersalin kat sini, kena booking dulu. Kena pergi klinik O&G (Obstetrik dan Ginekologi) atau dalam bahasa senangnya klinik ibu mengandung. Kui kui kui. Bila dah booking, nanti time nak bersalin senang sebab doang dah buatkan kad dan semuanya pasal masalah kesihatan kite pihak hospital dah tau. Tak de lah kelam kabut. Time nak teberanak tuh lah baru nak soal siasat memacam. Hihi.

Appointment kite pukul 9 pagi. Sampai hospital tuh dalam pukul 9.10 pagi camtu. Terus carik klinik tuh sebab tak pernah pergi. Ni lah first time. Ipang lagik lah tak tau sebab dia bukan orang sini. Bila dah jumpa, kena register dulu. Pastu nurse tuh cakap, kite kena panggil pukul 10 pagi kang. So, skang kena tunggu dulu. Phew. Tempat duduk penuh. Terpaksa berdiri. Ramai sangat ibu mengandung. Huhiiii. Tapi last last dapat gak duduk. Heee. 

Dalam pukul 10 lebih tu, nurse dah panggil nama kite. Kena timbang berat, check tekanan semua, pastu kena tunggu lagik untuk jumpa doktor. (-,-") Tunggu punya tunggu, Mama kite pun sampai klinik O & G. Hihii. Mama kite nurse.  Memang suruh Mama datang pun sebab kalau doktor tanya kite apape and kite tak tau nak jawap, Mama boleh back up.

So, dia boleh cakap dekat kawan dia supaya cepatkan sikit no giliran kite sebab banyak tempat kite nak kena pergi sebab banyak sangat masalah kite neh. Seb baik dapat jumpa doktor cepat. Kompem orang lain bengang dengan kite. :-D Dalam bilik doktor tuh pun dekat sejam lebih. Macam macam kena check. Ye lah, orang banyak penyakit. (T__T) Ipang kejap kejap sms kite, tanya dah siap ke belum, dah siap ke belum. SABO LAH WOI! Ggrrrr!!

FYI, kaki kiri kite ni tak kuat sangat. Jalan pun dengkot dengkot. (T__T) Dari kecik macam ni. Pastu anggota belah kiri agak lemah. Tangan dengan kaki sekali. Wuu. Masa kite kecik kecik, cuma refer hospital je la dan pergi berurut. Tak operate, tak ape.  Lepas tuh, masa kite lepas SPM, kite nak amek lesen motor. Kite memang larat bawak motor, cuma orang tengok kite macam tak larat. So, untuk mengelakkan kite kena amek lesen motor OKU, orang JPJ tuh nasihatkan supaya pergi refer bahagian orthopedic kat hospital dan dapatkan surat pengesahan yang kite boleh bawak motor macam orang normal. Yey! 

So, kite pun pergi lah hospital. (cheh, macam flashback pulak hihii) Masa tuh dalam tahun 2004. Kite selamat di-operate-kan dekat bahagian tendon kaki kiri kite. Tendon straighten tak silap nama proses tu iaitu proses untuk memanjangkan bahagian tendon (urat keting) kaki kite. Walaupun tak boleh nak jalan macam orang normal, tapi at least better than before. :') Waaaaaaaaa sadis pulak cerita ni. Nanges jugak ni kang. Hukhuk. 

Lama jugak pakai simen kaki ni. Tapi zaman tuh tak ade henpon lagik. Tak de la nak instagram macam skang ni. Haha. Merasa lah pakai tongkat, pakai wheelchair. Phew. (~,~) 

Ok. Tamat cerita flashback. 
Sambung adegan dekat klinik O & G tadik balik ek. 
Heeeeeeee. :'D

Masa doktor tu check, memula dia scan dulu. Dia cakap perut kite kecik. Pehhhhhhhhhh! Kecik apebende! Dah naik 10 kg ok!!!!!! Dah rasa macam kingkong dah ni. Bayangkan lah, dulu berat kite 38 kg, skang dah 48.8kg. (T__T) Tapi bila nengok baby, dia cakap berat baby kite 1.8kg. Its normal. Yey! Uri dekat atas, kepala baby dekat bawah, air ketuban pun ok. So far, semuanya ok. Hihi. Lepas tuh dia check kaki, check tangan kite. Nak tengok kekuatan kite. Doktor cakap, kite mungkin boleh bersalin normal, tapi dia tetap risau kalau kalau kite tak kuat. Ye lah, nak bersalin kena guna kekuatan kaki. Kite neh kaki tak kuat. Adoiyai. So, dia buat surat untuk refer kes kite ke bahagian orthopedic.

Lepas tu, tadik dah pergi bahagian orthopedic. Nasib baik Mama ikut sekali. So, senang lah nak cakap. Kite neh tak reti sikit nak cakap, nak explain. Kang berair kang mata ni. Cepat sangat masuk habuk. (~,~) So, kite kena pergi bahagian ortho lagi sekali untuk fully check up kaki pada 16 Disember. Dan pergi balik klinik O & G untuk bagitau keputusan bahagian ortho pada 27 Disember, pukul 10 pagi.. Dua kali ok kena pergi hospital.

