Thursday, June 30, 2011

.spontaneous thursday #2

.
6 Sweet and Lovely Comments!

Doakan selamat pergi balik.
Kalau rajin, dekat Penang nanti I update belog.
Pinjam lappy kakak.
:)

Will miss all of you guyssss !
Daaaa. 

.spontaneous thursday #1

Esok pagi nak pergi Penang dengan family dan

A Family Vacation.
3 Days 2 Nights~
^.^

Wednesday, June 29, 2011

.siapa suka kucen??

.
9 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Dekat rumah I ada beribu ribu kucen. Siapa nak, meh datang sini. Keh keh keh. Ok tipu. Dekat rumah I ada banyak kucen. Betul, tak tipu. Ada 11 ekor. Tapi semua kucen kampung jer. Satu family I suke kucen. I pun suka kucen, cuma kucen tuh tak suka I. =______=" Ok tipu. I takut kucen sebenarnya. T___T

Jangan tanya kenapa sebab I pun tak tahu kenapa. Family I memang lah suka kucen sangat sangat. Kalau kucen tuh punya makanan habes, mesti beli punya lah. Nak makan makanan yang mahal mahal je. =.= Demand betul.

Cuma I dengan kakak I jer tak suka. Selalunya, yang selamatkan I dari kucen kucen adalah Super Chacha. Bila kucen dah start masuk bilik I, mesti lah I dah tak boleh nak kuarkan beliau. Naseb baek ada Super Chacha. Tapi dia jadikan kelemahan I takut kucen sebagai ugutan bila I marah dia. Dem punya budak kecit! Zzzzzzzzzz. Kecik kecik lagik dah pandai buli! 


Kesayangan I pun suka kucen. Hari tu kiteorang borak borak pasal perancangan masa depan. Keh keh keh. I tau dia memang penyayang. Dia suke sangat dekat kucen. Dia tanya I camni...

Sayang, kalau kita dah kawen nanti, boleh tak abang nak bela kucen dekat rumah kita?

Kah kah kah. Mesti lah I gelak gelak time tuh. I macam lawak dengan soalan dia. Masa dia tanya pun, slow talk je. Mebi sebab dia tau I memang kureng sikit suka kucen. I cakap dengan dia, Boleh kalau awak nak bela kucen tapi kalau dia bery ke apa, awak cuci. Keh keh keh.

Aritu dia ada cerita dekat I, kucen dekat rumah dia nak kena buang sebab kucen tu makan ayam. KUCEN MAKAN AYAM? Macam pelik kan? Bukan ayam goreng ok. Ayam hidup tuh. +___+ Dia cakap, ayam tu baru menetas, kucen tu nampak, lepas tuh kucen tu makan ayam. =.= Lepas tuh salah sorang ahli family dia di tugaskan untuk buang kucen tuh sebab kucen tu telah jadi Pembunuh! OMG!. Bila dia dapat tau, mesti lah dia macam marah kan.... Kesian kucen tuh. Satu family pulak tuh nak kena buang. Dia cakap, kalau nak buang pun, jangan depan dia or jangan sampai dia tau.

Tapi masa dia cerita dekat I tuh, memang lah I kesian. Cuma I rasa kelakar je sebab cara Super K neh cakap tuh macam sedih gila. Emosi semacam. Adoii pakwe aku neh kan.. Comel betul. Kah kah kahh.. Ok sorry Encik Pakwe. ^^,


Tapi sebenarnya kadang kadang teringin jugak lah nak pegang pegang kucen, nak main main dengan kucen tuh tapi buat masa neh, tak pe dulu lah. TAKOT! Errrr!

.we are not perfect couple contest

Salam.

Gila gedik I neh kan nak masuk contest ashamni. Ah, pedulik. Dah lama kot I tak memasukkan diri ke dalam contest sebegini rupa. Huhu.

Anjuran Belog Ini.

Dan syarat syarat contest ini adalah.....

Syarat 1 - 3 : Done. 
Mari tunaikan syarat ke-4 pulak.! :)

Ceritakan secara ringkas saat pertemuan pertama anda bersama si dia (pasangan).
Aigooo...rasanya dah seratus lima puluh sembilan juta lima puluh tiga kali dah I tulis pasal hal neh dalam entry entry yang lepas. Tapi memandangkan ini syarat contest, so, mari kita follow the rules ^.^

I kenal pakwe I neh (Super K) dah lama dah. 3 tahun lepas. Masa tuh I ada pakwe lain, dan I rasa dia pun ada makwe. Tapi I tak pernah tanya pulak. Kang dia cakap I kepoh. Heeeee. Dia neh kawan kepada kawan kakak I. So, kenal kenal macamtu je la. Dia add I dekat FB. I approve je lah. Masa tuh dia guna nama Irfan Kamari tapi sekarang FB tuh dah tak wujud sebab dia delete. Tak tahu lah kenapa.

Ok sambung cerita. I tak de lah eksaited sangat kenal dengan Super K neh. Sebab masa tuh kan I ada pakwe. Dia pun ada makwe (kot). Tak pernah pulak I tanya. Tapi ntah kenapa, tetiba I rasa kena delete dia dari senarai kawan I dekat FB sebab pakwe I time tuh macam jeles. Sayang pakwe punya pasal, I pun delete laaaa Super K neh.

