Friday, December 31, 2010

.bye bye 2010, hye hye 2011 ^^

.
41 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Tahun 2010 tahun yang tak berapa nak best kot bagi I. Kisah yang paling menyayat hati. Tensen. Tekanan. Meroyan. Semuanya terjadi pada tahun 2010. Argh dem. Mesti korang tau kan kisah apa? Kalau tak tau, sila buat buat tau. Yang penting, ini bukan kisah sang kancil dan buaya yer. Anggap jer lah ianya kisah klasik untuk masa depan. =.=

Umur.
Beberapa saat lagi I akan masuk 25 tahun. Itu kalau ikut perkiraan tahun. Cheh, padahal I baru jer celebrate birthday yang ke 24 beberapa hari lepas. Mana aci cenggini. So, kena lah kira bulan. Bulan 12 tahun depan, baru umur 25 tahun. Mama I, umur 25 tahun, dah kahwin kot. Tapi I? Dem. Pakwe pun takde! T_______T

Blogging.
Walaupun banyak kisah sedih pada tahun 2010 ni, ada jugak kisah gembira. I semakin rapat dengan blogger blogger. Walaupun I jarang blogwalking (mintak ampun sangat sangat), I cuba jadi se-friendly mungkin. Maaf yer kepada blog blog yang I tak sempat singgah. I cuba memperbaiki diri. I sedar, I pacal yang hina. T________T

Super K.
Dan kisah paling gembira pada tahun ini adalah... jeng jeng jeng. Mesti lah pasal Super K. Ohh I loikee~ Jumpa semula setelah 2 tahun terpisah. Cewah! :-P Doakan yang terbaik yer. I dah tak nak nangis nangis. Dah tak nak bengkak bengkak mata. Dah tak nak kurus kurus macam mumia. I nak jadi yang terbaik. Nak jadi yang paling terbaik untuk insan yang terbaik. :-)

Tudung.
I pernah cakap, I nak pakai tudung, dah tak nak bukak bukak dah. Tapi biasalah, hangat hangat tahi ayam. T___T InsyaAllah, satu hari nanti, I harap sangat I dapat berubah. Sob sob sob.

I sangat sangat berharap agar tahun 2011 ni membawa seribu makna dan semoga I sentiasa gembira dan tak sedih sedih lagi. Begitu jugak dengan korang semua! Azam tahun baru korang apa? Azam tahun baru I, nak kawen!!! Ok fine I gatal. :-P Mesti lah I nak jadi yang terbaik daripada tahun lepas. Kan kan kan? So,

Happy New Year! :-)

Much love,
Intan Nurulfateha binti Baharom

Ohh dem.
Pipi tembam!
T____T

.si penakut bini

KAU BOLEH BLAH!

.weyhhh boipren ai punn pemain bola lahhhhh!

Salam.

I ada boipren. Boipren I pemain bola. Hari hari dia main bola. Bola apa? Hah, bola tuh la yang kita tak tau tuh. HAHA. Dah dah, jangan fikir laen. Tampar satgi baru tau! Grrr!

Sekarang kecoh pasal gelpren keeper pasukan bola Malaysia ada blog. Ada jugak jenguk blog dia. Comel. Semua cerita pasal boipren. Ye ah, orang ada boipren. Mesti la nak share cerita kan kan? Sharing is caring right? Kalau nak share boipren dia dengan I, I lagik suka. Kikikiki.

Korang suka tak ada boipren pandai main bola? Maksud I, BOLA SEPAK yer kawan kawan. Bukan bola sendiri. Lalalalala~ Main futsal ker.. Suka tak? Suka tak? Suka tak wehh? :-P Since I tak dengar jawapan korang, biar I yang jawap sendiri. Hihihi. Kalau I, I suka! Sebab apa? Sebab Super K pandai main bola sepak. Yeayyy! :-P

Gambar lama, cilok dekat Friendster.
Eh, friendster? Ape tu? :-P

.loan PTPTN UiTM dah masuk

Salam.