Tu belum kira pergi check kat KK 2 minggu sekali. Huu. 10 Disember nanti kena pegi KK, nak kena inject kancing gigi. Yang kali ni, inject kali kedua. Kalau nak bersalin anak pertama, kancing gigi kena inject 2x. Huaaaaaaaa sakit lagik lah tangan kite. Yang kena injection ni cuma dengan nurse jer. Lepas tuh pergi KK lagik sekali 1 Januari nanti untuk scan terakhir dan check air ketuban. 

Banyak kali ek nak kena jumpa doktor. Pening kepala. Nasib baik lah Ipang kerja sendirik. So, dia ada la masa nak melayan kite, hantar kite pergi klinik dan hospital. Dia pun dah tak bagi kite drive sendirik. Huu. 

So kesimpulan dari karangan di atas ialah, kite pun tak tau kite boleh bersalin normal atau kena czer. Orang cakap, kalau boleh normal, cuba lah untuk normal. Tapi orang tak tau keadaan dan masalah kite. So, tunggu lah keputusan dari bahagian orthopedic 16 disember nanti. Kalau terpaksa czer, pasrah je lah labuuuuu. Janji mommy & baby selamattttttttttt. Ye dak? Hihi.

#32weeks and 3days
#53days to go ! ;)
WISH ME LUCK ! ^_^



Berkenan sangat dengan spiral toys ni. 
NAK BELI !
^______^

Monday, November 25, 2013

.nak beli moses basket !!!

.
4 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Apa benda moses basket neh? Huahuahua. Lately ni asyik dok google jer moses basket nih. Sebenarnya moses basket ni bukan lah satu keperluan sangat pun. Mak mak zaman dulu dulu tak de pong pakai moses basket bagai. Haha. :-D

Semalam ada sedara kite datang rumah. Dia baru je lepas pantang. Dapat baby boy. Dia datang dengan mak ayah suami & baby dia. Baby dia cute sangat letak dalam moses basket! Lagik lah bertambah tambah rasa nak beli moses basket neh. Bila tanya harga, dia cakap tak tau berapa. Mak dia yang belikan. Phew. Nak jugak~ Dia cakap, senang bila ada moses basket neh. Kalau pergi kedai makan ke, pergi mana mana, letak aje bakul ni atas meja. Hihihi. Selesa baby nak tidur. ^_^

Pastu Mama pun macam berkenan. Mama cakap, nanti Mama belikan. Untuk hadiah birthday kite tak lama lagik. Hureyy! ^_^ Since Mama nak belikan, boleh lah carik yang mahal dan cantik sket. :-P Kalau beli sendirik, kena budget harga. Huehue. Pastu husband pon cakap membazir. :'( Alaaa..kite nakkkkkk...

Moses Basket 


Comey kan.. ^_^

Bakul ni biasanya cuma baby yang newborn jer boleh masuk. Pastu bertahan sampai 4-5 bulan. Lepas tuh, kompem kaki terjulur. HAHA. Nampak tak pembaziran di situ? (-.-') Kite ada google, dan melalui pemerhatian kite, ada dalam 3 jenis moses basket yang kite jumpe. 1) Jenis rotan, 2) Jenis mengkuang, dan 3) Jenis yang kain. Kalau nak nengok dari segi ketahanan, rasanya yang jenis rotan lagik tahan lama. Boleh lah beli kalau bercadang nak 3-4 orang anak. Nanti anak anak seterusnya boleh pakai.

Harga pulak dalam RM200 keatas. Sebab rotan kan memang mahal. Kalau setakat mengkuang atau kain, dapat dalam RM140 hingga RM200. Sebenarnya kite lagik berkenan yang rotan. Huehue. Macam tahan lama jer. Tapi tengok lah. Mama nak belikan yang mana satu. Ai redha jer. Tapi yang penting, mesti pink!

Ada jugak moses basket yang jenis berkaki. So, boleh letak dalam bilik. Tapi kite dah ada baby cot. So, tak yang kot beli yang jenis ada stand dia. Macam lagik mahal jer. Tapi macam cantik aje. Haish. Geram~ (>_<)

Ingat nak beli online aje tapi takut tak elok pulak sebab tak dapat pegang dan tengok sendirik. Nanti nak ajak Mama pergi kedai baby lah! Ok baiiiii. Nanti cerita lagik. ;-)

#31 weeks and 6 days
#8weeks to go !!!