First time kami jumpa dekat kenduri rumah kawan kakak I tuh. Masa tuh kiteorang still lagik kawan dekat FB cuma macam segan nak tegur each other. I nak sangat tegur dia. Tapi gila ke kalau I yang terhegeh hegeh nak tegur dia. I duduk dekat dapur rumah kawan kakak I tuh. Duduk dekat mama, kakak dan macik macik tetamu yang lain. Tetiba Super K masuk dapur, nak angkat hidangan dan letak dekat ruang tamu. I tanya kakak I, Mana satu Abang Irfan? Yang tuh ker? Akak I cakap, Haah.  Dalam hati cakap, Handsome jugak mamat neh. (gatalnya I time tuh. hihihi) Tapi sikit pun Super K tanak pandang I. Demmmm! =____="

Tapi yang bestnya, kami pakai baju sama kaler. Macam janji je. Hihihi.

I pakai kurung biru ni.

Dan dia baju melayu ni.

Kalau lah time tuh dia tegur I, mesti kiteorang dah snap gambar sama-sama. Hihihi. Masa nak balik dari kenduri tuh, I dengar kawan kawan kakak I cakap, Angah, ni lah Abang Irfan. Kecoh jugak lah time tuh. Doang dok bahan bahan I sebab maybe doang tahu yang Super K pun suka dekat I. Kahkah. (perasan nya kau ni Intan!) I dah malu sangat. Super K pun senyap je sebab dia tuh pemalu. I tak perasan lah dia tengok I ke tak tapi memang I tak pandang dia langsung. Malu lah woiiii! T__________T

I tak ingat bila I delete dia dari FB. Lepas I delete, dia pun senyap macam tu je. Mungkin dia kecik hati sebab I tiba tiba delete dia. I pun tatau yang dia dah delete account FB dia yang Irfan Kamari tuhh. Dalam bulan 11 tahun lepas, dia add I semula dekat FB. Tapi dia guna nama Dak Ipan. Dia buat FB baru dan dia add I semula. Tak sangka dia carik I. Heeee. Dan dekat bawah ni first wall post I dekat dia lepas dia add I tuh. :-)


Masa tuh I memang tengah serabut, sebab I baru break up dengan Ex-Bf I. I meroyan, menangis. Ramai jugak tenangkan I, tapi I tetap tak berubah. I lemah, I jatuh. Sebab selama ni memang I bergantung harap dekat Bf I tuh. Bila Super K datang nak berkawan semula dengan I, I tiba tiba datang semangat lain. Sebelum neh, ada jugak lelaki nak kawan dengan I lepas I break up tapi I macam tak de perasaan jer. =___=

I jarang dapat komen komen dengan Super K dekat FB sebab masa tuh dia tengah belayar. Ohh ye, untuk pengetahuan Penganjur Contest, Super K neh Seafarers. :) Kalau dia singgah mana mana port, dia akan call I. Dia yang PM no handphone dia dulu dekat I sebab dia cakap dia susah nak main FB bila atas kapal.

I ingat lagi. Dalam bulan 12 kot. I sedih sangat. I tatau nak cerita dekat siapa. I call Super K. Masa tuh dia dekat Indonesia. Nasib baik dia ada dekat port. Dapat lah call dia. Masa tuh cuti semester. I mana lah ada duit sangat. I topup RM10, dapat cakap 30 minit sebab buat international call. I call dia 3x. So, RM30 lahh. =.=' Dapat cakap sejam setengah je. Sebenarnya cakap kejap je. Yang lainnya, banyak nanges. Huhuhu.

Masa birthday I bulan 12 tahun lepas, dia wish seminggu awal sebab dia cakap takut kapal dia tengah laut, takut tak sempat wish. Dia siap nyanyi lagi lagu birthday, siap main gitar. Masa tuh memang hati I dah melting habes dah.. 

The best birthday gift I ever had.
:)

First date. I tak boleh lupa first date kiteorang. Dia datang secara mengejut ke Melaka. Malam tu kami makan dekat McD. I malu. Tak nak pandang dia langsung. Jantung I gugur banyak kali. Penat asyik nak kena kutip jer. Hihihi. Dia suka tenung tenung I. Ye lah, selama ni kami bercinta melalui FB, call, sms... Tetiba bila ada depan mata, tiba tiba jer I jadik beku. Keh keh keh.

Dan alhamdulillah, sekarang dah

Syukur.
Walaupun masih baru, I harap akan berkekalan.
Aminnnn....

Mohammad Noor Irfan
Intan Nurulfateha

Wanita dijadikan atas nama cinta. Kalau cari, mesti jumpa. Dan kamu sang pencinta, terima kasih kerana mencari saya semula. :') 

Cik Puan Penganjur, I dah penuhi semua syarat contest. Kalau tak menang pun tak pe, sebab ini adalah kenangan ketika bercinta. Boleh baca bila dah tua! Kikikiki. :-P #Kbai!

.#WW - Wordless Wednesday


.segmen bersilat di dapur | ikan masak kicap

Salam.

