Thursday, September 30, 2010

.GUA TAHU ITU SIAPA

.
4 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Gua malas nak masuk contest bekas skandal gua neh sebab gua tau, mesti gua akan menang punya. Har har har. Tapi gua masuk jugak lah yer.

Tarikh tutup 22 october 2010. Gua ingat nak jadi orang last masuk sebab takut korang semua tiru jawapan gua. Insecure much! Har har har.

Eh terlupa nak kasik jawapan.
Orang misteri sebelah hamzah adalah gua sendiri. Gua tengah melantak kuih raya. Kan gua ni bekas skandal beliau. Mesti lah raya pertama gua dah terpacak dekat rumah beliau. Har har har.
Ok, aci tak jawapan tuh?
HAHA.

Bai!

Ini scheduled post.
Gus busy ada presentation esok!


Tuesday, September 28, 2010

.doa untuk membantu mencari barang yang hilang

.
6 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Heh, update secara laju.
Sebab banyakkkkkk kerja mau buat ini malam.
Ade presentation, nak buat report, exhibition
OMG, PENAT!


Malas mau membebel lagi panjang. I just nak share surah yang I baca time I cari gelang kesayangan I tuh. Kawan I, Cik Pia sms I,
"Kakak I pesan, kalau cari benda hilang sebut nama Allah, Ya Jami'.. Sambil cari sambil sebut.. I pulak selalu baca Al-fatihah bahagian IYYAKANA'BUDUWAIYYAKANASTA'IN (KepadaMu aku bersembah dan kepadaMu aku memohon pertolongan)"
Dan ada lagi seorang blogger komen dekat entry lepas, dia cakap, kalau hilang barang, boleh baca Surah Al-Insyirah.

Tapi apa-apa pun, cari dengan sabar, jangan gopoh macam I. Kuikuikui~ Jangan nangis jer kejenya. Kang satu benda pun tak jumpa. Wek! ;p

Errrrmmmm.... Errrr kalau nak cari pakwe yang hilang agak-agak boleh tak ek? +______+

Bai!

.tak nak kehilangan lagi

Salam Readers~

Tadi meroyan I cari barang kesayangan I. Hilang beberapa jam rasa macam nak gugur jantung. Cari sambil nangis. Berhenti nangis, sambung cari. Bila tak jumpa, nangis balik. Dah lah I sangat banyak assignment nak buat malam ni. Bila ianya hilang, i terus hilang mood nak buat kerja. :"(

Adoii, sumpah I sangat sayang barang tu. Orang cakap, bila dah hilang dan kehilangan, baru kita rasa. Tak... I tak macam tu. Semasa barang tu ada, I memang sayang. I tak pernah abaikan ia. Barang ni sangat sentimental value. Sangat sangat sangat bermakna dalam hidup I. Mana-mana I pergi, I bawa. I tak pernah tinggal. :"(

I cari satu rumah, I cari dekat semua tempat. Sampaikan I cakap pada housemate I, tolong cari sekali. Kalau jumpa, I bagi duit RM10. Then kawan I sms, cakap, suruh I baca satu surah dari Al-Quran. Sebab kakak kawan I tu cakap, nanti akan jumpa. I tarik nafas, dan cari tanpa guna emosi. I kan emosional sikit. =.="

Cari slow-slow, akhirnya jumpa! Alhamdulillah :") Syukur sangat-sangat. Ini bukan kali pertama ianya hilang, sebelum ni dah pernah hilang dan jumpa semula. Dan I harap, lepas ni takkan hilang lagi. I dah tak sanggup kehilangan. :"(

Ni lah "barang" tu. Seutas gelang silver. Ia adalah hadiah pertama yang dia bagi pada I 2 tahun lalu. I tak pernah bukak gelang dari tangan I melainkan bila nak pergi cuci jer. Mesti lah I sayang kan? I sayang gila gelang ni weh. Sayang sangat sangat! I ingat lagi malam tu dia bagi pada I, dia pakai kan kat tangan I. Dia sweet sangat sangat sangat sangat malam tu. Urghhh what a sweet memory.............. T___T

Bai!

Monday, September 27, 2010

.sangat takut, terkejut tapi bersyukur

.
14 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Update secara laju. Sepatutnya I masih dalam kelas, tapi kelas batal pulak, postpone hari jumaat. Dah lah jumaat memang tak ada kelas lagsung. Saja jer tak nak bagi I balik rumah minggu ni :"( So secara rasminya, tamat lah kelas I untuk hari ni. Sekian.

Actually I baru balik dari beli nasi bungkus dekat satu gerai dekat dengan rumah sewa I. I tak lapar pun sebenarnye, even dah makan vitamin B Complex yang mama belikan tu. :"( Tapi kawan I cakap, paksa jugak makan! Ok ok, I tengah paksa lah ni. =.="

Tapi bukan tu yang I nak share dengan korang. Tapi........ Errr...Tadi I nampak satu couple ni gaduh depan mata I. Dekat gedai makan tu. Waaaa...sangat tekejut! Time tu I dah siap dah pilih-pilih lauk (padahal 1 lauk jer) lepas tu nak bayar lah. Tiba-tiba ada satu motor berhenti sebelah I. (Gerai tu tepi jalan)

Dekat motor tu, couple yang naik. Tiba-tiba boy yang bawak motor tu, pukul pukul kepala girl tu Muka laki tu agak bengis ah, tengah marah kan, mesti lah bengis, takkan nak senyum pulak. Girl tu pakai helmet. Dia dah meraung-raung dah nangis. I secara spontan nya terus ter-lari kearah lain. Mana lah tau, kot-kot I kena pukul sekali.

