Sunday, October 31, 2010

.three layer tea

.
34 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Sepanjang 23 tahun, 10 bulan dan 3 minggu, 23 jam, 46 minit dan beberapa saat I hidup dalam dunia ni, hari ni baru first time I minum air 3 layer tea. Gila ketinggalan zaman! Hihihi. Sebelum ni pernah dengar dari kawan jer. Tak terfikir nak rasa. Tapi pagi tadi, time I breakfast sorang-sorang dekat mamak, tiba-tiba teringin.

Korang pernah minum tak?

Tapi sedap gila air neh wehh.. Ada 3 lapisan. Kalau I tak silap, lapisan bawah sekali tu gula merah, then susu, atas sekali baru teh. Hmmm...rasa macam gila pulak pergi breakfast sorang-sorang since I neh penakut. Kang kena culik pulak. Hehe. Tapi mamak yang I lepak neh betul-betul sebelah campus I. So, no worries! :)

And nasib baik ada wifi kat mamak tu. Boleh la I online twitter & FB. Actually I nak buat revision dengan kawan I, sebab petang tadi ada exam account. Sementara tunggu kawan I sampai, I makan lah dulu. Ada orang ngorat pun I buat tak tau jer. Cewah! Heee~~

Ini kawan I, Rawiyah.

Rasanya boleh kira dengan jari
berapa kali I pergi library sem ni.

Keh keh keh!

Bai!

.sesak nafas dalam asap yang banyak

Salam Readers~

Update secara laju zup zup zupppppp sebab kejap lagi nak pergi study dengan kawan dekat library. Semalam tidur tak berapa lena. Dengan nyamuknya, dengan sejuknya. I tidur dalam keadaan berselubung selimut. Sumpah menggigil kesejukan! Nyamuk pun cari pasal. Grrr.

Lepas tu, bangun awal pagi sebab budak rumah mejoriti ada exam pagi ni. I jer exam sebelah petang. Tapi badan liat nak bangun. Then orang tu pun ada call I, kejutkan I sebab semalam I pesan suruh kejutkan kalau beliau bangun awal. Mekasih ye sayang. *wink

Tiba-tiba rasa sesak nafas. Ah, dem. Asal banyak asap ni? Rumah terbakar panggil bomba ke? Bomba datang berlumba-lumba. EH, macam lagu masa kecik-kecik tu ke? HAHA. Over plak I ni kan?

Ok, sambung cerita. Bila da asap banyak-banyak tu, mesti lah susah nak nafas, ye tak? I nye saluran pernafasan neh dah lah kecik. Tak leh terima asap banyak-banyak sangat. Shisha tak pe. Keh keh keh~~

Then I bangun, tengok rumah dah penuh dengan asap. Bau asap neh dah tau dah asap apa. Hmm Jabatan Kesihatan tengah buat fogging. Maybe sebab ada kes denggi kot kat kawasan rumah sewa I neh. Selalu jugak doang datang sini buat fogging.

Tapi kan, kalau nak buat fogging, inform lah awal-awal. Ni tak. Main terjah jer. Kang kalau ada yang mati sebab sesak nafas macamana? Sendiri mau ingat ah. Hmm banyak benda nak share. Pasal lelaki gila sex malam tadi. Tapi, tak sempat nak taip panjang-panjang. Masa amat mencemburui. Cewah.

Okie dokie.
I nak pergi library.

Wish me luck untuk exam petang ni!

Bai!

.langit tak selalunya cerah

Salam Readers~

Hidup ni tak boleh terlalu gembira.
Hidup ni tak selalunya indah.

Sebab esok lusa,
kita tak boleh predict nasib kita.

Hari ini kita ketawa gembira.
Esok lusa, kita mungkin menangis.

Sentiasa lah bersyukur atas nikmat yang di beri
Ianya cuma pinjaman dari Yang Maha Esa.

Renung-renungkan lah~~

Bai!

Saturday, October 30, 2010

.blushing

.
18 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Girl : Hello, Assalamualaikum.
Boy : Hello, Wa'alaikumussalam.
Girl : You...You ada dekat mana sekarang?
Boy : Cuba cari I dalam hati you, ada tak?
Girl : *speechless + blusing*

Heeee... Ambil mood untuk study dulu. Esok petang ada exam. Yer, hari AHAD ADA EXAM. :"( Paper Account. Ok, I LOVE ACCOUNT SO MUCH. T_____T

Wish me luck ekkk! :")

Psst.
Comel kan entry semalam.
Suka lak baca banyak-banyak kali.
Hiksss!

Bai!

Friday, October 29, 2010

.hati, jangan cair pleaseee....

.
20 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~
.
Macam-macam I nak cerita tapi tak sempat
Heeeee~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Errrr
Nak jatuh cinta semula boleh tak?
Heeee over tau Intan nehh ;)
.
Bai!
.

Wednesday, October 27, 2010

.budak sotong

.
8 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Tadi makan dengan budak sotong.
Dia tak lah lembut macam sotong.

