Tuesday, April 5, 2011

.eh, macamana sis intan boleh berisi? nak tips!

.

Salam.

Tajuk entry tak boleh blah. Macam lah I GEMOK sangat. Kui kui kui. Tapi ramai orang dah nampak perbezaan I yang sekarang ni dengan Intan yang kurus kering dan kudut dulu. Keh keh keh.

Segan pulak nak buat entry neh. =.=' I tak de lah gemOk sangat. (Tak boleh terima kenyataan). HAHA. Ok macam ni sebenarnya. Dulu kan, I suka makan tapi mesti tak habes. So, kalau tak habes, mesti orang lain yang habeskan. So bila orang laen yang habeskan, so dia lah yang gemok! Kan? Hak hak hak. So kesimpulannya, makan bagi habes dan jangan membazir. Sebelum makan, sila baca doa. (I selalu lupa. Nampak sangat pelahap =.=')

Lepas I mengalami tekanan perasaan dulu, I tanamkan impian (cewah) dalam hati, nak makan banyak banyak, nak badan naik, nak pakai cantik cantik, biar bukak sikit mata 'dia' pada I. Nak jadik HOT. Ececececeh! Tapi GAGAL sebab I susah hati. Makan banyak banyak pun, badan camtuh jugak. Berat terus jatuh menjunam ke 35kg! Omaigod.... T___T

Masa tuh jangan cakap lah, dah macam mumia dah I rasa. Seluar I longgar ok. Jeans size 25, siap boleh terlondeh londeh lagik. Kena pakai short dekat dalam, baru lah nampak peha dan b*nt*t nampak sexy. Awww~ Ye, itulah teknik penyamaran bagi gadis kudut macam I. T__T So, lelaki di luar sana, jangan cepat terpedaya tengok perempuan sexy. Banyak teknik penyamaran sebenarnya :-P

Ada satu hari tuh, I demam teruk. T__T Super K pulak kerja. Dia ada dekat KL. Tak boleh balik Melaka on the spot. Sob sob sob. Seorang kenalan membelikan I ubat ubatan dan supplement di farmasi yang lebih kurang RM100 lebih harganya. Heee Tenkiu! Banyak lah vitamin I kena telan setiap hari. Benda benda ni lebih kepada supplement sebenarnya. Naikkan selera makan, vitamin untuk kulit, etc. OK, meh I list kan yek..

Evening Primrose Oil 1000MG
Vitamin E 400
B Complex Forte (Beli sendiri)
UBAT CACING =.='

Orang dekat farmasi tuh tanya, last makan ubat cacing bila. Mesti lah zaman sekolah dulu kan. =.=' So, maybe dah banyak cacing dalam perut I neh. Patut lah I makan tak gemuk gemuk. Cacing dalam perut neh yang gemuk. =.=' Dem ah cacing. Membazir jer I beli Mekdi, KFC, Kenny Rogers, Kek SR, KAU YANG MAKAN EK! Memang I tak halalkan lah! Padan muka kau cacing! So, lepas makan ubat cacing tuh, apa yang I makan, memang perut I yang menerima, bukan lagi perut cacing tuh. HAHA. :-P

Ni manusia ke BELON?
T_______T

Hoi, apesal mata I nampak juling neh?
T______T

Ni pun BELON jugak!
Buwek! :-P

Tadi petang, I call Super K. "Sayang, ada kawan kita, budak belog tanya, ashane badan kita boleh berisi sekarang neh?" Then Super K tanya I, "Kawan sayang tuh perempuan ke lelaki?" Then I jawap lah, "Perempuan, kenapa?" Then tau tak apa Super K jawap???

"Suruh dia couple dengan abang. 
Mesti badan dia naik punya."

Dan tau tak apa respon I?

"WOIII!!! 
GATAL EHHH!"

Then dia gelak je lah.
Hampeh betul!
=.='

Cheh, perasan sungguh Super K tuh! HAHA. Tapi memang betul pun kot. :-) Hati senang kan.. Bahagia je. Gaduh sikit sikit tuh normal lah kan? Nak nak dapat gelpren kuat merajuk & kuat jeles macam I neh. Tapi sekarang ni, alhamdulillah, nak study pun rasa best. Ada orang support. Tak de lah rasa tensen tensen macam dulu lagik.