Pagi pagi lagi dah dapat sms dari Bank Islam. Loan dah masuk. Alhamdulillah. Lepas tu I terus check Bank Islam Online Banking untuk mengesahkan berita tu. Dan berita tuh memang SAH. Ini bukan cobaan ok! :-P

Selamat ber-shopping wahai rakan rakanku dari UiTM Bandaraya Melaka. Siapa yang selalu sms I tanya, "Intan, loan dah masuk ke belum..." so hari ni korang boleh lah pergi beratur dekat ATM k. Huhuhu.

I tak de lah happy sangat sebab duit loan I, macam biasa, semuanya kasik mama simpan. SEBAB APA? SEBAB I NI BOROS YANG TERAMAT. Sehari jer, dah boleh habis duit tuh semua. Kah kah kah. So better I suruh mama manage dan mama kasik I duit setiap minggu macam selalu. Tak payah I fikir fikir duit loan dah tinggal sikit ker hape. Tapi selalu nya, I guna duit mama terlebey. Keh keh keh :-P

Berbelanja lah dengan berhemah yer.

Ok, bai.
I nak sambung tidur :-P

Thursday, December 30, 2010

.bila Intan rindu Super K

.
26 Sweet and Lovely Comments!

Hihihihi. :-P

(Click picture to enlarge)

Sooooo sweeeeet~~~
I like! :-P

.Super K dah selamat sampai!

Salam.

Hoyeah hoyeah! Super K dah sampai. Alhamdulillah. Tapi sebenarnya tak sampai Port Pasir Gudang lagik. Malam kang baru sampai. Sekarang kapal on the way ke Port Singapore dulu. Nak transfer minyak senyonyong segala bagai dulu. Tadi time dia call I, kapal dia lalu perairan Johor. Sebab tu ada coverage Maxis. :P

Banyak benda nak cerita tapi I banyak kerja lah pulak pagi ni. Nanti petang sikit I update ek. Tunggu tau~~ ;-)

Mode : Happy

Wednesday, December 29, 2010

.kami memang pasangan yang sweet! ❤

.
37 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Tadi I keluar ke bandar dengan adik adik I, Yeop & Chacha. Ada urusan dekat bank. Lepas setel, pergi McD. Take away prosperity burger. Lepas tuh nak beli cool blog sebab semalam tak dapat beli. Lepas tu chacha pulak nak askem. Lepas tu I pokai. =.= Lepas tu rasa nak kasik pelempang paling laju dekat dia. Lepas tu dia pengsan. Ok tipu. :P

Nasib baik angah ni penyabar orangnya.
Dah lah penyabar, comel pulak tu :P

Kalau pergi Baskin Robin setiap Rabu, boleh dapat askem murah tapi itu pun kalau pakai pink. Chacha memang selalu pakai pink. I pulak pakai spentot pink. Ok tipu. :P I pakai jam tangan pink and casing handphone I pun kaler pink. I dengan Chacha jer melantak askem. Yeop tanak. Fuhh selamat duit I. Hihihi :P

Ni gambar 2 minggu lepas kalau tak silap. Chacha ni memang hantu. Hantu askem. High maintenance betul budak ni. Askem murah tanak pulak. Zzzzzz. =.=

Kami memang sukakan keamanan :P
Peace ^.^

Ni gambar sebelum gerak tadi
Nak jugak selit gambar ni :P

Ingat comel lah tuh? :P

I paksa Chacha suap. :P

Sweet kan gambar ni.
Nak share askem dengan Super K camni lahh.
Awwww~~~ :P
(Blushing)

Askem kon ni I punya.
Tetiba Chacha cakap nak kongsi.
Padahal dia ada askem dalam mangkuk tu.
Mangkuk punya budak! =.=

Sebelum balik, snap gambar kat pokok kismes.
Carik jugak santa claus tapi tak jumpa :P

I makan bege dalam kete tapi tak habis pun.
Pedas kot, tanak ah beli agik
T___T

Apa-apa pun, walaupun Chacha tuh gedik, perasan comel, dan mengada ngada, tapi I tetap sayang dia. Sebab dia ikut perangai I. Baru lah I ada keturunan untuk turunkan segala skill gedik. Kikikiki. :P

Ok, bai! :-)

.kan i dah cakap, kehidupan single ni menyusahkan!