Dan yang pasti, dia bukan
Paul The Octopus tuu
Kuikuikui~

*dengar cerita dah mati. betul ke?*

Tapi dia suka sotong.
Sebab tadi dia makan nasi goreng sotong.
Errr...sedap ker?

Kami makan bertiga, bukan berdua.

Heyyyy, budak sotong dan kawannya.
Good luck untuk exam CTU esok.

*kasut budak sotong yang putih tu,
yang ada bear-bear tu, tak tau lah kasut siapa ahhaa*

"Kakak Intan" doakan anda berjaya.
Nanti kakak belanja anda Nasi Goreng Sotong
Chayok chayok~~ :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Huuu, tadi balik dari makan, kena hujan
Walaupun gerimis jer,
tapi I neh bukannya kereta kebal

Dah pening kepala dah neh :"(

Lagi beberapa saat,
demam akan menyerang.

Selamat datang sayang.
I lapp u much lahh.
T__T


Bai!

.kisah budak penghantar pizza dan ibu ayam

Salam Readers~

Hari tu I ada order pizza online. For the first time I order online. Mula-mula, I register lah dekat internet. Prosedur dia senang jer. Tapi bukan itu yang I nak cerita, tapi I nak cerita pasal budak penghantar pizza.

Masa I register online pizza hari tu, I kena letak no handphone, alamat, nama penuh dan macam-macam details lain, nanti senang pihak Pizza Hut nak send pizza. Then beberapa minit lepas I order, ada num handphone 010890**** call I.

Pizza : Hello, ni Cik Intanurulfateha ker?

Intan : Yer saya.

Pizza : Rumah cik dekat mana yer?

Intan : Dekat sini.... bla bla bla~~

Then lepas letak fon, I pun tunggu lah pizza sampai. Dalam 10 minit lepas tu, no 010890**** call lagi. Dia cakap dah ada depan rumah. So, I pun keluar. Ehemm ehem budak penghantar pizza tu agak hensem. Hiks. Tapi dari muka dia, I tau, dia budak lagik. Mungkin dalam 19-20 tahun.

Then lepas settle bayar dan ambil pizza, budak tu pun blah. Tapi 10 minit lepas tu, handphone I bunyi meset pulak.

"Hi Intan. Boleh berkenalan?
Saya Syam (bukan nama sebenar) yang hantar pizza tadi"

"Ohh haiii"
(I pun tak tau apsal I reply. Dem)

Lepas tu budak tu pun meset-meset I, tanya umur I lah, apa lah.. Dia tak caya umur I 24 tahun sebab umur dia baru 19 tahun. Lepas tu cakap nak kawan dengan I. I cakap, nak kawan, kawan lah. Lepas tu dia tanya pasal boyfriend. Dem. Soklan paling I tak suka. I terus tak reply dah sms dia. Gedik betul budak neh. Dasar budak hingusan, ada hati mahu mengorat kakak yang dah tua berkedut ini? Huh!

Peristiwa ini berlaku hampir sebulan yang lepas. Tapi tadi, tiba-tiba tergerak nak order pizza online lagi. Tapi masa pizza tu sampai rumah, I tak ada sebab I keluar dengan housemate, beli kek besday untuk housemate I yang lagi soang. Maybe budak penghantar pizza tu datang rumah I lagi. Tapi fuhhh nasib baik I tak ada dekat rumah. Hihihi~

Tapi baru kejap neh budak penghantar pizza yang hari tu call I. Eh lupa nak cakap. Ni scheduled entry tau. Sekarang dah pukul 2.05 pagi. I publish entry ni pagi esok jer. Ok sambung. Sumpah I tak cam suara dia mahupun nombor handphone dia. Sebab I tak save pun nombor dia. Muahahaha~~ Dia tak penting kot. Lagi penting Encik Mutiara Lipat I. Awww~~

Lepas dia sentap dengan I sebab I tak cam dan tak save nombor handphone dia, dia pun letak lah telefon. Tapi dia sms I, cakap ada benda nak cakap.

"I nak cakap something ni.
Kejap jer"

"Apedia?"

"U ada boyfriend tak?
Honest."

"Tak ada"

"Ohh, I tau u tak kenal I lagi.
I pun tak kenal u.
Benda ni I cakap tapi I tak mengharap apape lah.
U nak tak nak, tak per. Hmm"

"Apa yang u merepek ni?
Haish"

"Ahad ni budak-budak I ada buat konvoi pergi PD.
Semua budak 125. Semua bawak awek.
I tak tau nak bawak siapa. I tak ada awek.
U ikut I boleh? Haha segannya"

"Errr sorry. Tak boleh lah"

"Owhh tak per lah =)"

HAHAHA. Pelik kan? Dah lah tak kenal, pernah jumpa sekali time dia hantar pizza dekat rumah I, lepas tu terus nak ajak I pergi PD sama dia. Gila hape. Desperate betul. Dia tak takut ker I culik dia lepas tu I jual dia dekat Siam? I neh ibu ayam sebenarnya. Lalalala~~

Bai!

