Wednesday, November 13, 2013

.pencarian botol susu tamat :-P

.

Salam.


Kan hari tuh kite pening pening dok fikir pasal botol susu kan? Yey! Kepeningan itu tamat di sini. :-P Ok. Meh nak cerita dari mula. Tak de mukadimah, tak best. :-P Haha. Hari ni kite ada appointment dengan Dr. So, lepas settle check up semua, tetiba husband ajak pergi beli botol susu since dari hari tuh kata nak beli, tapi kite ni tak suka jalan banyak banyak. Cepat penat. So nak beli kat tempat yang tak banyak jalan. Hihi,

Memang dah plan nak beli botol susu dekat Guardian jer. Sebab senang. Point nak beli botol susu jer. Sampai berus botol pun terlupa nak beli. HAHA. Tuh la. Fokus sangat. :-P Kite cuma beli botol susu 5oz dan teat 2 biji. Total both barang ni dalam RM41 jer. Botol tuh RM24.90. Teat plak RM16 kalau tak silap. Ada perasan jual kat online tapi malas lah nak beli online. Harga pun lebih kurang tapi kena tambah kos pos lagik. Leceh. :-P Tapi ada jer barang lain kite beli online. Hehe.

Kan memula kite cakap kite nak beli botol susu Tommee Tippee yang gemok dan comel tuh kan. Carik kat mall, tak jumpa. Online banyak. Tapi takde warna pink. Kalau ada pun, saiz 9oz. Besar sangat. Tak nak lah besar besar. Baby baru je nak belajar menyusu. Lagipun, botol susu ni buat ada ada jer since kite pon belum kerja lagik. Heee.

Botol susu untuk #babyAE ^_^

Walaupun bentuk dia tak secomel botol TT tuh, tapi botol ni bagus. Kite ada pernah terbaca review dekat satu blog ni. Pastu kakak kite sendiri pakai botol susu jenis ni. So, memandangkan kite malas fikir, kite pon beli jer yang ni. Senang. Heeee. ^__^

Kakak kite pesan, suruh beli botol susu yang untuk 0-6 bulan. Lepas tuh, teat dia pulak, ambil yang S. Mesti korang tak berapa nak faham kan? Kite pun memula tak faham jugak. Kakak kite yang banyak ajar. So, kite ajar korang pulak ek. ^_^

Teat (puting) saiz S tuh untuk sedutan susu yang slow. Ala ala macam sedut mommy breast. Bile sedut, baru keluar. Lubang dia kecit sesangat. So, baby takkan tersedak lah bile minum susu tuh sebab aliran susu dia slow. Kalau baby dah 6 bulan keatas pun, beli jugak teat yang saiz S. 

Kalau yang saiz M tuh pulak, untuk susu formula. Once baby dah tak menyusu badan or korang bagi susu formula (susu tepung dalam tin tuh), korang leh guna yang saiz M. Yang saiz L pulak, untuk yang letak nestum dalam botol.

Lepas tuh, kalau korang perasan, teat yang kite beli tuh, ada yang putih dan ada yang kuning. Ok. Meh kite explain beza dia ek. Cewah. Ye ye oh je kite neh. HAHAHA.

Jenis "Latex"

Yang jenis kuning ni, jenis latex. Latex tuh getah lah kan. Dia cam lembut sikit. So, baby tak de lah terkejut ke ape kan kalau sumbat dengan teat neh. Nanti baby dah ada gigi, baru boleh tukar dengan teat yang warna putih. Yang warna putih tu keras sikit. 