Salam.

Hari ni tensen. Hari semalam tensen. Hari hari tensen. Warghh! Bila nak hari raya ni. Ahh hari raya pun tensen. Dah lah dah tak dapat duit raya lagi sekarang ni. =.=

I tak tau nak cakap macamana. Lepas entry yang dia buat, I rasa makin tensen. Tensen dan tensen. Arghh susah jadik hot ni. Kikikikiki. :P Ok fine. I kasik korang semua lempang I seratus kali setiap orang sebab I perasan hot. Cukup kan? Bila I dah kena lempang dengan korang semua, mesti I dah sakit dan muka jadi buruk (sekarang pun dah buruk dan akan jadi makin buruk) dan lepas tu, tak de orang suka I. Yes! Trick dan tips paling bodoh dan bengong dari I. :'(

Macamana nak buat ek? Macamana nak jadi kejam ek? Apesal lah hati I neh fragile sangat? Apesal lah I ni lembek sangat? Apesal lah I ni kuat nangis. Pelik sungguh. Apesal lah I comel sangat? Yang comel tuh betul pulak. Tak pelik langsung. Hihihihi. :P

Ohhh sayang... I bukannya nak kawen esok. Lapan ratus juta ribu tahun lagi kot. Tak kira lah I kapel dengan siapa pun sekarang ni, kalau I takde jodoh dengan sang kekasih, memang takkan kawen jugak kan? kan?

Tolong hormati keputusan I. Tolong hormati cara I. Dulu macam macam I buat untuk dapatkan dia walaupun dia dah tinggalkan I macam tu jer :'( Tapi tak berjaya. Sekarang bila I dah kuat, bila I ada orang lain yang berjaya kembalikan kegembiraan, kecomelan, kebahagiaan, kesewelan, kegelakkan dan ke ke ke yang lain, tolong lah jangan jatuhkan I semula. Beri I peluang untuk bernafas. Untuk hidup dengan keputusan sendiri. Keputusan yang dulunya dia sendiri buat.

Jangan lah buat keputusan mengikut emosi. Itu lah yang dia selalu cakap pada I dulu sebab I ni emosional sikit. Drama queen lebih. :P Jadi, fikir dulu sebelum buang. :-) Kalau sampah dah buang, boleh recycle. Tapi kalau hati yang dah tercalar, hancur dan berkecai, boleh ke nak seletip semula? Tak boleh kan? Kalau boleh, korang boleh kasi tau tak seletip jenama apa? :P

Sayang,
You can't break a broken heart :-)

Tuesday, December 28, 2010

.saya dah lama maafkan awak, saya tak pernah berdendam. tapi...........

.
90 Sweet and Lovely Comments!


I don't know what to do.
I just don't know...


What should I do?


I need to be alone.
Please don't disturb me.
Please....... :'(


BLOGGING ON HALT.

Monday, December 27, 2010

.tips untuk menghilangkan rindu pada boipren

.
68 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Siapa ada boipren angkat tangan! Ok fine. Tau ah korang ada boipren. I tak de. Ok fine! Merajuk! :P Hehe. Tak pe lah. Lagi 3 hari, I ada boipren balik. Lalalalala~~ Baru beberapa saat kapal Super K belayar ke Port Pasir Gudang, I dah r***u dekat dia. Lagi 3 hari baru dapat contact semula. Kena censored perkataan. Nanti korang tau :P So, cara nak hilangkan perkataan yang di censored tuh, senang je. Tekan lah backspace. HAHA :P

Ok dah. Berhenti mengarut Intan! :-D Sekarang I nak share tips untuk menghilangkan rindu pada boipren. Kalau yang tak ada boipren macam I ni, boleh lah berangan kejap konon-konon macam ada boipren. Ok? :P

1) Kalau I, I suka baca semula sms dekat handphone. Baca sms dia, rasa macam makin sayang kat budak tuh. Kikikiki. Tapi sebenarnya buat I makin tambah rindu kot. Cheh, tips nombor 1 jer dah out. HAHA.