.menyesal buat entry tu tadi. T__T

Salam Readers~

Dem. Dem. Dem. Menyesal! Itu jer yang boleh I describe sekarang neh. Terasa menyesal sebab buat entry jumpa m**** petang tadi. Nasib baik gambar-gambar I dah delete dari handphone I. Kalau tak, tak sanggup I nak sentuh handphone tu. T___T

Baring-baring, guling-guling, baca nota untuk exam esok petang. Tiba-tiba suasana rumah senyap. Ramai housemate dah tertidur time baca nota. Tapi I pulak tak boleh tidur. Teringat macam-macam. Then pergi toilet, basuh kaki, ambil wuduk. Moga-moga tenang.

Tadi I call encik mutiara lipat tersayang. Borak-borak. Gelak-gelak. Tapi lepas letak telefon, takut balik. Meremang segala bulu-bulu yang ada. Hekhek. Ok tipu. Bulu roma sahaja yang meremang okeyh. Rasa nak call encik mutiara lipat semula jer. Tapi beliau tengah busy kot. Malas lah kacau.

Tadi I dah off lappy, nak baca nota tapi tak boleh nak focus. Bising. Dengar orang karaoke. Malam-malam buta pun nak karaoke. Kalau suara sedap tak pe. Hehehe. Then tiba-tiba teringat macam-macam. Teringat pasal petang tadi tu.

Tensen. I terus on lappy balik dan start taip entry neh. Urghh..rasa macam nak tidur, tapi otak fikir macam-macam. Nasib baik m**** tu tadi tak nampak muka. Kalau nampak, sumpah I pengsan atau demam terus.

Ohh mennnnn.. I dah start takut. Tak nak fikir... Tak nak fikir.. Tak nak fikirrrrrrrrrr!!!!!!!! Ni yang rasa lemah neh. Ni yang rasa nak nangis kang! Waaaa... Tolongggg~~ Asal berdebar-debar semacam neh. T___T

Bai!

Tuesday, October 26, 2010

.jumpa mayat dalam Sungai Kampung Morten, Melaka

.
32 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Tadi, dalam pukul 5 lebih, duduk-duduk depan rumah. Makan-makan pizza, kek, sate sebab celebrate birthday housemate. Then, tiba-tiba macam gedik nak kasik abang rumah sebelah kek birthday tu.. Sebab ada lebih. Bagi salam banyak kali tak keluar-keluar. Tidur kot. Dem. Tidur petang-petang gila lah woii! *emo*

Ok sambung. Rumah sewa I neh mengadap sungai. Then tengah-tengah tunggu abang rumah sebelah keluar, tiba-tiba nampak ramai orang kecoh-kecoh dekat tepi sungai. Kalau kepoh tu, kepoh jugak kan? Heh, I cepat-cepat zupppppppp pergi tepi sungai. Then I nampak...............

I nampak ada seorang lelaki dewasa dan seorang budak lelaki tengah tarik sesuatu. Ramai orang yang kat situ cakap ianya mayat. Tapi I macam tak puas hati. I nak jugak tengok dekat-dekat. Then... jeng jeng jeng..........................

See? Nampak tak apa yang I nampak neh. T___________T Mangsa dipercayai seorang wanita tua, cina. I tak sure, beliau meninggal dunia sebab apa. Mungkin terjatuh masa pergi jogging, mungkin di bunuh ataupun mungkin bunuh diri.

Kesian kan? :"(

Tunggu lah berita malam ni, atau surat khabar esok pagi
untuk berita penuh yerr...

*amacam, ada bakat jadi wartawan tak?*
keh keh keh~~

Boleh KLIK SINI sebab
kawan I pun ada update jugak.
Siap ada video dari saksi utama.
Hakhakhak!

(tapi kena mute dulu lagu dekat bahagian bawah blog dia)

Bai!

.nak buat yang masa satu dulu neh?

Salam Readers~

I neh memang lorat sikit. Kadang-kadang kan, benda kecik pun, susah nak buat decision. Tadi, masa tengah mandi, otak ni ligat berfikir, lepas ni nak buat apa ek?

Nak basuh baju dulu ke?
Nak bersihkan cage Bobo ke?
Nak pergi Tesco ke?
Atau nak study dulu?

Ok ok, pergi solat zuhur dulu lagi afdal kan kan? :) Ok lepas solat zuhur nak buat apa?

Nak basuh baju dulu ke?
Baju I dah banyak kurang ni.

Nak bersihkan cage Bobo ke?
Dah kotor dah cage dia.

Nak pergi Tesco ke?
Nak beli biskut, shower foam,
dan beberapa barang peribadi lain.
Dan dan nak habis time macam ni =.='

Atau nak study dulu?
Esok petang I exam paper HRM
(Human Resource Management)

Haish, kan dah pening semula. Ok, kita anggap jer semua persoalan ni dah tamat. Tapi ada lagi persoalan lain dalam kepala otak I.

