Sunday, October 28, 2012

.senarai semak bagi bakal pengantin

.
8 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Ewah. Kemaen sekarang ni nak hapdet pasal kengkawen sajeeeeeeeeee. :-P Ngeee. Ok. Bagi kengkawan yang bace belog kite dari zaman kite muda muda dulu. Dari kecik, sampai masih kecik. :-P Dari kurang cerah, sampai cerah lah jugak. :-D Dan dari kurus kering, sampai lah sedikit berisi.

Sebelum kite nak ceta pasal senarai semak bagi bakal pengantin, kite nak tunjuk gambar perubahan demi perubahan, dulu tak pakai tudung. Malas ah nak tepek. :-D

Gile macam kekanak.

Gambar neh masa raya puasa hari tuh. Apesal ntah muka tak matang gile pork. (>__<) Tapi kan, lepas tunang aje, otomatik kite rase muke kite macam macik macik. :-P

Ewah.
Muka macam Mama kite laaaaaaaa. :-D

Tak de lah sama sangat.
Mama kite lagik cantek kot.
(>____<)

Time neh beberapa hari selepas bertunang.
Masa nak jumpa advisor dekat UiTM KBM. 
Mintak tolong bakal suami hantarkan.
(^______________^)

Ni gambar latest.
Masa raya haji baru baru neh. 
:-D

Ok dah membebel pasal gambar. (-.-") Out of topic plak. Ektuali, kite nak ceta pasal senarai semak bagi bakal pengantin macam kite. Uhuk! :-D Tadik, kite dok nengok folder folder dekat dalam PC kite neh. Pastu terjumpa senarai semak kaweng tuh. Kite pun tak ingat kat mana kite donlod. Mahap ye kepada tuan punya notes neh. Kalau terbaca entri ni, tinggal komen dekat ruangan komen ye. Nanti kite bagi credit dekat awak. :-)

Kite dah lama carik senarai semak kaweng ni, cuma tak de masa nak nengok. Err..sebenarnya malas nak nengok. :-P Bila baca balik senarai semak tuh, ok, baru macam paham sikit ape yang nak di buat dalam masa beberapa bulan sebelum kaweng. (Yeayyy ! :-D)

Eh kejap. Macam skema je cakap Senarai Semak. Cakap CHECK LIST sudehhhh :-P Ok, jom kite semak ! Kite ada lebey kurang 152 hari lagik bersamaan beberapa bulan lagik-kira-lah-sendirik untuk ke majlis indah itu.. Ngeee. :-D


LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan: 

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. Done ! Hihi.
 • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut. Sudah bincang jugak... Ngeee.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.) Buat dekat rumah aje. 
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. Boleh katekan tetiap ari kite dok gugel segala bagai. 
 • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya) Dah booking dah bridal dan baju baju semua. Yeay!
 • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. I'm stick with SalinaBridal, MUA time kite tunang hari tuh. :-)
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. Memang kiteorang sekarang tengah house hunting. InsyaAllah, soon will get that house. Aminn~
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. Kursus kawen dah selamat pergi dah hari tuh. :-D

Bagi pengantin lelaki: 
• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. Tak de pape perubahan, insyaAllah.


LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. Dah pergi dahhhh. Bestttt !
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. Belum tempah lagik. Yang ni Abah yang akan tempahkan.
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. Still hunting for OP n OV. Maybe amek OP n OV time tunang hari tuh tapi nak tunggu hasilnya. Doang cakap, tak lama lagik siap ! :-)
• Membeli cincin kahwin. Kite tak mintak cincin, tapi mintak gelang untuk batal air smayang. Sebab cincin dah banyak. (Dah ada cincin risik n tunang. Tak mo lah cincin agik.)
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan. Rewang aje. Kami orang kampung. (>__<)
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput Belum senaraikan pong. Hukhuk.
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ. Macam nak kugiran. Burink ah karoke :-P
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut. Ok. Will do ! :-)
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain. Baru plan, tapi tak decide lagik nak pergi mana.


 TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan

• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. Baru survey. Nextmonth baru tempah.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya. Ai buat kat rumah aje. Nanti kene kompemkan dengan vendor kanopi.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Kena buat HIV test.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut. 

Bagi pengantin lelaki
• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki. 

Bagi pengantin perempuan
• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. 
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. 


DUA BULAN SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. 
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. 
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. 


TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
•  Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. 
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. Bagi pengantin perempuan: 
• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti). 


TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran. 
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. 
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. 
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. 
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. 
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki
• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan. 

Bagi pengantin perempuan
• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki) 


PADA HARI PERNIKAHAN: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul. 

Bagi pengantin lelaki
• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda. 
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai. 
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan. 
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain. 


PADA HARI PERKAHWINAN: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki
• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan 
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung 

Bagi pengantin perempuan
• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda. 


 TIGA HARI SELEPAS perkahwinan
• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

Ok done ! Ehem.. Korang nebes tak? :-D Gila banyak benda ek nak buat. Aiyooo~~ Tu yang malas nak nengok check list. Macam banyak benda aje kena buat. Biase pompuan je suka benda details cenggini. Lelaki buat dunno aje. :-P (Harap Si Tunang tak bace entry neh.) Tapi memang betul. Lelaki neh, bila majlis dah nak dekat, baru nak gelabah. I speak based on my experience. Macam masa nak tunang hari tuh, seminggu before tunang, baru Super K (lama tak guna ganti nama ni) gelabah. Kite awal awal lagik dah gelabah. Kikikiki. :-D

Merenung masa depan.

(Sempat ke nak buat semua neh?)
(T____________T)

Semoga berjumpa lagi di laen entri.
Daaaaaaaa ~

Tuesday, October 23, 2012

.percutian ke melaka wonderland ! Yeeeeha !

.
15 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Percutian ke melaka wonderland? Percutian ke? Haha. Excuse my ayat yang tunggang tebalik. (-.-") Ok. Ektuali, Hari Ahad lepas, kite satu family pergi ke Melaka Wonderland. Yeay! Adik kite dapat tiket pree. Yer, di ulangi. Tiket pree ! Hik.

Dia dapat semilan keping. Pastu, semua family kite pergi. TERMASUK lah bakal family. Ehem ! :-P Cuma ahkak kite aje yang tak pergi sebab dia kan duduk kat Penang. Tuh lah, sape soh dok jauh sangat. :-P

Kiteorang gerak pukul 11 pagi dari rumah. Dari rumah 2 keta. Keta Adik dengan keta Mama. Pastu singgah mahkamah sebab Abah ade kerja kat sana. Abah bawak keta kite. So, pick up Abah, then tuka kereta then gerak ke Melaka dengan 3 kereta. Konvoi. Eleh, kemaen! Macam nak pergi jauh sangat. Kuikui.

Sampai Melaka Wonderland tak ingat pulak pukul berapa. (-.-") Pukul berapa ntah sebab banyak sangat destinasi yang singgah. Huh!

Kami gerak duluuuuuuu~ :-P

Kiteorang pergi berlapan. Yang tukang snap pic neh, adik kite yang kecit. Yang baju itam tuh gelpreng adik kite. Yang sebelah beliau tu tunang kite. Aik, kenapa tunang kite dok jauh dari kite. Gggr!

Chacha ni susah nak senyum.
Tapi sekali dah senyum, alahai comeyynyeee.

SEBIJIK MACAM ANGAH DIA.
Keh keh keh.

Jarang sangat dapat nengok dia bebetul senyum depan camera.
Selalunya dia akan buat muka.
(-.-")

Ntah amenda kite bebel kat die mase neh. 
Kakakakaka.

Sambung jalan lagik.

WOI, PANDANG MANE TUH !!
:-p

Eh lupe nak cakap.

Sebelum masuk MW, makang mekdi dulu dalam keta. Ingat nak bawak mekdi masuk MW, tapi tak boleh pulak. (-.-") So, simpan tenaga bebanyak untuk kegunaan kejap lagik. :-P
  
Tak sabar nak mandi ! 
(^________^) 

Sabar aje lah layan kerenah tunang mu ini. :-P 

HAHA. 