2) Tengok balik gambar gambar dia. Tenung mata dia. Tenung lama-lama. Oh indahnya. Tapi jangan tenung lama sangat. Satgi orang dalam gambar tu kenyit mata, korang yang pengsan. Keh keh keh.

3) Call lah dia. Cakap korang rindu dekat dia. :-) Tapi kalau I rindu Super K, tak boleh call selalu. Kat tengah laut mana ada coverage! T_____T So, I akan sms dia. Dia pesan suruh I sms dia banyak banyak sebab nanti bila handphone dia ada coverage, dia nak berjuta juta sms dari I masuk dalam handphone dia. Hihihi.

4) Buat kad sendiri. Then pos dekat dia. Mesti dia terharu gila. Tapi jangan lah pos setiap hari. Kang dia cakap korang gila plak. Huhuhu.

5) Gi bukak youtube, dengar lagu dangdut dari Amelina. Best woo. Tadi I dengar soang soang. Tapi ada satu lagu tu, rosak pulak. Spoil betul. Dengar lah lagu Semakin rindu semakin asyik. Ewah :P

5) Korang tak payah lah nak rindu rindu sangat. Sekeh satgi baru tau. Kalau dah tak leh tahan rindu tu, suruh mak korang masuk minang boipren korang tu. Kadang-kadang laki ni lampi sikit. Zaman dah moden. Ada jer pompuan minang laki. Kan kan kan? :P

Cuba tengok muka I. Dah nampak matang kan. Berseri seri mengalahkan pengantin. Cewah! :P Kalau Super K tu lambat sangat, I nak suruh mama I masuk minang dia. Boleh sanding sekali dengan akak I nextyear! Kikikikiki. :P

So, selamat mencuba!

.ombak jahat VS ombak rindu

Ombak Jahat VS Ombak Rindu
Agak agak siapa menang?
Ombak jahat ni ganas. Sesiapa pun susah nak lawan. Kita hanya terpaksa akur. Tapi ombak jahat yang kuat menghempas ke pantai membawa mesej kerinduan yang sangat kuat dari pelaut-pelaut yang merindui kekasih tersayang. Setia dan berubah menjadi ombak rindu... Jangan kita mengeluh dengan ombak jahat :-)

Ombak rindu??? Cuba tengok ombak tu. Bunyi yang sangat kuat dan setia menghempas ke pantai. Seolah-olah membawa mesej kerinduan dari sang perantau yang kita tak tau macam mana nasib dia kat tengah laut sana. Setia dan sentiasa rindu tanpa jemu. Nice la ombak rindu.

Super K

Sunday, December 26, 2010

.Super K yang manja dan comel :-P

.
35 Sweet and Lovely Comments!

Super K ni manja kan?
Smack down kang baru tau :-P

.kalau semua orang sakit, siapa nak protect saya?

Tolong jangan sakit secara berjemaah boleh tak?
=.="

Saturday, December 25, 2010

.yeay, esok Super K balik ^^,

.
6 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Tadi Super K call. Dia cakap esok tengahari dia gerak balik Malaysia! Maybe 3-4 hari baru sampai Port Pasir Gudang. Dan maybe lepas tuh rombongan meminang pun sampai rumah I. HAHAHA. Ok fine. I gatal. Tapi suka hati lah kan. Super K bukan pakwe korang. Wek! :P

Mode : Happy.

Esok jer lah buat kartun baru. Katun atas ni cilok dari entry ni. Huhuhu So, mahu tidur awal hari ni. Mahu mimpi indah. Tak pun rasanya nak tidur sampai Super K balik. Aci tak? :P

Nyte ^^

.Super K dan telefon bimbitnya

Salam.