Jenis "Silicone"

Yang ni jenis silicone. Putih bersih. Cuma sedikit keras. Bila baby dah ada gigi, boleh guna yang ni. Sebab kalau yang latex tuh, kalau dia gigit, nanti koyak pulak sebab lembut sangat. (>_<) Masa kite beli botol susu tadik, teat yang sedia ada kat botol tu size M lepas tuh silicone. (-.-") Botol susu yang ada teat size S dan latex takde warna pink. So, teat size M tuh kite simpan dulu. Dan boleh digunakan di masa akan datang. Nak botol susu pink punya pasal. Hihi. :-P

Anak buah-buahan disamping botol susu NUK beliau.
^__^

So, ada apape soalan? Jangan tanya kite pasal botol susu yang lain sebab kite tak tauuuuuuuu. HAHA. Ada orang cakap Avent bagus. Ada orang cakap Tommee Tippee bagus. Ah, semua bagus lah. Terpulang pada korang nak beli yang mana satu. Kite malas nak pening pening. Lagipun, kalau nak tukar teat baru, senang nak carik. Kat Guardian saje. :-D

Oh yer. Sebenarnya botol susu neh bukannya kite beli sebab nak bagi susu formula kat baby. Kalau boleh, memang nak breast feeding baby secara eksklusif selama 6 bulan. Kalau boleh sampai 2 tahun lagik bagus. ;-) Cuma botol susu neh macam alternatif lain lah. Bukan direct feeding. Still guna breast milk, cuma isi dalam botol. Heeee.

Pencarian seterusnya adalah BREAST PUMP. 
Rasa nak beli yang manual dulu.
Any suggestion? ;-)

9 comments

deQna said...

breastpump anakku manual punya pun ok...sy pakai yang tu je...tu pun bukan sy beli...kakak sy yg punya...hehe...sy tukang rembat je barang-2 dia............ =)

intanurlemsha said...

yeayyy ade kredit nama along dalam blog neh hiks~~*
just sharing what i do n what i know..
still breastfeeding since 2 jan 2012..almost 1 year 10 months...
banyak ilmu perlu ditimba.. banyak pengalaman yang bakal dihadapi..
-nipple confuse
-nursing strikes..
macam2!

Cilix Store said...

Tahniah puan sebab dah ada botol susu untuk anaknda. Untuk tahan lama, susu ibu harus di simpan sejuk. Dan sebab itu ibu2 selalunya menghangatkan semula dengan merendamkan botol berisi susu ke dalam air panas.

Tapi pastikah kita bahawa bahan kimia plastik botol tersebut tidak terurai dan bercampur bersama susu? Lagipun, bila susu dipanaskan berkali2, ada kemungkinan susu tersebut akan berubah dan tidak lagi sesegar semulajadi. Lagi satu, kalau kat luar rumah.. macamana nk panaskan? Bagaimana kalau ada satu penyelesaian untuk masalah2 ni.. tidakkah puan mahukan yang terbaik untuk anaknda?

Botol susu yoomi dianggap antara inovasi yg hebat di UK kerana mempunyai sistem pemanasan susu mudahalih (portable) yg hanya memanaskan susu apabili diminum sahaja. Kerana pemanas berada di dalam botol, dan hanya memanaskan susu ke suhu badan apabila susu melalui saluran pemanas, bayi akan mendapat susu ibu yg segar seakan-akan breastfeeding semulajadi.

Kami juga ibu bapa muda yang mahukan yang terbaik untuk anak pertama kami, seperti juga puan. Sebab itu kami berkongsi. Untuk maklumat lebih lanjut, puan boleh tengok di sini: http://cilixstore.weebly.com . Produk yoomi juga ada di sana dan kami boleh poskan secara percuma ke rumah puan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

Ayu Zan said...

Alhamdulillah. Dr blog intan ayu da belikan my newborn 27 days botol nuk ni. Alhamdulillah 1st try fresh EBM utk baby amani trus boleh terima. Tapi risau gak nnt dia xnak DF. Tapi nak xnak kena gak training botol sbb nnt ummi amani nk keje.hehe

nanashahril said...

Salam.. Bley sy tau kt mne beli botol yg ni? Slalu nmpk yg putih je

intanurulfateha said...

@nanashahril

kite beli kat guardian Muar. mane2 guardian pon ade rasenye

intanurulfateha said...

@Ayu Zan

alhamdulillah :D

intanurulfateha said...

@deQna

wah bagus leh share2 hehee

intanurulfateha said...

@intanurlemsha

idola ku kahkah cewah

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13