Monday, August 31, 2009

.tutorial #8 - print screen

.
45 Sweet and Lovely Comments!

.salam merdeka kawan-kawan~

.kali ni saya nak ajar tentang
.print screen

. yang request tutorial ni,
kakak waniey bintang
*cheh! padahal saya tua setahun kot =.="*

1) senang saja, mula-mula korang bukak la window apa-apa yang korang nk print screen tu. contoh di bawah,


2) then hold CTRL dan ALT dekat keyboard korang. jangan lepas, hold je. lepas tu, korang tekan pula PrntScrn dekat keyboard korang tu. tekan terus PrntScrn k! hee~


3) lepas tu, buka program Paint. errr tau tak nak cari kat mana? tekan Start-All Program-Accessories-Paint
(: *time ni dah boleh lepas dah tangan korang kat keyboard tu. jangan hold lagi pulak! haha*


4) then korang terus paste. tekan CTRL+V pula.

5) then save as JPEG. done! huuuu senang kan kan kan?

.so, good luck! ^^

.kalau~~

.bila gaji masuk setiap bulan,
.kalau bagi parent rm200 sebulan,
.gaji kau luak ke?
.kau takkan dapat simpan untuk kahwin ke?
.kau memang hebat

.bilik bersepah-sepah,
.rambut bergelimpangan di lantai
.kalau tu bilik kau,
.kau buat tak tahu je ke?
.kau memang tahan dengan keadaan macam tu ke?
.kau memang hebat

.kau basuh baju, lepas tu nak jemur
.kalau hari tak hujan,
.memang kau akan jemur
.kat tengah dunia ke?
.kau memang hebat

.kalau nenek panggil orang lain,
.tapi orang tu tak ada
.tapi kau dekat situ
.kau tak boleh ke pergi kat nenek
.cakap baik-baik?
.memang kena tengking-tengking ke?
.kau memang hebat

.kalau kau cucu nenek
.tapi tak pernah suap nenek makan
.asyik orang yang sama je suap
.itu ke namanye cucu?
.kau memang hebat
*ok, kau pernah suap time cucu yang lain keluar ikut parents
.dan bermalam di tempat lain sebab kau sendiri tak nak ikut
.itu pun boleh kira berapa kali saja
*


.kalau dah tunang,
.kau boleh ikut suka hati kau
.untuk kau keluar
.walaupun parent bagi
.walaupun sebenarnya parents tak berapa ikhlas
.sebab kalau tak bagi kau akan buat muka
.lepas tu kau balik lewat
.pukul 2-3 pagi
.dan kau tu perempuan
.tak ape ke?
.kau memang hebat

.kalau bapa kau ajak kau makan
.time berbuka puasa
.walaupun kau tak boleh puasa
.perlu ke kau tengking-tengking bapa kau
.cakap kejap lagi kau akan makan
.tak boleh cakap baik-baik sikit ke?
.kau memang hebat

.kalau kau nak keluar dengan tunang kau,
.lepas tu mak kau nak ikut
.tapi bukan ikut kau pergi dating
.cuma nak pergi ke hospital
.tengok abang dia yang sakit
.memang kau tak bagi ke?
.kau memang hebat

.kalau kau pergi ke tempat yang dekat
.dengan hospital tempat pakcik kau sakit
.dan mak kau suruh kau
.pergi tengok pakcik kau sekejap
.luak ke masa kau bersama tunang kau
.walaupun cuma setengah jam?
.kau memang hebat

.kalau kau kerja,
.pergi subuh, balik dah nak maghrib
.balik rumah terus tidur
.tak tolong apa-apa kat rumah
.tak apa ke?
.memang macam tu ke life kau?
.kau memang hebat
*aku rasa ramai lagi kerja kat rumah tu*

.kalau aku jadi kau,
.aku tak macam kau
.sebab aku tak sehebat kau
.belajar tinggi-tinggi
.tapi bodoh

.memang malang untung sangat-sangat siapa yang dapat kau

.aku rasa nak check DNA la.
.yeop, jom check DNA dengan aku sekali.
.hari tu kau cakap nak check kan?