Gila kuat okeyh boy tu pukul girl tu. Tak tau lah doang gaduh sebab apa. Then, kakak gerai tu cakap, "Jangan takut, biasa lah tu." Tapi pada I, benda tu bukan perkara biasa. Even girl tu buat salah sekalipun, jangan lah pukul wehh. Sakit tuuu... I kena marah pun dah nangis, lagi lah kena pukul.

Time adegan pukul memukul tu, suami kepada kakak gerai makan tu tolong leraikan. Sumpah berdebar-debar jantung I. Girl tu terus ke toilet, sambung nangis dalam toilet kot. Then boy tu duduk minum dekat gerai tu. Dia tengok-tengok I, tapi I buat-buat tak nampak. Walaupun dia hensem *kuikuikui* tapi dia dayus sebab pukul perempuan! Lagipun, doang baru couple kot, belum kawin lagi. Kalau dah kawin, ntah macamana. *emo*

Apa-apa pun, I bersyukur sangat sebab time I couple dengan beliau,
beliau tak pernah sakitkan I, tak pernah pukul I walaupun I neh banyak cekadak dan banyak songeh. Kuikuikui~ Eh tapi sebenarnye, beliau tak sempat nak pukul I sebab I dah smack down beliau dulu. Lalalala~~

So kesimpulannya, sayangilah wanita atau perempuan di sekeliling anda. Korang suka ker kalau adik, kakak atau mak korang kena pukul? Mesti tak kan? So, tak mau pukul-pukul k. Belai-belai tak per. Hihihi. Ok, I nak sambung makan.

Bai!

Sunday, September 26, 2010

.sebab mengapa i selalu sakit

.
22 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

I bersiaran daripada rumah sewa tercinta, Melaka. I balik rumah lagi minggu ni. Ye lah, I kan selalu sakit. Daripada I duduk rumah sewa, baik I balik rumah sendiri. At least dekat rumah, mama jaga I. Gila best ok duduk rumah!

Bila bangun pagi, mama kejut. Mama siapkan breakfast, buatkan air susu suam. Siap bawakkan breakfast I masuk dalam bilik I lagi. Lepas tu suruh makan ubat. I di layan bak puteri. Kalau macam ni, nak sakit hari-hari lah. Huuu~

Semalam kawan I text I, dia tanya "Weh, kenapa you balik rumah?" Then I dengan selamba badak nye reply "Kan I demam, sebab tu lah I balik. Kalau I mati, at least mati dekat rumah sendiri" Gila serius jawapan I kan? Lepas tu, mesti lah kawan I marah I kan =.="

Ok, mari berbalik kepada tajuk entry. Kenapa I selalu sakit. Mama cakap, antibodi I lemah, I kurang minum air masak. Lepas tu, I selalu makan tak habis. Macamana nak makan habis kalau makan lebih sikit I nak muntah *alasan haha* I terlalu kurus sampai I selalu sakit dada. Ye lah, dah tak ada lemak dekat badan, macamana nak panaskan badan I. Malam-malam gigil sejuk. =.="

Mama cakap, I dah tak cantik. Pakai jeans dah tak nampak peha, punggung. Bila freehair, nampak leher yang boleh takung air. Nampak cengkung macam jerangkung. Urghh baru sedar betapa buruknya kurus. Jadi kepada anda anda anda semua yang berisi tuh, bersyukur lah yer ^^

Tapi sebenarnya tu semua alasan. Cuma ada satu sebab jer kenapa I selalu sakit. Korang pun tau kan kenapa. Hihihi :) I tak boleh susah hati. Jadi sila jangan buat I susah hati dan sila lah gembirakan hati I yer kawan-kawan semua :)

Tadi timbang badan I dekat Tesco Melaka, turun 1 kg dari 36 kg ke 35 kg.. Rasanya baru timbang last week kot. T___T Gila cepat turun berat. Ker mesin penimbang tu rosak? I rasa penimbang tu rosak kot. Lalalala~~

Then mama belikan I suppliment dekat Farmasi. Tanya lah ahli farmasi tu, suppliment untuk naikkan berat badan, then dia terus suggest-kan ubat dekat atas ni. Dia cakap, pekerja dia pun makan ubat neh gak. Dan berkesan. Murah jer, Rm16.90. Ada 100 biji. Sehari makan 2 biji. Tapi kena minum banyak air masak and I akan cepat rasa lapar. So, dia suruh I spare biskut atau roti dalam beg time pergi kelas. Tapi nanti bila berat badan I dah mula naik, makan sebiji sehari je.

Mama tanya I, berat badan I paling tinggi berapa? I cakap lah, dalam 42 kg time sekolah dulu. Then mama cakap, kalau boleh dapat naikkan berat badan sampai 40-42 kg, mama nak bagi I something yang I sendiri unpredictable mama nak bagi. Huuu~ Apakah? I tanya apa dia. Mama tak nak kasi tau.