Pagi pagi lagi dah dapat panggilan telefon dari seseorang. Rindu kata nya. Hukhukhuk. Rasa I tak de kasik minyak pengasih :P Lepas tu, baru je letak telefon, Super K pulak telefon. Dia pun cakap rindu. Sekarang, ramai sangat rindu dekat I. Korang rindu I tak? =.=

Oh yer. Bagi makluman peminat Super K, dia dah dapat masuk port dekat Merak, Indonesia semalam setelah menunggu sekian lama. Maklum lah, satu port satu kapal. So kena tunggu turn ah. Dan semalam jugak berkali kali dia call I. Ada lah dekat 5 kali. Sampai rahang mulut ni sakit sebab banyak gelak. Huhu. Sekarang handphone dia tuh memang sangat penting ah bagi dia. Kalau dulu, dia cakap handphone tu setakat untuk buat alarm clock jer. =.=

I tak tau lah dia yang lawak atau I yang suka gelak. Tapi I rasa, I ni yang banyak gelak kot. Lepas bangun tidur pagi tadi, mulut dah kejang. Ok tipu. HAHA. Bangun dari tidur, bukak fesbuk. Komen komen dekat fesbuk dulu sebab Super K post dekat wall. Bukan senang nak dapat wall post dari dia. Ni dia dah dapat masuk port, boleh lah online internet. Kuikuikui.

Tapi mata I dah nak macam terpejam sebab ngantuk dan sejuk gila. Ye la, pagi tadi salji turun banyak sangat. Menggigil I tidur. Tak sangka dekat Malaysia pun ada salji. Kejap lagi nak pergi buat patung salji dengan Chacha. =.='

Hari ni, Super K cakap nak turun ke darat. Nak shopping sikit. Kapal dia kat rosak. Maybe ambik masa 2-3 hari untuk repair dan lepas tuh baru kapal dia boleh gerak ke port Pasir Gudang dan lepas tuh dia boleh cuti dan terus jumpa I. Yeayy!!!

I rasa Super K tengah tidur lagik ni. Dia suruh kejut. Tapi dah kejut tak bangun jugak. Dia tuh, kalau letak bom kat sebelah pun, belum tentu bangun. Huhuhu. Rasa macam nak kena carikkan calon isteri untuk dia. Agak agak I layak tak? Kuikuikui. :P

Friday, December 24, 2010

.tips untuk menjadi kuat macam harimau!

.
23 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Ada yang rindu nak baca tips dari I tak? Ok fine. Tak de sesapa. =.= Tapi I peduli hape, I nak share jugak tips untuk menjadi konon konon kuat macam harimau lepas kena dumb dengan boipren yang tak berapa nak berguna dan tahu menghargai diri kita dan sayang kita dan rindu kita dan perlukan kita.. Sob sob sob.

Sebenarnya ada soang blogger request tips ni. I buat je lah ek. Tak tahu lah menjadi ke tak dekat korang. Hihihi. Dan ada soang lagi blogger cakap I dah semakin garang. Dah lah garang, suka makan orang pulak tuh. HAHAHA. Cuak tak? :P

1) Busy kan diri dengan aktiviti aktiviti bermoral seperti blogging. I dulu selalu buat entry sadis, meroyan dan dot dot dot. Tapi bila sedar yang belog I neh ramai yang baca, terasa macam segan pun ada. Daripada kawan sekolah, bekas anak anak murid, cikgu cikgu, lecturers, I naik segan. Ye ah, I selalu ping belog kat fesbuk. I mana reti nak ping kat tempat lain. So, kebarangkalian untuk mereka baca belog I memang tinggi nyah.

So, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, korang kena create belog baru. Belog private. Tapi I pulak guna tumblr. Sebab tumblr neh best. Boleh re-blog sesuka hati. Tak de orang nak bising isu plagiat ke mende semua. Lepas tuh boleh lah tulis ape yang korang rasa, tak puas hati, sedih dan sebagainya. Tapi malangnya I dah delete tumblr I tuh bila I rasa dan sedar betapa bodohnya I yang terlalu mengagungkan boipren sedangkan dia tak kisah I sakit, sedih dan dot dot dot. So korang tak boleh dah sekodeng tumblr I tuh. Keh keh keh. Tak pe lah. Lambat laun korang akan sedar jugak. Slow slow lah yer.