.hey kau!
.yang kau nak terasa tu kenapa?
.aku tak cakap pasal kau lah!
.hahahaha~


.p/s:
.hairi cakap, jangan mencarut time bulan puasa
.hormat bulan puasa ni
.err saya rasa saya tak mencarut
.ade kah?? ;p

.kadang-kadang~

.scheduled post.

.kadang-kadang,
.langit tu tak selalunya cerah

.kadang-kadang,
.mendung dan petir sabung menyabung,
.tak semestinya hujan

.kadang-kadang,
.panas di pagi hari
.tak kan kekal hingga ke tengahari

.kadang-kadang,
.malam gelap tanpa bintang,
.tak semestinya banyak hantu
.ehh apakah? @.@

.tsk..apesal saya cakap pasal cuaca ni?
.saya bukan ahli kaji cuaca ye!
=.="

.sori
.abaikan ayat-ayat cinta saya di atas


.eh dah pukul 12 lah!
.selamat hari merdeka!
(:

*saya dah guling-guling macam tenggiling
.atas katil time entry ni di auto publish huhu*

Sunday, August 30, 2009

.tutorial #7 - sticky entry/sticky mode

.
18 Sweet and Lovely Comments!

.scheduled post.

.entry ni di taip pada petang hari
.saja mahu publish waktu malam
.huhu~

.kali ni teacher intan mahu ajar
.macamana nak buat sticky mode
.maksudnya mahu entry sentiasa berada di atas
.walaupun anda telah update blog tu
.kiranya macam anda
.dah gam kuat-kuat entry ni kat atas
.tutorial ni miszkeyna yang request

1) mula-mula, korang type entry dan publish post macam biasa


2) then korang Edit balik entry tadi. then dekat bahagian Post Options, ada Post date and time. korang tukar la tarikh dan masa dia. tarikh dia tu terpulang pada korang semua untuk awalkan. awalkan lah sedikit.


3) then, publish entry tu semula. done! (:

.korang try lah
.teramat lah senang
.good luck! ^^

.tiba-tiba rasa nak type entry panjang-panjang hari ni

.salam kawan-kawan~

.referring to my title entry, memang saya rasa mahu tulis entry panjang-panjang hari ni .so kepada yang tak suka baca, tak payah lah baca ye~ .hmm sebelum tu, mahu ucapkan tahniah kepada team manchester united sebab berjaya kalahkan arsengal arsenal yang memang sengal itu 2-1 .congrat! .walaupun cristiano ronaldo sudah belot, saya tetap menyokong team anda! ^^ *padahal dulu suka manchester sebab ada si ronaldo itu =.="*

.gambar dari google

.saya tidak menonton perlawanan bola itu .sebab saya tersangat lah mengantuk semalam .bangun tidur saja, dapat sms mengatakan manchester juara! ^^ .heee rugi sebab tak tengok perlawanan itu .dengar cerita, own goal tapi saya peduli apa .janji menang! .hahaha~

.saya teringin sangat-sangat mahu menyarung jersy manchester united yang baru dan bergaya itu .tetapi tidak berkemampuan untuk membeli .ada siapa-siapa mahu sponsor tak?? .huhu ^^ .kalau ada, saya mahu size XS ye! (:

.hmm~ .saya sudah lama tidak menonton perlawanan bola sepak team kegemaran saya ini .kalau dulu-dulu, selalu tengok di kedai mamak bersama kawan-kawan kesayangan .ouh tiba-tiba rindu mahu bersorak bila pasukan kegemaran menjaringkan goal kemenangan .tahan mengantuk dan tersengguk-sengguk di meja makan kat kedai mamak tu! .haha~ .ouh saya rindu mahu lepak sama kak sara and the gang .she is so damn superb sista! .dengan kak zura .oh ya~ .kak zura juga cikgu .dan beliau telah berkahwin .sedih sebab tak dapat tengok beliau kahwin .hee~ rindu mahu tengok beliau nangis-nangis macam dulu *ampun kakak! ;p*

.ni kak sara
.ain't she is beautiful?