Nak pilih Encik Mutiara Lipat?
Atau Encik Lengkung?
Atau Encik Botak?

Semuanya gelap. I neh dah lah gelap. I nak lah cari yang cerah sikit. At least, nanti kahwin, ada potensi untuk anak-anak I cerah dan comel. Tapi, Encik Mutiara Lipat dan Encik Lengkung tu agak cerah~~ Awww~ Heh, kan I dah pening kepala.

See?
Benda remeh pun tak boleh nak decide.
Lemah betul :"(

Eh, I belum lunch lagi!

Nak lunch dulu ke atau
nak buat semua benda kat atas tu dulu?

Urghh pening~~~~~
@.@!

Bai!

Monday, October 25, 2010

.makcik penyapu sampah

.
25 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Tiba-tiba tergerak nak tulis entry pasal makcik-penyapu-sampah. Tadi masa duduk dalam dewan exam, I duduk tepi pintu. Pintu tu lutsinar. So, boleh nampak luar. Tengah fikir-fikir jawapan apa nak tulis, mata melilau ke luar. Nampak kelibat makcik-penyapu-sampah.

Makcik tu dah berusia. Beliau berdua dengan kawannya, juga seorang penyapu sampah. Nampak kawan dia bongkok, mengelap sesuatu di lantai. Mungkin ada kotoran. Dan makcik-penyapu-sampah pula sibuk menyapu sampah.

Tiba-tiba dalam hati ni rasa sayu. Kesian tengok makcik-penyapu-sampah menyapu sampah itu. Memang beliau mencari rezeki yang halal, tapi dengan umur yang telah lanjut, sepatutnya makcik-penyapu-sampah tengah duduk rumah, tengok tv dan rehat.

Makcik-penyapu-sampah perasan I sedang memerhatikan beliau. Bila beliau pandang muka I jer, I senyum. Dan makcik-penyapu-sampah tu senyum kembali kepada I. Lepas tu, cepat-cepat I habiskan menulis jawapan pada kertas.

Zaman sekolah.
Dulu masa sekolah, I pun mempunyai perasaan yang sama apabila melihat makcik-penyapu-sampah. Rasa sedih. Macam nak tolong jer beliau menyapu sampah. Pernah sekali tu, tengah makcik-penyapu-sampah tu menyapu sampah di kaki lima sebelah kelas I, ada seorang budak perempuan buang sampah melalui tingkap. Kesian makcik-penyapu-sampah itu terpaksa menyapu. Yang paling sedih sekali, budak perempuan tu adalah anak makcik tu sendiri. Hmmm~~ :"(

Zaman Diploma.
Dulu masa diploma, I ambil course Land Survey. So, I banyak field work. Ada satu hari tu, I ada field work dekat kawasan perumahan Section 2, Shah Alam. Pagi-pagi lagi tercongok dekat tepi jalan. Then, Majlis Bandaraya Shah Alam punya lori sampah lalu. Nak kutip segala bagai sampah dekat kawasan perumahan tu. Bila lori lalu dekat kawasan site survey I, I cepat-cepat tutup hidung, tahan nafas. Normal lah kan lori sampah bau busuk.

Tapi salah seorang pengangkut sampah tu perasan I tutup hidung. Then, I syak beliau kecik hati. Beliau cakap dengan I, "Jangan lah sombong sangat". I terus tersentap. Start dari hari tu, I takkan tutup hidung sebab I tau, mesti pengangkut sampah tu kecik hati. Walaupun busuk, I akan tahan nafas.

Sebab kalau kita fikir, siapa lagi nak angkat sampah, nak sapu sampah dekat kawasan awam? Korang nak ker? Mesti korang malu kan? Walaupun kerja itu HALAL, tapi mesti ada yang malu. I pun tergolong dalam golongan yang macam tu.. I bukannya manusia yang berhati kental. Mereka tu orang-orang yang terpilih. Mesti mereka banyak dapat pahala kan? :")

So kesimpulannya, jangan lah pandang rendah pada orang-orang yang kerja macam tu. Mereka pun manusia, ada hati, ada perasaan. Kalau nampak mereka, senyum lah. Senyum tu kan sedekah. Tak luak pun, malah korang akan dapat pahala tauuu! Heeee~~

Bai!

.abang rumah sebelah

Salam Readers~

Tension tul. Abang-rumah-sebelah neh suka bikin I hot. Esok I exam. First paper. Dah lah paper yang I tak berapa nak suka sebab banyak benda kena hafal. Paper MGT420 (Management). Nasib baik esok exam petang, bukan pagi.

Sabar jer lah mak ni nyah. Baca notes, nak hafal notes tapi tiba-tiba terkejut. Kejap-kejap bunyik handphone abang-rumah-sebelah. Lepas 5 saat, bunyik lagik. Lepas 5 saat lagik, bunyik bunyik dan bunyik. Grrr.. Kuat pulak tuh. I syak abang-rumah-sebelah tengah main sms dengan girlfriend beliau.