Thursday, November 21, 2013

.audit penyusuan susu ibu

.
5 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Isnin lepas, kite terlibat dengan audit penyusuan susu ibu dekat Klinik Kesihatan yang kite selalu check up. Malas sebenarnya nak join tapi memandangkan Mama kite staff kat situ dan kite pun di paksa untuk join, so, pasrah aje lah. (-.-")

Patutnya kena sampai klinik pukul 8 pagi tapi gila malas nak mandi. Sehari sebelum audit tuh, kite dok study apa yang patut. Semuanya tentang penyusuan susu ibu. Kite gerak pergi klniik dalam pukul 8.30 pagi. Ingat tak de siapa datang lagik. Sebab Mama cakap, patient yang kena audit semuanya 10 orang. Semuanya ibu mengandung. :-D Japgi kite orang yang ke-sepuluh datang. Huahuahua.

Bila sampai klinik je, mula la sakit perut, kecut perut sebab cuak nak kena soal siasat dengan pegawai yang handle audit tuh. Pegawai tu bukan staff klinik, tapi di import dari luar. Lepas orang yang ke-sembilan masuk dalam bilik, kite dah makin cuak.

Mama yang snap gambar ni. 
Time ni kite dok belek henpon. 
Pastu Mama panggil. 
Tu yang sengih lebih tuh. HAHA.

Pastu dalam pukul 10 camtu, turn kite pulak. Kena soal dalam lebih kurang 20 soalan. Nasib baik dah study dengan Mama. So, dapat jawap soalan dengan cemerlang. Cewah. :-P

Contoh soalan yang diberi..

1) Apakah penyusuan ibu secara eksklusif?
-- Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud memberi susu ibu SAHAJA dan tidak makanan atau minuman lain KECUALI ubat-ubatan dan vitamin yang diberi atas nasihat doktor.

2) Apakah kebaikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi?
-- Mengandungi antibodi untuk bayi
-- Susu ibu mudah dihadam
-- Melindungi bayi dari cirit birit, alahan dan jangkitan saluran pernafasan
-- Menggalakkan perkembangan dan kecergasan otak bayi

3) Apakah kebaikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada ibu?
-- Mengurangkan pendarahan selepas bersalin
-- Mengecutkan rahim dengan lebih cepat
-- Membantu mengembalikan bentuk badan yang asal dan mengurangkan berat badan
-- Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
-- Membantu menjarakkan kehamilan apabila diamalkan selama 6 bulan secara eksklusif
-- Memupuk kasih sayang antara ibu dan bayi
-- Mudah serta menjimatkan masa dan wang

4) Terangkan posisi dan pelekapan yang betul semasa menyusukan bayi. 
[kena buat demo dengan patung bayi palsu (-,-) ]
-- Badan bayi mengahadap ibu, rapat, perut bertemu perut, mulut terbuka luas, dagu bayi menyentuh payudara ibu, bayi menghisap bahagian areola, bagi menghisap perlahan, mendalam dan dengar bunyi menelan susu.

Ai dapat hadiah uols dari doktor. Hihi.

Banyak lagik soalan tapi malas nak taip. Jawapan semua ada dalam pamplet panduan penyusuan susu ibu yang korang boleh dapat secara percuma dari klinik kerajaan time korang check up. Study jer sendirik. Kalau tak faham, boleh refer nurse atau doktor. 

Ok tu jer nak share. Baiii. ^__^

#31weeks and 2 days
#61days to go ;-)

** Spray air oksigen out of stock. Sejak update kat belog, ramai sangat yang nak beli. Hihi. Maceh. Nanti dah ada stock baru, kite inform okey ^^,

Friday, November 15, 2013

.spray oksigen untuk kecantikan dan kesihatan ^_^

.
5 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Yuhuuuuuuu. Kali ni kite nak update pasal spray oksigen. Sebenarnya dah lama produk ni ada dijual oleh kampeni dot dot dot. Hihi. Cuma malas jer nak hapdet entry. Huehue. 

Ok. Nak cerite. Spray oksigen ni ada dua jenis. Satu botol biru. Satu lagi botol merah. Yang botol biru tu untuk kecantikkan. Ingat Kak Ton jer ade produk kecantikkan? Kahkah. Nama botol spray warna biru tu, Beauty Aura. Yang botol merah pulak Remedy. Harga dia cuma RM9.90 sebotol. Kandungan dia, 30 ml. Kalau beli 3, dapat free lagi sebotol. Jimat kan? (^_~)

Ni antara kebaikan spray botol biru (BeautyAura) tuh. 
  • Membaikpulih sel kulit rosak dan mati.
  • Menegangkan kulit
  • Mencegah jerawat & menghilang kesan jerawat
  • Dengan menyembur spray ke serata wajah, akan bergetar gelombang oksigen terus menyerap & memberikan kesan dari sudut menegangkan kulit selain menyegarkan wajah.
  • Eye-bag atau dark-circle di bawah mata akan pudar dan hilang dengan semburan kerap 3 kali sehari selama 3 hari.
Ayat skema ek? Haha. Mesti la skema sebab ayat kopipes (-,-") Tapi sejujurnya, memang kite sendirik guna spray ni. Time lepas cuci muka kan, kite mesti spray dekat muka. Sebelum pakai foundation pun sama. Konon konon nak melembapkan kulit muka lah. :-D Hari tu pergi rumah kawan, lepas tuh mak kawan kite cakap, Eh Intan. Muka nampak cerah lah. Heeeeeeeee. Kembang jap. Parut jerawat pun dah hilang. Skang tak payah nak mekap tebal tebal. Cewah. ;-)