Thanks a lot Super K.
Anda datang time saya betul betul perlukan anda.
:-)


Dan sekarang, berat I dah 42 kg! Kadang kadang 41 kg dan kadang kadang 40 kg! Ah, mesin penimbang suka menipu. Dem ah. Mama I (beliau nurse) pernah cakap, kalau nak timbang, kena guna timbang yang sama. Tak boleh tukar tukar. Tapi I pulak pantang nampak mesin penimbang. Mesti eksaited gila nak carik syiling doposen. Kui kui kui. 

Tapi apa apa pun, I bangga sebab dah cecah berat 40 kg! Sebab sejak dari zaman jahiliah lagik, berat I tak pernah jejak 40 kg okeyh! So, tahniah pada diri sendiri. Seluar jeans I yang size 25 tuh pun dah ketat. Dah nampak sesuai dengan I. Tak de lah londeh londeh lagik. Dan yang paling penting, tiada lagik teknik penyamaran yang di buat. HAHA.

May our relationship will last forever.
InsyaAllah.
 :)

Lastly, kepada sesiapa yang berniat untuk couple dengan Super K untuk menaikkan berat badan anda, sila lupakan niat anda itu. I jeles okeyh. Hik hik hik. :-P

So, selamat mencuba! Eh, kejap kejap! Ada ke tips yang I bagi kat korang dalam entry I yang panjang panjang neh?? Macam merepek jer. *scroll balik entry neh ke atas dan baca semula* 

Haha.
I neh memang suka merepek kan?
:-)

43 comments

mhrzh said...

kalau nak mok mokkkk couple dengan Super K ye? ;) hikhiksssss


abeh tu kalau nak kurus nak couple dengan siapa pulak? dengan Sis? xD

Nurul chumel said...

haha! klaka lah u ni intan! >.<

De' Nurul said...

okey kalau nak kurus pulak macam mana? kena couple dengan sape pulak? hahahahah

sonnet™ said...

kak intan,amek lah lelemaks kite sikit,huhu~
kite pulak nak kurus,cene tu?ce cite ce cite

entry baru : ayat SENTAP HATI MAK NAK

spider_gurl86 said...

kita pun kurus gak awk..da mcm2 cube tau mkn vitamin la tp cm2 gak...hukhuk cian kat sye kan...

Nazatul shima said...

ha ah la....sis nmpk berisi sikit dan look sweet gile!! ;) pasni mkn byk2 lg ok! hehee..

afiff edogawa said...

wahh... sgt berguna tips ni... hehe...
thanks sis intan :)

HafizRahman.com said...

GEMOK!!!lalalal~~~~

shamsiha said...

thx sis! sy la yg suh member request an entry nk gemuk nih,,dtg la blog sy n tgk btape nk gemuknye sy..huwaaa~nk gemok!nk gemok!

zuk zuhaiza said...

hoho. macam boleh cube je teknik penyamaran sis nieyh.
betul lah kalau bahagia dan senang hati makin berisi..


kite pulak xnampak berisi tp 44kg.haish, boipren macam super K pun xda.macam mane nie?apa yg menyebabkan sy gemuk..

rahilla mohari said...

intan sgt cantek pakai tudung :)

eykameow said...

hehe good2..

p/s : okay, super K dah start gatal. cepat babap dia sis! HAHA

♥yaya budak suka embun♥ said...

nice tips sis. HAHA :p

wa khairul onggon said...

Salam Intan.. blog saya dah ok. Ituari ada masalah so dah delete blog lama dan pakai blog baru tp dotcom yg sma.. Jgn lupa refollow balik senang nak jejak ape2hal kan.. :)

Nadzirah said...

memang baru je nak komen sis dah mcm berisi sket kat entri sebelum nh. tp malas sign in. tup. tup. dah buat entry kate dah berisi. hihi.. tp comel lg sis kalau berisi cmnh :) hebat super K boleh naikkan berat sis. baru 3 bulan. kalau 3 taun??? errkkk ~

Kech Hidayah said...

semangat nye i laju-laju nak bace entri u tapi tak dapat tips.takkan nak kena couple dengan super K pulak kan?hahahaha.tapi err ok ke teknik penyamaran tu?hahahahah.macam nak kena try je!