Errr kalau angah nak request hadiah boleh tak? Kasi semangat sikit nak naik berat badan. Angah nak budak ni. Mama tolong pinangkan dia untuk angah. Err boleh ekk.. Hakhakhak. Err tak tak tak. Main-main jer. =.="

Candid @ Tesco.
Adik I (Yeop), Chacha & Mama

Angah nak kereta sebiji (bukan kereta mainan atau kereta sorong). Kalau tak dapat suzuki swift, dapat viva pun ok. Dah boring lah bawak motor. Lagipun asyik melayang-layang jer. Tak pun angah nak iPhone 4. Boleh ek mama. Jangan nak buat-buat tak nampak pulak entry ni. Angah tau mama baca blog angah. Huahuahua~~

So korang, doakan I cepat naik berat badan ek. Boleh I kasi korang tumpang naik kereta baru I. Hakhakhak. Chacha memang suka tiru I. I pakai jeans dengan baju putih, dia pun sama. I nak kereta, dia pun nak. I nak si dia, chacha pun nak! Err! *tadi dia sebut-sebut pasal hairi, angah, b mana? =.="

So, wish me luck yer :)

Bai!

.DiGi iPhone 4 Me

Salam Readers~


Oh oh oh! Adakah I terlambat untuk post entry ni? Oh tidakkkkk! Semalam I mimpi basah ada orang nak belikan iPhone untuk I. Kuikuikui~ Gila terbaik ok kalau ada orang nak belikan! Memang tak carik lain lah *dasar materialistik! Hikss!

Dulu-dulu, I tak tertarik langsung dengan iPhone neh. I ni jenis tak suka sangat handphone yang touch screen, sebab macam susah jer nak taip sms. I tak macam budak ni. Suka sangat handphone touch screen.

Tapi since iPhone 4 launched baru-baru ni, I rasa macam "Eh, I nak!! Tak kira!"

iPhone4 NuffNang Badges 2 DiGi iPhone 4 Me
Selama ni, I kalau beli handphone, I tak survey pun. Apa dia cakap, I ikut. Apa yang cantik di mata dia, cantik lah di mata I. Ok fine, I memang pemalas untuk google tentang handphone.. Lalalala~~

Tapi kan, sejak malam tadi, I macam terus set dekat kepala otak, "I mesti beli! I mesti beli!" Tapi bila tengok harga iPhone 4 tu, "I mesti mati! I mesti mati" sebab mahal kot harga iPhone 4 ni. Lagi-lagi dia baru released dekat Malaysia. Ohh hancur hati I... T__T

Then bila bangun pagi, cepat-cepat on lappy, search tentang iPhone 4. Survey punya survey, iPhone 4 yang dari Digi paling murah. Ye, PALING MURAH! Errr sebenarnya, semalam, dalam mimpi, dah ada orang tolong kirakan berapa harga iPhone 4 tuu compared dengan telco-terkemuka-lagi-satu-yang-tak-boleh-bagitahu. Huhuhu.

Plan iDigi paling murah baru RM58 sebulan. Untuk student macam I ni, memang mampu lah sangat~ Sekarang bil handphone I pun lebih dari RM100. Kuikuikui~

Ohh ohh, camera dia sangat menggoda!

I ni kan gila camera. So, iPhone4 ni sangat sangat sangat sangat lah sesuai dengan I. Sebab? Sebab camera dia 5 megapixel dan boleh 5 kali zoom! Memang jelas lah muka siapa-siapa yang banyak jerawat tuh. *fuhhh nasib baik muka I tak banyak sangat err! Tak payah lah I susah-susah kumpul duit nak beli DSLR tu. Guna camera iPhone 4 pun dah cukup puas hati :")

Lepas tu kan, yang best nya tuh, bila video call, nampak macam real. Sebelum-sebelum ni, kalau buat video call pakai handphone lain, pixel akan pecah-pecah kan? Macam tak jelas sangat. Urghh! Tekanan~ I nakkkkkk iPhone4 niee...... Nanti boleh lah video call selalu bila rinduuuuu.. Hukhukhuk~

Heh, I ni suka surf internet, suka sms, dan suka dengar mp3 dalam satu masa. So, banyak ler applications yang I bukak dalam satu masa tu. Tadi tiba-tiba bila I surf, I tengok iPhone 4 ni ada Multitasking. Ngeh ngeh ngeh~ So, I boleh switch kemana-mana application secara zuppp zupppp berdezupp laju~ Tak de nyer nak hang-hang bagai. Lagi satu, dia tak memudaratkan pun jangka hayat bateri. Ohh suka! suka!! suka!!!

Kadang-kadang kan, screen handphone kita tak jelas kan bila surf internet? Tulisan kecik sangat lah, hape lah, walaupun dah beribu-ribu kali zoom. Tapi dengan iPhone 4 ni, gambar dan tulisan teramat lah jelas. Nak nak nakkk!!!

Sangat jelas kan?