.suke tengok pic ni
.kak sara nampak innocent
.haha ^^

.cantik kan beliau? .saya suka orang macam kak sara .cantik dan tak sombong .dia ni part time model .pernah jadi model digi, mc d .dan pernah berlakon movie ^^ .heee~ movie ape? .biarlah rahsia .kang kak sara marah saya pula .huuuu~ .lately ni, she got prob with his bf .kesian dia .wish both of them boleh back together .kak sara and luffy are perfect match ever .suka tengok doang berdua .sooo sweet .luffy pun comel .kak sara pun sama .hikss~

.teringat time bulan puasa tahun lepas .kami berbuka bersama .mula-mula saya dan kawan saya plan mahu berbuka di pizza hut .singgah ke rumah kak sara di seri kembangan .tapi last-last tak jadi berbuka di pizza hut .saya ikut kak zura dan kak sara pergi bazar ramadhan di sri serdang .time jalan-jalan di bazar, semua ramai orang tegur saya,

"dik, dik, kirim salam kakak"
"dik, dik, berapa no telefon kakak?"

.OMG! .sangat letih mahu senyum-senyum paksa dengan semua orang dan cakap, "sori, tak boleh bagi no. telefon" "sori, kakak tak pakai handphone" .heee~ .tu la susahnya berjalan bersama 2 orang kakak yang cantik dan menawan .hiksss~ .banyak juga juadah berbuka yang kami beli di bazar .tu lah kali pertama buka puasa dengan beliau dan kawan-kawan yang lain .harap-harap lepas ni, ada peluang berbuka dengan mereka semua dan lepak-lepak macam dulu lagi~

.actually saya kenal kak sara dari ex-bf saya .dulu time baru-baru clash dengan ex-bf, saya sedih sangat sebab saya takut kehilangan kawan-kawan yang saya baru kenal tu .luckily, doang semua tak macam tu .eventhough kami dah tak bersama, kawan-kawan beliau still mahu kawan dengan saya .still tegur-tegur saya kalau jumpa .still message-message dekat facebook saya .happy sangat-sangat *tsk..tiba-tiba touching :(* .fuh, rasa panjang dah cerita pasal kak sara .kalau kak sara baca entry ni, kita nak bagitau akak yang akak best sangat-sangat! (: .kita doakan akak back together dengan luffy .aminnnnnn~

.sambung lagi sikit pasal kak sara .hee~ umur beliau kalau tak silap 25 tahun .dan saya pula 23 tahun .eh dah 23 tahun dah saya ek? .hahahaha~ .kadang-kadang saya pun tidak percaya yang saya telah berumur 23 tahun .saya suka tengok perempuan-perempuan luar sana dress up .nampak cantik dan matang .tak macam saya .tak tahu berfesyen! =.=" .lepas tu saya suka tengok perempuan bertudung .cantik saja .tapi kalau saya pakai, mesti comot :( .mama pun pernah cakap, bila saya bertudung *bila mahu pergi mengajar di sekolah*, saya nampak sedikit matang .hanya sedikit ye tuan-tuan dan puan-puan .tapi bila saya freehair, saya nampak macam budak kecil .kadang-kadang taste saya memang ke arah pakaian kanak-kanak! .ahakss~ .tak macam seorang cikgu, tetapi macam seorang pelajar tingkatan 2! lol!

.scroll down.

.pic ni kawan saya edit kan
.err saya tahu saya tidak hot! :D
.nampak macam budak kecil ke?

.err yang ni bagaimana?
.siap ada sepit rambut pink lagi! ;p

.hahaha yang ni obvious kan?
.pic time saya umur 20 tahun kot ;)
.3 tahun yang lepas ^^

.hee ok~ .tutup cerita pasal kak sara .mahu cerita pasal bf tercinta pula .semalam, tiba-tiba hairi cakap tentang tudung .err saya pelik .saya musykil .mengapakah?? .tapi sebenarnya saya suka beliau sebut-sebut pasal tudung .walaupun saya tahu, saya nampak comot bila bertudung *kalau freehair pun comot juga, saya tahu* .tapi ada juga lelaki-lelaki yang berkawan dengan saya berkata kepada saya, "u look more sweet WITHOUT tudung" .ok, thanks for your words .saya suka mereka cakap macam tu tapi for sure saya akan reject mereka kalau mereka mahu mengurat saya! *wahh mereka??? .macam ramai je!* .hahahaha~ .mereka tidak layak menjadi bakal suami saya *perasan hot! hahaha* .bakal suami saya seharusnya seseorang yang mampu membawa saya ke jalan yang benar dan lurus, bukan asyik ke kiri saja *ke kiri = jalan yang salah*