2) Busykan diri dengan family. Kalau mama nak pergi pasar, nak ikut! Nak pergi shopping complex, nak ikut! Nak pergi rumah orang kawen, hah, yang ni PALING WAJIB IKUT! Keh keh keh. Mana lah tau kan, dapat bertemu jodoh di sana. Silap silap, boleh sanding terus. Dah jimat kos! :P

3) Hang out dengan kawan kawan. Lagi best. Mula mula mesti lah kena soal siasat dengan mereka semua kan. I neh dah lah jenis kepoh, kecoh tetapi comel. So, bila doang tengok I neh dah tak kepoh dan kecoh, mesti lah doang semua pelik. Why Intan? Why? Kenapa kau sedih tetapi masih comel? Kui kui kui. So bermula lah sesi luahan dari hati ke hati. Sob sob sob. Lepas cerita everything baru lah lega. Doang pun bagi kata kata semangat. I lap yuuu so seterong lah! :')

4) Solat jangan tinggal. Ini paling penting. Kalau boleh, mengaji Al-Quran sekali. Kasik hati tuh tenang macam Super K selalu pesan. Intan mesti kena tenang macam abang. Cewah! :P Tapi sejujurnya, I ni pemalas sikit. So, I akan baca Yasin setiap khamis jer. Hukhukhuk. =.=

5) Dengar lagu yang menggembirakan. Pergi karaoke. Jangan nyanyi lagu sadis. Nyanyi lah lagu yang meriangkan hati dan sanubari. Paling afdal, nyanyi lah lagu Dunia Belum Berakhir dari Shaden. Lama tak dengar kan? Meh I nyanyi sikit.

Dunia belum berakhir.
Bila kau putuskan aku.
Masih banyak teman-teman ku di sini.
Menemani ku....

6) CARI SKANDAL BARU! Hoyeah! Hoyeahh! Ini yang paling berjaya okeyh setakat neh. Kah kah kah. Tapi sebenarnya bukan I yang cari. Dia yang datang. Dia = Super K. Tapi I menerima dengan hati yang terbuka. Kalau 2 tahun lepas, I tak mau langsung kawan dengan Super K sebab I ada boipren. Gila kejam I neh. Setia lah konon. Last last kena tinggal jugak. =.= Tapi sekarang sejak sejak single ni, I suka kawan dengan dia. :P Kawan je eh. Tapi kalau lebih dari kawan pun, apa salahnya. Hihihi. :P

Gambar print screen time YM
dengan Super K aritu.

Comel jugak I ni ek.
Patut lah Super K suka :P
Ohh Super K

Laki ni ego. Mula-mula kita nak kat dia, dia tanak kat kita. Tak pe, eksen ek yuu ni. Ada lori ada bus. I nak kat yuu, yuu tolak. Sekarang, hambek kau, yuu nak dekat I, sorry to say, I dah tak nak dekat yuuuu. Bukan niat nak balas dendam. Serius, I bukan sekejam tu. Tapi I cuma nak kasik pengajaran je. Lain kali, jangan buat lagi. Ok babeh? So, percaya lah pada KARMA. What goes around, comes around. Biar masa yang menentukan yer. Sekarang kita cuma senyum jer bila apa yang jadi dekat kita dulu, jadi dekat dia pulak. :')

Hi Encik Ex-BF ;')
Kami comel bersama kan?
Kalau lah dia tak buat kesilapan itu.... ;'(

7) Jangan bermusuh dengan EX! Ini paling penting. Kalau kita bermusuh, kita akan berdendam. Korang kawan je macam biasa. Dulu sebelum kapel, boleh kawan, kenapa dah clash tak boleh pulak. Kan kan kan? :)

8) Makan lah biskut tiger. Kata nak kuat macam harimau. Tapi kalau tak jadik, jangan salahkan I. Salahkan iklan kat TV tuh ekk. HAHAHA. Lalalalalala laaarikssss!

So, selamat mencuba! :')

Thursday, December 23, 2010

.i don't want to choose, but i have to....

.
60 Sweet and Lovely Comments!













WHAT SHOULD I DO?
T____T

.tips untuk mengorat!

Salam.