Sebelum ni harga sebotol spray ni RM15. Tapi macam mahal pulak. Masa tu, botol pun sedikit besar. So, kiteorang repackaging semula. So, botol yang sekarang ni lebih mudah dan praktikal. Senang nak bawak kemana mana. Memang simpan satu dalam handbag. Simpan dalam poket pun boleh.

Masa kite jadik guru ganti hari tu, kite bawak spray ni pergi sekolah, sebab nak elakkan mengantuk. Lepas tu kalau tengok  budak macam mengantuk aje dalam kelas, kite panggil dia dan spray dekat muka. Seronok doang. Terus semangat nak belajar. ^_^

Lepas tuh, spray botol biru ni jugak boleh buat hilang mengantuk time drive. Bila husband mengantuk time drive, dia cepat cepat spray dekat muka. Terus hilang mengantuk. Standby satu dpray dekat dalam dashboard kereta. Hihi. Untuk student university pulak, kalau mengantuk time stay up, boleh segarkan mata dengan spray ni. Lagi lagi time dah nak exam. 

Kalau korang tak percaya. try lah dulu. Sebotol baru RM9.90. Tak mahal kan. Alaa..beli baju mahal mahal boleh. Takkan spray yang cenggini pun tak leh beli. :-P Kebanyakkan yang beli dengan adalah dikalangan student. Maklum lah, dah nak exam, baru kelam kabut. HAHA. Sama lah macam zaman kite dulu. Study last minute. :'D

Ok. Spray botol merah pulak dikenali sebagai Remedy. Spray ni pulak kandungan oksigen dia lebih tinggi dari yang botol biru tuh. Kalau ada luka luka ker, boleh spray dekat tempat luka tu. InsyaAllah, luka cepat baik. 

Ni antara kebaikan lain spray botol merah (Remedy).
  • Mencegah penyakit kuku dan jari
  • Merawat kulit tumit kaki
  • Menyembuh luka kecil kulit luar
So, kalau korang berminat untuk beli spray ni, boleh contact kite ATAU suami kite di ..

PUAN INTAN
012-7186471
(Call/SMS/Whatsapp)

010-7636383 
(Call/SMS/Whatsapp/KakaoTalk)

ENCIK IRFAN
019-7799198
(Call/SMS/Whatsapp/KakaoTalk)

Harga - RM9.90 sebotol 
(COD - Muar/Melaka/Serdang/Sepang)

Harga RM15 sebotol
(Secara Pos Laju)

Harga 3 botol (free 1 botol atau free postage)
RM 29.70


Untuk yang duduk jauh jauh tuh, kite boleh pos-kan. ^_^ Tapi kalau yang duduk area Lembah Klang, boleh contact abang ipar kite di...

ENCIK ISKANDAR 
014-9620910 (Call/SMS)

Amboi model tudung pink tuh. :-P

Stok air oksigen (<-- sila klik) pun dah ada. Kalau nak beli, sekotak ada 24 botol, RM96. Beli banyak dan jadik agen pun boleh. Harga pun akan jadik lebih rendah. Bila lagik kan nak tolong bisnes orang Melayu. ^__^


Air ni pun kite dan family kite sendirik consume. Hari tuh kite ada cerita dekat entry ni (<-- sila klik) pasal kite kena minum air gula lepas tuh result gula kite rendah sebab kite selalu minum air oksigen. So, air ni sangat sangat sangat berguna kepada ibu mengandung, pesakit kencing manis dan penyakit penyakit lain. Baik telan air dari telan pil. Ye dak? :-D

Ok. Apape tak faham, boleh tanya kite ek. Tataaaaaaaaaaaaaaa!

Wednesday, November 13, 2013

.pencarian botol susu tamat :-P

.
9 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Kan hari tuh kite pening pening dok fikir pasal botol susu kan? Yey! Kepeningan itu tamat di sini. :-P Ok. Meh nak cerita dari mula. Tak de mukadimah, tak best. :-P Haha. Hari ni kite ada appointment dengan Dr. So, lepas settle check up semua, tetiba husband ajak pergi beli botol susu since dari hari tuh kata nak beli, tapi kite ni tak suka jalan banyak banyak. Cepat penat. So nak beli kat tempat yang tak banyak jalan. Hihi,

Memang dah plan nak beli botol susu dekat Guardian jer. Sebab senang. Point nak beli botol susu jer. Sampai berus botol pun terlupa nak beli. HAHA. Tuh la. Fokus sangat. :-P Kite cuma beli botol susu 5oz dan teat 2 biji. Total both barang ni dalam RM41 jer. Botol tuh RM24.90. Teat plak RM16 kalau tak silap. Ada perasan jual kat online tapi malas lah nak beli online. Harga pun lebih kurang tapi kena tambah kos pos lagik. Leceh. :-P Tapi ada jer barang lain kite beli online. Hehe.