.sambung cerita pasal hairi .hmm beliau cakap, mahu saya bertudung dan menutup aurat .ya~ .saya akui, saya salah =.=" .saya tahu, satu hari nanti saya akan bertudung .slowly, sebab saya tak boleh berubah secara drastik .hairi cakap, tak kisah saya tidak pandai berfesyen dalam memakai tudung .cukup lah dengan memakai tudung biasa atau tudung ikan bawal .thanks sayang untuk teguran itu (: .beliau pun ada cakap, pakai lah handsock kalau saya pakai short sleeve .hmm saya memang kekurangan baju longsleeve .err boleh belikan tak sayang? handbag nike hari tu pun cantik kan??

.oh ya~ .saya baru start puasa hari ini .orang lain sudah 9hari berpuasa .saya baru sehari =.=" .subuh tadi mama kejutkan sahur .makan sup daging dan nasi plus air milo panas .ngantuk sangat-sangat .bangun tidur je, terlanggar-langgar kerusi dan meja bila nak ke dapur .heee~ .then lepas solat subuh, saya continue tidur sampai pukul 9 ^^ .hikss~ .mama, abah dan chacha pergi ke kota tinggi, rumah pakcik saya pagi tadi .hopefully mereka balik sebelum waktu berbuka .kalau tak, saya terpaksa berbuka maggi sahaja di hari pertama puasa T.T

.hari tu saya ada cakap yang saya mahu khatam quran time bulan puasa ini .saya rasa, tidak dapat khatam tapi saya akan mengaji setiap hari .semalam, selepas solat maghrib, saya mula mengaji .oh sangat sedih sebab sudah lama saya tidak mengaji al-quran .saya cuma selalu baca yasin sampai boleh menghafal baris-baris ayat dalam surah yasin tapi bila baca al-quran semalam, saya merangkak-rangkak :( .saya sedar, saya kena selalu baca sebab mahu memperbaiki tajwid saya .dulu, saya sekolah agama sehingga darjah khas tapi tidak lah dapat pangkat 1, cuma pangkat 2 sahaja .hehe~

.fyi, di johor, ada 2 persekolahan .sesi pagi untuk sekolah rendah/menengah .dan petang pula sekolah agama .tapi ilmu-ilmu tu saya tidak praktikkan .oh teruknya saya :(( .semalam, saya cuma baca 6 muka surat sahaja .malam ini saya mahu sambung baca lagi dan begitu juga malam-malam seterusnya (: .wish me luck kawan-kawan .dulu masa kecil-kecil, nenek yang ajar saya mengaji al-quran sampai saya khatam .sekarang, nenek dah terlantar sakit :( .so, saya kena baca sendiri saja

.eh ok lah~ .nanti saya update lagi .dah panjang sangat entry ni saya rasa .hikss~ .kepada semua kawan-kawan, selamat berbuka ^^ .sekian~

*~*~*~*~*~*~*~*~*

p/s:
.tiba-tiba terasa mahu beli sandal crocs untuk raya,
.tapi hairi cakap jangan membazir
.sebab baru saja beli sandal nike
.tsk...tapi saya nak jugakkkkkkkkkkk!


.scroll down.

.saya macam nak yang ini

.yang ini pun cantik
.simple ^^

.saya suka yang ni mula-mula
.tapi tak ada pink atau hitam pula
.tsk.. saja je tak kasi beli :(

.ni cantik gak tapi kalau boleh, nak warna hitam
.tapi tak ada :(

.ni cantik tapi too pinky
.kalau beli hitam, nampak simple sangat

.ni cantik kan?
.rasa nak yang ni laa :)

.ni untuk b~
.don't worry sayang
.i'll pay for u! ^^
*macam banyak duit je huhu*
*pilih untuk orang, kejap je,
.tapi untuk diri sendiri lama gila!*

.gambar dari crocs

.budak-budak zaman sekarang memang tak patriotik kan?

.scheduled post.

.sombong gila budak ni
.rasa mahu lempang!

.nak snap pic beliau pun,
.beliau tak mahu
.ciss! eksen~

.macam ni la budak zaman sekarang
.tak patriotik langsung!