HAHA. Tak boleh blah kan I ni. Nak kasik tips mengurat pulak. Semalam dah buat Tips Merampas Semula Boipren. Keh keh keh. Semalam ade request Tips Untuk Mengorat dari Sis Helena . Huhu. Ni tips pompuan nak ngorat lelaki okeyh. :P Zaman sekarang dah moden. Perigi cari timba. Eh, pompuan tu perigi ke? Pompuan tu pompuan lah kan? =.=

1) Kenal pasti orang yang korang ngorat tu macamana. Kalau dia suka makan, korang kena lah belanja dia makan. Tapi nampak macam tak macho je pompuan belanja laki makan. So, korang boleh lah masak untuk laki tu. Nampak tak macam dah ada ciri ciri bakal isteri yang di cari cari. Lepas dapat ngorat, boleh kawen terus. Cewah! :P

2) Tak kisah lah apa yang korang masak, janji sedap. Kalau setakat telur goreng, nasi putih dan kicap pun dah cukup. Janji nampak usaha korang untuk kasik bakal boipren korang tu makan.

Sweet kan?
Credit to Hanalovenest

3) Ajak lah laki tu keluar. Kalau korang segan, kasik lah alasan yang bombastik. Tak mau lah setakat nak ajak window shopping pulak. Macam alasan tu tak kukuh. "Awak..awak boleh teman saya keluar tak? Saya nak beli hadiah birthday untuk ayah saya la.. Saya tak tahu taste laki macamana. Kalau awak ada, senang lah saya.. Tapi kalau awak tak boleh teman, tak pe lahh..." Ayat terakhir itu harus ok. Baru lah laki tuh rasa serba salah kalau tak temankan korang. Saiko sikit dia tuh. HAHA.

4) Bila dah keluar tu, jangan lah busuk busuk. Mesti pakai perfume. Tapi jangan lah over sangat. Takut laki tuh pengsan pulak. Tapi kalau pengsan bagus jugak. Boleh buat CPR. HAHA. Next tips please!

5) Korang pakai lah pakaian yang sedap mata memandang. Jangan lah pakai baju yang terlalu sexy. Sexy sikit sikit tak pe lah. HAHA. Eh tak tak.. Kena tutup aurat yer Muhammad Adif (feeling macam Khatijah Tan dalam cerita Dunia Baru). Tapi kalau lelaki tu stok gatal dan suka tengok pompuan sexy, boleh blah sama laki tu sebab nanti dia bukan sayang sebab sayang tapi sebab nafsu. HUH, nampak tak I tengah EMO di situ! Haha.

6) Kalau time tu dah nak sampai birthday orang yang korang nak ngorat tu, korang buat lah surprise party. Kalau nak romantik, buat lah dekat tepi tasik. Kalau segan, ajak lah beberapa kawan rapat. Memula macam biasa, masak lah untuk dia. Tapi time birthday tak kan nak makan telur goreng lagi kot. =.= Masak lah sedap sikit. Telur goreng masak sambal ker.. Variasi kan telur goreng itu. Kicap jangan lupa letak. Biar sedap sikit. HAHA.

7) Hadiah jangan lupa. Kalau sebelum ni, dia cakap, dia suka sangat tengok jersi Manchester United. Tapi nak beli mahal sangat. Lagipun dia masih study. Kalau yang dah kerja pulak, gaji cukup cukup makan jer, nak bagi mak duit kat kampung lagi, awww so sweet.. Ni lah lelaki yang kita carik. Kuikuikui. So, korang kumpul lah duit sikit sikit. Alaa..bukannya selalu. Birthday setahun sekali je kot. So belikan dan beri pada dia. Mesti dia suke ^^ Birthday card jangan lupa. Kalau boleh, buat sendiri. Lagi kreatif dan jimat. Padahal bajet dah lari dekat jersi.. wuuu~ T__T

8) Bila time korang dating, tengah makan ke.. Kalau ada tisu, ambil tisu tu dan tulis, "Saya suka tengok awak makan... Comel sangat..." Lepas tuh bagi tisu tu dekat laki tu. Confirm laki tu akan tersipu sipu malu. Eceh! :P Dan lepas tu confirm laki tu akan simpan tisu tu siap frame lagi dekat rumah. Hihihi. Untuk merealisasikan tips yang ni, kena lah sentiasa stand by pen dalam handbag. Kalau tak, mana nak datang pen dekat kedai makan tuh =.=

Ok, cukup la tips untuk mengorat. I pun nak test dekat Super K tapi kena tunggu dia balik dulu. Eh, apesal I nak ngorat dia pulak? Padahal dah sah sah dia dah selamat ngorat I dan I dah pun tergoda. Keh keh keh.

