Tuesday, July 31, 2012

.segmen bersilat di dapur | cream puff berinti custard

.

Salam.


Punya la pemalas nak hapdet belog. Apa pun tak boleh. >__< Ok. Nak cerite. Kelmarin kan, kite buat cream puff. Weehuu~ First time buat terus jadik. Riak tak? :-P Ok, tak baek riak, berdosa.. =__= Kite tak riak, cuma nak share happiness jer. ^___^

Kawan kite, Lyd, ada kasik resepi cane nak buat cream puff tuh. Meh kite share dengan korang ekk. Nanti try tau. Senang jer... 

Cream puff recipe.
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur (100g)

Cara-cara
1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
2. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak keatasnya.
3. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter.
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
5. Tepung gandum di ayak
6. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
7. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
8. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
9. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
10. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
11. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
12. Pipe kan ke atas dulang
13. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
14. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakardalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum di keluarkan.
15. Sejukkan cream puff sebelum di masukkan cream custard.

Cream Custard
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - optional
sedikit pewarna kuning - optional

Cara-cara
1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
3. Masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
5. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
6. Masak sehingga pekat.
7. Setiap 1 minit lebih bawa keluardari microwave dan kacau.
8. Ulang sehingga pekat.
9. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
10. Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dengan api yang sederhana.
11. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.

Juri. :-P

Ikut jer arahan tuh, mesti jadik punye lah. Kalau tukang masak amateur macam kite neh boleh buat, korang pun mesti bolehhh punyeee. Ngeee. ^_^ Nak nengok resepi maen masak masak yang simple, boleh nengok dekat SINI

Kite : Yunk ! Creampuff kite jadik. Sedappp. Heee.
Dia : Nanti Abang datang sana, masakkan untuk Abang ek.
Kite : Oke! Hee. Kejap lagik, kite nak jahit manik kat baju pulak. Tengok, rajin kan kite? Masak pandai, menjahit pandai. Ape lagik yang ko nak yunk. :-P
Dia : Abang tanak apape. Abang nak Sayang jer. :-)
Kite : *blushing*

Selamat Mencuba ! 
(^__*)v

12 comments

~Eizny Ejan~ said...

cewahhh blush gitu
dlm haty *=) besar hehehe*

-atiQah- said...

bestnyaaa sis! nnti nak cuba buat. :)

Ana Farhana said...

OMG...intan jahit manik...hehehe..:P

intanurulfateha said...

@Ana Farhana

ehem ! ai da terer yu :p

intanurulfateha said...

@-atiQah-

try ler ;)

intanurulfateha said...

@~Eizny Ejan~

tau xpe ;p

nuruashia said...

walaweiii kak!!!
ehhehe..mmg betul dah abg ipan tu ckp..kawen laa cptttttttttttttttt ehehhe

Nur Syahirah Hainan said...

huhu......cm sedap je tgok..=)...saye plak wat coklat chip yg rangup...sedap...=)

cik chinta said...

yunk, katne nk beli peganggtung ada lmbg sailor kat side bar u nih? cute r.

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Owh cream puff! Cream puff! Nak nak! Hehe.

Dulu teringin sangat nak buat sebab tengok anime Jepun, kartun tu buat nampak macam best je.

ainraus said...

terernyaaaa intannn.
wuuuu. patut la ipan sayangggg! ;)

kema said...

sis...kema pn nk try buat gak cream puff neh..dh siap beli piping bag ngn nozzle dh lme..tp aura rajin tu xdtg2 plak... =.="

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13