.beliau buat bodoh tak tahu saja
.time bulan kemerdekaan ni

.cuba lihat gambar di bawah

.scroll down.

.heee comel kan?
.hiks tak tak tak
.bukan gambar ni yang saya maksudkan
.scroll lagi ke bawah ye (:

.hiks
.kat pintu gate ruma saya
.sudah ada jalur gemilang
.dan bendera negeri johor!

.along yang gedik
.huhuhu~

.huuu comel kan flag tu ^^
.sila abaikan encik along ye kawan-kawan

.saya berdiri atas verandah
.huhuhu~

.errr, ok ok~
.saya duduk
.nampak sopan sikit kan? (:

.kami sangat patriotik kan? ^^
.macam ni lah yang kita mahu

.haish =.="
.tak macam si chacha tu
.budak zaman sekarang memang macam tu
.pandai melawa jerr! @.@

.tengok lah tu =.="
.memang nak kene lempang kan?

.naik basikal pun nak pakai spek
.beliau cakap, takut silau @.@

.lupakan pasal budak gedik ini ye
.kalau cerita pasal beliau,
.memang takkan pernah habis! :D

.eh, korang dah pasang bendera di rumah?
.kalau belum, pasang lah ^^
.marilah kita sama-sama sambut
.bulan kemerdekaan ini dengan suasana yang ceria

.happy merdeka day!

.sekian~

Saturday, August 29, 2009

.tutorial #6 - pop-up window

.
31 Sweet and Lovely Comments!

.salam kawan-kawan~

.kali ni mahu share pasal pop-up window
.macam yang selalu keluar bila korang masuk blog saya
.tutorial ni di request oleh wan rohayaty

.senang saja ye puan-puan dan tuan-tuan
.ikut steps di bawah (:

1) Buka Layout then buka tab Edit HTML

2) Cari code <head>
*untuk memudahkan pencarian, tekan CTRL+F dan copy paste code di bawah*

*untuk select code, tekan CTRL+A*
*untuk copy code, tekan CTRL+C*

*untuk paste code, tekan CTRL+V*
*sorry sebab saya disabled right click* ^^


3) Copy dan paste code ini di ATAS code pada Step 2 tadi.

<script language='JavaScript'>alert(" AYAT ANDA ");</script>


4) Tukarkan tulisan kuning tersebut dengan ayat-ayat cinta anda ye~

5) Lastly, Save Template dan siap!

6) Korang boleh preview blog korang. Jadi tak? Heee~~ Good Luck! (:

.fuhhh~~ nasib baek ada geng! *hikss*

.ini candy kelapa

.apabila plastik di buka

.ini milo ais

.yang di tabur milo di atasnya
.sedap minum time cuaca panas

.candy kelapa
.dan milo tabur
.slurrppppp!

.gabungan terbaikkkkkkk~~

.ini sekutu saya, chacha
.seronok berkumpulan dengan beliau
.dalam aktiviti renang berirama
.makan candy kelapa
.dan minum milo tabur

.pic ni saya snap
.sewaktu mulut beliau kebas
.selepas memakai lipstick mama

.lihat gelas milo tabur itu
.kalau tak minum, kesian pula hehe
*sila percaya*

.esok bersamaan hari ahad
.dan esok saya baru mula berpuasa
.kuikuikui ^^

.saya bukan ponteng ye~
.i'm not allowed to fast atas sebab-sebab tertentu

.err tapi esok saya dah boleh puasa!
.yahooooooo~

.padahal semua orang sudah seminggu berpuasa
.jadi, saya ucapkan
.selamat berpuasa untuk diri sendiri
.tahniah intan!
.hiksss~

.mulai esok, saya sudah boleh post entry tentang juadah berbuka puasa .ingat mahu post sebelum ni, tapi nanti orang cakap over pula .dah lah tak puasa! heee~~ .err tapi minum milo tabur tengahari tadi memang best lah ^^ .hikss~

.selasa nanti dah start sekolah .tak boleh jerit-jerit ketika mengajar .nanti cepat haus! terpaksa berbuka .heee~ .btw, hepi merdeka! .nanti post entry pasal merdeka pula .yay!