Tengahari tadi, mama tak sempat masak. Kebetulan memang mama puasa. So, takkan lah nak suruh mama masak kann.. Sebelum tuh mama dah pesan dekat I, suruh goreng ikan. So lepas mama pergi kerja, I pun pergi lah dapur. Goreng ikan yang mama suruh.

Tengah tengah goreng ikan, mama call lagik. Mama suruh ikan yang I goreng tu, masak kicap. =.=' OMG! To be honest, I memang kureng sikit pandai masak lauk pauk neh. Memang lah Ikan Masak Kicap tuh simple tapi kalau TAK RETI, memang lah TAK RETI. T_______T 

Tapi masa mama call tuh, mama cakap lah, potong bawang.. bla bla blaaa... Kalau mama tak bagitau cara nak masak pun, I sebenarnya boleh fikir secara logik. Tak pun gugel sudehhh. Hakhak. Tapi agak agak lah woii. Masak kicap pun takkan nak gugel. =___="  Memang senang je pun nak masak Ikan Masak Kicap. Tapi I neh lebih cenderung nak buat kek lah, kueh lah, puding lah. Bab bab lauk pauk neh macam.... Errr..tak pe lah. Mama je lah masak. Kikikiki. :-P

Tapi tadi mama dah suruh, I pun bersilat lah dekat dapur. Siap bersilap. Oh mennnnnn.. Hahaha. Memula malas ah nak cakap I masak apa. Nanti orang cakap, Ek elehhh...masak ikan masak kicap pun kecohhhhh! Kannnn....? Tapi adik I neh memang mangkok ayun tengkorak ayam. Suke nak kantoikan. Mencik tawwwww! Lepas I masak, adik I siap cakap, Angah, tanak amek gambar ke? Nanti boleh masuk dalam belog. Cilakak woii perli hakuuuuuuuuuuuuu! Zzzzzzzzzzzz! =.="

Klik lah kalau nak baca. 
Heeeeeeee.
(Adik I - Muhammad Adib bin Baharom)

Lepas tu, boleh pulak mama I tagged I dekat pesbuk. OMG. T__________T Lepas tuh, tetiba jer 2 mangkuk (adik adik I yang sengal) nak komen. Ada jer komen dia nak menganjing I. Dem ah.

 Klik sendiri.

Klik sendiri jugak.
Keh keh keh.

Tapi antara semua komen, I paling suka komen neh.

Ok bai.
(malu)

*Kena belajar masak lagik neh, kang mak mertua reject!*
Tapi ashane nak masak kalau adik I suka menganjing?
Hilang semangat =.="

Tuesday, June 28, 2011

.kau ingat comel ke beliak beliak mata macam tuh?!

.
22 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Perasan tak bebudak pompuan sekarang neh suka amek gambar, beliak beliak mata lepas tuh buat muncung itek. Kadang kadang nampak comel. Sebab budak tuh memang comel. Tapi kadang kadang, nampak macam ............ (please fill in the blank)

Pagi tadik lens yang I beli hari tuh dah sampai. So, apa lagik, cuba try test lah. Hihihi. Macam santek, tapi macam pelik. Sebab warna pink kan... =.= I bese pakai kaler hitam, grey dan coklat jer. Ini cobaan pertama pakai pink. Ngeeee... :-D Yang kaler grey tu malas nak bukak lagik. Sayang lah pulak. ^.^ I beli kaler pink pun sebab besties I, Rose yang suggestkan.. Heee.

Tak de besar lagik ke mata kau Intan?
Hak hak.

Mata dah terbeliak, cuma tak reti buat muncung je. 
Heeeeeee.

Dengan Chacha, model Angry Bird.
Mulut sebijik nak macam Angry Bird.
Kah kah...

Tadik pergi beli barang dekat Econsave.
Jumpa neh.... Special K!
(feeling macam Super K lah konon!)

Cekik budak kecit nehh!
Rawrrrr!

#Okbai.

Nak tayang contact lens baru jer sebenarnya.
^.^

.mari bercerita tentang contact lens

Salam.

Sejak dua tahun yang lepas, I belajar pakai contact lens. Ni semua sebab kawan baek I memang kaki contact lens. First lens yang I beli, kaler hitam. Size 16mm. So, bila pakai, ia akan menampakkan mata hitam tuh jadi lebih besar. Penat I carik gambar pakai lens tuh, tapi tak jumpa. Zzzzzzz. =.='

Lepas tu, bila rasa macam best, I beli lagik, kaler grey, size 16mm jugak. Mata nanti nampak lagik besar lah. Hihihi.. I suka kaler grey neh sebab, err ntah lah. Nampak santek kot. I tak rabun. So, I pakai contact lens neh sebab suka suka jer lah. Bila I pakai contact lens, mama I cakap "Tak sakit ker? Nanti rosak mata tau.." Heee..tapi as long as pandai jaga, ok lah kan.. I pun bukan nye hari hari pakai. Pakai time hari hari tertentu jer. Time nak dating kerrr..... Hihihi.