Mandi dekat kawasan cetek aje. Sebab konon nak jage Chacha padahal sendirik penakut. (-.-') Ektuali banyak je game yang best. Rugi kalau beli tiket RM30 tapi tak maen semua game. Tapi dah dasar pentakut. Tiket mahal mana pun, ai pedulik ape. :-D

Alahai gembiranya Chacha.

Belakang Chacha tuh ada Abang Ipan. Ektuali, dia masuk dalam gelongsor neh sekali, kengkonon nak jage Chacha. Tanak Chacha stuck kat dalam. Sekali dia yang stuck. HAHA. Nampak sangat gemok. :-P

Alahai.... Sayangnyeee...

Ektuali kiteorang memang plan nak buat Chacha happy. Sebab lately neh, Chacha macam sedey sebab isu anak angkat. :'( Tatau lah siapa yang mulut tetttttt dekat sekolah dia. Balik rumah, Chacha cakap dia anak angkat pastu nanges. (T__T)

Time neh ajak Chacha balik, dia tak mo.
Huuuu.

Game ni agak menakutkan.

Memang tak lah kite nak maen ! (T__T) Ifan dok maen game neh dengan adik kite. Kemaen seronok doang. Hihihi.

Sebelum balikkk.

Abah kite tak mandi pun. Dia dok jage beg. Hihii. Maceh Abah. (^__^)

Kite cuma bawak satu tudung aje.
(-.-")

Ingat time mandi nak freehair, tapi tapi tapi.... Kalau kite belum tunang tak pe lagi yunk. Ni kite dah tunang. Abang tanak kau tak pakai tudung. Bla bla bla. Ok fine. Pakai je tudung. Pastu seboleh boleh kite nak mandi tanak basah tudung, tapi anasir jahat seperti tunang sendirik yang tarik pelampung yang kite tengah naek pastu letak kite kat tempat air banyak. Sumpah susa nak napas. Dem betul. Kalau lemas cemane woi !!!

Ngeeee.
My beloved parent. <3

:-*

Ok. Sekian saje entry shaye. Nanti ada masa, kite hapdet lagik ek.! :-) Babaiiiiiiiiiiiiiii !!!

Friday, October 19, 2012

.shawl half moon santek !! dan baju baju yang santek, skirt santek. ah, sume santek lah! :-P

.
3 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Hai korang. Hari ni kite nak share dengan korang satu belog-shop best jual baju baju pompuan. Ngeee. Sebagai seorang gadis yang bekerjaya (ehem! padahal praktikal aje :-P), mesti lah kite tak berapa nak banyak masa untuk pergi sopping dekat luar sane tuh. Balik kerja pengsan, asal pengsan je, balik kerja. (-_-!)

So, haruslah shopping online. Klik klik klik, buat payment, zup, terus baju sampai ke depan pintu rumah. Hihi. 

Santek tak shawl half moon ni.

Skang dah jadik trend orang pakai shawl neh sebagai veil time kaweng. Biase harga shawl neh RM85 tapi sempena raya haji neh, belog-shop neh jual RM80 aje. So, beli dua dapat lah RM160! Murah kan kan kannnnnnn! Belikan mak satu, kakak satu, adik satu pastu belikan kite satu. Macehh.. :-P

Boleh nengok half moon laen kat SINI

Tudung ni pun cantik. 
Syria ape tah name die. :-P

Boleh nengok warna laen dekat SINI.

Ok fine. Baju ni santek.

Inspired from Zara. Nak beli baju Zara, tak berapa nak mampu. Maklum lah, keje takde gaji. Hukhuk. So, baju ala-ala Zara pun jadik lah. Ok ape RM38. Murah tau! :-D

Santek kannn...

Alaaa ni lawa !
Nak nak nak!

Ni pun lawa.
(-.-")

Boleh pakai dengan inner atau jacket bagi yang bertudung ;-)

Alaaaa nak ni jugak.