Ia di panggil Retina Display. Serius, macam display betul-betul dekat retina mata kita ni. Kuikuikui~

Kebanyakkan handphone cuma ada satu microphone tapi iPhone 4 ni ada 2! Mic utama terletak di bahagian bawah. Ia di gunakan untuk phone calls, untuk voice commands dan memo. Dan mic yang kedia pula untuk headphone. So, dengan adanya kedua-dua microphone ni, tak ada lah korang kena terjerit-jerit bila tengah gayut sebab dia akan menghasilkan perbualan yang senyap. Kira macam perbualan dalam kelambu lah. Kuikuikui~

Dan last sekali, yang best pasal iPhone ni, boleh record, edit dan share video terus Bukan video biasa yer, tapi HD video! Urghh! I want! I want! Ni rasa nak nangis ni kalau apa yang I nak, I tak dapat. Jom tengok gambar lagi, kasik air liur korang meleleh tengok iPhone 4 ni.

Engineered Glass.

Stainless Steel Band.

Apple A4 Processor.

Gyro + Accelerometer

Multi-touch.

Ouch! Sudah tergoda? Jom nangis sama-sama sebab tak dapat beli iPhone 4 ni. Isk! T___T Tapi kalau lah Digi & Nuffnang baik hati, please please please bagi iPhone 4 ni pada I yerrrrr........ Heeee!


I want a Digi iPhone 4!
I rather die than live without it~
Wuuuu~~~

Bai!


Credit pictures : HERE


Saturday, September 25, 2010

.jatuh cinta lagi?

.
8 Sweet and Lovely Comments!


"Hei sayang ku akulah pemuja mu... Sampai bila-bila, cintaku kan berbunga... Tiada apa dapat menghalang, tiada kau aku gila bayang... Tiada cinta mu ku tak senang... Cemburu resah ku tak menentu... Diri mu segalanya sempurna... Oh kanda sungguh aku tergoda... Pujaan malaya...
This aint no lie... Hari ke hari ku ternanti-nanti... Cinta mu tidak terbanding, nyata tiada setanding... Walau ku rentas benua... Terbentang luas angkasa... Tak seluas cinta ku... Come on my baby... Let's get it on...
Terbang cinta mu buat ku layang... Renyuk resah bila kau pujuk... Mama bilang jangan ku percaya... Lelaki akan memuja hanya pada mulanya... Nasib kita bukan semua sama... Tapi ku kan sedia... Agar tak merana~~"


Rasa macam dah jatuh cinta semula!

Heyy heyy!
I miss my gedikness.

Hi handsome,
Jom jumpa! :")

Bai!

.dah tau i ni suka nangis, jangan lah buat i nangis!

Salam Readers~

Siapa yang dah lama kenal I dan dah lama baca blog I mesti tau I ni jenis macamana kan kan? "My heart is fragile. Please handle with care " Hey hey! Ingat I main-main ke tulis macam tu dekat profile I tu ha? I really meant what I said oke. Garang tak? Hakhak.

Ok, I ter-touching lepas I baca entry ni dekat blog ni.
intan, u always strong fight your depressing off of your head.. u appear a smile all the moment u through.. this world is full of surprises and wait for your exploration.. don't ever give up on it babe.. i knew u could.. :)
Mereka adalah antara kawan terbaik pernah I ada. I ada ramai kawan. Tak terkira kawan I. Tapi, kawan-kawan I tak boleh selalu ada dengan I. So, mana yang dekat dengan I jer lah selalu temankan I sebab I tak boleh sorang-sorang. ILYSM! :)

Bila I tengah sedih, tiba-tiba I dapat sms;

"Sis, free tak?
Jom lepak!"

"Intan, you kat mana?
Dah makan
Jom lepak mc d?"

"Intan, dah tidur ker?
Jom pergi pantai"

"Intan, nangis lagi ke?
Jom jumpa kejap"

Dan cepat-cepat I reply, "JOM!!!!!!!!!" Muahahahahaha~ Maka, melepak lah kami dengan gumbiranya. Ah, tak kisah, mata bengkak ke, hati kosong ker, kepala sakit ke, tapi bila jumpa mereka-mereka semua, I jadi happy! Tak kisah lah happy tu cuma ada ketika mereka ada, tapi at least, I dapat lupakan "perkara itu" seketika. Ok tipu. I takkan pernah lupa ok. :) Saiko tul =.="

Siapa kata kawan dekat alam maya tak boleh jadi kawan rapat dekat luar?


Gambar atas ni time malam merdeka. Malam ni lah antara malam yang I down. Tiba-tiba Cimi sms, tanya dah tidur belum sebab mereka on the way datang rumah sewa I, nak buat I happy. Thanks buddies!

I down bukan cukup sehari. Berhari-hari ok. Beberapa hari lepas tu, doang ajak I lepak lagi. Kali ni pergi Fun Fair. Walaupun tak main apa-apa, tapi sangat happy bila gelak-gelak dengan doang semua.

Ok fine, I paling kurus.
Model memang lah kurus kan kan?
Hak hak hak!

Tak cukup dengan lepak dekat Melaka, doang sanggup datang rumah I dekat Muar ni. Rumah I bukan dekat bandar muar. Dekat kampung jer. Jauh! Really appreciated!

Mereka lah geng spender basah terbaik! Hakhak~ Ketua geng spender basah tak suka ambil gambar. See, kaki beliau je yang nampak. Siut jer, kaki nak letak dekat muka I. Grr!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Walaupun I ada ramai kawan dekat Melaka,
tapi I tak pernah lupa geng geng The Gorgeous I.
Sebab???
MEREKA TETAP TERBAIK!

