Friday, November 29, 2013

.bersalin normal atau caesarean?

.

Salam.


Phew. Seriau rasanya bila fikir pasal ni. HAHA. Aci tak? Ye lah. Rajin sangat dok google pengalaman orang lain bersalin. Dah jadik rasa takut. Maklum lah, first time. Hadoiii. Rasa nak pengsan. Asal fikir je nak pengsan. Asal fikir je rasa nak terberanak. HAHA. Ok tipu. (-,-)

Kite nanti insyaAllah bersalin dekat hospital kerajaan jer. Kite kan orang kerajaan. (ada unsur unsur politik tak? ehems :-P) Da ada kemudahan, guna aje la. Kewangan pon tak berapa nak mengizinkan nak bersalin kat swasta. *Sob sob sob*

Ok nak cerita ni! Kalau dekat Hospital Muar ni (Sekarang di kenali sebagai Hospital Pakar Sultanah Fatimah), kalau nak bersalin kat sini, kena booking dulu. Kena pergi klinik O&G (Obstetrik dan Ginekologi) atau dalam bahasa senangnya klinik ibu mengandung. Kui kui kui. Bila dah booking, nanti time nak bersalin senang sebab doang dah buatkan kad dan semuanya pasal masalah kesihatan kite pihak hospital dah tau. Tak de lah kelam kabut. Time nak teberanak tuh lah baru nak soal siasat memacam. Hihi.

Appointment kite pukul 9 pagi. Sampai hospital tuh dalam pukul 9.10 pagi camtu. Terus carik klinik tuh sebab tak pernah pergi. Ni lah first time. Ipang lagik lah tak tau sebab dia bukan orang sini. Bila dah jumpa, kena register dulu. Pastu nurse tuh cakap, kite kena panggil pukul 10 pagi kang. So, skang kena tunggu dulu. Phew. Tempat duduk penuh. Terpaksa berdiri. Ramai sangat ibu mengandung. Huhiiii. Tapi last last dapat gak duduk. Heee. 

Dalam pukul 10 lebih tu, nurse dah panggil nama kite. Kena timbang berat, check tekanan semua, pastu kena tunggu lagik untuk jumpa doktor. (-,-") Tunggu punya tunggu, Mama kite pun sampai klinik O & G. Hihii. Mama kite nurse.  Memang suruh Mama datang pun sebab kalau doktor tanya kite apape and kite tak tau nak jawap, Mama boleh back up.

So, dia boleh cakap dekat kawan dia supaya cepatkan sikit no giliran kite sebab banyak tempat kite nak kena pergi sebab banyak sangat masalah kite neh. Seb baik dapat jumpa doktor cepat. Kompem orang lain bengang dengan kite. :-D Dalam bilik doktor tuh pun dekat sejam lebih. Macam macam kena check. Ye lah, orang banyak penyakit. (T__T) Ipang kejap kejap sms kite, tanya dah siap ke belum, dah siap ke belum. SABO LAH WOI! Ggrrrr!!

FYI, kaki kiri kite ni tak kuat sangat. Jalan pun dengkot dengkot. (T__T) Dari kecik macam ni. Pastu anggota belah kiri agak lemah. Tangan dengan kaki sekali. Wuu. Masa kite kecik kecik, cuma refer hospital je la dan pergi berurut. Tak operate, tak ape.  Lepas tuh, masa kite lepas SPM, kite nak amek lesen motor. Kite memang larat bawak motor, cuma orang tengok kite macam tak larat. So, untuk mengelakkan kite kena amek lesen motor OKU, orang JPJ tuh nasihatkan supaya pergi refer bahagian orthopedic kat hospital dan dapatkan surat pengesahan yang kite boleh bawak motor macam orang normal. Yey! 

So, kite pun pergi lah hospital. (cheh, macam flashback pulak hihii) Masa tuh dalam tahun 2004. Kite selamat di-operate-kan dekat bahagian tendon kaki kiri kite. Tendon straighten tak silap nama proses tu iaitu proses untuk memanjangkan bahagian tendon (urat keting) kaki kite. Walaupun tak boleh nak jalan macam orang normal, tapi at least better than before. :') Waaaaaaaaa sadis pulak cerita ni. Nanges jugak ni kang. Hukhuk. 