Ni gambar pakai lens kaler grey.
Apesal lah dahi I jendul sangat neh.
=.='

Ni pun sama, pakai kaler grey.
Santek kan.. Heeee~
(Pokus pada mata saja ye!)

Lepas rasa macam dah bosan je pakai lens kaler grey, I beli kaler coklat pulak. I beli lens baru sebab masa tuh kakak I yang nak. Sebab dia nak pakai time kawen. Last last dia tak jadik beli sebab dia takut nak pakai dan I pulak yang beli. Keh keh keh.

Ni I pakai kaler coklat time kakak I nikah.
Dah nampak macam mata kucen dah.
Huuuuu~

Ni I pakai kaler coklat jugak. 
I pakai time pergi event Earth Hour dengan encik boipren.
Hihihi.

Tapi kalau pakai lens dan tak jaga dengan elok, dia akan merosakkan mata kita. Hari tuh, masa I pergi Majlis Pertunangan salah sorang ahli The Gorgeous iaitu Hana Love Nest, tetiba lens I buat hal. Ker.. I sendiri yang buat hal. Sebab nak cepat kot. I pun tak perasan lens I tuh masuk habuk ke hape. Lepas tuh mesti lah mata I merah jer. Last last, dekat rumah Hana, I kena bukak lens tuh. Sep baik I ada bawak lens case dia. Kalau tak, buang camtuh je lah. Hihihi.

Tengok mata I, merah.
Tapi apesal mata Super K pun merah jugak.
Padahal dia tak pakai lens pun! 
Hiiiihihihi.

Dua hari lepas, I text Super K. I cakap nak beli lens baru. Nak pilih kaler ape ek? Pastu dia cakap, "Sayang ada duet tak? Kalau takde, nanti abang bagi." Mesti lah lepas tuh I mengamuk, I cakap, "ADE LAHHHHHHH!!!" Isk..tak suka tauu. Kalau I tade duet pun nak beli lens, I masih ada mak bapak yang boleh kasik I duet. Lepas tuh Super K cakap, "Nanti pakai depan abang tau. Mesti santek." Heeee... blushing! :-P

Dan sebenarnya, mesti lah time tuh I dah pow duet Mama.. Kehkehkeh. Dan dapat 2 contact lens dekat bawah neh. Hoyeah! Hoyeah!

Yang sebelah kiri tuh kaler Hanabi Pink.
Yang sebelah kanan tu kaler Ash Grey.

I beli dekat kawan I, Nini.
Murah jer dia jual.
^.^

Tapi Mama I cakap, tak pakai lens pun, angah dah comel.
Keh keh keh.
(gambar atas neh tak pakai lens)

Well, orang comel, pakai ape pun comel.
#Kbai, nak muntah dengan statement sendiri.
=.=

Monday, June 27, 2011

.from a seafarer, to a motivator

.
10 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Belog I dah jadik macam belog gosip pulak sekarang neh sebab kes Ain Desperado tuh. Hik hik. So, mari kita tukar tune belog ke konsep asal iaitu comel, gedik dan manja. #EH YEKE? Keh keh keh. Cerita pasal boipren jom! Kikikiki. :-P

Hari neh nak cerita pasal pakwe I yang dulu adalah seorang pelaut dan kini telah menjadi seorang penceramah. Setiap malam I kena ceramah dekat telefon. Wajib oke. T__T Kalau tak dengar ceramah, kompem pagi esoknya akan pung pang pung pang bergaduh. =.=' I suka dengar dia ceramah walaupun I tak berapa nak ikut nasihat dia. Kalau I ikut, kang esok esok dia tak ceramah lagik. Tak best. Jadik tak trick I? :-P

Setiap kali dia habes kerja, dia akan call I dulu (punch card) dan macam biase, sesi soal siasat akan berlaku. Maka, berlakunya post mortem bagai. Dan soalan biasa yang I tanya, "Doang ada mintak nombor handphone sayang tak? Ada perempuan tak?" Errr..soalan berbaur jeles di situ. :-P Dan maka, I akan cakap, "Kalau doang mintak no handphone sayang, kasik no handphone kite! Kite kan P.A sayang." Gila jeles =.=' Mesti ah. Dia kerja hari hari jumpa orang. Bukan tanak percaya cuma sebagai langkah berjaga jaga. ^.^

neh tengah intebiu budak.

Dah macam adek badek dah I tengok doang neh.
Keh keh keh.
(Ampun Abang Is!)

Alamak, tak jelas pulak gambar Super K.

Tadaaaaaa...
Ntah apa lah yang pakwe I kelentong bebudak neh.
Huhuuuuu

But I'm so proud of you sayang... :')

Banyak lagik gambar laen. Tengok dekat SINI. Tak pun dekat SINI. Banyak sangat program dan aktiviti pakwe I neh sampai program dan aktiviti dengan I pun terbengkalai. Hukhuk. Tak pe lah. Demi sesuap nasi, I sanggup tunggu... :-) 

.ain si perempuan desperate #6 - email berbalas antara suami kak sue dan ain!




Susah sudah lah tu Nurul Ain
Kesian pulak dekat pompuan ashamni...
=.=

Entry ini atas permintaan Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar 
untuk peringatan semua.


