Wednesday, October 30, 2013

.kos bersalin di hospital kerajaan

.

Salam.


Isk. Puas kite dok faham-kan artikel yang kite jumpa dekat satu blog neh. Tapi tak faham faham. Achaner tu? HAHA. Untung laaaaaaa sesiapa yang kerja government atau husband dia kerja government. FREE !!! Free kalau ada Guarantee Letter (GL). Waaaaaaa... Bestnyeee...

Memang teringin nak bersalin dekat hospital swasta. Dengar review dari kawan kawan, ibu ibu bersalin ni lebih di jaga rapi. Al-maklumlah, di bayar kan.. Tapi bila fikir yang bakal-mommy-penganggur-sejati ni tak berapa ada duit sangat dan kesakitan yang bakal di alami adalah sama, pasrah jer lah bersalin dekat hospital kerajaan. Heeee. 

Ok! Bila kite dok survey survey harga, bersalin normal dan czer sangat berbeza yer puan puan harganya. Kite cerita untuk mereka mereka yang tak ada GL seperti shaye. (T__T)

CAJ RAWATAN ACCOUCHMEN DAN BERSALIN
Warganegara Malaysia
Kelas
Pembedahan
Caesarean         
Bersalin Forcep    
Bersalin Breech      
   Bersalin Biasa   
RMRMRMRM
Kelas 1 800.00400.00400.00300.00
Kelas 2400.00200.00200.00150.00
Kelas 3100.0050.0050.0010.00

Cagaran Masuk Wad Hospital


CAGARAN MASUK KE WAD HOSPITAL
Warga Tempatan
KelasPerubatanPembedahanBersalin & Sakit Puan
RMRMRM
Kelas 1700.001100.00800.00
Kelas 2200.00400.00350.00
Kelas 320.0030.0015.00

Tuan/puan di wad akan dimaklumkan melalui Surat Tambahan Cagaran dari masa kesemasa sekiranya didapati bil hospital melebihi cagaran.
Sekiranya tuan/puan gagal menjelaskan amaun seperti yang dinyatakan dalam tempoh 24 jam, maka tindakan pindah wad ke kelas 3 akan dilakukan. 
Sila simpan resit ASAL bayaran wang cagaran supaya anda dapat menuntut baki caj yang dikenakan semasa keluar wad nanti.

Catatan
Bagi memudahkan proses bayaran balik cagaran [refund] kepada pesakit, RESIT ASAL hendaklah dikemukakan dan PENAMA DI ATAS RESIT SAHAJA yang boleh menuntut balik bagi cagaran tersebut. Sekiranya PENAMA tidak dapat hadir, surat wakil, salinan kad pengenalan penama bersama RESIT ASAL hendaklah dikemukakan semasa tuntutan dibuat.

Bayaran Harian

KelasWarga TempatanWarga Asing
Kakitangan & Pesara
Kerajaan
RMRMRM
Kelas 1
1 Katil
2 Katil
4 Katil

80.00
60.00
40.00

160.00
115.00
80.00
Percuma
Kelas 220.0060.00Percuma
Kelas 33.0040.00Percuma

 Kakitangan kerajaan/pesara diwajibkan membawa Surat Jabatan/Salinan Kad Pesara.

PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
Skim perkhidmatan ini menawarkan kemudahan seperti berikut:
Kelebihan untuk memlilih pakar
Laluan giliran khas untuk mendapat rawatan
Menikmati beberapa keistimewaan sebagai pesakit dalam

CARA MENDAPATKAN RAWATAN
Pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP dan seterusnya berdaftar sebagai pesakit dalam [memasuki wad].
Sekiranya anda dimasukan ke dalam wad anda akan dikenakan bayaran seperti berikut :
Caj wad
Caj pembedahan/ujian makmal/radiologi
Caj Ubat
Admission kit (opsyenal)


BAYARAN CAJ WAD

Kelas

Kadar Sehari
[RM]

Eksekutif

300.00

1 Katil
2 katil
4 katil

160.00
130.00
80.00

KATIL JAGAAN INTENSIF/ KRITIKAL
Butiran

Kadar Sehari
[RM]

Katil jagaan rawatan harian
70.00

Katil jagaan intensif
(maksima 14 hari)
400.00

Katil jagaan koronari ([maksima 
14 hari)

400.00

Katil jagaan intensif neonatal
(maksima 14 hari)

200.00

Katil HDW (maksima 14 hari)

160.00

LAIN-LAIN CAJ
Butiran
Kadar Sehari[RM]
Dewan pembedahan sejam/sebahagian daripadanya
250.00
Bilik Bersalin
250.00

DEPOSIT
Pesakit akan dikenakan deposit mengikut kadar yang ditetapkan.
Minima RM3,000.00 atau 50% daripada anggaran keseluruhan caj rawatan yang mana lebih tinggi
Bagi pesakit yang membawa surat jaminan [GL] dari syarikat swasta yang berdaftar dengan KKM deposit tidak dikenakan