Kan memula kite cakap kite nak beli botol susu Tommee Tippee yang gemok dan comel tuh kan. Carik kat mall, tak jumpa. Online banyak. Tapi takde warna pink. Kalau ada pun, saiz 9oz. Besar sangat. Tak nak lah besar besar. Baby baru je nak belajar menyusu. Lagipun, botol susu ni buat ada ada jer since kite pon belum kerja lagik. Heee.

Botol susu untuk #babyAE ^_^

Walaupun bentuk dia tak secomel botol TT tuh, tapi botol ni bagus. Kite ada pernah terbaca review dekat satu blog ni. Pastu kakak kite sendiri pakai botol susu jenis ni. So, memandangkan kite malas fikir, kite pon beli jer yang ni. Senang. Heeee. ^__^

Kakak kite pesan, suruh beli botol susu yang untuk 0-6 bulan. Lepas tuh, teat dia pulak, ambil yang S. Mesti korang tak berapa nak faham kan? Kite pun memula tak faham jugak. Kakak kite yang banyak ajar. So, kite ajar korang pulak ek. ^_^

Teat (puting) saiz S tuh untuk sedutan susu yang slow. Ala ala macam sedut mommy breast. Bile sedut, baru keluar. Lubang dia kecit sesangat. So, baby takkan tersedak lah bile minum susu tuh sebab aliran susu dia slow. Kalau baby dah 6 bulan keatas pun, beli jugak teat yang saiz S. 

Kalau yang saiz M tuh pulak, untuk susu formula. Once baby dah tak menyusu badan or korang bagi susu formula (susu tepung dalam tin tuh), korang leh guna yang saiz M. Yang saiz L pulak, untuk yang letak nestum dalam botol.

Lepas tuh, kalau korang perasan, teat yang kite beli tuh, ada yang putih dan ada yang kuning. Ok. Meh kite explain beza dia ek. Cewah. Ye ye oh je kite neh. HAHAHA.

Jenis "Latex"

Yang jenis kuning ni, jenis latex. Latex tuh getah lah kan. Dia cam lembut sikit. So, baby tak de lah terkejut ke ape kan kalau sumbat dengan teat neh. Nanti baby dah ada gigi, baru boleh tukar dengan teat yang warna putih. Yang warna putih tu keras sikit. 

Jenis "Silicone"

Yang ni jenis silicone. Putih bersih. Cuma sedikit keras. Bila baby dah ada gigi, boleh guna yang ni. Sebab kalau yang latex tuh, kalau dia gigit, nanti koyak pulak sebab lembut sangat. (>_<) Masa kite beli botol susu tadik, teat yang sedia ada kat botol tu size M lepas tuh silicone. (-.-") Botol susu yang ada teat size S dan latex takde warna pink. So, teat size M tuh kite simpan dulu. Dan boleh digunakan di masa akan datang. Nak botol susu pink punya pasal. Hihi. :-P

Anak buah-buahan disamping botol susu NUK beliau.
^__^

So, ada apape soalan? Jangan tanya kite pasal botol susu yang lain sebab kite tak tauuuuuuuu. HAHA. Ada orang cakap Avent bagus. Ada orang cakap Tommee Tippee bagus. Ah, semua bagus lah. Terpulang pada korang nak beli yang mana satu. Kite malas nak pening pening. Lagipun, kalau nak tukar teat baru, senang nak carik. Kat Guardian saje. :-D

Oh yer. Sebenarnya botol susu neh bukannya kite beli sebab nak bagi susu formula kat baby. Kalau boleh, memang nak breast feeding baby secara eksklusif selama 6 bulan. Kalau boleh sampai 2 tahun lagik bagus. ;-) Cuma botol susu neh macam alternatif lain lah. Bukan direct feeding. Still guna breast milk, cuma isi dalam botol. Heeee.

Pencarian seterusnya adalah BREAST PUMP. 
Rasa nak beli yang manual dulu.
Any suggestion? ;-)

Friday, November 8, 2013

.selesai mendobi yey!

.
9 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Hip hip hureyyy! Kite dah settle mendobi baju #babyAE #intanirfanJR selepas 2 hari. Ini disebabkan faktor cuaca yang tak berapa cerah, so, baju pun lambat lah kering. (-.-)

Kite start basuh pagi semalam, Khamis. Kite cuma ada 2 penyepit baju jer untuk baju baby. Ingatkan cukup sebab setiap satu ada 20 penyepit kecit kecit tuh..