:: The Gorgeous ::

Eyka, Eny, Hana, Syida, Akmall.
I miss you guys.

Eyka,
I miss to share the laugh and tears with you.

I really miss you
Can u lend me your shoulder?

T___T

Bai!

Pssst!
Kila, Lieza, Lizamer, Sofia,
Syasya, dan ramai lagi
Bila nak jumpa? :)

*tak mampu nak letak semua nama*

.selamat datang sayang!

Salam Readers~

Duduk rumah sorang-sorang. Mama pergi beraya. Sampai hati pergi bersuka ria dan tinggalkan anak yang sakit dekat rumah. Ok fine, I dah tua, tak perlu di kasihan kan. T____T

Mama beraya dengan Abah & Chacha, Yeop pulak ada trip, maklum lah, beliau kan seorang cikgu yang berdedikasi =.=" Adik pulak ada kelas ganti dekat sekolah. So, I duduk rumah dengan nenek. Nenek pun dah uzur sangat.

Badan I masih panas. Nak buat apa-apa pun tak ada mood. Sebelum ni, kalau balik rumah tengok internet, macam nak terkam. Tak nak lepas. Sebab internet kat rumah laju, tak macam kat rumah sewa tu. Tapi sejak-sejak sakit neh, malas lah sangat. Asyik nak baring jer. Badan tersangat lah letih. So, blog pun malas mau update. ~.~

Kalau I demam, penyakit-penyakit lain pun datang sekali. Kira macam milo paket 3 in 1 tu. Tak payah masuk gula dah *tibe-tibe Tapi serius. I tak suka sakit. Tapi I pun tak tahu apesal I ni selalu sakit. 2 hari lepas, I terbangun time pukul 3 pagi. Tiba-tiba dada I cam sakit gila. Sumpah sakit. Kejut mama, cakap sakit, mama suruh makan panadol jer. Nangis nangis nangis. Ngadu dekat dia. Tak tahu dah nak ngadu kat siapa. Nasib baik dia ada. -.- Ok tak nak cita lagi.

Lepas letak telefon, nangis nangis nangis lagi. Lama-lama terlelap. Sedar-sedar pun, dah pagi, mama ketuk pintu. Bangun tidur makan ubat *lagi Hari-hari hairi makan ubat. Rasanya dah tak ada kesan kot sebab hari-hari makan benda yang sama.

Semalam dengan bangganya I nak cakap, I tak makan nasi langsung. Cuma makan roti jalan 2 keping untuk the whole day. Bukan tak nak makan. NAK SANGAT SEBAB I LAPAR GILA OK! Perut I ni bukan setakat leper, dan melengkung dah. T__T Tapi masalah sekarang, I tak dapat nak makan. Makan je nak muntah. Muntah je nak makan. T__T

Tadi mama call, suruh I makan nasi lemak, ada dekat dapur. Lepas tu suruh I minum susu suam. Ermmmmm nasi lemak? Dengar nama pun, sudah membantutkan selera. Urghh! Tapi I macam teringin nak makan Mee Raja dengan air Pink Panther dekat Murni SS2.

Google Image.
Mee Raja.
Udang dia sangat mengiurkan ok!
Nakkk!!!

Ok tu je mau update. Jangan tanya kenapa tajuk entry I "selamat datang sayang" ok. I pun tak tahu kenapa. I dah start pening kepala ni. Tak boleh online lama-lama. Nampaknya I kena jadi blogger pencen kot. =.="

Bai!

Thursday, September 23, 2010

.obsession

.
30 Sweet and Lovely Comments!

JANGAN PUJA SAMPAI KECEWA.

I'm on MC again~

Dah agak dah
Kalau pergi klinik, mesti dapat MC
Sebab tu tak suka pergi :-(

Wednesday, September 22, 2010

.lemah tenaga batin

.
36 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Hari ni bangun pagi dengan azam yang baru. Nak jadi kuat kuat kuat dan kuat macam power rangers merah tu. Tapi kepala pulak agak pening-pening. Rasa sejuk satu badan. Ingatkan sebab I memang tak tahan sejuk.

I cuma ada 1 kelas je hari ni
dan kelas tu pun dah dibatalkan sebab kami ada program "Coffee Talk". Kira macam talk show lah. Kami sekelas yang kena organize so, seawal 7pagi dah kena prepare dewan.

Start dari hari isnin, econ dekat satu bangunan campus I rosak. So, memang panas lah kan? Semua orang merungut, panas, panas, panas. Tapi I relaks je. I sejuk, siap pakai jacket lagi. I ingat sebab hari masih awal pagi. Tapi bila dah tengahari, I masih sejuk. Masih tidak berpeluh langsung. Dan masih kekal dengan jacket tuh.

Kawan-kawan dah start jeles dengan I. Hakhakhak. "Weh Intan, kau tak panas ke pakai jacket tu?" Then I jawap, "Kita sejuk lah weh". Haha. Dahsyat kan? Then lepas habis talk show tu, sesi makan-makan lah kan? Tapi serius shit I tak boleh makan. I pening kepala. Mintak kawan punya minyak angin sikit.