No offence 
^.^

.agak agak ustazah bahyah dan suami kecik ati tak dengan lawak kumpulan sepah?


Manisnyaaa kurma ituuu..
Haaaaaaaaaaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Chayok Ustazah!
:)

.happy birthday sista!

Salam.

Hari neh birthday kakak I yang ke 27 tahun. Dah tua dah kakak I neh. Huhuhu. Dulu masa kecit kecit selalu gaduh. Dah besar neh pun gaduh jugak tapi tak de lah macam zaman kecit kecit dulu. Huhuhuu..

Sempat I tidur time snap gambar.
Kah kah.


Intan Nurlemsha VS Intan Nurulfateha

Kakak I dari kecit sampai besar,
macam tak besar besar.
Segitu je badan dia.

Errr..I time kecit kecit dulu temuk kan kan?
T____T

Hoyeahh! 
Kami dah membesar bagaikan juara!

Selamat Hari Jadi Along!
Semoga akan sentiasa menjadi isteri, kakak, 
anak dan bakal ibu yang baik!
:)

We love you too three four five.. INFINITY!
*hugss*

Sunday, June 26, 2011

.ain si perempuan desperate #5 - message dari kak-sue-bukan-nama-sebenar

.
10 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Terima kasih kepada pembaca blog intanurulfateha (dot) com

Terima kasih korang semua yang bagi komen dan pendapat. Akak sgt menghargainya, dan ada juga beberapa pembaca dan pengomen disitu yang sebenarnya pembaca dan pengomen blog akak jugak, mgkin kerana nama yang Intan gunakan maka Uolls tak perasan itu akak

Apa pun terima kasih jugak kepada yang sudi add akak kat FB, sebab mereka nak LIVE report tentang apa yg terjadi. (kalau cerita dunia realiti ni blh masuk rncgan cm AF tuh mesti akak menang) hahha.... (tawa dlm duka)

First, kita tak tahu apa yg En Ahmad dh janjikan kat si Ain nie masa dorg bercinta, mgkin jer lelaki ini menjanjikan yang wl apa pun yang terjadi dia akan terus menyayangi dan menyintai ain..Wallahualam. sebab itu maka Ain nie mendesak dan menuntut janji tersebut...mgkin aje mereka byk kenangan terindah -wallahualam, sehingga Ain nie jadi meracau histeria tahap gaban beranak 10 cm nie.....

Apa pun doa dari korg semua amat2 saya perlukan.... Itu kita dengar rintihan hati Ain, kita tak tahu jauh dlm sudut hati En Ahmad mcm mana, mgkin dia juga ada lagi menyimpan hati dn syg tuh kat Ain....- wallahualam, cuma doa adalah ubat dan penawar terbaik, Doa dlm sujud dan selepas salam dr korang amat2 sy hargai.........

Salam kasih syg dari kak-sue-bukan-nama-sebenar untuk kamu semua........

Sedih pulak I rasa... Hmmm... Kak Sue baca komen korang semua.. Dan dia pun sebenarnya seorang blogger. Mungkin korang kenal dan mungkin korang tak kenal.. I tak nak guna nama sebenar sebab benda neh kisah benar dan hal peribadi dia.. Dia yang suruh I kongsikan kisah ni dalam belog I dan mahu melihat pandangan orang luar pulak.

Apa-apa pun, Semoga Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar tabah. Doa orang yang teraniaya ni, Allah SWT makbulkan.. Akak, kite sayang akak! *hugsss*

.tak sangka....

Salam.

Macam dah lama tak cerita pasal Super K kan kan? EH YEKE? Hihihi. Pejam celik pejam celik, dah dekat setengah tahun I berkawan rapat dengan Super K. Alhamdulillah... Macam tak percaya jer. Dulu, dia sekadar kawan biasa biasa, tempat kongsi  masalah, sekadar abang yang sangat mengambil berat tentang I, tentang sakit I, tentang sedih I... Dia mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baekk..

Tak sangka kami akan berkawan dengan lebih rapat sampai tahap macamni.... Serius, I tak pernah termimpi langsung.. Dan sekarang, dia dah jadi sebahagian dari hidup I...

Kau ibarat udara. 
Kau tiada, aku mati.

Kiteorang berkawan semula dekat FB pada 25 November setelah 3 tahun tak contact. Tu pun sebab I buang dia dari senarai friend FB I. Gila kejam kan? Err maybe sebab I rasa I neh hot dan dia tuh menyemak. Keh keh keh. Ampun awakk.. Kite gurau jerrr.... =.=

Tapi tetiba I single, dan tetiba dia add I dan I approve. Macam tau tau jer I tengah lonely soldier boy.. =.='  Dari situ lah, kiteorang rapat semulaaa.... Dan bermula la segalanyaaaa... Masa tuh, dah tak de siapa siapa marah I nak kawan dengan dia. :-)

Ohh Abang Ipan yang lupa "daratan" :-P

I tulis macamtu sebab I tau dia belayar dan I cuma pernah jumpa dia sekali je time dia cuti dari belayar. Tahun 2009 kalau tak silap. I jumpa dia dekat kenduri seorang kenalan kiteorang. Masa tu, dia makan sebelah Abah I. Siap borak borak lagik. Macam tau tau je Abah I akan jadik abah mertua dia satu hari nanti. Huhuhu.