Barang yang kite cuci adalah
1) 12 helai lampin
2) 1 hooded blanket
3) 3 helai bedung
4) 4 helai barut
5) 4 set baju baby
6) 10 helai romper
7) 4 helai legging
8) 1 helai tempat alas makan baby (apekebende ntah nama haha)
9) 6 set sarung kaki & tangan baby
10) 2 buah topi
11) 3 helai tuala
Ermm tu jer kot. Tak de lah banyak sangat sebenarnya tapi time nak sidai tuh, 2 penyepit baju tak cukup lah pulak. (T__T) Cepat cepat call husband suruh beli lagik satu. Kebetulan, dia memang ada dekat bandar. Hihihi.

(^_^)

Alalalaa comeynyeeeee..

Oh yer. Kite cuci guna washing machine jer. Tak kuasa lah nak cuci pakai tangan. :-P Padahal malas. (-.-) Dah ada teknologi, so, guna jer la teknologi yang ada. Letih nak dok mencangkung cuci baju baby guna tangan. (T__T) Pastu kite guna Dynamo yang ada pewangi Downy tuh jer. Tak guna pun detergent khas

Memula, sebelum cuci, kite asingkan baju bewarna dengan baju yang tak berwarna. Takut lah dia turun warna ke apa ke kan. Pastu baru rendam dalam 10 minit dalam washing machine tuh, pastu basuh jap pastu bilas. SIAP! Tak payah cuci lama lama. Bukannya kotor pun. Cuma nak hilangkan bau kedai dan bakteria jer. :-P

Memandangkan cuaca tak berapa nak panas, baju baju baby kering sepenuhnya pagi tadi. So, bangun pagi, semangat pegi kutip baju baby. Hari ni husband tak kerja. So, paksa dia tolong lipat lampin. Hehe. :-P

Dah siap lipat dahhh. Yeyyy!
Dah siap susun dalam wardrobe baru. Hihi

Ada beberapa lagik barang belum beli. (-.-) Husband cakap, next month lah. This month dah cukup dah. Emmm~ Kalau nak cakap pasal shopping barang baby ni, memang takkan habis. Huehuehue. :-P

Oh yer. Botol susu tak beli lagik neh. Kite macam berkenan jenama Tommee Tippee sebab dia gemuk dan pendek dan comel. Haha. Tapi akak kite suruh beli jenama NUK. Sebab akak kite cakap, botol susu ni bagus sebab susu cuma keluar bila baby sedut aje.


Kalau Tommee Tippee ni, tak tau lah pulak macamana. (-.-") Pening lah. Banyak sangat brand. Mama pulak cakap, tak payah beli botol susu kalau breast feed. Haha. Tapi rasanya nak beli jugak kot. Standby kot kot kena pakai botol. ;-) Tengok lah keadaan cemana. Nak beli yang mana satu pon tak tauuuu. Al-fening kepala. Nanti lah kite buat survey pasal botol susu. Kena compare-kan, mana satu yang bagus dan berbaloi untuk anak mommy. ;-)

Alhamdulillah.
Dah #29weeks.
Lagik 11 weeks. InsyaAllah.

Heee. K bai! Nanti cerita lagik. (^_~)v

Wednesday, November 6, 2013

.proceed to plan B!

.
6 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Huwaaaaaaaaaaa letih gila pork hari ni. Sakit satu badan. *pengsan* Sebenarnya hari ni kite plan nak mendobi baju since macam dah complete aje kite punya barang barang baby. Heeeeeeee. Oh yer. Baby in my womb dah #29weeks! ^__^

Rasa macam dah boleh start cuci baju sekarang sebab sekarang pun, nak jalan dah tak berapa larat. Ok tipu. Larat. Cuma sedikit mengah. (-.-) Ye lah, selama ni berat tak sampai 40 kg. Sekarang dah dekat 50 kg. Haruslah rasa nak pengsan. (T_T) Kang kalau lambat lambat, lagik lah badan ni tak larat.

Husband pepagi lagik dah pergi KL, ada kerja di sana. Pelawa jugak kite ikut tapi malas lah, baik duduk rehat dekat rumah. Boleh TIDUR. Hehee. Tapi dah banyak rehat pon boring jugak. Ok. Kan kite tadik cakap nak mendobi baju baby kan? Memandangkan cuaca tak berapa nak cerah, terpaksa membatalkan hasrat. Nanti insyaAllah esok kalau cuaca ok, kite cuci lah. Harap harap, cuaca panassssssssss.

Ok. Semalam dah pergi shopping barang baby lagik. Beli wardrobe, penyepit baju baby, bedung (Anakku), bakul baju dan beberapa barang lain. Hihihi. Rasa lepas ni kalau nak beli pon, barang kecik kecik jer kot. Barang yang penting penting, macam dah settle. Stroller & Car Seat, beli lepas bersalin nanti. InsyaAllah.