FSH said...

HAHA :D
btol ke psl cacing mkn kepsi tuh?? hahaha

niDa said...

ok nasib baik saya nak kurus. so tade la nak kapel ngan super k kot.. hahahaha

AKMA said...

good for you sis :) btw, love ur blog~ its cute

cik helena said...

sis baca pon rasa bahagia :) *hugs

Siti Fatimah Mohd Sharif said...

intan..hari2 akak baca blog awk.X sangka awk umur 25 ye.merujuk pd tajuk entri ni, bg akak awk bukan gemuk tapi berat awk dah sesuai dengan ketinggian awk. Ikhlas ler..awk nampak chantek dgn berat ni. Sblm ni chantek tapi dgn berat ni lbh chantek ler..kekalkan iye..adioz
ibumaiyakayna.blogspot.com

♥CIK SHA♥ said...

ececeh..bahagia jek dak intan ni eh..

badan camni la lawa berisi sket tengok..dulu cikeding sangat..kalau nak pegang tangan pun takut patah sebab pegang kuat sangat..ehehe..

starzieti said...

tengs 4 da tips. lepas nih kena amalkan n beli suplement banyak2 la.
oh, duit ? kene paw mak n abah la nampaknye. hehe~ ;b

misslavenderaida said...

moga sis makin gemoook!!hehe..
i'm happy 4 u. :)

FiqaSaleh said...

nak gemok jugak lah..nak kene mkn ubt cacing gak lah ni ek? =_='

Datin Ellis Suriyani said...

wahh..bagai di pam-pam la badan sis intan...ekekek...

tahniah..

pasneh try kalahkan i 49KG.. ekekeke..

syafiqakarim said...

sukeeee tgk sis mcm ni.
da gemok.bhaha.
xla gemok.tp nampak sedappp ;D
bhaha.comel.ouh,kena kapel dgn
super K juga ni.

larikkk

Rowena Chasez said...

Haishh..
mana ada gemok tu..
still kurus laa tu syg :)
itu tandanya happy..

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

mestilah boleh berisi sebab ada orang jaga hati kan? ehehehe. memang boleh geng dengan en. pakwe ni, asal nampak timbang je, punye excited nak timbang. adoilah.

❤Myra Si Gula-Gula Hati ❤ said...

saye nak kurus ! ade tips tak ? hehehe

cik nur said...

sis comel and cantik lagi kalo berisi kalo dlu cengkung je tau..alahamdulilah la life sis makin better dan nur doakan semoga kekal hingga ker jinjang pelamin oke :)

siti fatimah aka kakchik said...

tq intan lawat pondok akak..

niDa said...

thanx datang terjah blog saya... terharu kejap. errr... takut ke saya amik super k awak.. hahaha.. gelak jahat jap!

emieysandra said...

happy for u sis.
~_^

Zool Blogger said...

baguslah tu.. cacing dah takde.. makan terus ke perut.

ZooL

aLya maNip said...

tips yg paling penting..be happy..konpem naik badan.hehe

✿ CikCimi said...

hoi bile plak buang teknik penyamaran tuhhhh? hah hah? mane bole buang. haha.

YayanMiyul said...

comel both of u ;)
biace laa sis , snang ati an .
msti lahh slere mkn mnambah .
hehe

AdaNaz87 said...

nak try lah makan ubat tu. mana tahu boleh gemok sikit. hikhik. berkesan tak?

zatiey said...

ala..nak gemuk jugak..huhu..berat zatiey 33 jer..sedih!!!!

zatiey said...

k.intan..antara semua nih..

Evening Primrose Oil 1000MG
Vitamin E 400
B Complex Forte
yg mne 1 untuk naikkn berat bdn sbnrnye?

Dayang Aminah said...

haha..serius.. ke kena mkn ubat cacing juga...haha

hadyla rose said...

info yang menarik.
ingatkan budak je yang kena telan ubat cacing ni..
rasanya dah lama tak makan tu..:-)

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13