I cuma tengok dia dari jauh dan yang bestnyaaa, kiteorang pakai baju same warna! Hihihi. Dia pakai baju melayu warna biru dan I berbaju kurung biru. Memang sengih sorang sorang bila ingat balik peristiwa tuh. Dia pun suka nak perli perli I sebab I macam memalu nak tengok dia. Eleh, cakap orang, dia pun sama! Kah kah.

Dia cakap, dia carik carik jugak I. Dan I pun carik dia. I tanya kakak I, mama satu Abang Irfan. Akak I kenal dia sebab sebenarnya Super K neh kawan baik kepada kawan kakak I. Masa tuh, I duduk dekat dapur, dan dia tiba tiba dia masuk dapur, tolong angkat hidangan yang dah siap untuk di hidang pada tetamu. Konon konon rajin lettew! Dem. Sikit pun tak pandang I! Bajet kaww tuh hot sangat lah! Gggr!

Tapi tak pe, sekarang dia lah manusia paling suka pandang I walaupun I dah pesan banyak kali, jangan pandang lama lama, nanti I malu! Heeee.... Dan I harap, hubungan kiteorang akan kekal hingga ke akhir hayat. Aminn.

In the story of my life, the best chapters are filled with you.
:)

That the reason I love you is you...
Being you... Just you...  

Saturday, June 25, 2011

.ain si perempuan desperate #4 - print screen

.
34 Sweet and Lovely Comments!

NURUL AIN, 
YOU ARE SO JERK!

.tanjat boboi!

Salam.

Hoyeah! Hoyeahh! Tahniah kepada Kumpulan Sepah sebab dapat jadik Juara Maharaja Lawak. Seronok gila dapat tengok ML Live dekar Astro Warna tadik. Yang tak dapat tengok Live, cepat pergi tengok dekat youtube! Klik SINI pun bolehhh! :-)

Ektuali, I tak de lah ikut ML neh dari awal awal episod. Start cuti semester, I cakap dengan Mama, nak langgan Astro Warna. Busan lah duduk rumah. Then mama cakap boleh, tapi potong duit belanja semester depan. I cakap takpe. ML punya pasal! Hakhak.

Tapi masalahnya bila ML start je, bukan I sorang yang menghadap, tapi semuaaaaaaaa satu famili menghadap! Kahkah. So, sila kasik credit untuk I. Duit belanja semester depan, up lagiii! Hoyeahhh! :-P

Keputusan Penuh Maharaja Lawak:

  1. Sepah (RM 350 000 / 3 orang = RM 116 000)
  2. Jozan (RM 250 000 / 2 = RM 125 000)
  3. Nabil (RM 150 000 = sorang!)
  4. Jambu (RM50 000 / 2 = RM25 000)

Yang paling untung? Nabil lah! Dia kaut sorang! Huhuhu. Persembahan dia tadi biasa biasa je pada I. Mungkin sebab susah nak carik idea sebab dia peserta individu. Jambu pulak, I rasa makin lama makin merepek. Dulu macam best. Tapi sejak sejak nak final neh, dia macam kureng. Tauke oke tapi I tengok si Yus neh, macam kasar gila lawak dia. Sikit sikit nak sepak, nak tampar. Macam tak best je. =.=

 Untuk ML Final tadi, memang Sepah yang paling best. Selama neh I cuma minat Sepah dengan Jozan jer. Jozan best part Awan Nanooo tuu. Lepas tu episod yang ada TV besar tuh best. Cuma malam ni jer Jozan macam kurang sikit.

Sepah pulak, yang lawak part Jep belakon jadik ala ala ustazah Norbahyah. Memang sumpah lawak. Penat nak gelak. Yang episod hari tuh, dah lah jubah dia singkat. Tak boleh blah betul. Malam ni pun lawak jugak. Doang memang deserved jadik Maharaja Lawak... Heeee.

Tugasan Pertama Sepah.

Tugasan Kedua Sepah.


Tanjat Boboi. 
Keh keh keh.

Friday, June 24, 2011

.ain si perempuan desperate #3 - ain reply email itu!

.
32 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Masih lagi tentang Ain. Ye, memang betul sangkaan korang semua. Dia reply email Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar. =.='

Kak,kan Ain dah cakap, Ain cuba lupakan Abg, tapi x tahu knp Ain x boleh. Bukan Ain mahu jadi begini. Ain tahu Kak bahagia dgn abg. 3 tahun tu pun mcm-2 Ain dah lalui dengan Abg. Berapa kali kitaorg clash, pastu sambung balik. Dia merayu Ain jgn tinggalkan dia, tapi akhirnya dia yang tinggalkan Ain.

Bukan Niat Ain nak ganggu Abg, tapi x tau knp Ain asyik teringat dia sejak kebelakangan ni. Bila Ain cuba coupel dgn org lain, ain selalu teringat pd Abg.