Rumah sewa I dengan rumah beliau bersambung. Maksudnya, berkongsi dinding yang sama. Rumah sewa I neh rumah papan. So, memang suara beliau boleh tembus terus ke rumah I. Beliau kentut pun I boleh dengar. Ok tak. Itu tipu. Mesti dia kaver punya. Keh keh keh.

Geram. Geram bukan sebab I tak dapat main sms dengan boyfriend I, tapi geram sebab beliau memekak. Ok fine. Sebenarnya I jeles jugak sebab tak ada sapa-sapa nak main sms dengan I. T_____T

Saat entry ini di tulis, abang-rumah-sebelah tengah gayut telefon. Dem. Tergelak-gelak. Tergedik-gedik. Rasa mau bagi beliau makan kasut size 5 jer. Grrr! Tadi aman sekejap sebab abang-rumah-sebelah keluar. Mungkin sebab beliau pergi makan kot.

Kadang-kadang abang-rumah-sebelah ni bawak balik kawan. Kawan beliau pun suka main sms. Bunyik sms dekat handphone beliau macam ni "Action beep..Beep beep beep beep.." Tension tau tak! T_____T

Abang-rumah-sebelah ni hensem. TAPI, tak sesuai jadi bakal suami. Di ulangi, tidak sesuai. SEBAB sepanjang I duduk dekat rumah sewa ni, setiap kali time solat jumaat, mesti beliau lepak dekat rumah. Rasa dah lebih dari 3x jumaat. Haishh....harap muka jer hensem.... REJECTED.

Bai!

Sunday, October 24, 2010

.ianya ibarat perjalanan yang jauh

.
24 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Pada I, ianya nya ibarat satu perjalanan yang jauh. Dari selatan ke utara. Ada banyak perhentian. Ada banyak kawasan rehat. Ada banyak R&R.

Hubungan yang I maksudkan bagaikan tiada henti. Sampai di suatu simpang, pasti I membuat U-turn. Sampai di suatu simpang, pasti I akan belok.

Macamana nak sampai cepat? Macamana nak habiskan satu perjalanan yang jauh? Ada jer sebab perjalanan tu tak dapat di teruskan.

Mungkinkah I perlu mencari jalan mati
supaya perjalanan tu terhenti?

Bai!

Friday, October 22, 2010

.Izzati dah boleh online esok!

.
15 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Baru baca wall Izzati dekat Facebook. Adik Izzati yang update.

"baru balik dari hospital ni,coz tdi angah jaga die jap.. kakyong suruh cakap kat semua kawan2 die yang die k.salam..tadi kakyong nak suh angah on9 guna hp die sbb die nk cakap kt kawan2 die yg die sudah sedar n nak ucap terima kaseh,tapi syg nyer kredit hp die xder..huk3.. sygg die kat kwn2 die.. tapi xper,esok insyALLAH angah usaha kan internet untuk kakyong ea..=) "

Sangat kuat semangat Izzati kan? Sekejap jer dia recover. Alhamdulillah, happy sangat-sangat. Syukur~~~

Bai!

Thursday, October 21, 2010

.hati kecil ini cemburu

.
6 Sweet and Lovely Comments!

Perasaan

Cemburu

Itu

Normal

Kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Location : Malacca
Mode : Kelaut

.segala yang indah, ada disini!

Salam Readers~

Siapa suka online shopping angkat tangan. Cepat! Cepat! Ok dah, turun tangan. Pening bau keti-ak korang lama-lama. Kuikuikui~ Hari ni I nak share satu online blogshop yang jual macam-macam. Pernah dengar tak Butik eDast? Kalau tak pernah, meh I review sikit.

Sekarang kan dah trend pakai tudung ala-ala gipsi and jamaican kan kan? Tau tak camna? Meh I tunjuk mehh.

Ni lah selendang gipsi tu. Baru RM25. Murah kan? Hari tu I beli kat Jusco RM30 tau! Dah habis tawar dah tuhh. Tsk! :-( Tapi kat sini, ada banyak! Banyak warna pulak tuh~~

Yang ni pulak, selendang Maira. Ombray+Crumple. Ni pun cantik jugak kan kan? Harga sama, RM25.

Yang ni lah selendang Jamaican tu. Cantik kan? Dah lama I carik. Tak sangka kat Butik eDast ni ada! Harga pun sama, RM25. Murah kan kan? Nak beli borong pun boleh tau!

Tengok kakak ni pakai.
Cantik kan kan kan?

Comelnyaa kalau pakai brooch macam atas ni.
Klik SINI kalau nak jadi comel jugak.

Selain dari tudung, selendang, Butik eDast ni pun ada jual benda lain. Ada Blouse, Legging, Jacket, Maxi, Long Dress, Pashmina, Anak tudung, Headband, Cincin, Sepit Shawl, Hanger Shawl, Pin tudung, Sanggul, dan macam aksesori lain!

Ada macam-macam jenis tudung, macam-macam jenis selendang. Korang pilih jer mana korang suka. Sebut jer nama Intan, mesti dapat murah punya! Muahahaha!