Total bedung cuma ada 3 helai. Huehue. Bedung dekat Anakku, sehelai RM23. Not bad lah kain dia. Cotton lembut. Masa kite shopping dulu, tak de bedung tuh. So, beli jer blanket 2 helai kat Anakku. Mama cakap, cukup lah. Kalau tak cukup nanti, baru beli. Lagipun, duduk rumah dengan Mama. Boleh cuci. Bukan jer nak guna semua tu sekaligus. Hihi. 

Barut pun ada 4 helai. Mama cakap cukup. Kalau tak cukup, baru beli lagik. Ikut jer lah cakap Mama. Tapi rasanya macam nak beli lagik jer. Tengok kat online, macam murah. 5 helai barut, baru RM20. Nak tempah dan beli kain sendiri, memang murah, tapi LECEHNYEEEEEEEEE. Kalau pandai jahit sendirik, tak pe jugak. (-.-) Bedung pun macam nak beli lagik. Plan nak beli dekat One Baby World (OBW). Sehelai baru RM10. Dekat Anakku, sehelai RM23. *pengsan*

Oh yer. Kite baca review mommy-to-be, mejoriti cuci baju dengan detergent khas untuk baby. Mula mula kite nak beli jugak, but then Mama cakap, basuh jer guna Dynamo. Zaman dulu, takde sabun macam zaman sekarang ni. Ok je. Dynamo bagus, bunuh bakteria jugak. Bla bla bla. Tanya kakak, dia pun guna Dynamo. Tanya bestfriend, still guna Dynamo. Heeeee. So, tak payah beli. Guna je apa yang ada. Ikut jer la apa Mama kite cakap. Semoga anak mommy tak cerewet. (^_^)

Kebosanan akibat tak dapat nak cuci baju, bertukar kepada Plan B. Haha. Pesen tak menyabar Dak Intang neh. Semalam, kite ada beli wardrobe untuk letak baju, lampin dan barang barang baby. Jenis yang pasang siap. Alaa tak mahal pun. Dalam RM69.90 tak silap. Beli kat The Store jer. Nak beli dekat Ikea, MACAM LAH IKEA TUH SEBELAH RUMAH JER WOI. Haha. Kite beli yang jenis kecik je sebab bilik tidur kite pun bukannya besar sangat. Hee.

Memula ingat macam senang nak pasang. Main skru skru jer. Japgi macam tak dapat pasang sebab ada bahagian yang tak ngam. Amende ntah doang ni buat wardrobe tak betul. *hantuk kepala dekat dinding* Tapi di sebabkan kite ni ala ala Mc Gyver (lah sangat haha) dapat jugak pasang. Tapi part part yang macam susah dan berat, kite mintak tolong adik kite since adik kite tengah cuti sekarang ni. (Politeknik Nilai).

Tadaaaaaaaa....
Wardrobe for our baby ^,^

Ok. Lebih kurang 3 minggu lepas, kite ada pos gambar baby cot dekat Instagram & FB. Sebenarnya, ni baby cot turun temurun. Teheeeeeee. Ni cot adik kite, Chacha. 7 tahun lah usia baby cot neh. Masa Mama beli, warna dia coklat. Pastu tahun 2012, kakak kite pulak dapat baby, so, baby cot ni dia guna pulak. Pastu sekarang, kite guna pulak! Hoyeh hoyeh. Tak payah beli. Dah jimat berganda ganda.

Since perabot bilik kite semuanya warna putih, Mama cakap, apa kata kite cat baby cot neh. So, husband kite pun bukak segala skru yang ada dan Abah pun hantar kat kilang perabot kawan dia, mintak tolong cat warna putih.

Tadaaaaaaaa.
New look. 
Huahuahua.

Kite dok survey, baby cot warna putih macam ni, harga dekat beribu. Ada jugak yang murah tapi mejoriti RM500 keatas. Phew. Nasib baik lah kite tak payah beli. Hihi. Ada orang cakap, jangan pasang dulu sampai baby lahir. (-.-) Tapi masalahnya, baby cot neh memang dah terpasang. Bukak balik pun sebab hantar cat. Lagipun, tak kan lah baby lahir, baru kelam kabut nak pasang. !@#$%^&

Ok. Sekian sahaja wartawan Dak Intang melaporkan. Penat pasang wardrobe tak hilang lagik. Berjam jam pasang. Kalau Ipang tau, mesti dia gelakkan. (T__T) Tuh la, pesen tak menyabar. Alaa tapi tak pe. Amek mood dulu. :-P Bab sidai dan lipat baju, kite serahkan kat dia sebab dia pakar. Keh keh keh.

Babaiiiiiiiiiiiii !



Monday, November 4, 2013

.fenomena BITSTRIPS

.
14 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Kah kah kah. Dah kena sawan bitstrips gamaknye. Asek dok main jer apps ni kat henpong. Hihi. Tapi layan jugak lah. Macam comel jer katun katun ni semua. 











Hehe. Comel kan? Korang boleh install apps ni dekat PLAYSTORE dekat henpong android korang. Search jer BITSTRIPS. PAstu install pastu dah boleh start guna ! :-D Tapi memula sekali kena create korang punya avatar dulu.