Maknanya kena ngorat laki lain lah camni..
Siapa agaknya ek?
Kikikikiki :P

Wednesday, December 22, 2010

.tips merampas semula boipren

.
60 Sweet and Lovely Comments!

Salam.

Heh, tajuk entry tak boleh blah. =.= Ah peduli apa. Mari kita belajar macamana nak merampas balik boipren kita daripada pompuan-sengal-mana-ntah. Grrr! Err ni bukannya berdasarkan pengalaman sendiri je tapi daripada pengalaman kawan-kawan I jugak. Teheee~

1) Mula-mula jangan lah terus pergi serang perempuan-gedik-nak-rampas-boipren-orang-pulak macam dalam drama TV tuh. Huhuhu. Korang kena muhasabah diri dulu. Kalau korang banyak silap, korang kena la perbaiki. Tapi kalau korang rasa, boipren korang yang silap 100%, mari kita teruskan dengan tips seterusnya ^^

2) Korang saiko lah boipren korang tu. Korang sms lah boipren korang tu, tulis la balik benda benda yang suwit penah korang lalui sama-sama. Tapi dalam masa yang sama, korang tulis la ayat pasrah. Korang cakap, "Tak pe lah awak. Saya doakan awak dengan dia bahagia sampai kawen dan dapat anak lapan orang macam awak nak.. Saya redha."

3) Korang jangan lupa stalk perempuan-tak-guna yang ada hati nak rampas boipren korang tuh. Dah la tak hensem. Tak sangka ada orang nak rampas jugak. HAHA. Nampak emo di situ. Korang stalk senyap senyap lah. Dah nama pun stalk kan? =.= Korang cari kelemahan perempuan tu. Mungkin dia sebenarnya nak main main je dengan boipren korang. Depan boipren korang, bukan main manja, tergedik gedik tapi belakang sang boipren, dia dok kutuk kutuk plak kan. Grrr!

4) Korang try jadi kawan dengan perempuan-tak-guna-yang-bajet-bagus-tuh. YM dengan dia, email dengan dia. Tapi dalam masa yang sama, korang tikam lah belakang dia. (Setan dah keluar tanduk). Tapi jangan lah sengal sangat pergi tikam guna pisau. Tak pasal pasal korang masuk jail. Dengan I I sekali masuk kang. T___T Kalau dia ada kutuk-kutuk boipren korang, korang jangan lupa save semua ayat dia dan print screen. Ye lah, kadang kadang perempuan ni macam bajet bagus. Macam boipren korang yang tergila gila kan dia, padahal dia tak nak pun. Macam nak letakkan kesalahan tu ke atas boipren korang. Lepas tu, tunjuk balik print screen tu dekat boipren korang. Korang cakap lah, "Saya tak kisah kalau awak dapat perempuan lebih baik dari saya, tapi kalau perempuan macam ni lah awak nak, saya simpati sangat pada awak"

5) HAHA dah lah woit. I ni merepek jer. Jangan ikut ajaran sesat I neh. Sebenarnya, korang just kena perbaiki diri sendiri je. Kalau korang ada buat silap, perbetulkan. Kalau tak, takkan lah boipren korang senang senang je boleh pergi dekat perempuan lain kan? Kalau dia jodoh korang, dia akan balik jugak pada korang. Kalau bukan, doakan je lah yang terbaik untuk dia. Buat apa nak sakit hati tengok kebahagiaan orang lain. Kan?

6) Tapi kalau dah memang boipren korang tuh gatal, lantak lah sama dia. Tak payah nak rampas balik. Buang karan jer. Cari laki laen lagi bagus. Kang dah kawen, dia buat hal yang lagi maha dahsyat macamana? Hah, time tu lagi parah tau!

So, selamat mencuba! ;)

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13