Monday, August 26, 2013

.cikgu suka tido, hari hari cikgu tido

.

Salam.


Hai korang. Hari ni nak cerita pasal kerja kite ! Heee. Lepas je habis praktikal dulu (Dec 2012), kite terus kerja dekat kempeni yang sama. Konon-konon, bosan duduk rumah sementara nak tunggu hari konvo. Senang lah pergi kerja sebab Abah dah belikan keta & takde lah nak harap Abah atau Hasben hantar pergi kerja.

Gaji. Hmm. Bila cakap pasal gaji, gaji yang diperoleh kat kampeni tu tak de lah setaraf dengan qualification yang kite ade. Kalau nak cakap, gaji degree, memang tak dapat lah sebab kite belum konvo. Konvo bulan Mei. (Cerita ketika itu.) Tapi kite dah ada diploma. Gaji diploma pun tak dapat. Sadis betul. (T__T) Tapi bila fikir balik, tempat kerja dekat dengan rumah, pasrah je lah. Dari duduk kat rumah, mengadap pesbuk aje. Huehue.

Kite bertahan kerja dekat situ sampai bulan 4 jer. Sebab environment dia yang tak best. Kalau gaji sikit tapi environment kerja seronok takpe. Ni semua pergerakan terbatas. Hmm malas lah nak cerita. Bos pun tak best. BIAS. Sangat perkauman. Huh! Tak mo ingat kenangan lalu. Kehkeh.

Lepas berhenti kerja dekat kampeni-yang-tak-best-tu, kite dapat offer jadik Guru KGSK. Alhamdulillah, rezeki anak. :') Ok. Part ni best sebab kite memang suka jadik cikgu. Hihi. KGSK tuh maksudnya Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan. Guru KGSK ni sebenarnya diambil untuk replace tempat cikgu cikgu yang cuti sama ada cuti bersalin atau cuti sakit. 

Biasanya kontrak Guru KGSK cuma dalam 2-3 bulan jer. Gaji pulak dibayar berdasarkan jumlah hari bekerja. (Gaji harian). 

Bayaran Gaji adalah mengikut kelayakan SIJIL AKADEMIK TERTINGGI dan hanya dibayar mengikut jumlah hari bekerja (waktu persekolahan sahaja) :
1. SPM sebanyak RM54.00 sehari.
2. STPM/DIPLOMA sebanyak RM72.00 sehari.
3. Ijazah sebanyak RM100.00 sehari.
4. Pesara bukan Siswazah sebanyak RM110.00
5. Pesara Siswazah sebanyak RM100.00
Harus diingatkan kelayakan akademik tertinggi adalah jika calon telah mempunyai sijil seperti di atas, transkrip akademik atau slip keputusan tidak dikira (berdasarkan Keputusan mesyuarat bagi lantikan guru ganti di Negeri Johor)

Alhamdulillah, kite dapat jadi guru KGSK selepas graduate. So, secara automatiknya, kite dapat gaji sebanyak RM100 sehari. Ok lah kan. Dari tak dapat pape duduk kat rumah. (-.-")

Gaji akan di bayar selepas habis sebulan bekerja. Tapi takde lah 30hb terus dapat gaji. Tak sama macam orang government yang lain. Kerani sekolah biasanya akan hantar details pasal gaji kite ke PPD pada 1hb bulan berikutnya dan pihak PPD yang akan uruskan. Kalau PPD lambat, lambat lah dapat gaji. (T__T) Tak pe la lambat. Asalkan dapat. :'D

Sesiapa yang berminat nak jadi guru KGSK boleh register keahlian dekat website ni.  Tapi, untuk makluman semua, pendaftaran cuma untuk NEGERI JOHOR sahaja yer. Negeri lain. kite tak sure macam mana. mungkin korang boleh rujuk PPD masing masing. (Pejabat Pendidikan Daerah). Jangan tanya kite pasal negeri lain. Kite TAK TAU. Ramai yang register dekat website E-KGSK Negeri Johor ni. Terpulang pada pihak PPD untuk pilih sesiapa yang layak. ;)