Kalau nak yang bertudung, boleh carik tudung dekat "HEADWEAR" Ada satu jenis tudung jer. Tuh pun nampak leher. Alaa...nama pun katun. Tak payah lah nak serius sangat. (-_-) Lepas tuh, baju pon boleh pilih dekat bahagian OUTFIT. Yang lain lain, korang godek lah sendirik.

Oh yer. Kadang kadang, baju berubah ikut situasi. Jangan tanya kite macamana nak tukar warna baju sebab kite pon tak tauuuuuuu. HAHAHA.

Kepada Bitstriperssss... Happy BITSTRIPS! :-P

HAHAHA.

Saturday, November 2, 2013

.searching for bedung dan barut baby

.
12 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Haishh.. Macam nak pecah kepala bila dok survey barang baby dekat internet neh. Memacam yang cecantik dan cecomel. Macam cantik je. Macam comel je. :-P Sebenarnya tak de lah nak pecah sangat pon. Haha. Over betul statement. :-P

Hari tu kan, kite dah beli dah bedung dan barut dekat Anakku. Bedung beli sehelai jer. (-.-") Sebab tak jumpa lah. Kite tak shopping dekat mall besar besar. Penat nak jalan. Kite pergi The Store kat Muar tuh jer. Bedung pun yang jenis zap-on. Pastu kite ada beli blanket yang siap ada hooded. Fungsi dia pun macam bedung gak. Cuma bukan kain cotton. Kain lembut sikit. 

Lebih kurang cenggini kite punya blanket hooded tuh.
Omeyyy kannn?
*google picture*

Member kite guna blanket ni jer sebagai bedung.
Pun bolehhhh...

Ada member, siap cakap, dia guna kain batik je.
Janji TUJUAN dia nak bedung-kan baby.
Tak kira lah guna apa pun. 
:-D

Kite google gambar neh.
Macam ni barut yang kite beli.

Nak carik bedung yang kain cotton biasa tuh, tak de pulak. Barut pun sama. Beli dekat Anakku. Beli 4 helai jer. Huehue.

Kakak kite cakap, nak guna bedung dan barut banyak. (-.-") Ada kawan pulak cakap, bedung dia guna sehelai jer. Weekend baru cuci sebab tak kotor. Barut yang kena guna banyak. Ish..Pening lah..

Kite haritu tengok dekat website One Baby World. Ada bedung atau dalam bahasa omputihnya Receiving Blanket. Corak dia, mak aii. Cecantik ok! Dah lah murah. RM 10 je sehelai. Jenis kain cotton flannel. Tapi member kite dah beli. Dia cakap, kain dia keras. Tapi kalau basuh banyak banyak kali, still keras ke? Alaaa nak beli. Cantikkkkk. (>___<)

Banyakkkkkkkkk lagik corak yang santek.
(T___T)

Pastu Mama pulak cakap, beli jer kain cotton corak corak kat kedai kain pastu hantar tempah. Semeter kain cotton baru RM6. Ni bedung sehelai dah RM10. (T__T) Alaaa.. Barut pulak sehelai jer dah RM6. Kalau nak 10 dah RM60. Kalau tempah, rasa tak sampai harga tuh. Banyakkkkkkkkk lagik barang baby yang lain nak kena fikir nak kena beli. (T__T)

Padahal macam boleh buat sendirik aje. Hihi. Tak test lagik. Mesin jahit ada jer kat rumah neh. Tapi tak pernah pulak test jahit. Setakat jahit baju koyak tu, pakai jarum biasa aje. Huehueee.

Err..ahkak ahkak dan kengkawan semua... Korang tau tak kat mana mana tempat best yang jual barut dan bedung murah murah? Tolong lah bagitau kite-yang-tak-berapa-nak-ada-bajet ni. Hihii. Kite tanak yang jenis zip tuh. Kang tercekik anak haku kang. Haha.

Ni contoh yang ada zip.
Gambar kite google aje.

Kite ada baca review, doang cakap, bedung moden jenis zip ni bukannya keperluan. Cuma kehendak jer. Hihii. Tengok orang beli, semua nak beli. :-D Ikut trend lah katakan. Tapi macam kesian je budak kena balut cenggini. (-.-)

Aaaaaaaaaa...... Nanti nextweek nak ajak mama pergi kedai kain lah. Nak carik kain cotton cecomel pastu tempah bedung dan barut. Habes cerita. Tengok online neh, semua haku nak beli. Huehue. :-P Ingat nak pergi minggu ni, tapi Mama pergi jenjalan Langkawi pulak. Ada trip unter jabatan dia. (T__T)

Mana tau, kot kot dah pandai jahit, leh bisnes jual bedung dan barut pulak. Kahkah. Jahit suar koyak boleh lah intang oiiii. Kihkih. K. Babaiiiiii. (^__^)

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13