Ada macam-macam makanan. Ada naget, karipap, nasi lemak, kek marble, puding. Macam-macam lah. Semua makan tuh free je. Tapi I tengok sebelah mata jer. Bau minyak dekat karipap tu je dah membuatkan I rasa mual dan mahu muntah. I just minum segelas teh tak berapa panas dan cepat-cepat balik rumah sewa. Masa tuh dalam pukul 11 lebih.

Sampai rumah, I terus tukar baju, dan Zzzzz... Dalam pukul 1 lebih tu, I terbangun sebab alarm I berbunyik. Suppose I kena pergi discussion dekat library pukul 2.30 pm ni. Tapi bila bangun tidur, kepala I sakit dan pening gila pork. I terus minum ajaib iaitu air mineral. I neh dah lah sangat liat nak minum air masak. =.="

Kepala semakin pening dan sakit. Baju I dah basah sebab berpeluh. Rumah kayu memang panas kan waktu tengahari? :"( Tekak rasa loya, mual dan macam-macam rasa lagi. Terus pergi toilet dan muntah hijau. Damn. I tak suka muntah ok. Sangat seksa plus I geli. Euww~ Tapi nak buat macamana. Nak tahan-tahan tak boleh. Lepas muntah, I rasa ok sikit walaupun masih pening. Tak macam masa baru bangun tidur tuh.

I tak tahu lah kenapa. Last I makan, petang semalam I makan nasi goreng paprik. Sedap tak sedap sangat lah. Macam biasa, I makan tak habis. I malas nak pergi clinic. Ubat yang dulu-dulu pun tak habis makan lagi. =.=" Kang I kena perli dengan pegawai kesihatan kat clinic tu kang. Asek saket memanjang. Rasa nya sem ni dah lebih dari 5 kali I pergi clinic UiTM tuh. Lemah tenaga batin betul kan? T___T

Bai!

Tuesday, September 21, 2010

.go go power ranger merah go! go! go!

.
32 Sweet and Lovely Comments!



Setiap hari kumohon, Agar Kau sentiasa... Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan... Menempuh segala dugaan yang mencabar ini... Pasti punya ertinya...

Engkau beriku harapan... Menjawab segala persoalan... Hadapi semua dengan tenang... Dengan merasa kesyukuran... Ku doa Kau selalu... Mengawasai gerak-geriku... Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu...

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini

Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca... Jikalau tidak bersabar, hancur berderailah akhirnya... Tabahkanlah hatiku, melalui semua itu... Ooh... Kuatkanlah... Cekalkanlah diriku...

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku
:)

Bai!

.day2

bangun pagi,
mata sembap
dan bengkak

dem! mesti tym tido malam tadi
mimpi kena cubit dengan cikgu tym skola dulu3
sebab tu mata bengkak
macam tak de mimpi lain jerr
mesti nanges sebab kena cubit
mengada ngade betul
=.='

cepat cepat g basuh muka
mandi wangi wangi
pakai baju paling cantik

hari ni ada kelas faveret dengan lecturer faveret
focus intan! focus!

semoga hari hari korang ceria!
selamat hari selasa :')

psst!
update using hp

Bai!

Monday, September 20, 2010

.mama selalu pesan....

.
16 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

Mama I selalu pesan,

"Baiki diri anda dan jangan jatuhkan orang lain"

Bila fikir-fikir balik,
sangat betul apa yang mama cakap.

I kena baiki diri I.
Kena repair.
Dah banyak sangat rosak.
Suiz terbakar semua
=.="

Eh, apesal ntah I suka buat
entry pendek-pendek hari ni
Lempang kang!
Grr!

Bai!

.rasa nak tercabut hidung

Salam Readers~

Baru lepas lunch dengan Abang Padil dan Kak Lin. Dieorang datang dari KL ke campus I sebab nak hantar Proposal FYP. Oh ye. Abang Padil ni abang kepada seorang teman lama I satu masa dulu.

Dah jauh baru terhegeh-hegeh nak snap.
=.="

"Thanks sebab datang Melaka and jumpa kita. :) Thanks sebab belanja kita makan tadi walaupun kita makan tak habis. =.=" Dan thanks untuk semuanyaaa... Happy sangat dapat borak dan lepak dengan korang. Abang Padil dengan Kak Lin baikkkkkkkkk sangat. Walaupun Abang Padil bukan abang betul kita, tapi Abang Padil treat kita macam adik kandung. Kak Lin pun sama. Sayang korang sangat sangat sangat! Errr kirim salim adik kembar kamu yer. Masa dia kahwin tahun depan, jangan lupa jemput. Kita nak kad yang wangi! :")"

Hmmm~ Tak tahu lah kenapa tapi hidung ni terasa gatal gila. Macam nak tercabut pun ada. Mungkin resdung. Mungkin jer lah. I pun tak tahu sangat ciri-ciri orang sakit resdung. Tsk! Sangat tidak selesa. Grrr geram! :"(

Banyak benda nak tulis, tapi rasa macam malas pulak. I kan pemalas. Tak tahu lah apesal. Kalau balik Melaka jer, mesti nak demam. Grrr! Kang pindah campus jugak kang.

Oh yer, semalam ada 4 orang bloggers datang raya rumah I yang dekat hulu tuu. Thanks sangat-sangat korang. :) Best sangat. Tapi I kecik hati ok. Sebab lepas balik dari rumah I, korang pergi karok tak ajak! Urghhh! T___T

Thanks a lot korang!
Cimi, Sara & Nurul

Doang datang berempat.
Sekali dengan Heidi.

