Thursday, November 21, 2013

.audit penyusuan susu ibu

.

Salam.


Isnin lepas, kite terlibat dengan audit penyusuan susu ibu dekat Klinik Kesihatan yang kite selalu check up. Malas sebenarnya nak join tapi memandangkan Mama kite staff kat situ dan kite pun di paksa untuk join, so, pasrah aje lah. (-.-")

Patutnya kena sampai klinik pukul 8 pagi tapi gila malas nak mandi. Sehari sebelum audit tuh, kite dok study apa yang patut. Semuanya tentang penyusuan susu ibu. Kite gerak pergi klniik dalam pukul 8.30 pagi. Ingat tak de siapa datang lagik. Sebab Mama cakap, patient yang kena audit semuanya 10 orang. Semuanya ibu mengandung. :-D Japgi kite orang yang ke-sepuluh datang. Huahuahua.

Bila sampai klinik je, mula la sakit perut, kecut perut sebab cuak nak kena soal siasat dengan pegawai yang handle audit tuh. Pegawai tu bukan staff klinik, tapi di import dari luar. Lepas orang yang ke-sembilan masuk dalam bilik, kite dah makin cuak.

Mama yang snap gambar ni. 
Time ni kite dok belek henpon. 
Pastu Mama panggil. 
Tu yang sengih lebih tuh. HAHA.

Pastu dalam pukul 10 camtu, turn kite pulak. Kena soal dalam lebih kurang 20 soalan. Nasib baik dah study dengan Mama. So, dapat jawap soalan dengan cemerlang. Cewah. :-P

Contoh soalan yang diberi..

1) Apakah penyusuan ibu secara eksklusif?
-- Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud memberi susu ibu SAHAJA dan tidak makanan atau minuman lain KECUALI ubat-ubatan dan vitamin yang diberi atas nasihat doktor.

2) Apakah kebaikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi?
-- Mengandungi antibodi untuk bayi
-- Susu ibu mudah dihadam
-- Melindungi bayi dari cirit birit, alahan dan jangkitan saluran pernafasan
-- Menggalakkan perkembangan dan kecergasan otak bayi

3) Apakah kebaikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada ibu?
-- Mengurangkan pendarahan selepas bersalin
-- Mengecutkan rahim dengan lebih cepat
-- Membantu mengembalikan bentuk badan yang asal dan mengurangkan berat badan
-- Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
-- Membantu menjarakkan kehamilan apabila diamalkan selama 6 bulan secara eksklusif
-- Memupuk kasih sayang antara ibu dan bayi
-- Mudah serta menjimatkan masa dan wang

4) Terangkan posisi dan pelekapan yang betul semasa menyusukan bayi. 
[kena buat demo dengan patung bayi palsu (-,-) ]
-- Badan bayi mengahadap ibu, rapat, perut bertemu perut, mulut terbuka luas, dagu bayi menyentuh payudara ibu, bayi menghisap bahagian areola, bagi menghisap perlahan, mendalam dan dengar bunyi menelan susu.

Ai dapat hadiah uols dari doktor. Hihi.

Banyak lagik soalan tapi malas nak taip. Jawapan semua ada dalam pamplet panduan penyusuan susu ibu yang korang boleh dapat secara percuma dari klinik kerajaan time korang check up. Study jer sendirik. Kalau tak faham, boleh refer nurse atau doktor. 

Ok tu jer nak share. Baiii. ^__^

#31weeks and 2 days
#61days to go ;-)

** Spray air oksigen out of stock. Sejak update kat belog, ramai sangat yang nak beli. Hihi. Maceh. Nanti dah ada stock baru, kite inform okey ^^,

5 comments

DYatie said...

Untungla dapat hadiah dari doc.. hihi..

Cik Cammy Lia said...

adiah ape tu?

CikPuanIsteri said...

Nape kita xde kne audit dulu ekk??

MAY said...

Wow..hihi.bestla..ari tu dpt crmh je masa pregy.

Fatimah Bt Tony said...

perkongsian yang sangat menarik. pengambilan supplemen semasa hamil atau semasa menyusu sangat penting, bagi memastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi yang lengkap.

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13