Tuesday, October 8, 2013

.jom teka, baby boy ker baby girl ?

.

Salam.


Kemain susah nak beli barang baby bila tak tau gender lagik. Sekarang dah masuk 25 weeks. Ada lebih kurang 15 weeks lagik. Huehuee. Last month, masa scan time monthly check dekat klinik gomen, doc scan dia cakap, baby kite nampak macam baby girl. Tapi gambar tuh sangat lah tidak jelas. (-.-") Sekarang bila beli barang, suka hati je nak warna apa. Warna warni. Biru, merah, pink, hijau. Semua ada. :-P

Member member suggest suruh buat 4D scan. Kite dah survey harga dekat satu Maternity Clinic dekat area Muar neh. Doang cakap, dalam RM120-200. (-.-) Mahalnyeeeee. RM200 tuh macam macam barang baby boleh beli. *nanges* Tapi teringin sangat nak buat 4D scan tuh. Tsk.

Kite suka baca post dekat satu page dekat facebook neh. Alaa..pasal Ibu dan Baby lah. Kehkeh. Ni link page dia. Banyak lah boleh belajar dekat page tuh. Kalau ade post yang menarik, mesti baca kuat kuat, kasik Ipang dengar sekali. :-P

Antara post yang kite suka baca adalah....

LELAKI ATAU PEREMPUAN ??? JOM TEKA!

TANDA BAYI LELAKI
*Tidak mengalami "morning sickness" yang teruk pada awal kehamilan.
*Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit.
*Rasakan beban berat pada bahagian depan tubuh.
*Perut kelihatan bulat sempurna.
*Bahagian aerola(daerah hitam sekitar puting)akan menjadi gelap.
*Bentuk perut condong ke arah bawah.
*SUka makanan yang masam dan masin.
*Suka makan daging dan keju.
*Tapak kaki selalu sejuk.
*Tangan selalu kekeringan.
*Suka menghadap wajah ke utara semasa tidur.
*Bukan hanya anda, suami juga bertambah berat badanya.
*Kelihatan lebih berseri ketika hamil.
*Hidung tampak lebih mekar.
*Selalu sakit kepala.

TANDA BAYI PEREMPUAN.
*Mengalami "morning Sickness" di awal kehamilan.
*Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung.
*Payudara kiri lebih besar berbanding kanan.
*Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya.
*Bentuk perut condong ke arah atas.
*Perut tampak agak lonjong.
*Menghidam makanan yang manis.
*Sukakan buah-buahan.
*Suka minum air atau jus yang bersifat masam.
*Lebih cerewet semasa hamil.
*Mudah "moody" berbanding sebelumnya.
*Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil.
*Tidak suka makan roti bersama kulitnya.
*Payudara kelihatan mengembang.
*Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur.
-
-
-
-
Heeee. Bila nengok tanda tanda yang dekat atas neh, kebanyakkannya tanda kat kite ada dekat bayi lelaki. TAPI doktor scan ari tuh nampak pompuan. Pastu jumpa sedara mara dan kengkawan pun cakap lelaki. Haish. Mana satu ntah yang betul. Tak sabar betul nak tau walaupun tak kisah sebenarnya perempuan ke lelaki. Hihihi. (^_^)
Girl or Boy? :')

Ok. Nanti kite tulis lagik ek. Tatataaaaaaaaaaa~

5 comments

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

huhu jap! nak teka nak teka.. huhu entah la, tak pandai nak teka kak.. apa2 pun shakira doakan akak sihat sejahtera bersama baby tercinta :)

amin..

AZLIN said...

hehe..kita sama weeks la. saya lagi senang, tak scan gender sebab nak suprise. so baju baby mcm2 warna ada..

Cik Cammy Lia said...

cube tunjukkan pic perut awk..kite xreti sgt..tp kalo perut muncung ke depan tu boy.kalo jenis leper, then penuh tepi tu org kate girl :-)

husna zahidi said...

husna cakap laki!! =D

take care.;)

Unknown said...

gugel.mengugel terjumpe belog awak...org muar rupenye...hihi
sama la kite..cuma kg saya ujung muar...sempadan segamat..now stay at puchong..hihi
tahniah mom to be!.
jz nk bgtau..kawan sy ckp kt kluang ade klinik maternity yg buat scan 4D juz RM80 je..x pasti nama nye ape...

btw selamat mengandung~hihi...best tau jd pregnant mommy..sbb kte je rasa bestnye ade satu lg nadi yg berdenyut dalam bdan kte...

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13