So, apa lagik. Jom terjah Butik eDast! Err sebelum tuh, Butik eDast ni bukan dalam alam maya jer, dalam alam realiti pun ada!

Datang jangan tak datang! :)

Bai!

.Izzati dah boleh bernafas sendiri!

Salam Readers~

Dapat sms dari Hairi tadi.

Izzati dah boleh bernafas tanpa bantuan oksigen.
Fizikal dia yang lain-lain, tetap sama.

Tak apa lah, yang penting, ada perubahan yang positif.
Alhamdulillah, syukur sangatsangatsangat.
Chayok Izzati!


Bai!


.i need an engineer to be my boyfriend

Salam Readers~

Tadi dah taip entry. Ada dalam 3paragraph dan satu gambar kenangan terindah... Dah nak publish dah pun. Then baca balik, rasa tak best. So, delete jer lah. Hmmm~~

Tadi jugak, pergi blogwalking sekejap. Walaupun tak tinggal jejak, tapi I tetap baca entry-entry kamu semua. :-) So, I nak share satu entry yang I suka. Entry original dari SINI. Enjoy reading it ya~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Let me tell you why girls should eventually marry an engineer over a Law, Management, Arts or Medical School Graduate. He has three distinct advantages over the rest of the graduates.

Advantage 1:
Secure lifestyle

=====================================

An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too. Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm. Most management graduates have just failed on their first business plan. The arts graduate is still looking for a job. And the medical school graduate is still living in a hospital.

Advantage 2:

Unmatchable industriousness

=====================================

An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear. Unlike the Lawyer who will argue with you. The Management graduate who will try to control your spending, The Arts graduate who will 'change major'. And the medical school graduate who will operate on you. And you know what, it's really so easy to make engineer s believe that "You are the one". Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.

Advantage 3:
An engineer boyfriend
will never betray your trust.
=====================================

Let me first tell you what is wrong with the rest of the others - The lawyers will lie about everything. Management graduates will cheat your money. The arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate. Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that. Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you. plus they r cooler than the others. :)

I miss my engineer-to-be.

Good luck in your exam.
Take care. :)


Bai!

Aku nak exam ni..
Otak, tolong jangan serabut bole tak?
Aku tampar ko kang!

Wednesday, October 20, 2010

.teruskan berdoa untuk Izzati

.
16 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~~

Banyak sms yang I dapat hari ni. Semua berita yang menggembirakan. Alhamdulillah...

"Nurse kata Izzati ok. Pejam celik, pejam celik.
Tapi dia masih guna bantuan oksigen"

"Izzati akan beransur pulih macam biasa.
Darah dalam perut tu sebenarnya luka dekat limpa.
Doc cakap boleh diatasi. Jangan risau"

"Izzati dah boleh betul-betul bukak mata
da faham apa yang kita cakap dengan dia.
Dia dah boleh angguk-angguk tanda faham.
Cuma tak boleh bercakap lagi"

Ya Allah swt, walaupun berita gembira yang diterima, I still rasa sedih. Betapa besarnya ujian yang Allah swt beri pada Izzati. Ya Allah swt, berilah Izzati kekuatan untuk terus melawan penyakit dan terus hidup macam orang lain.

Kawan-kawan, tolong jangan berhenti berdoa untuk Izzati. Semoga doa kita semua di makbulkan Tuhan. Aminnn....

NEW UPDATE:
Tadi kawan I yang study dekat UiTM Merbok, Hazril Hafiz dah pergi melawat Izzati. Keadaan Izzati stabil. Dia sedar dan faham apa yang orang cakap. Cuma dia tak boleh cakap. Hafiz cakap dia sedih tengok keadaan Izzati. Kaki kiri dia macam teruk. Dahi kiri berjahit.

Semalam Hafiz tanya I, kalau Izzati sedar, ada apa-apa pesanan tak? Then I cakap "Cakap dengan Izzati, I sayang dia". Then tadi Hafiz tunjukkan lah sms tu pada Izzati. Dia tak mampu nak cakap apa-apa. Dia cuma geleng kepala dan airmata dia mengalir... :-( Ya Allah.. sedihnya.. Izzati.. Cepatlah sedar sayang...

Hafiz, thanks sebab melawat Izzati. Kalau you pergi tengok dia lagi, tolong update dekat I yer. Thanks sangat-sangat. Cuma Allah swt yang boleh balas jasa you.

Bai!

.bukan syair si pari-pari

Salam Readers~

Sabtu lepas, adik lelaki (Yeop) I post dekat wall facebook I, yang Chacha nak sayap pari-pari. Time tu, kebetulan I ada dekat Tesco dengan kawan I, nak cari makanan untuk Bobo. I kan 24 7 online Facebook through handphone. Kuikuikui~

Kawan I cakap, tak payah pergi Dataran Pahlawan. Try cari dekat Tesco ni jugak. Mana tau ada. Then I pergi lah Hinode Shop. Terus jumpa dan terus beli!