TAMBAHAN DEPOSIT
Deposit akan disemak setiap hari untuk memastikan bakinya tidak kurang daripada RM 1,000.00. Apabila berbaki RM1,000.00 Surat Peringatan untuk penambahan deposit akan dikeluarkan kepada pesakit atau waris dari masa ke semasa. Tambahan perlu dibuat dalam masa 24 jam dari tarikh pesakit menerima Surat Peringatan tersebut.
Pesakit boleh menarik diri dari meneruskan Skim PPBP ini dengan menandatangani borang yang sedia ada bagi tujuan tersebut dan menjelaskan bayaran tertunggak.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah ini :
Tunai
Kad Kredit
Bank Deraf

Huwaaaa korang paham tak? HAHA. Ai iz pening. Banyak sangat charge-nya. Ok. Jom scroll balik ke atas. Dan baca sama-sama dan pening sama-sama jugak. Hihihi. Oh yer. Kite amek info ni dari BLOG INI. Terima kasih untuk informasi yang bagus ini yer. ;-) 

KALAU TAK FAHAM, JANGAN TANYA KITE. Sebab kite pun tak fahammmmmmmmm. Huwaaaaaaaa pening pening. Haha.

Amacam? Korang nak bersalin kat mana dan dengan cara ape? Ok. Kite dah pening. (>_<) Kesemuanya menakutkan. Huehue. Ok. Selamat study informasi di atas. (^__^)

Anak buah-buahan shaye.
(^__^)


22 comments

Cik Cammy Lia said...

kalo ad wet lebih, better g swasta..skt mmg sm je cume maybe nanti cara layanan mgkin lebih bagus.maksudnya cara jahitan ke ape ke.bkn kate gov x bgus...depends pd doc kalo kat gov ni..kalo time dpt yg bgs, beruntung la..kalo yg jenis, men ikut sdp jahit je..mendpt ler nanti huhu..

intanurulfateha said...

@Cik Cammy Lia

aaaa takutttt... >_< dlu cammy brsalin hospital mane ye?

Booty Martinez said...

ok je intan kerajaan....tak semua hosp kerajaan layanan dia teruk. so far mentaliti masyarakat yang nak dilayan macam raja tu yg rasa itu tak kena ini tak kena. as long as kita sihat, takde sakit dek kerana perbuatan nurse2 tu dah kria ok.

kdg swasta pun ada jgk yg teruk wlaupun byr mahal. depends. yang penting ikut kemampuan. rasa mampu nk byr lebih, gi swasta..rasa mampu utk ke kerajaan je, pergi jela. bersalin mana2 pun boleh asalkan kita dan bby selamat. InsyaAllah, sama2 berdoa pada Allah agar dipermudahkan.

good luck intan.

second baby ni, norfa nak bersalin di Hospital Ampang. :)

intanurulfateha said...

@Booty Martinez

kwn kite ade yg keje kat hospital ampang. dia juru xray kt sane? bile nopa due? kite dulu kn? :D

kite hospital gov je mampu kot :)

Gieyana said...

X per Intan..ikut kemampuan..yg penting dont stress urself..akak psl tkut g kerajaan although dpt free GL guna hubby pon but opt for swasta..tu pon menabung gk..service mmg diff psl kt swasta drg percepatkn proses utk bsalin but kt kerajaan tggu bukaan 6cm br tolak msuk labor room. Neway take care k..;)

intanurulfateha said...

@Gieyana

tu la pasal. nanti kite nak diskas balik dgn husband. :D

Azi said...

dulu sy nk sgt bersalin swasta sbb kerajaan xleh budak nak jengok. tp sbb sy ada masalah diorang refer jugak kat spital kerajaan. Bagi sy spital kerajaan bagus. Semua kes diorang boleh handle xmacam swasta. nak duit je tahu

Dayang_Amy said...

ok je bsalin gomen..tp klu 1st baby dan rasa2 diri mudah blur dgn pengalaman baru ni better swasta la..senang ada org jaga..

mcm saya, sib beik besalin swasta utk baby 1st ni sebab sumpah sy blur pas branak nk kene buat ape..nk baring cemana..nk gi toilet pe semua tu. hahahha sib beik mak bole teman 24jam dlm wad.pas ni dh de pengalaman leh la consider tuk besali kt gomen.

mas azura said...

salam perkenalan..
sy tiga2 ank bersalin kt swasta.. rase lg senang kot..mcm cpt je proses besalinye.. ade kekwn yg g gov. kena tggu berejam2 dan ade gak yg ber ari2 utk besalin.. pastu pas besalin ade nursery yg bleh tgk2 kn baby.. kite bleh rehat je.. pape pn sakit sama je kn gov @ swasta.. cuma kalau swasta kite releks sket la ade nurse2 yg dtg bantu kalau ade pape yg kite nk.. dan yg penting hubby ngan ank2 yg lain bleh bermlm sesama kat wad.. hehe...

husna zahidi said...

no stress ye kak intan.. chill!! belasah je mana sempat..hehehe..

mysha said...