Kite suke baju ni.
Nakkkkkk.
(T__T)

Sumpah murah. Average RM 30 - RM35 aje harga dia. Huehue. Skang neh, ramai orang carik baju style gini. Kalau tak silap, nama baju cenggini, PEPLUM. Fazura pakai. Scha Al-Yahya pakai. Baju ni memang kosong, tapi kalau korang kreatif, boleh tambah beads sesket. Dah jimat belanja. Kalau yang dah siap beads tuh semua, makan ratus kot. Ok, baju ni dah masuk dalam list kite ! Yeay ! :-D Baju neh 

Skirt pong ada jual jugak. Material dia best. Sejuk. Tak panas. Pastu tebal.So, takde lah nampak seksi dan jarang. Sesuai lah untuk wanita muslimah. :-)

Patern skirt. 

Plain skirt.

So, pe lagik. Jom sopping dekat SINI. Boleh LIKE dekat FB fanpage doang dekat SINI. So, senang lah nak nengok baju, skirt, tudung, shawls dan barangan terbaru dari doang. 

Stylish yet affordable clothing.

Selamat membeli belahh !!!!
(^__________^)


Thursday, October 18, 2012

.rambang mate pilih kad kaweng !

.
8 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Yuhuuuuuuuuuuu~ Di malam yang sunyi sepi ini, tetiba mood nak hapdet belog pula. Hihihi. Tadi sesambil ajar Chacha buat homework die, dok gugel lah kad kaweng. Dari satu pesbuk ke satu pesbuk, dari satu belog ke satu belog.

Ada yang murah tapi buruk. Sesuai lah dengan harga yang murah. :-P Ada jugak yang mahal tapi tak cantik. Dan ada jugak yang murah dan cantik. (di mata kite) Yeay! Save setiap gambar pastu semangat pegy mms dekat Super Tunang atau bakal suami kite. Ehem !

MMS yang pertama telah selamat kite hantar...

RESPON SUPER TUNANG
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Pilih yang cantik cantik lah yunk. 
Hukhuk. Asek katun je."

Zzzzzzzzzzzz ! Dia tak cakap tak cantik. Dia tak cakap buruk. TAPI DARI AYAT DIA TUH KITE TAU DIA NAK CAKAP YANG KAD KITE PILIH TUH TAK CANTIKKK !!!!!!!!!!!!!!

Pastu kite jawap ah, Katun tu kiut. Huwaaaa. Pastu dia jawap plak, Hmm..amek je lah kalau dah berkenan. 

Hm nampak sangat dia tak berkenan. Ok, rejected kad yang itu. (T__T) Telupa pulak, dah meningkat dewasa, tak leh guna kad katun katun sangat. (-.-")

Penat jer dok mms. Pastu send lagik mms. Gambar itu, gambar ini. Siap mms gambar banner dan bunting. Sumpah santek. Rasa nak tempah sekarang aje. Pesen tak menyabo Dak Intang neh. Keh keh. Sebab dia buat promo sampai bulan neh je. Pastu dah tak dapat harga murah dah. Ikutkan, majlis kite insyaAllah on March, so kalau tempah kad bulan 12, should be nice lah. Kalau tempah sekarang macam awal sangat. Tapi just nak dapatkan harga murah tuh. Dalam 35-25 sen untuk full colour. Sangat murah kan ! Haishh.. =______='

Ok sambung pasal Super Tunang. Pastu last last dia sms kite, dia cakap, 

"Apa kata Sayang pilih je semua. Abang datang nanti, kite pilih sesama. Bijak kan Sayang kau ni yunk. Hang lah henpon Abang.."