Gambar ni I snap time chacha datang ambil I dekat rumah sewa semalam. Dia datang dengan Mama and Yeop. Actually tu tak de lah macam syap pari-pari sangat.. Lebih kepada butterfly. Ah, hentam jer lah. Huhuhu~ Sayap tu baru RM5. Then cekak rambut + benda yang pegang kat tangan tu (Tak tahu nama) pun RM5. So total RM10.

Close up sikit :)

Huh, lihat lah muka gembira I. Tak sabar nak meninggalkan rumah sewa yang macam sauna tuh. Urghhh tak tahu lah sanggup duduk situ lagi 2 tahun ke tak... Warghh tekanan tul! T___T Time neh, I nak gi Dataran Pahlawan, beli cage untuk hamster I. Huhuhu. Nak tengok tak? Klik SINI.

Ni pulak muka gembira pari-pari wannabe.

Chacha ni memang manja. Apa-apa yang dia nak, mesti kami sekeluarga belikan. Hari tu dia request nak mahkota. Dah belikan dah dekat Sinma. Mana ntah gambar dia pakai mahkota. Tak jumpa pulak. Nanti-nanti lah I update yer..

Tadi kakak I cakap, chacha request nak kepala keretapi. Then nak kereta kebal warna kelabu. Lepastu dia request lagi dekat Yeop, nak gelongsor. Hehehe. Macam-macam perangai chacha neh. Tak larat nak layan. :)

Bai!

.presenting you my new pet!

Salam Readers~

Ini scheduled entry. I mengalami kesakitan kepalaan yang agak teruk. Haish, tak tahu lah kenapa. Maybe sebab banyak sangat test, nak buat report, fikir masalah yang datang secara pukal lagi dan maybe juga sebab cuaca panas terik dekat Melaka. Dengan jerebu tebal lagik. Haishh...dah lah nak exam. Jangan lah sakit tu datang.. Syohhh syohhh!! Pergi jauh jauh please......!

Time entry ni di-publish, I dah selamat tidur dekat katil yang empuk, di rumahku syurga ku iaitu di Muar, Johor. Tidak sanggup nak duduk Melaka lama-lama time cuti study week ni. Dengan rumah sewa yang ibarat sauna. Ohhh tidak! Baik I balik Muar dan duduk rumah diam-diam. Rehatkan otak dan minda kemudian study dalam keadaan yang tenang. Kan? :)

Since kawan I, Izzati dah semakin sembuh, rasa lega lah jugak. Ada sedikit kekuatan untuk menulis entry tentang kehidupan seharian. Tapi, I takkan pernah lupa tentang Izzati dan sentiasa mendoakan kesihatan dia pulih seperti sedia kala. Kawan-kawan lain tolong doakan sama yer! :)

I baru jer sampai rumah ni. (Time entry ni di tulis). Actually I dapat hamzah hamster lagi seekor. Kawan I, Rose yang bagi. Then I cakap dekat Mama. Then mama cakap, mama nak sekor dan sekor lagi I bela dekat Melaka.. Chacha nak jaga. Hoiii..habislah jahanam hamster I tuh.. Huhuhu.

Since I nak balik rumah, I suruh mama datang ambik dekat rumah sewa dan pergi kedai pet dekat Dataran Pahlawan Melaka. Nak beli cage untuk both hamster I. Excited sangat sebab mama nak belikan cage yang cantik-cantik. Heee~~

Ini cage untuk Bobo.

Scary pulak tengok mata dia.
Huhu.

Ini pulak cage untuk Ming-ming.
Hamster yang baru I dapat dari Rose .

Ming-ming ni kecik jer, tak gemok macam si Bobo tu.
Ming-ming ni chacha punya.
Dia dok sibuk nak kasik Ming-ming makan.

Cantik kan cage die? Both cage ni dapat harga RM120 jer. Then beli lah hygiene spray, dan segala barang makanan dan juga kelengkapan untuk hamster-hamster ni, habis dalam RM150 jerr...

Thanks a lot Mama!
Ni yang sayang lebihhhhh ni! :)

Bai!

Tuesday, October 19, 2010

.alhamdulillah, Izzati dah sedar!

.
16 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Maghrib tadi, I dapat sms lagi. Sms yang agak menggembirakan.

IZZATI DAH SEDAR!
DIA DAH BUKAK MATA.
ALHAMDULILLAH, SYUKUR SANGAT....

Thanks kepada korang yang turut mendoakan kesihatan Izzati. Tolong jangan putus berdoa dan terus berdoa kepada Allah swt supaya Izzati kembali sihat dan ceria seperti dulu.

Izzati, ramai orang sayang kamu.
Ramai yang mendoakan kamu.
Izzati kena kuat macam Izzati selalu cakap dengan kita dulu.
InsyaAllah Izzati akan sihat dan sembuh seperti sediakala.

