Saturday, December 7, 2013

.segmen bersilat di dapur | roti pizza senang dan sedap

.

Salam.


Yuhuuuuuuuuu. Sejak sejak kawen neh, rasanya tak pernah share resepi dekat belog. Cewah. Macam lah dah pandai masak. (-.-") Padahal duduk dengan Mama, nisbah masak 1:5 kot. Yang satu tuh kite lettew. HAHA. 

Ok. Hari ni kite nak share pasal satu menu yang sangat senang nak buat iaitu ROTI PIZZA. Ni menu orang-malas-pastu-jap-jap-lapar. Hihihi. Tapi seriously, makan 2 keping roti pizza, dah kenyangggggg gila ! Bahan bahannya senang gila. Arghhhhh tapi nanti makan tak jadik gila pon. Jangan risau. :-P Sekali beli bahan, boleh repeat buat banyak kali. Tuh yang best tuh. Heeee.

Bahan-bahan.
  1. Sebungkus roti gardenia
  2. Majerin
  3. Sos cili (Kite guna kimball ala-thai)
  4. Keju (Kite gune keju cheesdale yang slice tuh)
  5. Sosej (Apa-apa brand, tak kisah. Hiris nipis nipis sosej ni)
  6. Mayonis
  7. Bawang besar (potong dadu)
  8. Sardin (Option)
  9. Campuran kacang pis, jagung dan karet (Ala..yang letak dalam nasik goreng tu. Ada jual kat mini market. Tatau nama apa nak sebut. Hihihi)


Cara-cara
  1. Mula-mula, sapu dulu roti dengan majerin. 
  2. Lepas tu, kite letak sos cili atas roti tu. Boleh sapu macam majerin atau buat la corak-corak. Ikut suka korang lah. :-P
  3. Letak pulak mayonis.
  4. Pastu taburkan sardin yang dah di cincang. Tapi kalau takde sardin, tak payah letak pun tak pe. 
  5. Taburkan hirisan bawang dan campuran kacang pis, jagung & karet.
  6. Last sekali, letak keju. Keju ni korang boleh potong lawa lawa baru letak atas roti. Kalau malas (macam kite), korang just carik carik kan keju then susun atas roti tuh. Endingnya nanti keju tuh cair jugak hihihi.
  7. Hah, dah siap! Heee. Tapi tak leh makan. Kena bakar dulu. Letak dalam oven. Suhu 180 darjah. Pastu bakar dalam 10 minit jer. Sampai roti tu macam garing dan keju tu betul betul cair.
  8. *Ting* Bunyi oven habis timing. Hihihi. Sedia untuk di makan!!!!!!


Ok. Dah 3-4 kali kite buat roti pizza ni dalam beberapa hari ni. (-.-") Senang, sedap dan mengenyangkan. Selagi bahan tak habis, selagi tuh buat. Hihihi. Ok. Selamat mencuba! :-D

Buat roti pizza untuk besday chacha tadik. 

Walaupun buruk, tapi sedap.
HAHA.

Dont judge my roti pizza by its cover. 
:-P

** Oh yer. Stok Al-Quran Pelangi dah sampai.
Semua warna cover depan AVAILABLE.. 
Sesiapa nak order, boleh contact kite ! 012-7186471

** Dan sesiapa nak edit blog, boleh contact kite jugak. Heee.
Murah saja kite charge. 
Blog paling latest kite edit ---> http://diarysusy.blogspot.com/

4 comments

husna zahidi said...

wahhhh..boleh cuba la lepas ni.. hehehe..

intanurulfateha said...

@husna zahidi

selamat mencuba ^_^

Nurulchumel said...

Tlg edit kan blog kite plis! Kite xde mase dah nak edit blog.. nak update pun asek pending jek.. nnt gtau rege ekk.. hehe

Nugrul Sakura said...

eh...sosej letak mase bila? heheh sis rebus dulu ker sosej tuh?

yg sayur cmpur2 tuh..namanye mix vegetables...heheh

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13