Salam kenal yer intan..

Saya dulu bersalin di Az Zaharah.. Alhamdulillah semuanya ok dan kos pun berpatutan.. cubala survey yer

Pokok pangkalnya memana pun takpe janji baby ngan maknyer sihat

Nia said...

Salam ziarah, perkongsian yang sangat berguna, thank you dear.

Tahniah kerana menunggu kelahiran cahaya mata pertama. Harap semuanya selamat ya. Dah amal surah Yusuf dan Maryam ke dear? Kalau dah amal, alhamdulillah, kalau belum, masih belum terlambat ni :)

INuR~AFiR said...

HOspital Muar terbaik, layanan istimewa...
aku tak nyesal balik jauh2 nak bersalin kat muar :)

hee tak payah nak swasta2, dah ler dapat dok wad first class..mmg mantop!

hanis aleeya aka gadis sepi said...

@intanurulfateha
Rasanya certain case kalau buka 4-5cm pun dh boleh masuk labour room. sbb mak nis dlu masuk labour room 4cm. contraction kuat kot ataupun sbb big baby. xtau la.

tp mak nis recommend kat nis kalau nk bersalin balik sarawak. dia kata layanan sana the best. baby xdduk bilik baby melainkan ada masalah dan takda kes dibagi susu botol. Kat perak ada 2 orang adik lahir, hospital swasta & kerajaan, dua2 bagi susu botol. mmg mak mengamuk.

Tp nk balik sana bajet tu la yg pening. Lagi nak kena tambah seribu pulak tambang flight XD

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sis intan, sheila confius baca. banyak sangat cas nya.. adehhhh ~~~

Mashitah Mamat said...

wahh bagus info ni..sy staff gomen, mmg tak penah ambik tahu kos2 ni sebab FREE ..alhamdulillah.....

memang la FREE, tapiiiiiiiiiiii.....serikkkk kot kene selok melok dek doc lelaki....fobia dah...

alhamdulillah, anak ke2, sy sedaya upaya g hospital swasta , doc pompuan...sy pilih annur kat bangi...alhamdulillah, servis bagus...melayang la RM2k (normal delivery)...hihihihihi..tak pa la, asalkan bukan doc lelaki....huwaaarrr..

btw, nak jemput semua join giveaway..my 1st giveaway...hadiah lumayan gak la (KOTT..hhehehe) RM 750..sy cri 9 pemenang bertuah..jemput lah singgah...

http://www.vitaminhouz.com/2014/11/giveaway-best-buat-mama-bayi.html

suhaila Johar said...

kalau ke kerajaan hrp2 dpt doc perempuan..tu je..

Siti Fatimah said...

salam kenal semua..sy prnah brsalin hosp gov,klo mommies xnk doc laki cuba request nes yg de post basic labour room?sy dh buat mcm tu..pd thn 2009.next bby sy brhrp sgt xkn dpt nes gov d labour room yg mcm hampeh.sbb sy trus akn discaj dan pegi hospital lain.hihi..berani krna benar.sbb bl patient discaj wad,surat komplen yg kita isi sblm kua tu akn d isu kan kpd seluruh staff wad yg bkrja smsa sy d warded.wallahuallam...

Ummu Nurkhayla said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips bersalin mudah.

Syafiera Yamin said...

Dulu pernah bersalin gov layanan okay je. Nurse ramai ada yang ok ada yang tak ok. Doktor lelaki and doktor perempuan yang seluk and sambut baby.

yana cat said...

GL sy hanya sah untu kelas 2. Cama mana ye sy nak masuk kelas 1? bayaran pula macam mana? Ada potongan ke?

elgess70@gmail.com said...

Assalamualaikum, Cuma nak berkongsi sedikit pengetahuan. Tangapan kita rakyat Malaysia siapa yang kerja kerajaan tu free adalah tidak benar.Surat GL atau Guarantee Latter tu adalah pengesahan Majikan atau ketua jabatan memperakui atau mengesahkan ward apa yang sesuai dgn gaji kita.Didalam surat itu juga manyatakan 'kebenaran memotong gaji' pemegang atau pun tanggungan empunya GL tadi.Segala bayaran masuk ward tidak akan dibayar serta merta oleh pemilik GL dalam erti kata lain Hutang dulu. GL itu juga lebi senang dalam
bahasa melayu Jaminan Berhutang dahulu dah pencen bayar.Tidak ada yg percuma sebenarnya.Bila pencen segala bayaran2 tadi akan di potong dari Grade Duty ataupun KWSP kita bila dah pencen..

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13