Kawan-kawan kamu, Zana, Yatie, Ej dan yang lain-lain
tak sabar nak belikan kek spongebob
Walaupun kita bukan batch kamu, nanti kita datang jugak ekk
Jangan halau kita pulak! ;)
Nanti kita tolong snap-kan gambar untuk korang semua
Ok sayang?

Jadi sekarang ni, Izzati kena kuat!
Bangun dan lawan sakit tuuuu
Kita rindu Izzati sangat sangat :")

Sambungan dari entry ini, entry ini dan entry ini

Bai!

.Ya Allah, selamatkan lah Izzati..........

Salam Readers~

Berita terbaru yang I dapat dari Hana dan Hairi ;

"Doc kata darah Izzati banyak hilang hari ni berbanding semalam. Sekarang doc tengah masukkan darah. Tadi doc scan perut Izzati dan nampak ada benda putih. Doc tengah nak pastikan benda tu apa."

Tolong doakan untuk Izzati. Tolong....... I tak mampu nak taip apa-apa lagi.... Hanya doa yang mengiringi.....

Sambungan dari entry ini dan entri ini.

Bai!

.bangun lah sayang....

Salam Readers~

*sambungan dari entry ini*

"Akak, akak kena kuat kak,
Kita tau kita cuma pandai nasihat
tapi akak yang rasa
Tapi apa-apa pun, akak mesti kuat"

"Akak jangan nangis.
Kalau akak nak nangis, nangis hari ni jer
Esok jangan nangis lagi"

"Akak, sabar tu kan ajaib"

"Allah swt sentiasa ada dengan kita kak.
Akak jangan risau.."

"Akak, akak cerita je apapa dengan saya.
Mana tau nanti saya ada masalah,
saya boleh share dengan akak"

"Akak kena makan banyak-banyak
akak dah kurus sangat"

"Akak kalah sebab berat akak tak naik,
jadi akak kena belanja saya makan ayam penyet"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Izzati, kita tak kisah kalau kita kalah, kita kena belanja Izzati makan ker apa ke.. Kita tak kisah semua tu.. Yang penting sekarang, kita nak Izzati kuat.. Nak Izzati sedar... Lawan penyakit tu.. Izzati dah janji dengan kita nak datang Melaka. Nak jumpa kita, Zana dan Muz..

Izzati selalu suruh kita kuat time kita nangis-nangis call Izzati. Izzati selalu suruh kita sabar. Jadi, kita nak Izzati kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan Allah swt ni...

Kita, Hairi, Hana, Luqman, Yatie, Zana, Ily, Ej, dan ramai kawan-kawan DSG dan GIS yang lain, doakan agar Izzati cepat sedar, cepat sembuh, dan kembali macam dulu.. Kita masih perlukan Izzati lagi.

Izzati yang kita kenal kuat.. Izzati yang kita kenal happy go lucky orangnya... Kami semua dekat sini doakan agar Izzati cepat sembuh.. Kami semua sayangkan Izzati.. Rindu gelak tawa Izzati.. Gurauan Izzati...

Kita rindu nak call Izzati macam dulu-dulu.. Sms dan YM macam selalu... Rindu nak Izzati & Hana menyemak dan memenuhkan wall Facebook kita... Dah lama tak komen-komen macam dulu kan? Cepat lah bangun sayang...... Cepatlahh bangun.. Baru 2-3 hari lepas kita gelak-gelak dekat telefon...... Kita dah rinduuuuu niii... Bangun lah sayanggg......... :-( "
.
.
.
.
.
.

Hmm...tadi I dapat sms update lagi dari kawan I. Dia dah pergi melawat Izzati dekat ICU. Kawan I cakap,

Keadaan Izzati nampak stabil walaupun koma. Nampak ade pergerakkan sikit pada mata. Muka dia bengkak, bibir luka, dahi kiri berjahit. Doc tunggu tindakbalas dalam mase 48jam. If ok, diorang akan proceed untuk pembedahan untuk anggota lain sebab sekarang ada bleeding dekat otak kiri.

Ya Allah swt..
Sungguh mencabar dugaan yang
Kau beri kepada adik aku, Izzati... :"(
Aku doakan semoga Izzati cepat sembuh...
Aminnnnnnnnn....

Semua orang sayang Izzati. Semua orang tak berhenti berdoa untuknya... Menurut kawan I lagi, orang yang langgar Izzati, langsung tak melawat Izzati di hospital. Mana pergi peri kemanusiaan dia? Kalaupun Izzati yang bersalah, melawat lah Izzati sebab dia tengah bertarung dengan nyawa. Janganlah kejam sangat..... Ish...I rasa terkilan sangat :"(

Masa kita susah dan senang,
Allah swt tetap ada bersama kita kan?

Nanti kalau I dapat apa-apa info, I akan update lagi. Thanks korang sebab tolong sama doakan agar kawan I selamat. Jasa korang hanya Allah swt yang dapat balas. I hargai sangat-sangat.

Bai!

I cuba untuk tidak menangis
Tapi airmata tak nak berhenti mengalir
:-(

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13