Mama I pun melayan jer kami.
Huuu~

Bila mau lepak sama lagi?
Rindu mau peluk cium korang semua :"(

Oh ye. Pasal kenyataan dia dalam entry-entry dia tu, I mengaku memang betul apa yang dia cakap. 100% betul. Teruk kan I? I malas nak link ke blog dia. Sebab I tahu, korang pun tau siapa yang I maksudkan.

So, dah nampak kan I ni sangat jahat.
Sila jangan kawan dengan I!

Tak ape.
Jangan risau.
I Ok jer.

Redha~ :")

"Orang jahat memang di balas jahat"
HUKUM KARMA.
*padan muka I kan?*

Bai!

.day 1

Salam readers.

Update using hp.
Baru habis kelas.
Semua dah dapat test result.
Tapi I tak dapat.

Lecturer missplace my paper
='(

..Bai!

.bergaduh itu tak best

Terasa macam budak-budak pulak
Heee~

Tak apa lah.
Serahkan pada takdir.

Sekarang dah tau siapa kawan
dan siapa lawan :)

Tiba-tiba rasa tak best je blogging ni

Cuma satu nak cakap.


Terima kasih banyak-banyak.

Bai!

Sunday, September 19, 2010

.susahnya menjadi intan

.
21 Sweet and Lovely Comments!

Salam Readers~

I dah sampai rumah sewa dekat Melaka ni. Dan esok, akan bermula lah kehidupan seorang student kembali. =.=" Ohh SANGAT SERONOK okeyh! T______T

I sampai Melaka dalam pukul 8 lebih sebab gerak dari rumah I sebelum maghrib. Muar-Melaka sejam jer. Then terus pergi rumah uncle I dekat Ayer Keroh. Lagipun, I simpan skuter I dekat rumah uncle I tuh.

Then lepas makan-makan, I gerak balik rumah sewa dulu. Dalam 20 minit lah jauhnya. I bawak skuter, Mama, Abah & Chacha naik kereta. Time bawak motor sorang-sorang tadi memang syok gila. Siapa pernah tengok I bawak motor mesti terpegun. Ok fine, tak ada siapa antara korang pernah nampak. =.=" Mesti korang cakap I tipu kan? Ah lantak! Grrr!

Tapi memang best lah bila bawak motor laju-laju. Gila melayang-layang. Rasa macam terbang tinggi tinggi! Eh macam nama blog budak tu je. Ah lantak. Gua merajuk sama dia. Ok sambung. Sumpah, gua tak tipu ok. Hari tu, time baru-baru break up, lagi nak meroyan bawak motor tu. Nasib baik gua bawak kawan. So, boleh fikir lagi lah pasal kawan. Eh..kalau cerita tentang benda ganas, mesti kena "gua lu gua lu". Baru nampak real! Har har har!

Eh korang. Korang pernah terfikir tak, kalau korang tengah depressed, tengah pressure, korang nak bawak motor laju-laju lepas tu accident pastu masuk hospital? Pernah tak? Pernah tak? I selalu fikir macam tu ok. I memang mintak pun. Gila kan I? Sebab I nak tengok, siapa yang akan ambil berat tentang diri I. Tapi I takkan buat pun. Cakap je lebih. HAHA.

I tahu, Tuhan masih sayangkan I. Masih pelihara I. :) I tak pernah lagi accident. Ok tipu. I pernah accident sekali time I dekat UiTM Shah Alam. Itu pun tak teruk. Cuma luka sikit dekat peha, tangan dan kaki. Huhu.

Tadi I sampai rumah sewa dulu. Sebab I merempit. Cilok sana, cilok sini. I bawak skuter ego jer. Sesuai lah dengan badan I yang kecik ni. Dulu I bawak VS tapi sejak I accident dekat Shah Alam dulu, mama terus tak kasik I bawak skuter VS tu lagi. Mama cakap, nanti I accident lagi. :"( Sekarang skuter VS tu adik I pakai bawak pergi sekolah.

Tadi sebelum sampai rumah uncle I tu, Abah cakap dekat I masa dalam kereta yang I dah kena bawak kereta sekarang. Jangan bawak motor lagi. Bahaya. I dah ada lesen, cuma kereta jer tak ada. Dekat rumah ada 4 kereta. Untuk Abah, Mama, Kakak and Adik lelaki I yang baru habis degree tu. I jer pakai motor. Abah kata, kalau ada duit lebih, nak belikan I kereta. I tak mintak kereta mahal-mahal. Suzuki Swift je pun ok. Hakhakhak!

Ok sambung cerita balik. Mama sampai rumah sewa I dalam 10 minit lepas I sampai. Lepas keluarkan barang dari kereta, salam-salam, cium cium dengan Mama, Abah and Chacha.

"Angah ada duit tak?"

"Ada lah sikit. Tak pe Mama, cukup"

"Nanti Mama bank in lah macam biasa"

"Ok! Heee.."