Haha. Hang terus henpong dia ! Zzzzzzzz. Nampak sangat banyak mms yang kite kasik. Sabtu ni dia datang rumah. Yeay ! Harap harap dia setuju lah pilihan kite. Selalu nya dia setuju aje. Tatau lah apesal ni nak banyak songel plak. Aritu masa pergi bridal, baju pape kite pilih, dia on aje. Gggr. :-P

Super Tunang kate, kad kahwin tak perlu memahal. Duit boleh bawak ke tempat laen. Mama pun cakap cenggitu. So, bajet kad kaweng kite sekeping 35sen ke bawah :-P Buat memahal, nanti orang buang jugak. Ye dak? Bukannye orang frame ke ape. Pastu rasanya kena tempah 2k sebab aritu akak kite tempah 1.5k pun tak cukup. Abah siap fotostat lagik kasik kawan kawan dia yang chinese & indian. Kawan Mama Abah raaaaaaamai. Sedara mara lagik. Kawan kawan kite pong ramai. Bukan semua boleh terima kad tag kat pesbuk. (-.-")

So, Abah cakap, time kite kawen, kena tempah banyak sikit. (-.-") Sebab tuh kena carik kad 35sen ke bawah. Adoiyai ! (T__T)

Ok bai ! Tu saje nak ceghita..
:-)

Wednesday, October 10, 2012

.kebizian apakah ini?

.
4 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa yang super busy ! Sumpah langsung tak dapat nak jenguk belog, update belog. Dan jugak tak dapat nak siapkan biz edit belog. Ada beberapa belog yang KIV. Harap maaf. InsyaAllah minggu ni kite akan siapkan semuanya. Hukhuk. 

Ok. Mari bermula dengan sehari sebelum Hari Jumaat. Masa hari khamis lepas, kite punya lah sakit kepala. Kite ni jenis, kalau di beri kerja kat tempat kerja, kite suka pulun siapkan cepat cepat. Pikir sampai sakit kepala. Padahal tak de lah payah sangat. Kena kira OT hours aje untuk foreign tapi cara pengiraan dia complicated sket. Dia guna manual, bukan guna excel so ada sikit pening. Ok tipu. Sumpah pening gila. kite siap mintak Exec nak balik awal tapi dia tak kasik ! Kite cakap kite pening kepala. Mungkin dia ingat kite memaen sebab kite ada gelak gelak. Dah tuh, takkan kat opis nak nanges. (-.-")

Balik rumah terus tidur. Tu pun kira bersyukur sangat boleh drive sampai rumah. Risau tak boleh drive aje. Sep baek awal awal lagik kite dah call Mama, cakap suruh amekkan ubat saket kepala dekat klinik. Untung lah Mama nurse. :-P

Malam tuh memang tak larat. Hari Jumaat terus MC. Memula ingat tanak MC sebab sabtu tuh kite dah register untuk pergi kursus kawen. Memang awal awal lagik dah register. Tapi mana lah nak tau kite akan kena saket kepala gila pork. (-.-") Low blood pressure I guess. Kite memang selalu sakit kepala cenggini. Hukhuk. Hari Jumaat tuh memang rehat je lah kat rumah the whole day.

Then Sabtu & Ahad kena pergi kursus kaweng. Pergi dengan tunang tersayang. Mesti lah saket kepala otomatik hilang. Tehee. Tapi seyes weh, masa khamis and jumaat tuh memang saket gila pork. Tuhan aje yang tau. Tapi bila jumpa Si Ipang tuh, otomatik saket ilang. Kompem kompem lah dia cakap kite ngengade. Tak guna betul. Kite memang saket betul lah woi ! (T__T)

Kursus kaweng best. Hihihi. Ada jugak penceramah yang boring. Tapi redha aje lah. Banyak info dan ilmu yang kiteorang dapat. Pas pergi kursus, baru tau nak buat apa untuk ke step yang seterusnya. Ektuali, Ifan kena bawak gambar pasport siap kene berbaju melayu dan songkok. Tapi dia mesti lah takde gambar cenggitu. Sep baek dapat excuse, leh kasik gambar passport time hari Ahad.

Ektuali, pas abes kursus hari sabtu tuh, kiteorang pergi makan pastu terus balik. Pas maghrib baru teringat tak amek lagik gambar. (-.-") Terpaksa keluar balik, pergi kedai gambar. Zzzzzzzzz ! Padahal mata dah rabak gila, ngantuk weh !

Tadaaaaaaaa.
Gambar passport kami.