Lama jugak pakai simen kaki ni. Tapi zaman tuh tak ade henpon lagik. Tak de la nak instagram macam skang ni. Haha. Merasa lah pakai tongkat, pakai wheelchair. Phew. (~,~) 

Ok. Tamat cerita flashback. 
Sambung adegan dekat klinik O & G tadik balik ek. 
Heeeeeeee. :'D

Masa doktor tu check, memula dia scan dulu. Dia cakap perut kite kecik. Pehhhhhhhhhh! Kecik apebende! Dah naik 10 kg ok!!!!!! Dah rasa macam kingkong dah ni. Bayangkan lah, dulu berat kite 38 kg, skang dah 48.8kg. (T__T) Tapi bila nengok baby, dia cakap berat baby kite 1.8kg. Its normal. Yey! Uri dekat atas, kepala baby dekat bawah, air ketuban pun ok. So far, semuanya ok. Hihi. Lepas tuh dia check kaki, check tangan kite. Nak tengok kekuatan kite. Doktor cakap, kite mungkin boleh bersalin normal, tapi dia tetap risau kalau kalau kite tak kuat. Ye lah, nak bersalin kena guna kekuatan kaki. Kite neh kaki tak kuat. Adoiyai. So, dia buat surat untuk refer kes kite ke bahagian orthopedic.

Lepas tu, tadik dah pergi bahagian orthopedic. Nasib baik Mama ikut sekali. So, senang lah nak cakap. Kite neh tak reti sikit nak cakap, nak explain. Kang berair kang mata ni. Cepat sangat masuk habuk. (~,~) So, kite kena pergi bahagian ortho lagi sekali untuk fully check up kaki pada 16 Disember. Dan pergi balik klinik O & G untuk bagitau keputusan bahagian ortho pada 27 Disember, pukul 10 pagi.. Dua kali ok kena pergi hospital.

Tu belum kira pergi check kat KK 2 minggu sekali. Huu. 10 Disember nanti kena pegi KK, nak kena inject kancing gigi. Yang kali ni, inject kali kedua. Kalau nak bersalin anak pertama, kancing gigi kena inject 2x. Huaaaaaaaa sakit lagik lah tangan kite. Yang kena injection ni cuma dengan nurse jer. Lepas tuh pergi KK lagik sekali 1 Januari nanti untuk scan terakhir dan check air ketuban. 

Banyak kali ek nak kena jumpa doktor. Pening kepala. Nasib baik lah Ipang kerja sendirik. So, dia ada la masa nak melayan kite, hantar kite pergi klinik dan hospital. Dia pun dah tak bagi kite drive sendirik. Huu. 

So kesimpulan dari karangan di atas ialah, kite pun tak tau kite boleh bersalin normal atau kena czer. Orang cakap, kalau boleh normal, cuba lah untuk normal. Tapi orang tak tau keadaan dan masalah kite. So, tunggu lah keputusan dari bahagian orthopedic 16 disember nanti. Kalau terpaksa czer, pasrah je lah labuuuuu. Janji mommy & baby selamattttttttttt. Ye dak? Hihi.

#32weeks and 3days
#53days to go ! ;)
WISH ME LUCK ! ^_^



Berkenan sangat dengan spiral toys ni. 
NAK BELI !
^______^

7 comments

deQna said...

kita pun nk bersalin normal dlu....tgu punya tgu tp bby xmau kuar...bby kuar msa dh 40 minggu 10 hari...sehari suntuk tgu nk jugak bersalin normal...last-2 dctr xmau bg msa dh...czer jugak akhirnya...tp alhamduliullah semua slmat...normal ke czer ke, yg penting mama n baby selamat... =)

intanurulfateha said...

@deQna

a'ah, betul tu. yg penting sumenye slamat :)

ainnun.nadhirah said...

Bile bce entri k.intan, rase mcm nak bersalin bnyak sgt lahai procedurenyeee......

ainnun.nadhirah said...

Bnyaknye prosessssssss........ -_-

Cik Cammy Lia said...

proses ni jd byk sbb intan ad mslh..klo xde mslh..xde byk mcm ni ainnun.. :-)

xpe intan siap sedia dri segi fizikal dan mental yer..

asha hana said...

hana tak ada pengalaman. tapi pernah tengok orang lain bersalin depan mata secara normal masa praktikal dulu. takut. hik2.

asha k said...

terjumpa blog ni sbb gugel pasal normal and czer.. this is my second child.. takut czer sbb currently 33 weeks and last checkup baby breach.. huu.. kite punye due lebih kurang he? mine 3rd feb.. hehe, btw salam kenal.. nice blog!

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13