"Angah makan lahh.. Jangan lah tak makan"

"Ok Mama, Angah makan,
bukannya Angah tak makan"
*air mata bergenang
tapi cover line cemerlang*


"Tapi Mama tengok Angah makin kurus,
macam sakit tibi je"

"Eh, mana ada.
Kalau sakit tibi, mesti batuk-batuk kan?"
*gelak*

"Kalau ada apa-apa masalah, bagitau Mama.
Makan, jangan tak makan"

"Iyee..Angah makan.
Makan yang mahal-mahal lagi!
Mama kena bagi duit lebih lah"
*gelak*

"Belajar rajin-rajin.
Mama dengan Abah sayang Angah"

"Ok Mama"

I tau Mama I risau I macam ni. I tak cerita face to face dengan Mama pasal apa yang I rasa sekarang. Tapi I tau, Mama I tau. Semua mak tau keadaan anak dia. Cubit peha kiri, peha kanan rasa. Eh gua masih tak boleh terima peribahasa ni. Gua dah try cubit peha kiri gua, tetap peha kiri sakit. Peha kanan ok jer.. Tak caya try korang buat. Huuu~~

Ok sambung balik. Tapi I macam biasa lah, dekat rumah I pretending like nothing happened. I tahu Mama I baca blog I. "Hai Mama~ Welcome to my blog! Heee..." Mama I pun ada blog. Klik SINI untuk sekodeng.

Siapa tak risau dengan keadaan diri yang macam orang gila. Ok tipu lagi sekali. I tak lah macam orang gila. I masih waras. Cuma kadang-kadang I tak boleh kawal emosi. Weyh korang ingat I nak mintak simpati dari korang ke tulis ni semua? Tak lah weh. I memang suka tulis blog. I tak kisah, orang baca atau tak. Yang penting I puas. Blog ni ibarat nyawa I. Memang I banyak kali tulis entry, I nak berhenti blogging tapi I tak boleh. Sebab I rasa, blog ni je kawan paling rapat dengan I.

I tension bila seluar jeans I yang cuma size 25 tuh longgar. Siap kena pakai belt. Itu kira ok lagi. Ini siap tak nampak betis dan peha. Rasanya boleh masuk lagi satu kaki dalam seluar tu. T___T Baju pun sama, longgar sana sini. Damn ah. Serius, I bengang.. Berat I sekarang 36kg ok! 36kg untuk seorang perempuan yang berusia 24 tahun! Kawan I siap cakap, itu berat doang time darjah 6 =.=" Bila tengok diri sendiri depan cermin, "Eh, kenapa aku macam ni? Aku makan lah weh. Aku bukan tak makan tapi kenapa aku tak besar-besar?"

I memang sakit hati. I tension. Grrr! Esok I berniat nak puasa enam. Mama kata, pahala orang puasa enam ni macam orang yang puasa setahun. I tak tau I larat ke tak. Sebab I neh nafsu makan macam buaya. Tapi nanti makan tak habis. Ah sakit hati ah!

Tiba-tiba I rasa tak guna I berubah kerana orang lain dan bukan kerana tuhan. Teruk kan I? Baik I jadi diri I. Lantak orang nak cakap apa. Yang penting I happy. Kalau pakai tudung tapi sembahyang tak cukup, buat apa. Ye tak? :)

Rasa macam dah panjang gila I membebel. I nak rehat. Esok kelas pagi. Hai hai buku. Kita jadi kawan karib ye. I tak nak couple dengan you. Sebab ada orang kata, couple tu tak ada dalam hadis dan Al-Quran.

Selamat Malam!
Bai!

Pssst!
I tak kisah orang nak blame I nak kutuk I atau apa saja bila baca entry dekat blog dia. I tahu I tak sebaik dia. Terima kasih banyak-banyak untuk semuanya :) Hidup I memang tiada privasi. Orang lain cuma tau mengata sebab dia tak merasa sendiri pedihnya.

.minyak gas satu tin, sumbu kasi lebih

Salam Readers~

Pergh, I tak tahu kenapa I emo sangat-sangat hari ni. Sumpah weh. Tak de nak cakap baik-baik. Semua orang I nak sumpah jadi peti sejuk yang banyak ais. Sedap, sejuk dan nyaman! Urgh!

Nak cakap sebab period, I dah habis period dah. Ni tak tau ah apesal rasa nak maki orang je ni. Grrr! Pagi tadi dah kena tegur dengan Boneka Tak Sakit. Dia cakap, I asyik emo je. Ah lantak lu ah boneka. Gua memang emo. Lepas ni gua nak pakai celak tebal-tebal, macam budak-budak emo tuh. Ah tak masal.

Grrr! Petang ni dah kena balik Melaka. Weh, Melaka tak best ok. Tak nak balik. Apesal I rasa semacam je ni. Serius mood untuk study ntah kemana. Mood raya memang lah tak ada. Arghh rasa nak makan budak. Makan budakk!!

Arghh rasa macam nak bakar je blog ni. Tiba-tiba geli pulak tengok blog warna pink. Eii..geli geli geli! Nak bakar blog ni wehh.

Uncle, nak beli lighter satu.
Lepas tu nak minyak gas satu tin.
Sumbu kasi lebih.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Weh, Jangan salah faham bai.
I nak bakar blog ni la
Bukan nak main mercun!
=.="

Bai!

Psst!
Weh apesal ramai gadis add gua dekat FB
Semua mutual friend dengan dia
Tsk.. Abes lah gua kena serang
nanti

Har Har Har!


 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13