Ektuali, gambar neh nak kena tampal dekat sijil kursus. Sesiapa yang tak kasik gambar bersongkok (bagi lelaki), sijil dia di tahan dekat pejabat kadi. Selagi tak bagi gambar, selagi tuh tak dapat sijil. huhuhu. 

Kemaen hepi dah dapat sijil.
Hihihi.

Ektuali, baju yang kite pakai tuh, semua orang cakap baju macam nak nikah. (-.-") Padahal tuh baju masa kite jadik pengapit akak kite kot. Siap dah terbakar kena iron panas lagik. Hahaha. Tempat terbakar di rahsiakan oke. :-P Ifan pulak pinjam baju melayu adik kite. Ektuali, dia ada baju kaler cream yang sama, cuma dia tinggalkan baju tuh kat kampung. Dia datang rumah kite, cuma bawak jeans, t-shirt dan kemeja aje. Nak pergi kursus kena pakai baju melayu. So, untuk dedua hari tuh, dia pinjam baju adik kite. Ifan pakai saiz M tapi adik kite paaki L. Belasah aje lah, dari tak de langsung. :-D

Gambar hari kedua.
Geli je Ifan buat rambut belah tepi. 
Hahaha.

Ok. Hari Isnin pulak, kite terima arahan dari tempat kite intern, kena wakil company untuk pergi taklimat minimum wages dekat Pejabat Buruh. Errr..kite memang boleh drive tapi pejabat buruh tuh luar kawasan kite selalu drive. So, kena mintak tolong encik ipang hantarkan. -___-'

Time taklimat kat Pejabat Buruh.

Hari Selasa pulak iaitu hari ini, kite kena pergi Seminar pasal OSH kat Kolej Komuniti Pagoh. Seminar neh anjuran Kementerian Sumber Manusia. Pun mintak tolong Ipang hantarkan. Dah lah keluar rumah awal gila. Kul 6.30 dah kuar. Sebab hari ni, Mama, Abah dan Chacha hantar adik lelaki kite yang bongsu intebiu keje gomen kat Melaka. Doang gerak awal, so, kiteorang pun kena kuar awal dari rumah. Huhuhu. 

Habes seminar pukul 5.30 petang cenggitu. Terus gerak balik rumah tapi sebelum tuh singgah makan Nasi Ayam Penyet dengan rasaksa tercinta. <3 Hihihi. Lepas maghrib, kite pergi Salina Bridal untuk fitting baju kaweng. Yeay ! Dah booking. Hihihi. Tapi gila lama kite dok test baju. Semua baju cantek. Semua nak. Rambang mata. Huhuhu. 

Ok. Sekian saja laporan kebizian saya setakat ini. Nanti kite pree, kite hapdet lagik ek. Kena tidur awal. Esok kerja ! Nanyte koranggggggggg ! 

 **Kalau nak beli SUSU ALPHA LIPID SDII, 
boleh contact kite dekat SINI yek ! :)

Tuesday, October 2, 2012

.02092012 people like this =)

.
9 Sweet and Lovely Comments!

Salam.


Alhamdulillah, after all that we have been through...

Syukur...

It is worth for me to keep waiting on you in this 3 years...
:')

*3 November 2009 - 2 September 2012*

You gave me happiness.
 A LOT !

And on that beautiful day..
2 September 2012..

We tied the knot.

And starting from that day...

I'm your fiancée !
Hihihi.

(^_~)v 

YEAYYYYYYYYY.....
FINALLY, YOU ARE MINE !!!!!!!!!

Not really mine.

Errr...half, maybe.
(-.-")

I love you so much koyang.. <3
My sweet rocky fiancé !


.
.
.
.
.
Thanks for everything.
Thanks for your love.
.
.
.
.

I'm blessed.
TRULY BLESSED !

*Wiken ni kite pegy kursus kaweng sesame yek! ;)*



Some photos are credited to The Artistic Photography
Can contact them for the Ngagement & wedding package.

Ehem, I'm still waiting for the other photos ! 
:-P


 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13