Kalau Ain ditempat Kak Sue, Ain sanggup kongsi suami Ain, sebab Ain tahu Ain dah lukakan hati kekasihnya. Ain tahu Ain bersalah sebab tu Abg tinggalkan Ain, tapi Ain tak diberi kesempatan pun untuk jelaskan apa yang berlaku sebenarnya pada Abg.

Ain tak mahu apa-apa dari Kak lagi, cuma ain mahu abg fikir semula apa yang pernah Ain dengan dia lalui sejak sekolah lagi.

Kalau ada jodoh lagi Ain dgn Abg, Ain masih terima Abg, dan hormatkan dia mcm dulu. Syg dia mcm dulu. Ain sanggup berkongsi Kak. Maaf sebab berlaku jujur, tapi Ain x mahu tipu diri Ain lagi yang Ain memang masih sygkan Abg mcm dulu.

Terpulang kat kak nak fikir apa dan cakap apa tentang Ain.
Mangkuk hayun punya Ain. Nak tau apa Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar reply?

Siapa yang lukakan hati siapa.... saat saya menerima suami saya dalam hidup saya.... antara dia dah x ada apa2kan? awk dh ada jantan lain masa tuh kan? so?????? nak kata saya lukakan hati awk....

Ain selama ni saya cuba buat baik dgn awk, x mahu bermusuh dgn awk.... tapi????????????????????awk????? awk bertindak mengalahkan betina yang terdesak ank berlaki.... ke awak ni jenis kelapa dh ditebuk tupai..... terdesak sangat nak cari lelaki yang nak jadi pak sanggup, so awk cari suami saya???????????????????

Ain sy tak terhagak2 nak print semua nie dan bagi pada Ayah awk..... awk tentu tak mahu semua nie kecaoh mcm tuh kan????

bawak2 lah sedar diri tuh Ain.... dalam hidup lelaki dia bukan perlukan wanita muda dr dia, atau sekadar cantik.... dia juga perlukan isteri yang bijak..yang cerdik, yang tak memeningkan kepala dia!!! awk mampu????? saya dah ubah Ahmad 360 darjah dari yang awk tinggalkan......lepas tuh senang2 awk nak ambik apa yg saya ada??

kenapa masa dgn awk...awk tak ubah ikut apa yg awk mahu???????

pikir sendirilah ain...jgn jadi mcm ppuan x ada maruah!!!!

Kak-Sue Bukan-Nama-Sebenar akan pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga Ain Desperado ini.. Kita tunggu apa yang akan berlaku selepas ini. =.='

Pehh...dah macam telenovela dah I rasaaaa... Huhu. :-P

.ain si perempuan desperate #2 - email berbalas dari kak sue!

Salam.

Terima kasih atas feedback korang semua. Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar sangat sangat lah terharu. Yang tak tahu cerita, klik SINI ek. Selepas 3 email yang di beri oleh Ain Desperado ini, Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar tekad untuk membalas setelah berbincang dengan suami tersayang.... Ni email tersebut..... 

Waalaikummusalam.......

Saya menerima email ain. saya membaca dan cuba memahami.... tapi sampai sekarang saya tak faham. saya tak faham cm mana org mcm awk, yang nampak baik (nampak nyelah) tergamak meluah perasaan kat bekas kekasih yang dah jadi suami org... mcm perempaun yang x ada maruah pulak kan. mcm sgt terdesak.

Awk jadi kawin atau tidak itu urusan awk dan tak ada kena mengena dgn suami saya.... antara kamu berdua itu sejarah!!! saya dan dia..ITU HAKIKAT!!!! kami bahagia dgn apa yg kami ada hari ini.

saya tahu awk cuba menjaelmakan diri awak banyak kali dalam kehidupan saya...SANGAT BANYAK!!! dan awk berusaha keras untuk mendengar berita suami saya. kenapa??awk tak yakin yang kami sgt bahagia? itulah hakikatnya. Hati yang awk pernah hancurkan telah saya tampal, saya rawat lukanya, dan saya bahagiakan hati yang satu masa dulu mati kerana perangai awk..

Ain ... betul awk pilihan mertua saya, abah dan ma sgt syg awak, sebab kununnya awk baik, mulia, suci.... tak tercemar, muka pun nampak innocent jer, tapi hakikat bangkai dalam hati awk mereka tak tahu!!!! ppuan yang baik x kan terhegeh2 dgn lelaki yg dah lama menguburkan mereka jauh dlm lipatan sejarah..... Hakikatnya mak dan ayh mertua sy tak tahu awk masih menganggu kebahagiaan anak mereka!!!!....

Walaupun sy bukan pilihan mereka, dan mgkin mereka takkan syg dan terima saya seperti mereka syg dan terima awk.... hakikatnya...yang kongsi hidup dgn saya ialah suami sy, bukan keluarganya.

Suami sy ada menerima mail awk, tapi dia pun tak berminat nak balas, sebaliknya memberi saya membaca dan kemudian mengdeletnya nya......... itu x cukup ke menunjukkan pada awak, bahawa kehadiran awk tak diperlukan dalam hidup dia.....

awk kata hubungan awk dgn dia 3 tahun lebih...tapi dalam ms 3 tahun lebih itu berapa lama kamu berdua spend masa bersama?? berbanding saya dgn dia yang telah bersama selama 5 tahun, sebumbung...apa sahaja kami lakukan bersama, lagi byk kenangan kami cipta...lagi byk cinta kami yang berbunga.......