.selamat berbuka kawan-kawan (:
.±3 hours to go
.sekian~

.tutorial #5 - favicon comel-comel

.hai kawan-kawan~

.bertemu lagi dalam segmen mari belajar
.bersama teacher intan ^^

.kali ini, saya nak ajar macam mana nak buat favicon

.kepada yang tak tahu apa itu favicon
.sila lihat gambar di bawah

*click to enlarge*

.nampak tak gambar sebelah address box?
.comel kan? (;

.kalau korang nak tukar juga, sila ikut langkah-langkah di bawah

1) Buka Layout; kemudian Edit Html.

2) Cari code ini <b:skin><![CDATA[/*
*untuk memudahkan pencarian, tekan CTRL+F dan copy paste code di bawah*
*untuk select code, tekan CTRL+A*
*untuk copy code, tekan CTRL+C*

*untuk paste code, tekan CTRL+V*
*sorry sebab saya disabled right click* ^^


3) Then copy dan paste code di bawah di ATAS code di Step 2 tadi macam gambar di bawah ni.

<link href='URL image anda' rel='shortcut icon' type='image/gif'/>


4) Letakkan URL image anda di ruangan yang di sediakan. *tulisan bewarna kuning*

5) Anda boleh google untuk apa-apa image. Pastikan image dalam format JPEG, GIF ataupun PNG. Letak gambar muka sendiri pun boleh! Heee~~

6) Lastly, Save Template. Done!

7) Korang boleh view dan tengok, jadi atau tak. Senang kan?? So, good luck! (:

Friday, August 28, 2009

.tutorial #4 - text comel-comel *tak tahu nak describe tajuk huhu*

.
59 Sweet and Lovely Comments!

.heee hye!!

.mesti korang semua dah kenyang kan kan kan?
.hari saya nak share pasal macam mana nak buat tulisan

blink blink
strike
underline

.hiks~
.macam hebat saja mahu buat tutorial bagai~
*perasan hebat betul si intan ni*

.rasanya ramai yang sudah tahu
.tapi tak salah kan berkongsi ilmu
.tapi kalau yang tak tahu,
.meh sini teacher intan nak ajar ^^

1) untuk blink blink
.korang kena type <blink> dekat depan perkataan tu
.dan </blink>dekat belakang perkataan tu

.contoh;
<blink>intan sayang hairi</blink>

.hasilnya;
intan sayang hairi

*~*~*~*~*~*~*~*

2) untuk strike
.korang kena type <strike> dekat depan perkataan tu
.dan </strike>dekat belakang perkataan tu

.contoh;
<strike>intan benci hairi</strike>

.hasilnya;
intan benci hairi

*~*~*~*~*~*~*~*

3) untuk underline
.korang kena type <u> dekat depan perkataan tu
.dan </u>dekat belakang perkataan tu

.contoh;
<u>intan sayang hairi</u>

.hasilnya;
intan sayang hairi

*~*~*~*~*~*~*~*

.semua code ni type dekat Compose pun tak apa,
.dekat Edit Html pun tak apa
.both akan jadi ^^

.selamat mencuba! (:

p/s:

*kalau nak request tutorial, cakap la ek*
*kalau saya tahu, saya tolong!* (:

p/s 2:
*untuk memudahkan pencarian, tekan CTRL+F dan copy paste code di bawah*
*untuk select code, tekan CTRL+A*
*untuk copy code, tekan CTRL+C*
*untuk paste code, tekan CTRL+V*
*sorry sebab saya disabled right click* ^^

.anda memang hebat~

.tengah-tengah tak ada kerja
.godek-godek blog saya yang comot comel ni

.then gatal tangan nak edit signature
.kat blog saya ni

.saya pelik, kenapa signature saya ada border
.haish~ sungguh tak natural

.saya lapar!
.saya penat!
.saya marah!
.saya bengang!

MyEm0.Com

.saya tanya cousin saya
.tapi beliau tidak dapat membantu

.ouh cikgu nadrah
.saya kecewa

MyEm0.Com

.tidak mahu menjadi adik ipar kamu lagi :((
.tapi kirim salam sama itu andy
.hiksss

MyEm0.Com

.then godek-godek coding signature tu
.dan saya

.berjaya!!!


.sebelum.


.selepas.



.tahniah intan! ^^
.anda memang hebat!
.hahahaha

MyEm0.Com

.saya gembira~~

MyEm0.Com


 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13