Oh ye. Bila jadik Guru KGSK ni, kite tak boleh pilih subjek untuk mengajar. Biasanya guru besar yang akan tentukan. Sekolah sekarang, kite kene ajar Matematik, Bahasa Malaysia dan Kajian Tempatan. 3 buah sekolah lama, kite kena ajar Bahasa Inggeris dan Pendidikan Sivik. So bila balik rumah, memang kena study bebetul lah. Kite bukan sekadar ajar sekolah rendah, kalau PPD suruh ajar sekolah menengah, kena lah terima. Kite pernah ajar English untuk Form 4 & 5. Huahuahua. Tak power pun English, tapi kena lah mengadap jugak. Dah nama pun tugas. Eceh. :-P

Masa Sambutan Hari Raya SK Parit No 5.

So far, memang best jadik cikgu. Untung sesiapa yang jadik cikgu tuh. Kerja yang mulia. Kite dah pernah mengajar 4 buah sekolah sejak kite habes diploma. Nak apply KPLI atau DPLI, tak de bukak pulak. :'( Kalau Guru JQAF, tak layak lah pulak. (T__T) Hasben kite cakap, nanti kontrak habes, rehat jer dekat rumah. Kalau ada rezeki nak sambung kontrak, sambung lah. ;') Abah pun cakap cenggitu.

Tak pe lah. 
Mungkin ada rezeki kite untuk jadik cikgu tetap satu hari nanti. :') 

Happy working ^_^

8 comments

Miss Nabilasy said...

macam best je kak. kite nak try lah lepas stpm ni. sementara tunggu result keluar. boleh ke? hehe

intanurulfateha said...

@Miss Nabilasy

hehehe try lah ^_^
kalau smntara nk tunggu result stpm kuar, dpt gaji spm lah ;D ok lettew. rm54 sehari ;D

Pojiepooh Abdullah said...

Ohhh thanks for sharing
Pojie pun memang suka mengajar, nak sangat jadi cikgu or lecturer tapi tu la KPLI dan DPLI natang kriteria apa dia nak tak lepas2, sentap..
Walhal pernah jek jadi cikgu sandaran, jadi cikgu tuisyen bagai.. Sobs..
Kalau ada lagi pasal ni mohon share ek :)

.::WaNiE::. said...

hehehe ye cikgu.

moga ada rezeki terus jadi cikgu

mesti best !

sYiRa LoKMaN said...

jom join segmen ni ! ^_^ http://syiralokman.blogspot.com/2013/08/segmen-merdekaraya-by-syira-lokman.html

cikserai said...

best je bila tengok orang lain dapat jadi cikgu.. tapi kita tak apply pon. bukan sebab tak suka mengajar, tapi tak minat. hehe buat sesuatu mesti kena ada minat. kalau tak, ke laut la budak-budak tu nanti. lagi kesian kan? :)

dadak92 said...

Salam.. Sy NK tnya..sy skng dh ad dgrrr..sy mohon guru ganti..dh DPT strt Kerja mnggu dpn...y sy pelik..sy dh ad sijil diploma..tp knp pihak sana ckp gaji sy sehari 54..knp x ikot gaji dip yup?

intanurulfateha said...

@dadak92

bayaran ikut kelulusan tu depends on PPD. baru2 ni saya pon dapat jadi guru ganti lagik tapi PPD takde budget. so PIBG yang bayar. mereka mampu bayar RM40 je sehari. tapi bagi kelonggaran pada saya, datang sekolah waktu kelas jer.

degree rm100 sehari. (PPD bayar)
degree rm40 (PIBG bayar)

saya grab jer sebab memang minat jadi cikgu :) awak boleh confirm kan semula dgn kerani sekolah. tanya dia, ni PPD atau PIBG bayar.

dan lagik satu, kalau belom konvo diploma, memang dia akan bagi gaji SPM jer. macam saya dulu, saya konvo bulan 5, tawaran cikgu ganti bulan 2. so memang dapat gaji SPM jer lah huhu

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13