Apa yg membuatkan awk begitu yakin dia masih syg dan ingtkan awk? apa yg buat awk begitu yakin dia masih ada simpan ruang untuk awk? awk silap dan PERASAN sorg kalau beranggapan begitu.....

awk mintak saya duduk di tempat awk, tapi ada awk duduk ditempat saya sebagai seorg isteri dan suaminya masih di ganggu? awk ingt dgn cara awk buat ni boleh menyemarakkan lagi ingtan suami sy pada awk?? awk silap......... !!!! semakin awk dekat dgn kami, semakin kami bertaut rapat, semakin kami akrab, bukan saja sebagai suami isteri, malah kekasih juga sahabat, kerana kami berdua tak akn mengizinkan org mcm awk merosakkan cinta yang kami bina dgn penuh kepayahan...

Apa jer yg suami sy dah korbankan untuk awk, dan awk dah korbankan untuk dia??? berbanding kami telah berkorban terlalu byk benda berdua.... saya tidak mahu berkasar dgn awk ain....

saya menghormati awk sbgai org yag pernah mengenali suami saya, tapi cara awk yang cuba menggugatkan hubungan kami, takkan nak saya tengok dan diam....

Apa sebenarnya yang awk inginkan dr suami saya? apa ain?? apa lagi yang awk nak ? apa lagi yang awk tak puas hati?
Apa pendapat korang?
Rasa rasa Ain Desperado akan reply lagi tak?
=.='

Thursday, June 23, 2011

.ain si perempuan desperate #1

.
44 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

As'mkum Kak Sue.
Apa Khabar? Ain hrp kak sihat

Kenapa kak x approve ain jadi fren list kak?

Kak marah Ain ke?

Kak Sue Ain ada satu perkara nak bagi tahu pd kak, Ain x jadi nikah. Ain dah putus. Tak tahu lah knp Ain susah nak terima org lain lepas Abg. Ain cuba tapi x sama. Perasaan Ain x blh terima.

Ain tahu kak marah kalau ain cakap mcm ni. Tapi nk bt mcm mana, Ain lama dengan Abg dulu. 3 tahun lebih dgn dia. Sampai sekarang pun Ain masih ingat dia, syg dia.

Kak maaf ye Ain berterus terang. Ain tak mampu simpan lagi. Ain masih syg abg. Rasanya Abg ingat Ain dan Syg ain lagi tak?

Kak, Ain mintak maaf kalau kak tersinggung. Maafkan Ain ye.

Ini adalah cerita kesinambungan daripada entry sebelum neh. Entry ni adalah permintaan dari Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar. Dia nak mintak pendapat korang semua. Kepada yang tak tau cerita, Ain ni adalah ex-girlfriend kepada suami Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar.

Sedikit info tentang Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar.

  • Telah berkahwin dengan suaminya selama 5 tahun.
  • Belum di kurniakan cahaya mata tetapi masih berusaha.
  • Sentiasa tabah menghadapi dugaan.
  • Walaupun mempunyai masalah sendiri, masih mampu membantu rakan laen menyelesaikan masalah.
  • Dia seorang kakak yang best walaupun kadang kadang kepala otak masuk air. Kehkehkeh.

Kenapa lah perempuan molek macam dia neh 
boleh buat perangai ashamni?
=.='

Sebenarnya ada lagi 2 email yang si perempuan desperate neh hantar. Yang mula mula tadik tuh, email pertama... 

Kak, Ain minta maaf byk-2. Bukan niat Ain nak sakitkan hati Kak Sue.

Tapi Ain tak boleh sorok perasaan Ain pada Abg. Semua kenangan dgn Abg, Ain x blh nak lupakan.

Ain ada cuba message abg, tapi dia x balas, atau mungkin dia x baca message Ain. Ain cuma nak dia tahu Ain sayangkan dia. Ain tak pernah lupakan dia.

Kak, ada lagi ke peluang Ain? Ain malu nak tanya semua ini, tapi Ain dah x berdaya Kak. Ain rindukan Abg.

Kirim salam ain pada Abg ye. Sorry Kak Sue.

Dan ini email ketiga....

Kak, Ain tahu Kak marah sangat-2 dgn Ain. Tapi kak tolonglah faham hati Ain jugak. Kak x duduk di tempat Ain, kak x tahu apa yg Ain rasa.

Ain tak tahu dimana silap, Ain tak boleh lupakan Abg, Ain dah cuba.Ain masih cuba sampai sekarang. Kak marah sangat dgn Ain kan sampaikan Kak x balas langsung message Ain.Abg pun x balas message Ain.

Lama sangat-2 Ain tak dengar cerita kak dgn Abg.

Abg pun agaknya masih berdendam dgn Ain.

Ayah Ain pun selalu sebut nama Abg. Kak dtglah rumah Ain bila balik kampung nanti.

Kak jaga diri ye.

So, apa pendapat korang?
=.=

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13